Monday, September 24, 2012

RG2011... ATM : Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari ATM Ke-79

 


ATM : Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari ATM Ke-79


Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-79 yang diadakan di Masjid Negara pada 21 Sep 12 yang lalu. Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.


Bacaan Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Dato' Hj Mustafa bin Abd Manaf yang bertajuk "ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – KOMITMEN KAMI KEYAKINAN ANDA", sejajar dengan tema sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia pada tahun ini. Antara isi kandungan khutbah berkenaan adalah kepentingan untuk rakyat bersama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tentera Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain dalam memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terus terpelihara dan dikekalkan. Selain itu, khutbah juga menyeru kepada rakyat untuk menghayati pengorbanan oleh pejuang-pejuang terdahulu yang telah menumpahkan keringat bakti setia tanpa goyah sehingga mengalami kecederaan dan kecacatan.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan serta kira-kira 1000 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATM di sekitar Lembah Klang.

()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") Web Upah Haji http://www.badal-hajj.blogspot.com/

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment