Monday, June 10, 2013

RG2011... Fw: Dihentam Kerana Mahu Hukum Pembangkang

 



Muhyiddin Dihentam Kerana Mahu Hukum Penyokong Pembangkang


Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai "memangsakan" pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.

"Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

"Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka," kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.

"Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.

"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.

Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.


"Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.

"Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan," tambahnya lagi.

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.

"Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang," kata beliau.

Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.


Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri. -TMI

comments:

RG Sport said...

Cukai aku jgn amik kalau bantuan diberi ikut sokongan.golongan ni tak dpt nak bezakan parti dan kerajaan

Anonymous said...

Takpalah negeri ni bapak depa punya.....
Cakap ikut pungkok, otak tang lutut, berak ikut mulut itulah muhyidin........ Pemeras, pengugut, perasuah dan banyak lagi.....
Mampoih lah hang di akhirat nanti

Amuraria said...

mamat sembam kaki kelentong & bodek kuat mau balas dendam ! ABU jangan lupa !

Anonymous said...

betul la tu,negara ni kan makbapak dia punya!!!!

BaDiN said...

Corak pemerintahan ala Firaun diterapkan sedikit demi sedikit oleh Tpm Haram Jadah,Syirik minta daripada yang lain Selain Dr Allah,Tapi Bn/Umno ingin rakyat sembah mereka dan anggap merekalah yg beri rezeki/kesenangan/kemewahan dll.Politik Assabiyah & Primitif jadi acuan mereka.

 

Muhyiddin perlu buang sifat 'lidah bercabang'

dari Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat 'lidah bercabang' memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini.

"Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat 'lidah bercabang' beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor," kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah," Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu.


Beliau berkata, Muhyiddin mengeluarkan ancaman untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong BN dan Datuk Seri Najib Razak.

Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah, sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan 'lebih banyak bantuan' kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi.

"Dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia.

"Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Lim lagi, ketika Muhyiddin menyebut tentang 'mesej jelas' rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri.

Ini, katanya kerana sebenarnya Umno BN perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment