Thursday, June 13, 2013

Re: RG2011... Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG

 

As salam - 
nih ak copy dr FB saje tok kongsi2  ilmu

Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: "Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ianya bukan sesuatu yang wajib seperti yang dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang muslim bebas dari terikat dengan mana-mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa sahaja di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuan sahaja dengan tanpa bertanya orang lain. Inilah jalan para sahabah dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah ta'ala. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fekah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu".( Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Kaif Nata'amal Ma' al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah).

so jgnlah disempitkan diri ngan mazhab, maaf bkn nak menyinggung sesape~
as salam


2013/6/11 lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
 

Yang paling penting.. solat itu sah..dan segala syarat sah solat dipenuhi.. kalau tak ramailah yang tak solat dengan pelbagai alasan yang remeh....

--- On Tue, 11/6/13, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>

Subject: Re: RG2011... Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 11 June, 2013, 10:51 AM


 
Kalau ikut hukum solat, orang lelaki boleh berlenging saja waktu solat. Asalkan tutup dari pusat hingga lutut. Bayangkan kalau ramai lelaki yg solat macam tu......


2013/6/10 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
 
ni bukan masalah lebih Islam atau kureng Islam.. ini masalah HUKUM!
dah belajar ke rukun solath?? kalau belum gi lah mengaji dulu baru komen!
jika kurang ilmu jangan pula menunjukkan kebodohan diri sendiri..
 
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: PASPISPUSSYCAT <rattlesnakessssss@gmail.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, June 8, 2013 12:38 AM
Subject: Re: RG2011... Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG
 
Islam itu memang indah takde sapa pun ckp tak indah.

Pelik dengan dunia sekarang..

Yg semayang tak pakai telekung dikatakan lebih islam dr yg pakai telekung
Yg semayang di tengah jalan dikatakan lebih islam dari yg semayang di masjid..

Padahal

Yang semayang pakai telekung lebih bersih pakaian solatnya dr pakaian kegunaan harian
Yang semayang dimasjid lebih bersih tempatnya dr semayang di tengah jalan

Sedangkan kita tidur pun nak cari katil atau hotel untuk lebih selesa dan bersih.. mengapa tidak selesakan diri dan jaga kebersihan ketika hendak bersolat?
2013/6/6 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 
Islam itu Indah  Ketika Tuan Guru Nik Aziz hadir ke majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012 , Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu berlangsung berjemaah bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Walaupun tidak kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang tabu bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'.

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.

Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.

Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau 'uniform' solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.



Inline image 1




--

════ஜ۩۞۩ஜ════
اسلام عليكوم وﺭحمةالله وبراك
════ஜ۩۞۩ஜ════

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (19)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment