Saturday, November 19, 2011

RG2011... OBAMA PUJI KEPIMPINAN HJ NAJIB

 

Najib Pamer Kepimpinan Hebat, Kata Presiden Obama

 

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan sahaja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum pelbagai hala.

Pemimpin Amerika itu berkata "kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia".

"Saya menghargai kerjasama luar biasa yang telah kami terima dalam pelbagai isu," katanya.

"…Jadi, terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama dalam ucapannya pada mesyuarat dua hala dengan Najib di sini pada Jumaat menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan Sabtu.

Presiden AS itu berkata mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan mengenai bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.

Obama berkata mesyuarat itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memperluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala mereka, menyifatkannya sebagai "kukuh" serta kerjasama yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Beliau turut menyentuh mengenai interaksinya dengan Najib di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii baru-baru ini.

"Saya hanya ingin menyatakan betapa saya berbesar hati dapat sekali lagi bertemu dengan Perdana Menteri Najib.

Kami telah berbual dan mengadakan perundingan yang baik pada persidangan APEC yang kami hoskan di Honolulu," katanya.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya berkata AS adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan secara asasnya masih pelabur terbesar di Malaysia.

"Kami amat mengalu-alukan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan. Dan menerusi TPP, diharapkan, kami dapat memenuhi tarikh akhir tahun depan," katanya.

Najib berkata Kuala Lumpur melihat terdapat banyak prospek daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

"Dan pastinya kami bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkenaan," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Najib menegaskan Malaysia amat komited dalam memastikan keamanan dan kestabilan, menyatakan negara Asia Tenggara bekerjasama dengan AS dalam bidang pengawalan senjata nuklear.

"Kami berusaha untuk memastikan Malaysia tidak menjadi pusat transit bagi barangan haram yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear," katanya.

Beliau berkata Malaysia sedang mengkaji bidang-bidang baru bagi kerjasama termasuk menerima 50 orang guru Bahasa Inggeris dari AS pada Januari.

Najib berkata Malaysia turut menghulurkan bantuan di Afghanistan, merujuk kepada usaha pembinaan negara bangsa di negara itu yang mengalami kemusnahan akibat perang.

Mesyuarat dua hala itu turut dihadiri Setiausaha Negara AS Hillary Clinton, Timbalan Ketua Staf mengenai Dasar Nancy-Ann DeParle, Penasihat Keselamatan Negara Tom Donilon dan Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara Kurt Campbell.

Delegasi Malaysia pula termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment