Saturday, September 1, 2012

RG2011... Kenapakah Tun Dr Mahathir Mohamad Sanggup Di Hina Demi Mempertahankan Anwar Ibrahim

 


http://novandri.blogspot.com/2011/11/kenapakah-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Kenapakah Tun Dr Mahathir Mohamad Sanggup Di Hina Demi Mempertahankan Anwar Ibrahim?


Artikel daripada AIDC. Menarik !

Ianya tentang penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar Ibrahim!


Yang menariknya ialah tindakan Dr Mahathir Mohamad mempertahank
an Anwar Ibrahim walau pun mendapat pelbagai khabaran yang tidak enak mengenai Timbalan beliau.

Dan yang paling menarik ialah tindakan Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa dan pihak polis ketika itu.

Dan sekarang, Anwar Ibrahim bercakap tentang salahgunakuasa dan sebagainya. Hipokrit dan munafik !

Di antaranya:-


Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annoyted assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya.

Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis.


Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukan crony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi.

Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya, semua ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid. Kalaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato' Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid.

Saya kata, apa yang dikatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain.

Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998.

Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.


Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah. Sampai sekarang ini pun saya tak baca.

Dr Mahathir diakui sangat rapat dengan pemimpin Palestin

Tetapi, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata "this is very tricky," inilah perkataan yang saya guna.

Saya masih ingat "this is very tricky" sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah.

Tetapi kalau 'ada apa-apa' polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar. Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini SETERUSNYA
 
 
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment