Tuesday, November 22, 2011

RG2011... ~~~SAKSI BERLIDAH KOTOR~~~

 


Saksi Berlidah Kotor

Islam melarang dan mengharamkan umatnya menipu dalam apa jua keadaan sekalipun. 
Dalam hadith juga menjelaskan tanda-tanda mengenalpasti seseorang itu munafiq salah 
satunya adalah apabila ianya bercakap maka ianya menipu. Dalam kaedah fiqhiyyah juga 
turut memperjelaskan  bahawa 'matlamat  tidak  menghalalkan  cara' kerana diperolehi 
dengan cara tidak sah.

Membuat kenyataan palsu dengan niat supaya fakta asal tidak diketahui. memperbesarkan 
cerita, menyembunyikan fakta dengan niat memesongkan kebenaran, dengan niat untuk 
memalukan seseorang, disamping menyebarkan aib. Mereka ini lupa sifat diri, lupa pada 
Allah swt.

Sebagai orang yang beriman, umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang palsu 
atau dusta dalam memberi keterangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara pada jalan 
yang benar. Justeru itu, berdusta ketika menjadi saksi adalah golongan orang-orang munafik 
dan dibenci oleh Allah s.w.t. 

Allah s.w.t berfirman: 
"Dan janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu.Dan barangsiapa 
menyembunyikannya,maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.Dan 
Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." 
(Al-Baqarah:283)
 
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Ertinya: 
"Tidaklah tergelincir dua telapak orang yang menjadi saksi dusta sehingga Allah s.w.t 
menetapkan kepadanya di neraka." 
(HR.Ibnu Majah dan Hakim) 

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda: 
Ertinya: 
"Barangsiapa menyembunyikan persaksian ketika dia diundang kepadanya maka adalah 
ia seperti orang yang menyaksikan dusta." 
(HR.Tabrani) 


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment