Salam,
Saya ada sedikit pengalaman mengenai hal zakat ini kerana saya ada belajar di sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang ada mewujudkan satu Unit Zakat untuk membantu pelajar2 miskin dan kurang mampu (itu objektif penubuhan).
Sememangnya, sangat prosedur itu banyak dan BELUM TENTU LULUS PERMOHONAN sebab DANA ZAKAT hanyalah dari staff2, pensyarah2, staff2 sokongan...berapa keratlah yang memohon kerana kurangnya kesedaran dari staff dan pensyarah2 (kadang2 mereka pun bukanlah orang yg senang) dan DANA ini diperoleh dari pemotongan gaji staff2 dan pensyarah2.
Pengalamam saya pertama sebagai pemohon, saya perlu mendapatkan tandatangan dari fakulti saya. Sangat terasa hati (ketika pertama kali memohon, saya baru semester k-2), saya cuba mendapatkan tandatangani oleh pensyarah ketika itu, hanya beliau sahaja berada di pejabat tetapi biasalah adat manusia ditolak mentah2 kerana beliau tidak mengenali saya dan xmahu mengesahkan apa2 borang yang beliau rasa x pasti. Rasa sedih, tapi betul juga sebab saya minta pada orang yang tak dikenali tetapi beliau adalah bekas Timbalan Pengarah (sekarang dipanggil Timbalan Rektor). Mula2 dah nk give up, tapi mengenangkan perlu duit carilah mana2 pensyarah yang saya kenal (naik tangga turun tangga) dan akhirnya dapat.
"Jumpalah wakil rakyat atau terus ke jabatan kebajikan masyarakat daerah tempat puan tinggal"....
Bila baca ayat diatas, terkenang saya kena lari semata hanya mendapatkan signature sahaja, xsampai pun 1-2 minit.Bagi saya, mudah untuk berkata atau bercakap, hati orang yg melakukan itu sahaja yg tahu perit atau tidak.
Bila saya bekerja separuh masa di Unit Zakat itu, pengawai itu menceritakan A-Z hal2 zakat kepada saya. Borang permohonan jika sekali buka iklan 100-200 orang tetapi yang dapat hanya 20-50 orang (dalam anggaran yg terus dapat, kiv dll) kerana DANA kami hanya zakat2 dari pemotongan gaji staff. Senarai itu adalah termasuk saya juga. Sekali dapat hanya RM 610 (lebih kurang) untuk 3 bulan lebih.Anda rasa cukup kah...selepas tolak yuran pengajian RM 330?
Saya setuju kata khairun buyong, Jabatan Kemajuan Masyarakat pon kena kaji bagaimana mereka membuat kerja. Ini sendiri terjadi pada Mak Teh saya seorang Ibu Tunggal, dia memohon dekat JKM (atas saranan menantunya) sampai masa pengawai datang melawat dan dijadikan cerita, pengawai2 berkenaan ada bertanyakan orang2 di sekitar mengenai Mak Teh saya dan ADA SUARA SUMBANG yang mengatakan Mak Teh tidak layak nak dapat kerana anak-anak Mak Teh saya semua bekerja. Suara sumbang itu pun ada kaitan dengan kami juga (sedara), wajarkah pengawai itu mendengar kata-kata orang lain dalam menjalankan peranan mereka ? Adakah mereka ingat anak2 Mak Teh saya yang bekerja sebagai pemandu teksi di KL mampu hidup senang....??
Saya ingin membandingkan hidup Mak Teh saya dengan kawan saya (ibu kawan saya Ibu Tunggal), untuk perbandingan kawan saya anak bongsu ketika itu hanya dia sahaja masih bersekolah dan abg dan kak mereka sudah ada kerjaya bergaji besar (melihat cara pakaian, kereta) dari situ kita dah boleh menilai sedangkan Mak Teh saya apa yg ada...kereta pon xda.
From: Unit Peperiksaan dan Penilaian <kupp25@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, June 21, 2013 10:38 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
BAYAR ZAKAT KEPADA PEMERINTAH
TAK ELOK JIKA BAYAR TERUS....KITA KITA ADA PEMERINTAH(KHALIFAH).....KHALIFAH LEBIH ARIF UNTUK KUMPULAN MANA YANG HENDAK DI AGIHKAN.....
KEPADA UMMI KAY....KLU MACAM TU TAK PAYAHLAH MOHON LAGI RM1000-1500 PADA PUSAT ZAKAT NEGERI ... BLA ANAK NAK DAFTAR UNIVERSITI
2013/6/19 khairun buyong <nisha_yani44@yahoo.com>
Salam alaik Puan latifah..begitulah salur galurnya kan bagi yg tidak pernah menghadapi akan dengan mudah menemplak...lazimnya bila dah kena batang hidong barulah OOOOOO besarrrr.. emmm banyak prosidur yang amat meletihkan. "
Jumpalah wakil rakyat atau terus ke jabatan kebajikan masyarakat daerah tempat puan tinggal."
perkataan diatas dirujuk ....sampai bila keadaan ini harus diteruskan tiadakah pendekatan lainkah yang harus diambil.. jum cetuskan idea , kita kaji bagaimana JKM membuat kerja dan yang baik dalam JKM apply dalam Pusat Zakat begitulah sebaliknya...ke dah tiada yang baik langsung kikiki bior betul ek...
Apa apa pun thanks for this tajuk ada pencerahan juga bagi saya. Berzakatlah tak kiralah melalui potongan gaji atau pada family jangan bergegar tetapi buatnya tak...dan JUM sama sama kita perbetulkan niat kita dari masa ke semasa....
Wokey bertemu kita disana nanti dalam keadaan yang baik dan sempurna.
Wassalam-
umi kay.
From: Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, June 18, 2013 7:18 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
Untuk makluman puan kartina, bantuan kebajikan masyarakat dah dapat RM300/- tapi tak cukup utk beli pampers & susu. Susu satu tin RM159/-, guna 3 tin satu bulan, Alhamdullilah ada individu yg prihatin, ada juga bagi sikit. Dari zakat pun ada masanye ambil juga, tapi kena belilah dulu dgn duit sendiri. Lepas tu claim balik, zakat tak bagi mcm jabatan kebajikan tiap2 bulan masuk AC. Setiap tahun kena daftar semula. Itu yg saya kata bnyk syarat2nye. Kena ulang pejabat zakat 4 @ 5 kali, blm tentu lulus, nasib baik, bapa anak tu keja despatch kenal org2 kat zakat, senang sikit urusan jumpa pegawai2.
Sent from my iPadKalau puan termasuk di bawah golongan fakir atau miskin puan berhak dapat bantuan yang diperlukan. Ini bergantung kepada pendapatan isi rumah puan. Bukan sahaja puan boleh dapat bantuan dari Pusat Zakat, bahkan puan boleh daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan bulanan, lebih-lebih lagi anak puan termasuk di bawah kategori kurang upaya. Jumpalah wakil rakyat atau terus ke jabatan kebajikan masyarakat daerah tempat puan tinggal.
2013/6/15 Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>Ini terjadi pada keluarga sendiri, minta untuk beli bantuan susu, pada anak kurang upaya, susu tu harga nye mahal, sbb anaknye tak boleh makan nasi. Mereka suruh beli dulu, kemudian claim, klu dah boleh dulukan duit dulu, itu bermakna mampulah nak belilah, buat rayuan pula, banyak soal jawap, tulis pula surat pada pengerusinye. Hasilnye, beli dulu, claim juga lah, lepas tu kena tunggu nak dpt semula duit.
Sent from my iPadBoleh terangkan secara spesifik pusat zakat mana yang tak bagi bantuan kepada orang yang memerlukan? Apa taraf pemohon? Jangan dengar orang cakap awak pun cakap, itu fitnah namanya. Ada negeri dimana tugas pusat zakat ialah mengutip zakat sahaja. Pengagihan dilakukan oleh Majlis Agama Islam (Bahagian Zakat). Kena faham kedudukan dan set-up pusat zakat sebelum buat rumusan.
2013/6/6 Latifahrosle <latifahrosle@ymail.com>Memang klu di ikutkan, zakat memang di bayar kpd org yg terdekat dgn kita, mula pd anak2, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan org2 kg.
Skrg byr pada PKZ sbb nak elak pada incomtax. Tengok pd zaman skrg, org2 btl2 perlukan duit/ bantuan, bila minta pada zakat, tak dpt pun.
Sent from my iPad
Ada juga pernah mendengar cerita seorang yang dah lama kumpul duit untuk pergi tunai haji tapi mendermakan duitnya untuk jiran sebelah akibat suatu petaka (maaf lupa sebabnya)...dengan mengatakan jirannya lebih memerlukan wang itu dan dia boleh kumpul duit lain..akhirnya meninggal tak sempat pi haji... dan dinyatakan pula walaupun dia tak dapat mengerjakan haji tapi dia dapat haji mabrur..wallahualam..
--- On Tue, 21/5/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG2011... Fw: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
To: "zzxmangkukhayun" <mangkukhayun@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, 21 May, 2013, 11:36 PM
----- Original Message -----From: Rozmal bin MalakanSubject: Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar
Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang bukan dibawah tanggungan kita.Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan sebagainya.Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN , akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang mampu memang amat membebankan.Itu kata ustaz tadi dalam kuliah tasauf.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (14) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment