Sunday, September 2, 2012

RG2011... Fw: Isu Air, Najib Di Gesa Bantu Rakyat Pahang Dulu

 



 

Isu Air, PM Najib Di Gesa Bantu Rakyat Pahang Dulu Sebelum Cari Kesalahan Pihak Lain

pahangdaily.blogspot
 
 
Isu air yang melanda tanah rancangan Felda di negeri Pahang ketika musim perayaan Aidil Fitri baru-baru ini benar-benar telah mencalarkan imej Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) sebenarnya. Ramai yang kecewa dengan sikap Najib yang menganaktirikan rakyat di negeri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan negeri-negeri lain. Najib sebelum ini dengan bangganya menuduh Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan yang ditadbir oleh pembangkang (Pakatan Rakyat).
 
Walhal sebaliknya senario yang berlaku di negeri kelahiran Perdana Menteri itu sebenarnya lebih teruk dari apa yang disangkakan selama ini. Hampir 40 tahun lamanya, warga Felda di seluruh negeri Pahang dihantui dengan masalah air yang tiada kesudahannya. Malah, isu semakin teruk apabila tiba musim perayaan atau pun keramaian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Berbagai usaha dilakukan oleh penduduk untuk menangani kemelut yang melanda ini, namun seperti biasa janji-janji manis terus ditaburkan oleh wakil rakyat setempat yang majoritinya pemimpin UMNO BN setiap kali musim pilihanraya. Akhirnya, mereka terus menang dan dipilih rakyat sedang mereka kekal dihimpit masalah air yang tiada kesudahannya.
 
Tambah malang lagi apabila Jabatan Bekalan Air (JBA) syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang pula dikorporatkan awal tahun ini dan kini dikenali sebagai Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Hasilnya, pihak swasta yang baru telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan ini kepada seluruh rakyat Pahang. Apa yang memusykilkan, semasa berada dalam kerajaan dan selepas diswastakan, senario masih tetap sama. Malah, disesetengah kawasan ianya adalah lebih teruk dan sungguh memalukan.

JBA Di Korporatkan Tetapi Perkhidmatan Teruk
pahangdaily.blogspot

 
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.
 
PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.
 
Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara yang melibatkan industri bekalan air.

Logo JBA dan PAIP hanya diubah bentuknya sahaja tapi perkhidmatan sama


Bukti, peneroka Felda Bukit Puchong tersiksa nikmati perkhidmatan air PAIP
yang keruh dan kotor ketika sambutan Raya Aidil Fitri baru-baru ini

Pada awalnya tujuan pengkorporatan berkenaan ialah supaya PAIP dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. Walau pun dibantah oleh ramai kakitangan dan rakyat setempat, namun ia tetap dilaksanakan. Difahamkan, PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus pegangannya masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan.
 
Tujuan asal pengkorporatan berkenaan ialah supaya PAIP dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. Walau bagaimana pun kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan. Malah, kerajaan negeri juga akan menyumbang RM50 juta setahun kepada PAIP bagi menanggung kos operasi mereka.

Isu panas yang menghantui penduduk Felda Jengka 7, Aidil Fitri yang lalu
yang didedahkan PDO dan kemudian disusuli oleh Sinar Harian Pahang

PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang. Kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan. Hasil (perbekalan dan jualan air besih) sebelum ini ialah RM110 hingga RM114 juta setahun, tanggungan defisit ialah antara RM46 hingga RM50 juta setahun. Difahamkan Kerajaan negeri akan sumbang RM50 juta setahun itu kepada PAIP sehingga mereka berjaya tingkatkan kecekapan atau kurangkan defisit dalam operasinya.

Korporat, Kenapa JBA Pahang Masih Beroperasi?
 
pahangdaily.blogspot
Ramai pihak kini tertanya-tanya, benarkah JBA sudah dikorporatkan?. Ini kerana di seluruh negeri Pahang banyak papantanda dan lambang JBA masih wujud terutamanya ditangki-tangki air dan pejabat-pejabat JBA Daerah. Malah, disesetengah kawasan tidak ada lambang atau tanda-tanda Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu wujud. Persoalannya, jika PAIP diwujudkan kenapa JBA masih menjalankan operasi seperti biasa?. Bukankah kerajaan memaklumkan JBA dimansuhkan selepas dikorporatkan. Apakah ini bermakna kakitangan JBA kini menikmati dua skala gaji apabila mereka menyertai PAIP?.
 
Tambah mengejutkan apabila bil-bil kutipan hasil masil lagi dihantar oleh JBA Pahang. Malah, pada bil itu sendiri masih tertera lambang JBA dan bukannya PAIP. Bagi mereka yang membuat bayaran secara tunai mungkin tidak menjadi masalah. Namun, keadaan menjadi kecoh apabila ada individu atau syarikat yang membuat bayaran menggunakan cek atas nama JBA Pahang. Mereka diarahkan membuat cek atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan bukan JBA. Anehnya bil yang diterima dari JBA.
 
Bagi pembayaran secara online juga lebih bermasalah bila mana pihak institusi kewangan tidak lagi menyenaraikan JBA pada senarai agensi berkaitan. Rakyat perlu tahu, kenapa JBA masih wujud selepas hampir setahun ia dikorporatkan menjadi PAIP?. Bukankah sepatutnya JBA itu dimansuhkan beradasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai tersebut. Malah, kakitangan JBA juga telah diserapkan ke PAIP jika mereka masih mahu terus berkhidmat.
 
Persoalannya, kenapa JBA masih wujud? Apakah ia sah dari segi undang-undang. Apakah rakyat boleh membayar bil yang dihantar oleh JBA iaitu sebuah agensi yang telah tiada akibat pengkorporatan yang berlaku?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Harap pihak berkenaan dapat berikan jawapan tentang isu ini.

Bukti, JBA dikorporatkan dan kini jadi PAIP tapi urusan mengebil masih lagi
diuruskan oleh JBA Pahang, sedangkan itu adalah tugas PAIP sebenarnya


[Sebenarnya banyak lagi isu dan masalah air yang melanda rakyat Pahang yang perlu dibela oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Bahkan PDO ada lagi bukti yang lebih menyayat hati melibatkan rakyat di Parlimen Pekan sendiri. Maka itu, usahlah mendabik dada kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN tidak menghadapi masalah air seperti ini.
 
Pahang juga tidak wajar berbangga dapat menjual air ke Selangor sedangkan rakyat sendiri masih menanggung derita yang sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu. Begitu juga dengan Felda, usahlah terlalu seronok kerana ia di senaraikan di Bursa Malaysia dan memilikik IPO tertinggi sedangkan masalah air di kawasan Felda seluruh Pahang masih yang terburuk di negara ini.
 
Kenapa Felda tidak keluarkan peruntukan untuk meningkatkan kualiti air serta sistem paip yang sudah usang dan kini membebankan rakyat?. Kata rakyat didahulukan dan janji ditepati, tapi hakikatnya rakyat terus dipinggirkan. Justeru, kepada orang Felda dan rakyat Pahang maka anda perlu fikirkan nasib anda sekarang. Jangan perjudikan nasib dan terus tanggung derita memilih mereka yang hanya pandai berjanji dan bercakap, hakikatnya semuanya hanya indah khabar dari rupa dan retorik politik semata-mata. Berfikirlah sebelum bertindak !!].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment