Tuesday, June 4, 2013

RG2011... Fw: Lebih 80 Petisyen Bakal Dikemukakan,

 



Lebih 80 Petisyen Bakal Dikemukakan, Pilihanraya Akan Diadakan Semula?


Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

"Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.

"Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera," tegas Anwar ketika sidang media semalam.

Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.

"Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Ulasan GB

Pakatan Rakyat telah mengumumkan 35 petisyen akan dikemukan manakala BN pula nak kemukakan lebih dari itu, iaitu sekurang-kurangnya 50 petisyen.

Nampaknya UMNO BN lebih sukar untuk menerima keputusan pilihanraya 2013 yang lalu, walaupun yang dituduhnya Pakatan.

Seandainya mahkamah membenarkan petisyen-petisyen ini, bererti akan berlaku satu "pesta pilihanraya kecil" tidak lama lagi dan rasanya adalah lebih wajar keputusan PRU13 dibatalkan dan satu lagi pilihanraya umum dipanggil.

Apa-apa pun ia sudah cukup mencemarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan sepatutnyalah kedudukan dan status SPR dikaji semula dengan perlantikan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala penyelewengan dan salahlaku pesuruh-pesuruhjaya SPR yang ada kini.

Tetapi aneh, sejak perhimpunan BERSIH 1.0 sehinggalah BERSIH 2.0 diikuti dengan BERSIH 3.0 yang menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan tetapi Perdana Menteri, Najib Razak memekakkan telinganya dan tidak melayan tuntutan-tuntutan tersebut.

Mengapa Najib terlalu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk SPR ini?

Apakah beliau hendak melindungi perbuatan salahlaku SPR selama ini atau beliau sendiri ada peranannya di dalam penipuan dan salahlaku SPR tersebut?

Rakyat perlu bangkit bagi mempastikan Suruhanjaya Diraja untuk SPR ini ditubuhkan segera. Yang bersalah akan tetap perlu dihukum!

comments:

Anonymous said...

Bagaimana rupa agaknya seksaan bagi orang2 yang telah mengkhianati amanah rakyat yang sepatutnya dipikul dengan sebaik mungkin. Kalau amal soleh tak menentu lagi diterima , agak2 berapa banyak dosa rakyat yang perlu pikul di alam barzakh mahu pun di akhirat nanti. Sama-samalah dimuhasabah diri sementara nyawa dikandung badan.

Anonymous said...

Keekekke.... nnt spr pun kata kami di kambing hitamkan....

Anonymous said...

marilah ramai ramai kita berdoa.YA ALLAH YA TUHAN KU KAU YANG MAHA BESAR KAU YANG MAHA AGUNG KAU LAKHANATKANLAH,KAU LAKAHANATKANLAH, KAU LAKHANATKANLAH KESEMUA MEREKA INI YANG TELAH MENGKHIANATI RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA DALAM PILIHARAYA BARU BARU INI TURUNKAN LAH BALA BENCANA YANG AMAT DASHAT KEPAADA MEREKA INI SEMUA.KEPADA MU KAMI POHON YA ALLAH YA TUHAN KU TABURKAN LAH DOA KAMI

RG Sport said...

Aamiiin.....aamiiin....aamiiin

Anonymous said...

Dalam perlawanan bola sepak, kalau kedua-dua pihak yang bertanding tak setuju dengan pengadil, sudah tentu pengadil itu akan ditukar.

Kenyataan BN ini memang satu sandiwara. Motif mereka adalah jelas, iaitu, BN hendak bagi tahu rakyat bahawa BN patut menang dengan lebih besar setelah penipuan besar-besaran telah dilakukan. Kenyataan ini menunjukkan betapa hampa nya Najib. Undi yang diperolehi (47%) tak memadai dengan perbelanjaan yang dihabiskan.

Anonymous said...

Kalau BN kemuka 50 petisyen dulu pasti jawaban SPR berbeda,Ia lebih banyak dari PKR sepatut BN bising dulu menunjukkan SPR ikut telunjuk BN.50 untuk cover jika 35 kalah bila dibuat PRkecil dan nak menunjukkan 50 kawasan tu tak cukup menjadi penipuan yang dijalankan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment