Wednesday, November 16, 2011

RG2011... Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1432 H/ 2011M

 

Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Misi Sinar Harapan: Program Korban & Akikah 1432 H/ 2011M telah dapat dilaksanakan dengan izin Allah, pada Hari Raya Aidiladha baru2 ini.

Setinggi penghargaan kepada sahabat2 yang menjadi wakil di setiap kawasan yang terlibat, jua para sukarelawan yang membantu melancarkan majlis.
Walaupun penat tetapi pada wajah mereka tergambar kegembiraan tidak terucap kerana diberikan peluang oleh Allah utk menjadi pengantara.

Antara sahabat yang menjadi wakil utk menguruskan majlis serta wakil akad utk ibadah korban & akikah:

1. Ustaz Fathan (Timb. Pengarah, Institut Dakwah Islamiah Perkim)
-wakil bg kawasan Kg Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan
-satu ekor lembu (sahabat SanggarSuri)

2. En Jamaluddin Hassim( d'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/)
-wakil bg kawasan Redang Panjang, Selama, Perak.
-7 ekor lembu, 3 ekor kambing (peserta berurusan terus dgn En Jamal, dgn sokongan SanggarSuri)

3. En Safwan (suami kpd Cikgu Shahrizan)
-wakil bg Kg Banggol Batu, Kg Bukit Sapi & Kg Temelong dlm daerah Lenggong, Perak
-7ekor lembu, 1 ekor kambing (1 kambing & 3 lembu melalui SanggarSuri)

Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga utk En Shukri & sahabat2 drp team Warga Kilang, rakan2 di TV al-Hijrah dan pada semua sahabat yang sudi memanjangkan misi ini kepada sahabat2 yg lain serta sentiasa memberikan sokongan secara istiqamah terhadap misi2 yang dijalankan oleh Sanggar Suri.

Setinggi penghargaan buat para peserta (dermawan) yang sudi mewakilkan sahabat2 kami di kawasan2 masing2. Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana menemukan kami dengan sahabat2 yang baik & dermawan, walaupun ada antara kita tidak pernah bersua muka. Jutaan terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki, semoga pemberian sahabat2 ini dapat menggembirakan hati para fakir miskin & mualaf seterusnya diterima Allah dan mendapat keberkatan-Nya.

Akhir sekali, tanpa sokongan suami & anak2 mana mungkin Misi ini dapat dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga atas pengorbanan, sokongan & pengertian. Biarlah kita tidak mewah di dunia tapi insya-Allah dipandang Allah di akhirat nanti. Kebahagian & keberkatan itu adalah "keuntungan" yang tak ternilai harganya...

Semoga Allah Mempermudahkan urusan keluarga kita dan sahabat2 yg setia, serta memberkati usaha & rezeki kita semua. Amin




Elly  012-3614014      
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment