Monday, June 10, 2013

RG2011... Fw: macam nie pon hangpa boleh dok main aci..

 



Kes bunuh letop macam nie pon hangpa boleh dok main aci..haru sungguh..!!!

 
Mahkamah benarkan permohonan perbicaraan silap bekas polis kerana membunuh Altantuya
 
Oleh Ida Lim

PUTRAJAYA, 10 Jun – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan oleh bekas polis Sirul Azhar Umar untuk membuat rayuan terhadap hukuman kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu (gambar) pada tahun 2006 atas alasan baru terdapat perbicaraan silap.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham mengatakan mereka kini memohon pengisytiharan keputusan 2009 sebagai perbicaraan silap berdasarkan dua alasan yang baru dan berkaitan, iaitu publisiti meluas dan bahaya keadilan hakim Mahkamah Tinggi telah terjejas disebabkan oleh publisiti tersebut.

"Kami telah mengemukakan permohonan pagi ini. Permohonan adalah untuk memasukkan dua alasan baru dalam petisyen rayuan.

"Mahkamah telah membenarkan permohonan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Kamarul berkata, beliau akan memfailkan permohonan itu bermula esok.

Beliau juga menjelaskan seorang lagi perayu Cif Inspektor Azilah Hadri bukan sebahagian daripada permohonan ini dan tidak membuat permohonan serupa untuk memperkenalkan alasan ini.

Pendengaran rayuan tiga hari pada mulanya ditetapkan bermula dari hari ini telah ditangguhkan ke 24 Jun.

Kamarul memberitahu pemberita kes itu ditangguhkan kerana Mahkamah Rayuan mahu melihat permohonan 2008 Karpal Singh untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa yang lain dan memanggil semula bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam sebagai saksi berhubung percanggahan dua Akuan Bersumpah.

Kamarul memberitahu mahkamah hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendengar dan menolak permohonan Karpal pada 23 Julai, 2008.

Karpal pada ketika itu adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya dan pemerintah Mongolia.

Mahkamah Rayuan memberikan Kamarul 10 hari untuk memfailkan permohonannya termasuk untuk mencari dokumen berkaitan dengan permohonan Karpal di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan juga Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Azilah diwakili oleh Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar.

Pada 9 April 2009, Sirul Azhar dan Azilah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam diantara 19 Oktober dan 20 Oktober, 2006.

Kedua-duanya, pada ketika itu bersama Skuad Unit Tindakan Khas Bukit Aman (UTK), sebelum ini telah didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 31 Oktober 2008, mahkamah yang sama membebaskan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kerana bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan itu, berikutan kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadapnya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment