Monday, June 10, 2013

RG2011... Fw: Berbaloikah Memiliki Samsung Galaxy S4?

 



Jom Uji – Berbaloikah Memiliki Samsung Galaxy S4?

Mod Dual Shot yang memungkinkan rakaman kamera belakang dan depan sekaligus.

Setelah menempa nama dengan model-model meletup sebelum ini, Samsung sudahpun mengeluarkan Samsung Galaxy S4 kepada pengguna tempatan dengan harga pasaran sebanyak RM2,199.

Sebelum kita ke kedai atau menempah telefon ini menerusi syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi atau U Mobile, cuba tanya diri sendiri, adakah berbaloi untuk membeli telefon baru Samsung ini? Blog ini akan cuba menjawab persoalan anda di akhir artikel selepas beberapa penerangan mengenai spesifikasinya.

Ini adalah siri telefon pintar yang terbaru dari Samsung yang diikuti dari Note ke Note 2 dan Galaxy S3. Ciri-ciri yang terdapat padanya dilengkapi dari keluarga Galaxy dengan tambahan ciri dan teknologi yang terbaru.

Aplikasi S Translator yang sangat berguna.

Kita mulakan dengan apa yang tidak berubah, iaitu rekabentuk, saiz tidak banyak beza dengan Galaxy S3. Sedikit nipis yang menampakkan kesesuaian dengan skrin 5 inci. Bahagian sisi pula diratakan berbanding Galaxy S3 menjadikan lebih selesa dalam genggaman.

Ok, tapi masih ada kekurangannya, rekaan GS4 masih dirasakan seolah-olah bukanlah telefon pintar yang premium. Ianya masih direka dengan plastik, OK, plastik yang premium tetapi tahan lasak. Jadi bila tangan anda mudah berpeluh, mungkin kurang selesa. Ya, rekabentuk ergonomik mungkin menjadi pilihan Samsung. Ciri rekabentuk lain jelas menunjukkan, ianya hanya kurang premium jika dibandingkan dengan iPhone dan HTC One. Samsung percaya pengguna akan terlepas pandang kekurangan tersebut. Apalah agaknya rekabentuk Galaxy S5 nanti kan?

Jika bercakap tentang skrin, Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu skrin yang terdapat pada GS4 tersangatlah menarik. Ia dilengkapi Super Amoled HD yang mana sangat terang, kurang tepu warna, (ok, tak faham? Saturation!) yang menjadikan skrin ini mantap.

S4 memang mudah dipegang.

Kamera pula merupakan satu langkah yang besar bagi Samsung. Ia adalah kamera yang terbaik dalam keluarga Android, setakat ini. Fokus yang cepat, pemproses imej yang mantap dan tajam. Kamera GS4 terlalu banyak ciri yang dimuatkan. Macam-macam anda boleh buat. Anda boleh ambil gambar dan muatkan audio didalam photo tersebut. Anda boleh padam photo 'bomber' dengan menggunakan mode Eraser. Anda boleh merakam foto panorama dan membuat animasi foto terus dari mod yang sedia ada. Dan kepada jurugambar yang sering tiada didalam gambar, anda boleh menggunakan kedua-dua kamera sekaligus untuk merakamkan semua subjek, termasuk anda! Walaupun tidak sebagus kamera yang sebenar, tetapi GS4 sudah menghampirinya. Dan ciri tambahan yang banyak hingga tidak masuk akal.

Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekaligus. Kamera depan dan kamera belakang beroperasi pada satu masa dengan beberapa pilihan template bagi kotak depan dan 'background'. Contohnya, kamera depan merakam gambar anda dan kamera belakang merakam gambar persekitaran. Empat langkah mudah menggunakan ciri ini ialah aktifkan fungsi, sentuh dan leretkan untuk menggerakkan kotak kamera depan, pilih template dan terus rakam.

Reka bentuk nipis S4.

Tambahan satu lain ialah rakam foto dan bunyi pada masa sama. Contoh mudah, pilih mod kamera, pilih fungsi 'Sound&Shot' dan rakam foto pegun serta suara. Tujuannya, kalaulah anda mahu hantar foto kepada orang tersayang, boleh hantar juga pesanan suara anda dalam foto tersebut.

Cipta Group (kumpulan rakan atau keluarga) seakan Whatsapp atau BBM tetapi anda boleh memasang muzik, berkongsi video atau foto, dokumen atau bermain game. Katakan seorang rakan dalam Group anda menghantar muzik, kesemua rakan lain boleh mendengarnya serentak. Terhad kepada lapan orang dan berada dalam lingkungan wifi terdekat saja. Anda boleh menetapkan kata laluan pada masa sama jika tidak mahu Group lain mendengar/lihat/kongsi apa yang anda lakukan dalam Group anda. Tetapi, muzik yang anda dengar tidak boleh disalin berikutan masalah cetak rompak yang berlaku.

Aplikasi S Translator, berbeza daripada Google Translate. Jauh berbeza, kalau anda berada di luar negara, asalkan mempunyai data, anda boleh boleh alih bahasa dengan meminta orang yang sedang bercakap dengan anda untuk 'bercakap' dengan telefon dan ia akan menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa yang ada fahami. Dalam kes ini, bahasa Inggeris yang paling hampir. Contoh, anda ke China dan ingin memesan roti, hanya taip dalam bahasa Inggeris dan ia akan menterjemahkan dalam perkataan kemudian menyebutnya dan apabila pekedai membalasnya, suaranya akan diterjemahkan semula ke dalam perkataan.

Antaramuka depan yang biasa.

Manakala Air View seakan sama dengan apa yang ada dalam Note 2, anda tidak perlukan S Pen untuk menyentuh skrin secara langsung, dengan S4, hanya gunakan jari saja. Sensornya berada di sudut atas telefon. Boleh berfungsi untuk S Calendar atau Gallery atau menjawab panggilan. Misalnya, anda sedang makan nasi dan tidak mahu mengotorkan skrin, gunakan Air View untuk leretkan di berhampiran skrin untuk menjawab panggilan. Ia antara contoh kepada rakyat Malaysia yang menggunakan tangan untuk makan ya!

Antara ciri yang saya muatkan dalam segmen Jom Uji kali ini mungkin berbeza dari reviu lain dan apa yang boleh disimpulkan adalah seperti di bawah adalah saranan jika anda ingin membeli telefon Samsung Galaxy S4:

Pengguna yang pertama membeli telefon pintar: S4 sangat berguna!

Pengguna yang ingin menukar telefon secara suka-suka: Anda tidak perlukan S4!

Pengguna yang pentingkan kamera: S4 memang secocok dengan anda!

Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!

Pengguna yang mahukan telefon yang tidak besar dan tidak kecil: S4 memang padan dengan anda!

Anda berada dalam kategori mana?

comments

  • semestinya Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4! :D
  • zaidie  •  
    kalau beli S4, nanti dlm beberapa bulan keluar pula Note3, lagi iphone5S etc..hemm baik guna apa yg ada skrg hheheheh
  • AZFAR  • 
    Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!
  • Richard  •  
    tidak banyak keistimewaan......setiap telefon pintar baru hanya ada perubahan sedikit demi sedikit.....saya pakai 3 jenis phone....note2, HTC butterfly dan xperia Z untuk 3 nombor negara masing masing, dah bosan pun. Biasanya function beberapa app yang kita guna sahaja, kebanyakan langsung tak tekan pun, kadang2 tangan gatal shj nak tukar terbaru je.
  • KisameShark  •  
    kalo cangih sgt pun tp x pakai kelebihan2 dlm phone tu - no point beli... membazir ajer.. herge pengenalan RM2199.00 ???... x berbaloi langsung.. (mungkin drop harge dlm 5-6 bulan tp S5 pulak muncul)...... tepuk dada tanya selera...
  • danny  •  
    this phone is so velnurable to water and a substandard product. my s4 is totally destroyed with some rain fall while in my pocket. for your information, the phone's warranty is void even though this is their design faults. the phone function wise not bad but a substandard quality product
  • Psyko  •  
    banyak aplikasi tapi sy x gemar gunakan aplikasi2 android. sekadar dgr lagu, telefon, sms dan gambar. games?? sorry x minat langsung.
  • sparda  •  
    setelah membaca artikel ni, saya nak beli sepuluh S4
  • aepulkaya  •  
    use sony.. waterproof
  • Bumi Zone  •  
    Tak terpengaruh dengan teknologi2 gadget ni....
  • Nor  •  
    sony xPeria ZZZZZZZ..hahaha..ley masuk air..
  • Noraziman  •  
    ..lupakan saje s4 ha ha
  • Qish  •  
    dalam kategori lupakan saja s4.hahaha
  • Harmony SZ Enterprise  •  
    setia dengan Note 1
  • jue  • 
    Pengguna yang pertama membeli telefon pintar: S4 sangat berguna! hehehe
  • Mariana  •  
    dah beli note 2
  • Norazian  •  
    Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!

    tapi nnt saya akan kumpul duit dan beli okayy !!! Ace saya dah nazak..
  • Rashmita Rashmita  •  
    Lebih baik guna telefon yg ada skrg...duit tu boleh guna utk hal lain..hp memang tiada had..dtg ni lg dtg baru..tapi wang kalau sekali keluar habis la..so jimat cermat asalkan dpt cal,mesej,kamera,record dh berbaloi..x payah terbng kat langit lor...
  • brooklyn  •  
    beso..baik beli laptop atau PC je
  • shafiq  •  
    nak kejar gadjet gadjet ni memang tak mampu..dah beli S4..pastu keluar pula Iphone yg baru..then rasa nak tu nak ini...manusia mmg tidak akan kenal erti kepuasan..
  • dwin  •  
    lebih baik simpan duit yang ada untuk keperluan yang lain...telefon pintar yang ada pun dah cukup .....pengeluar dah siap gajet yang lain pulak selepas ini...mereka tambah kaya....
  • Paan  •  
    S4 byk app baru n canggih, tp x penting. At the moment sy menggunakan Note 2, rasenye lebih best dlm menggunakan app, laju pun laju. Note 3 kuar bln 9/10 nnt, so maybe lebih hebat, but i don't think i will change my phone until 2015. Klu x pnh ade Samsung siri S, S4 akan jd hebat pd pengguna, tp klu penah guna/try S3 atau Note 2, akan dpt rase S4 x banyak beza dlm penggunaan
  • fieza  •  
    ipohe5, ada mutu & keunggulan nyaa!! :)
  • HyperZ  •  
    Tak berbaloi langsung sbb lagi 2-3bulan keluar pulak S5,S6,S7 & seterusnya.
    lebih berbaloi beli yg clone. nak murah sila pegi jalan pasar KL setiap sabtu,ahad. clone sejibik sama sampai susah nk beza dgn ori.
  •  
    Sham  •  
    kadang kadang penguna tak tau apa2 pun... kuar yg baru terus beli jer... so info camni memang berguna... mentaliti kena ubah...
  • izasyi  •  
    hp canggih macam mana pon..
    line 3G di malaysia selalu fail..
    tak guna jugak..
    bagus guna 3310.. x banyak masalah...
  • S4r4H  •  
    bagi saya ianya tak berbaloi.. s5 pun da nak keluar tak lama lagi..
  • LeoRNado  • 
    i am using cordless.. no line distortion.. and its equpped with external camera.. :)
  • Jeffery  •  
    untuk penduduk di Sarawak tak payahlah membazir wang anda kerana masih banyak kawasan yang masih belum dapat dihubungi menggunakan telefon...........cukuplah telofon biasa saja!!!!!!!!!!!!!!
  • Algazel  • 
    Dah pakai S4 hampir sebulan itu pun sebab dah boring pakai HTC yang terlalu cepat kehabisan battery. Overall ok la..like the camera functions. Other applications jrg guna like Air Gesture, Air Move.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment