Friday, November 18, 2011

RG2011... njil tenaga solar hina Islam'

 

Salam.. Hal camni pun tak da kesepakatan dikalangan alim ulama. Pandangan Dato hassan jika tidak pratikal sekalipun tetapi bertujuan untuk memurtabatkan islam supaya isu penyebaran agama lain dan isu murtad dapat dihindarkan. Itu pun dikondem dan dijadikan isu oleh si Dr Asri. Yg menjadi mangsanya dan menyebarkan dakyah/fitnah org2 mcam kita inilah yang berterusan menyebarkan dakyah/fitnah serta cacian kepada Dato Hassan. Hormatlah sedikit kepada alim ulama kita. Siapa kita berbanding beliau.

--- On Fri, 11/18/11, wealthkeepcoming@yahoo.com <wealthkeepcoming@yahoo.com> wrote:

From: wealthkeepcoming@yahoo.com <wealthkeepcoming@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... 'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, November 18, 2011, 4:20 PM

 

Ust Hassan Ali beri peringatan supaya berhati2.. Apa yg nak rasa hinanya?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Fri, 18 Nov 2011 11:24:05 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... 'Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

 


Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  'Solar Powered Handheld Talking Bible' sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
"Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

"Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

"Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup." kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim  telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Kebenaran hakiki

"Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

"Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran," kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

"Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

"Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana," katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa "alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas".

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.

Sebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

"Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

"Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri," katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

  • Muhamad Aizat · Langgan · Pengulas Tertinggi · Melaka
    Apalah sangat radio tenaga solar tu..TV dalam rumah setiap hari hidang cerita hantu yg mengoncang akidah, termasuk industri perfileman negara yg menerbitkan filem yg banyak menghina agama..agenda halus musuh yg masuk ke setiap-rumah tidak memilih org, baik dewasa mahupun kanak-kanak terdedah menjadi mangsa..
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Solar Powered Handheld Talking Bible' - dalam bahasa enggeris atau bahasa melayu?
    - Kalau nak kata sikap melayu , depan dia ustaz mengajar al quran pun dia pergi dah, ada video pun dia tak tengok , ada alquran pun tak baca lah , tapi sanggup dengar Solar Powered Handheld Talking Bible' dalam bahasa enggeris? tiba tiba terdengarnya, terus murtad... terus makan babi..kah kah kah.
    - Sembahyang 5 kali pun lari dah , puasa pun sapu merata , bila tulis blog pun sambil minum beer. mana ada masa dengar Solar Powered Handheld Talking Bible'? ini perjuang mzahab umno.
    - Hasan Ali ini bapak opportunis , asyik nak jadi hero islam , perjuang islam tapi berjuang unuk pihak umno, kah kah kah kah.
    - Isu agama dijadikan modal untuk mengumpat perpaduan melayu, Tanpa islam melayu akan layu. cara fikir mazhab umno.
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Melayu miskin salahkan cina merampas ekonomi
      Melayu lawan umno salahkan media barat
      Melayu lawan melayu salahkan yahudi
      Melayu murtad salahkan kristian
      melayu buang bayi tepi jalan, salahkan budaya dan media barat
      - Segala gala alasan salahkan pihak lain semata mata bangsa melayu itu bangsa paling alim dan suci, kerana dicerohi bangsa lain melayu jadi jahat ... macam ini kah??
      -OOOI umno !!! balik kencing dalam tempurung dan tengok muka kau sendiri lah ... kah kah kah
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Terbaik... Baguis Pendapat Tuan Mufti! Sekarang Ni ade Digital Quran, Ade Pen Quran dan Ade Hanphone Quran.. Orang Bukan Islam Tak Heboh pun.. Gua Selalu Lepak Kat Hotel2 kat KL.. Selalu Jumpa Bible dalam Meja Bilik! Gua relax je baca..Lepas tu gua Solat! Takde pulak rasa Nak Masuk Kristian! Tapi cari Arah kiblat tak jumpa..Rupanya Sorok dalam Almari.. apesal lu Heboh ni Bingai... Kalau Nak Tunjuk Alim Sangat. Pi La Serbu Hotel2 yg letak Bible dalam Bilik Hotel.. kah kah... Mula2 Hotel Concored , Kalau tak tau kt mana, pi tanya ketua Agama di Selangor..dia tau la.. Dia bawah Hotel dia Ade hardRock Cafe..Tempat org Kuatkan Aqidah.. kah kah kah..
    • Daniel Haslam Asraf · Bekerja di Banks Hardwoods
      Tolong la jgn buat kecoh sal bible, sal Tok Rais nak jadikan Bahasa Melayu bahasa Asean, ni seme putar belit UMNO je, PR jgn lah kene tipu dgn diorg ni supaya non Muslim benci PAS,, setakat alat tu xkan le senang nak murtad.. wlpun muslim yang dengar tu x sealim YB Dato' Dr Hassan Ali... bsepah org Islam x penah semyg pr puasa tp bila suruh tukar agama mau diterajangnya kite
      Satu lg kecoh nak jd kan BM bahasa Asean, bodoh btl menteri senior sekor ni, seblm brckp pasal ASEAN ceklah dulu, famili awak or awak tu ckp Melayu ke kt rumah? klu semua org Malaysia ni ckp Melayu barulah awak boleh tunjuk HERO kt ASEAN... Rakyat Indonesia 100% cakap Melayu tapi Presiden SBY xde lak kecoh nak jadi Superman
  • Taha Swift · Top Commenter · Works at Self employed. i am my own boss.
    Saya setuju pandangan dari dr. asri, sebagai rakyat sarawak yg beagama kristian....pandangan seorang ulama yang berpengatahuan, Datuk Hasan Ali kalau cerita ni fitnah kamu tau dosa fitnah........kami di sarawak kristian dgn islam hidup dengan aman..tolong menolong....wahai Hasan Ali kamu amat hinabuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh....di sarawak walaupun islam dan kristian hidup bersama...x ada org islam yang murtad....Hasan Ali kamu memang memalukan org islam...dan kawan saya ramai org islam yang baik hati...kamu memang teruk dan Hina>>>>>>buat tuduhan tnpa bukti dan buat fitnah....
    • Avram John · Top Commenter
      apasal Dtauk hassan ali tak tanya mereka yg murtad ini,,kenapa mereka murtad,,,di sabah dalam adik beradik pun ada yg beragma islam dan kristian ,, tiada pula yg bising2,,datang sabah tanya mereka
    • Lanz Znal · Subscribe · Top Commenter · Smk Baru Bintulu
      Avram John :melanau di srawak..ada yg kristian dan ada yg islam.hidup x da masalah..pg sarawak ada family yg beragama berlainan tp x masalah langsung..klau stakat radio solar blh murtad..x tau lh aku..lemah btul iman org sna..
  • Ipoh Mali · Top Commenter
    Terbaik... Baguis Pendapat Tuan Mufti! Sekarang Ni ade Digital Quran, Ade Pen Quran dan Ade Hanphone Quran.. Orang Bukan Islam Tak Heboh pun.. Gua Selalu Lepak Kat Hotel2 kat KL.. Selalu Jumpa Bible dalam Meja Bilik! Gua relax je baca..Lepas tu gua Solat! Takde pulak rasa Nak Masuk Kristian! Tapi cari Arah kiblat tak jumpa..Rupanya Sorok dalam Almari.. apesal lu Heboh ni Bingai... Kalau Nak Tunjuk Alim Sangat. Pi La Serbu Hotel2 yg letak Bible dalam Bilik Hotel.. kah kah... Mula2 Hotel Concored , Kalau tak tau kt mana, pi tanya ketua Agama di Selangor.. Dia bawah Hotel dia Ade hardRock Cafe..Tempat org Kuatkan Aqidah.. kah kah kah..
    • Naimat Sukri · Top Commenter · UKM
      Adohai pemimpin dan ulamak, duduk berbincanglah dan jangan keluar kenyataan ikut sukahati sendiri, semua mengaku dirinya lebih hebat dari yang lain.
      • Ipoh Mali · Top Commenter
        Terbaik... Baguis Pendapat Tuan Mufti! Sekarang Ni ade Digital Quran, Ade Pen Quran dan Ade Hanphone Quran.. Orang Bukan Islam Tak Heboh pun.. Gua Selalu Lepak Kat Hotel2 kat KL.. Selalu Jumpa Bible dalam Meja Bilik! Gua relax je baca..Lepas tu gua Solat! Takde pulak rasa Nak Masuk Kristian! Tapi cari Arah kiblat tak jumpa..Rupanya Sorok dalam Almari.. apesal lu Heboh ni Bingai... Kalau Nak Tunjuk Alim Sangat. Pi La Serbu Hotel2 yg letak Bible dalam Bilik Hotel.. kah kah... Mula2 Hotel Concored , Kalau tak tau kt mana, pi tanya ketua Agama di Selangor.. Dia bawah Hotel dia Ade hardRock Cafe..Tempat org Kuatkan Aqidah.. kah kah kah..
      • Adi Nordin · Top Commenter
        Ipoh Mali terbaik la ipoh mali... JAIS tak dak kasi waran tangkap sama Ketua Agama Selangor tu ke sbb tak de tauliah bg ceramah kt Hard Rock Cafe?
      • Ipoh Mali · Top Commenter
        Adi Nordin :kah kah
    • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      komen ikhlas dan berjiwa keilmuan dari dr asri....zaman langit terbuka ini jgn le ada yg bersifat jumud dan asyik menuding jari salahkan pihak2 dan ugama lain....
      • Mohdjamil Jamil · Top Commenter · San Francisco State University
        sokong kenyataan dr asri.nak tambah sikit orang memberi caramah dalam masjib dan surau kena tangkap dan dakwa kerana tak ada tauliah oleh jais tapi nak jaga akidah islam.apabila umat islam di murtadkan oleh pihak tertentu maka menyalak bagaikan nak rak.tapi apakah orang mengaku islam berpakaian separuh bogel terutama artis wanita apakah jais tidak pulak dakwa mereka berpakaian ala orang kafir.
      • Zizi Ariffin · Top Commenter
        Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa "alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas"

        hahaha.. betul3.! alat ini pun mestilah diberikan tauliah terlebih dahulu
      • Pak SiPeri · Top Commenter · Sekolah pondok
        JAIS selagi JADI ALAT POLITIK ... RENTIKANLAH NAK BERJUANG JAGA AGAMA...geleman teman....

    __._,_.___
    Recent Activity:
    " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

    " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

    " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

    " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

    " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

    Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
    Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

    MARKETPLACE

    Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

    .

    __,_._,___

    No comments:

    Post a Comment