Wednesday, June 12, 2013

RG2011... FW: 31 warga emas Kelantan kecewa gagal tunai umrah

 

** Lahanat tol ler penyamun nih, mengambil kesempatan asbab ‘warga emas’ ler tu..

 

31 warga emas Kelantan kecewa gagal tunai umrah

SEBAHAGIAN jemaah umrah yang gagal ke Tanah Suci memfailkan tuntutan di TTP Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Harapan 31 orang yang hampir kesemuanya terdiri daripada warga emas untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian apabila mereka mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Kumpulan warga emas itu mendakwa, mereka telah membayar lebih RM6,000 seorang kepada agensi berkenaan untuk menunaikan ibadah umrah yang dijadualkan pada 27 Mei hingga 8 Jun lalu, namun perkara tersebut tidak terlaksana.

Setiap seorang daripada jemaah terbabit dikenakan bayaran RM5,850 dan bayaran tambahan RM415 untuk penerbangan dari Kota Bharu ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Menurut mereka, agensi pelancongan terbabit pada mulanya berjanji untuk memulangkan wang tersebut, namun tidak menyatakan bila mereka akan berbuat demikian.

Ekoran rasa tertipu dengan agensi pelancongan terbabit, 31 peserta umrah tersebut bertindak memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna di sini semalam bagi menuntut kembali wang mereka setelah gagal menunaikan ibadah tersebut seperti yang dijadualkan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2W2uGWKj2 
Hakcipta terpelihara 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment