Thursday, November 17, 2011

RG2011... SEMINAR KEBANGSAAN PEMAHAMAN WASATIYYAH & 1MALAYSIA

 

 
Assalammualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh... dan Salam 1Malaysia.
 
Buat julung kalinya Sekretariat Gabungan NGO Muslim (Gabungan) dengan kerjasama Bahagian Penerangan UMNO Malaysia akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia pada hari Sabtu, 26 November 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
 
Seminar dan Wacana (Intellectual Discourse) ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai konsep WASATIYYAH yang sangat dituntut oleh Islam sebagai addeen, yang kini dibawakan dengan penuh rasa rendah diri oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri bukan sahaja dalam negara malah di peringkat global juga.
 
YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri akan merasmikan Seminar tersebut. Antara Ahli Panel dan Pembentang Kertas Kerja ialah Prof. Dr. Chandra Muzaffar (Just World Movement) dan Prof. Dato' Dr. Syed Ali Tawfik Alattas (Tokoh Pemikir Tamadun Islam @ Mantan Ketua Pengarah IKIM). Sesi Seminar pula akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Ridzuan Tee Abdullah (Pensyarah Kanan UPNM), Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin (Pensyarah Kanan USM) dan Assistan Prof. Dr. Yusri Dato' Mohamad (Pensyarah Undang-Undang UIAM).
 
Seminar ini terbuka kepada orang ramai terutama pemimpin NGO dan para mahasiswa, golongan cendikiawan, pemikir dan individu yang cintakan keamanan, keadilan dan perdamaian serta mereka yang berminat untuk melaksanakan konsep kesederhanaan dan berimbang berdasarkan fahaman wasatiyyah dalam menguruskan keluarga, masyarakat dan negara.
 
Untuk hadir sila hubungi SEKRETARIAT Seminar di PWTC dengan menelefon 03-4043 6433 atau Fax 03-4045 6433 atau SMS Nama dan Alamat serta Nama Pertubuhan ke 016-3102001 (Naseron) atau 019-3937332 (Fauziah) atau E-mel: angahku_01@yahoo.com
 
Wassalam. Terima kasih.
 
HAJI NASERON ISMAIL
Pegawai Penerangan UMNO
merangkap
Ketua Sekretariat Gabungan NGO Muslim (Gabungan)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment