Sunday, November 27, 2011

RG2011... Untuk mengelak Bill Perhimpunan Aman terus dilaksanakan - jangan beri lagi mandat kepada UMNO

 

Oleh Aspan Alias.

Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.


Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.

Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai 'police state' dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.

Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.

Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.

Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.

Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.

Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.

Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.

Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.

Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.

Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan. 

8 Comments

Close this window Jump to comment form
Anonymous Anonymous said...

Yes,ABU in the next election.

25 November 2011 21:26:00 GMT+08:00

Blogger IbnAbdHalim said...

Salam saudara Aspan,

Saya sudah lama mengikuti laman saudara dan merasa hairan kenapa saudara masih bersama UMNO tapi sekarang saya sedar bahawa saudara masih boleh berperanan dalam parti tersebut dengan gaya saudara sendiri. Saya doakan sejahtera untuk saudara dan teruskanlah usaha saudara. InsyaAllah kebenaran akan menang dan kebatilan akan lenyap. Itulah cita-cita kita semua sebagai rakyat yang cintakan negara.

25 November 2011 22:00:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Bro Aspan,
Saya menyokong penuh hasrat sdra untuk naik kepentas ABU untuk melahirkan pandangan sdra secara jujur dan berterus terang.
walaupun sdra tidak lagi mempunyai apa apa jawatan dalam Bahagian atau Cawangan UMNO tetapi saya rasa tentu ramai lagi mereka yang pernah menyokong UMNO seangkatan dengan sdra masih ingat hubungan intim sdra dengan TRH yang integritinya masih utuh. Sekiranya sdra bersedia menaiki pentas ABU,dan menelanjangkan segala keburukkan UMNO saperti yang sdra zahirkan melalui tulisan tulisan dalam blog sdra, saya yakin sdra dapat menyumbang kepada kejatuhan UMNO/BN tetapi sdra perlulah bersedia dipecat oleh UMNO( kalau masih lagi menjadi ahli UMNOlah) Teruskan perjuangan sdra Aspan samaada melalui tulisan2 sdra dalam blog ataupun dipentas ABU.

25 November 2011 22:28:00 GMT+08:00

Blogger Mat Indera Sipejuang said...

UNTUK PUAK-PUAK lembUMNO !!!!
Inilah dia Pemimpin-Pemimpin umno yang membuat sesuatu tak pakai otak manusia tapi pakai otak lembUMNO, dengar namanya sungguh menarik iaitu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman tapi isi kandungannya macam Rang Undang-Undang Perhimpunan Haram.

Apabila dibantah elok-elok dan dikatakan bahawa RangUndang-Undang yang nak dibentangkan itu tidak elok untuk rakyat, pemimpin-pemimpin lembUMNO akan buat sombong aje. Bila bantahan dibuat dengan DEMO baru lah kelam kabut dan cakap nak kaji semula.

hemmmm..... umno dengan penipuan umpam irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan.....betul-betul meloyakan heeeeeeee

26 November 2011 03:31:00 GMT+08:00

Blogger Red Alfa said...

Saudara Aspan
Nampaknya dengan terbentang rang undang undang perhimpunan aman yang menjurus untuk mengkukuhkan police state, ianya telah mencapai tahap breaking point kebanyakan kita dengan UMNO/BN.

Diharap ramai akan mengikut kita dan membuat yang perlu pada PRU 13!

26 November 2011 09:25:00 GMT+08:00

Anonymous Anonymous said...

Sdr Aspan,
Tulisan anda memang menyengat dan terus menekan Semangat BN/UMNO yang merosakkan Negara.

Kita Rakyat semua harus dipersalahkan sekiranya BN/UMNO menang dalam PRU13 nanti. Dpd itu, tentanglah BN/UMNO dengan segala apa yang kita mampu lakukan termasuk mengikis semua fikiran yang BN/UMNO akan membela rakyaat tetapi penekan dan penindas hak dan kuasa rakyaat.

Sesudah PRU13, tentukan yang BN/UMNO, sesuatu nama yang tidak akan kedengaran, kelihatan dan diketahui lagi oleh rakyaat Malaysia semua nya. Undi ABU = Asal Bukan UMNO.

26 November 2011 09:26:00 GMT+08:00

Blogger flyer168 said...

Aspan,

Good writeup, syabas.

The Ketuanan UMNOputra/BN Leaders, their Cronies & Macais have become Nazi monsters in the eyes of the Opressed Bolehland's Rayaat, a nation of bullies and bastards who would rather kill than live peacefully.

They are not just Whores for power and $$$, but killer whores with hate and fear in their hearts.

They are human scums, and that is how history will judge them.

No redeeming social value. Just whores. Get out of our way, or we'll kill you.

You be the judge.

Yes, let us all vote ABU !

Shalom.

26 November 2011 10:32:00 GMT+08:00

Blogger kensoong_98 said...

lembu pun taknak himpun di Gemas semua dicondo mewah bangsar

26 November 2011 10:35:00 GMT+08:00

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment