Monday, June 17, 2013

Re: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

 

Semenjak dah tak kerja ni, zakat saya cari sendiri utk di bayar pada sedara2 yg terdekat yg betul2 memerlukan. Bukannye bnyk pun, klu syarikat boleh lah byr pada pusat zakat, sbb berjuta.

Tidak salah bagi sendiri pada fakir miskin, masih sah di sisi agama.

Sent from my iPad

On 17/06/2013, at 9:13, MD Fairos <mdfairos@yahoo.com> wrote:

 


Apa yg sy tahu, jika kita berada di dalam kerajaan Islam spt Malaysia, maka tanggungjawab pengagihan zakat adalah dibawah t/jawab kerajaan.

Dalam sejarah Islam pernah ada seorg hamba Allah bertanya kepada Imam tentang hasratnya untuk membayar zakat terus kpd fakir-miskin.

Imam tsb tanya kenapa dia berhasrat demikian.

Maka hamba Allah ini menjawab yang dia tidak yakin zakatnya akan diagih dengan sempurna kerana dia mendapat tahu kerajaan yang memerintah negeri tsb tidak jujur dan menyeleweng.

Maka Imam tsb menasihat hamba Allah itu agar tetap membayar zakat kpd pemerintah walaupun kerajaan tsb tidak jujur kerana t/jawab rakyat adalah membayar zakar kpd pemerintah & t/jawab pemerintah sbg kerajaan islam pula adalah mengagihkan zakat tsb.

Masing-masing mempunyai t/jawab dan akan ditanya akan t/jawabnya oleh Allah di akhirat kelak.



From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, June 12, 2013 4:23 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

 
Boleh terangkan secara spesifik pusat zakat mana yang tak bagi bantuan kepada orang yang memerlukan? Apa taraf pemohon? Jangan dengar orang cakap awak pun cakap, itu fitnah namanya. Ada negeri dimana tugas pusat zakat ialah mengutip zakat sahaja. Pengagihan dilakukan oleh Majlis Agama Islam (Bahagian Zakat). Kena faham kedudukan dan set-up pusat zakat sebelum buat rumusan.


2013/6/6 Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>
 
Memang klu di ikutkan, zakat memang  di bayar kpd org yg terdekat dgn kita, mula pd anak2, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan org2 kg.

Skrg byr pada PKZ sbb nak elak pada incomtax. Tengok pd zaman skrg, org2 btl2 perlukan duit/ bantuan, bila minta pada zakat, tak dpt pun.

Sent from my iPad

On 04/06/2013, at 15:11, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> wrote:

 
Ada juga pernah mendengar cerita seorang yang dah lama kumpul duit untuk pergi tunai haji tapi mendermakan duitnya untuk jiran sebelah akibat suatu petaka (maaf lupa sebabnya)...dengan mengatakan jirannya lebih memerlukan wang itu dan dia boleh kumpul duit lain..akhirnya meninggal tak sempat pi haji... dan dinyatakan pula walaupun dia tak dapat mengerjakan haji tapi dia dapat haji mabrur..wallahualam..

--- On Tue, 21/5/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
To: "zzxmangkukhayun" <mangkukhayun@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 21 May, 2013, 11:36 PM

 
 

 
----- Original Message -----
 
Subject:  Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

 
Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang bukan dibawah tanggungan kita.

Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan sebagainya.

Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN , akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang mampu memang amat membebankan.

Itu kata ustaz tadi dalam kuliah tasauf.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment