Wednesday, November 23, 2011

RG2011... ~~~MENGINGKARI TAKDIR ALLAH S.W.T~~~

 


MENGINGKARI TAKDIR ALLAH S.W.T

Takdir Allah s.w.t merupakan suatu ketetapan-Nya ke atas setiap makhluk dengan
kadar  atas  tertentu. Justeru itu, takdir yang ditentukan Allah s.w.t sama ada baik,
buruk, bahagia atau derita adalah suatu ketentuan Allah s.w.t yang mutlak ke atas 
setiap makhluk-Nya dan tiada siapa yang dapat menghalang atau mengubahnya. 

Firman Allah s.w.t: 
"Sesungguhnya Kami menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kadar(takdir yang ditentukan)." 
(Al-Qamar:49) 

Firman Allah s.w.t: 
"Sesungguhnya Allah s.w.t menyampaikan (melangsungkan)urusan-Nya. Sesungguhnya 
Allah s.w.t mengadakan qadar(peraturan tertentu)bagi tiap-tiap sesuatu." 
(At-Talaq:3) 

Firman Allah s.w.t:  
"Kamu tiada mengkehendaki (sesuatu) melainkan jika Allah s.w.t mengkehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." 
(Al-Ihsan:30) 

Sesungguhnya orang yang menolak,membenci atau mengingkari sesuatu ketentuan 
takdir Allah s.w.t, maka tergolong orang kufur dan rosak iman serta menjadi munafik 
yang akan mendapat kemurkaan dan azab Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya besar pahala itu mengikut besar cubaan. Dan sesungguhnya apabila 
Allah s.w.t  mengasihi suatu kaum, dicubanya kaum itu (dengan suatu cubaan).Siapa 
yang redha terhadapnya, ia akan mendapat redha Allah s.w.t dan siapa yang marah,
ia akan mendapat murka Allah s.w.t." 
(HR.At-Tirmizi) 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Siapa tidak redha akan qada'-Ku dan qadar-Ku, baiklah ia mencari Tuhan selain Aku." 
(HR.Tabrani)


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment