Sunday, September 2, 2012

Re: RG2011... Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya? - Serigala Selatan

 

Aku amat musykil, kenapa dendera dipanggil Sang Saka? Kalau tak silap, bendera PDRM juga dipanggil Sang Saka Biru. Ada sesiapa yang boleh tolong, kekalau ada link menjelaskan ini. Takut juga kalau anak kita kat sekolah rendah bertanya, apa nak dijawap nanti.

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, September 1, 2012 11:15 PM
Subject: RG2011... Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya? - Serigala Selatan
 


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948. Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

1 ulasan:

stupidity detectedMeh sini aku jawabkan pulaksedara,Kelmarin Malaysia dh merdeka pada umur 55 tahun. Perbuatan sedara nie telah membawa nama busuk kepada Pakatan Rakyat secara tak langsung, bersih secara sinonimnya dikaitkan dengan pakatan rakyat,jadi pabila sedara berpakaian seperti itu, dan membawa bendera konon sepatutnya bendera malaysia, ianya akan menimbulkan satu isu bahawa pakatan rakyat ingin menukarkan bendera malaysia pabila memerintah nanti. tambahan pula bila ada adun dari DAP iaitu YB Manoharan telah mempertikaikan mengenai pertukaran bendera pabila memerintah nanti.ini buktinyahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRPPXqnSnWWDfJiBJJfShGqaeF4JLerTs_vsKsGZvh3JcUwu3lS6fDVDTC7nT8oemGJgM1rHy114QNRWlQSFD3KOCzVLGIfa3_-U7LMwQpZxyRGeZ6IKJvFFW1e_SatNfrO1lBlRdpZ-HW/s1600/manoharan-tweet.jpgPKMM sememangnya secara sinonim adalah parti yang berkecenderungan kepada komunis seperti yang diajar dalam buku teks sejarah tingkatan 5. Sejarah yang kita belajar di sekolah kebanyakkan telah diubah fakta dan diputar belitkan oleh inggeris dan sekutunya iaitu UMNO. Bagaimana kita hendak mengubah sejarah,walhal kita tidak tahu apa yang sebenarnya telah terjadi sebenarnya.segala artifak sejarah malaysia yang sebenarnya ada didalam tangan inggeris. kemerdekaan yang disambut selama 55 tahun ini sebenarnya tiada apa2 erti. Segalanya atas perjanjian,perjanjian yang diberi nama kemerdekaan.Jangan membuatkan kita ini tampak seperti terdesak ingin mengubah sejarah. Fokus kepada tujuan utama kita, iaitu menentang kezaliman dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang bersih dari segala gejala rasuah, kroni, dan persaingan yang tidak sihat. Sejarah yang lepas, jadikan tauladan dan sempadan, jangan diulang lagi kesilapan lampau dahulu,tikam belakang dan pengkhianatan ke atas kesultanan melayu melaka yang menjadi titik pertama penjajahan ke atas tanah air kita sehinggalah penjajahan bentuk moden iaitu pengkhianatan penjualan tanah milik melayu kepada rakyat singapura di Johor dan bangsa asing di Pulau Pinang semasa pemerintahan BN.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment