Tarikh : November 24, 2011
BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang.
Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.
"Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.
"Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penyediaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas satu taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus PRU13, di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, SPR juga sedang merancang beberapa pembaharuan termasuk penggunaan dakwat kekal, proses penamaan calon, undi awal, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sebagainya, yang mana kini diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Menurutnya, ada antara pembaharuan itu yang boleh dilaksanakan segera manakala ada pula perlu mengambil masa lama.
KUBANG PASU - Pilihan raya umum (PRU) yang dijalankan secara berasingan tanpa melibatkan negeri dikuasai pembangkang, hanya merugikan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk proses pilihan raya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya suatu pembaziran sekiranya terpaksa mengadakan dua kali PRU kerana kosnya amat tinggi.
"Membazir sekiranya pilihan raya Dun dan Parlimen antara negeri pemerintah dan pembangkang dibuat berasingan. PRU memerlukan kos tinggi," katanya.
Menurutnya, perbelanjaan negara perlu dipantau supaya tidak mendatangkan kerugian dan menjejaskan kewangan negara.
Sementara itu, bercakap mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong rang undang-undang tersebut kerana menyifatkan dapat mengawal penganjuran perhimpunan, selain dapat mengelak tercetusnya keganasan.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment