Haah....setuju....
Skrg ni dtg keje 30min awal....
Balik tu dh tentu tak kira masa....nak plak time audit..sampai ke malam...
Belum campur sabtu ahad
Claim OT tak layak, claim cuti pun nak buat ape....cuti yang ada tu pun berbaki sebulan lebih...dah carry forward je
Hakikatnya, tak semua penjawat awam perlu dipandang serong...kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.....mana2 pun sama jer...
From: Nor Azlin Mohd Nordin <azlin8@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 25, 2012 8:09 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bajet 2013 - 6 Tuntutan Cuepacs.
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, September 25, 2012 8:09 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bajet 2013 - 6 Tuntutan Cuepacs.
Tak gitu pun memang dah kerja lebih masa pun hampir setiap hari.
Sent from my iPhone
Sent from my iPhone
=Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!
nizar-coretanku.blogspotPembentangan Bajet 2013 sudah tidak lama sahaja lagi. Dalam pada penjawat awam masih terus menunggu sebarang tindakan susulan dan seterusnya melibatkan perubahan dan penambaikan ke atas SSM selepas pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Cuepacs terus melancarkan "6 Tuntutan 1.4 Juta Kakitangan Awam Sempena Pembentangan Bajet 2013″ ini…..Orang ramai kata, kalau nak mintak "lebih" inilah masa dan ketikanya.Senarai 6 Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan Dalam Bajet 2013?
- Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
- Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
- Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
- Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
- Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
- Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Andaikata daripada 6 tuntutan di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…Butirannya ialah :
- Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
- Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran
Kami mengharapkan jikalau masa bekerja kakitangan kerajaan dilaksanakan pun tidak terjadi insiden dan tidak diamalkan budaya seperti ini :
- Adakah 15 minit yang pertama dan terakhir tidak digunakan untuk bergosip, esok nak pakai baju warna apa. Malam ini nak masak apa dan lain-lain lagi?
- Adakah 15 minit awal digunakan untuk minum pagi 15 minit sebelum balik minum petang?
- Adakah menggunakan masa awal 15 minit yang pertama digunakan untuk punch kad, dan seterusnya check ini di warung sehingga pukul 10 pagi. Ehem…Tidak eloklah macam itu kan?
- Itu belum dikirakan yang jenis tukang buka/tutup pejabat, "claim OT" setiap kali kena giliran. Datang pukul 7.30 pagi buka pejabat kemudian terus pergi minum dan balik pukul 6 petang. Sehari dapat claim OT sejam untuk tugas itu sahaja. Kalau seminggu, sebulan…? Macam-macam ragam sebenarnya…..
- Ada pula yang belum cukup masa nak balik, sudah ada yang dah beratur kat punch card clock. Alahai??
Macam-macam kerenah dan sikap kita akan jumpa.
Tetapi rami juga kakitangan kerajaan yang amanah menjalankan tugas mereka. Apa yang boleh dikatakan hanya dengan ucapan tahniah yang dapat diungkapkan.
Di mana menggalas amanah rakyat dengan jayanya..
Walaubagaimanapun, kami tidak pasti lagi apa respon balas sebahagian besar kakitangan awam terutamanya pembaca Berita Semasa di sini. Bagaimana setuju supaya kakitangan kerajaan bekerja lebih masa?
- Tetapi, bagi pendapat kami tidak perlu ditambah masa pun sebenarnya, jikalau budaya kerja masih ditakuk lama. Yang penting sebenarnya adalah kerja yang berkualiti bukannya kuantiti masa yang dihabiskan begitu sahaja semata-mata memenuhi tuntutan yang ada.
- Jikalau ikut semua itu, insyallah semakin murah rezeki.
Setuju Tawaran Bekerja Lebih Masa Penjawat Awam Untuk Kerajaan?
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment