Tuesday, September 25, 2012

RG2011... Fw: BNM Di Gesa Bertindak Ke Atas Syarikat Pelaburan Emas

 



Panas: Bank Negara Malaysia (BNM) Di Gesa Cepat Bertindak Ke Atas Syarikat Skim Pelaburan Emas !

pahangdaily.blogspot.
 
KUALA LUMPUR, 22 Sept - Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat dakwaan tersebut berkata sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram.
 
"Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini. "Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
 
Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi."Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan segera kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan juga sosial di negara kita," katanya. BERNAMA

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment