Monday, September 24, 2012

RG2011... Tip Penjagaan Rantai Motorsikal

 

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/08/tip-penjagaan-rantai-motorsikal.html


Pertanyaan Yang diajukan
razif:
kisah aku minggu lepas..banyak kopak duit rantai putus.
Ride ke Kelantan.Nak buat mcm mana dah nasib aku. bleh x bro citer psal rantai moto ni?
Jawapan kami

Thanks bertanya pada razif tentang perkongsian pengalaman .. Saya cuba kongsi serba sedikit berkenaan rantai motorsikal ni.. Insya Allah seperti dibawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Penjagaan Rantai Motorsikal

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rantai adalah antara bahagian motosikal yang kurang diberi perhatian oleh ramai penunggang. -Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.
-Jika korang asyik ajer ketatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai korang.

Rantai O-Ring dan X -Ring

Pakai Rantai Motorsikal Standard je ( rantai jenis o-ring) Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.
_______________________________
Set Sporket
-Satu lagi, kalau rantai motor asyik tercabut dari gigi sporket (mata spoket dah tajam) Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam. tukarlah satu set sekali..Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan, pilihlah set sporcket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS.

_______________________________
Rantai Motorsikal Putus
Ada penunggang sampai rantai putus baru nak mencari yang baru. Bahayanya apabila rantai putus ia berkemungkinan tersangkut pada bahagian moto atau roda dan akibatnya anda boleh hilang kawalan ataupun rantai boleh melibas sehingga merosakkan bahagian enjin. Jika nasib baik ia mungkin jatuh atas jalan tanpa sebarang tindak balas. Tau tau bila tekan minyak motor tak bergerak. Jika ada selekoh di depan sudah pasti anda terbabas.

_______________________________
Akibat Rantai Putus
Tengoklah rantai bila rantai putus boleh mengakibatkan kerosakan besar apa bila rantai tersangkut dalam cover enjin motorsikal dan mengakibatkan cover tersebut pecah dan kesemua sporket rosak teruk dan jahanam.

_______________________________
Sila bawa Tool bersama anda
Kalau nak jalan jauh seperti nak pulang ke kampung .. Harap lah dapat bawa sekali peralatan seperti di bawah untuk persediaan kalau motorsikal dalam keadaan darurat terputus rantai motor.. Tak ada siapa yang nak tolong atau Bengkel Motorsikal langsung tak ada yang berdekatan disitu.. Maka ini lah ikhtiar yang dapat kita lakukan



_______________________________
Cara Memotong Rantai
1) Cari pin penyambung, pasang chain cutter, di posisi pin tersebut
2) Putar tuas penekan pin penyambung sampai kira2 pin penyambung berada di sisi rantai lawan
3) Putar tuas yang satu lagi agar mendorong pin keluar
4) Rantai telah dipotong akhir pin penyambung (Jgn sampai terlepas).


_______________________________
Cara Menyambung Rantai
1)Masukkan pasangan rantai secara manual
2) Gunakan chain cutter untuk memasukkan balik pin penyambung. (berlawanan dengan cara memotong).
3) Pin penyambung di masuk seluruh nya ke dalam rantai.
4) Pastikan sisi kiri dan kanan dari pin penyambung secara seimbang tidak berlebih (dapatmenyebabkan rantai terlepas).
_______________________________
Cara ketatkan rantai motorsikal
Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam..

1) Longgarkan nut shaft tayar tu pastu adjust nut rantai tu.
2) Pastu nak tau ketegangan yg sesuai,agak-agak free play (jarak kendur dan tegang) rantai tu dalam 1 inci. kalau nk kunci rantai tu tak nak bagi lari,korang sangkut la spana 10 kat spoket tu pastu ikat balik nut rantai tu.

3) Kalau nak bagi center tayar tu supaya tak senget. Salah satu cara,korang tengok pada swing arm tu...ada marking kat situ.. pastu adjust la kiri kanan bagi sama marking dia..
_______________________________
Ketatkan kembali gandar belakang

4) Ketika mengetatkan roda belakang, pastikan kedua sisi sudah sejajar/segaris sempurna sebelum diketatkan, jika tidak dapat menyebabkan kehausan pada rantai maupun sprocket.
_______________________________
Membersihkan Rantai
Tidak ramai yang suka membersihkan rantai kerana tangan akan berlumuran dengan minyak dan gris. Untuk kotoran yang degil gunakan kain yang lembab

_______________________________
Pelincir Pada Rantai
-Di nasihatkan hendaklah sentiasa memeriksa rantai dan pastikan rantai sentiasa di sapu minyak agar licin dan senyap apabila memusingkan tayar belakang.
- Rantai yang kerap diberi pelincir akan tahan lebih lama. Pusing roda dengan tangan (bukan dengan menghidupkan enjin )


_______________________________
Adengan yang tak mau dialami

Ha benda camni yang tak mau kita terjadi.. ada siapa yang nak tolong? so ini lah penting kita mengetahui serba sedikit bakat baik pulih kerosakkan ni kan... ada gunanya gak..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment

Post a Comment