Monday, June 17, 2013

Re: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

 

Kalau puan termasuk di bawah golongan fakir atau miskin puan berhak dapat bantuan yang diperlukan. Ini bergantung kepada pendapatan isi rumah puan. Bukan sahaja puan boleh dapat bantuan dari Pusat Zakat, bahkan puan boleh daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan bulanan, lebih-lebih lagi anak puan termasuk di bawah kategori kurang upaya. Jumpalah wakil rakyat atau terus ke jabatan kebajikan masyarakat daerah tempat puan tinggal.


2013/6/15 Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>
 

Ini terjadi pada keluarga sendiri, minta untuk beli bantuan susu, pada anak kurang upaya, susu tu harga nye mahal, sbb anaknye tak boleh makan nasi. Mereka suruh beli dulu, kemudian claim, klu dah boleh dulukan duit dulu, itu bermakna mampulah nak belilah, buat rayuan pula, banyak soal jawap, tulis pula surat pada pengerusinye. Hasilnye, beli dulu, claim juga lah, lepas tu kena tunggu nak dpt semula duit.

Sent from my iPad

On 12/06/2013, at 16:23, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

 

Boleh terangkan secara spesifik pusat zakat mana yang tak bagi bantuan kepada orang yang memerlukan? Apa taraf pemohon? Jangan dengar orang cakap awak pun cakap, itu fitnah namanya. Ada negeri dimana tugas pusat zakat ialah mengutip zakat sahaja. Pengagihan dilakukan oleh Majlis Agama Islam (Bahagian Zakat). Kena faham kedudukan dan set-up pusat zakat sebelum buat rumusan.


2013/6/6 Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>
 

Memang klu di ikutkan, zakat memang  di bayar kpd org yg terdekat dgn kita, mula pd anak2, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan org2 kg.

Skrg byr pada PKZ sbb nak elak pada incomtax. Tengok pd zaman skrg, org2 btl2 perlukan duit/ bantuan, bila minta pada zakat, tak dpt pun.

Sent from my iPad

On 04/06/2013, at 15:11, lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg> wrote:

 

Ada juga pernah mendengar cerita seorang yang dah lama kumpul duit untuk pergi tunai haji tapi mendermakan duitnya untuk jiran sebelah akibat suatu petaka (maaf lupa sebabnya)...dengan mengatakan jirannya lebih memerlukan wang itu dan dia boleh kumpul duit lain..akhirnya meninggal tak sempat pi haji... dan dinyatakan pula walaupun dia tak dapat mengerjakan haji tapi dia dapat haji mabrur..wallahualam..

--- On Tue, 21/5/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
To: "zzxmangkukhayun" <mangkukhayun@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 21 May, 2013, 11:36 PM

 
 

 
----- Original Message -----
 
Subject:  Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar

 
Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang bukan dibawah tanggungan kita.

Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan sebagainya.

Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN , akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang mampu memang amat membebankan.

Itu kata ustaz tadi dalam kuliah tasauf.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment