Tuesday, June 11, 2013

RG2011... Fw: PR Kemuka 25 Petisyen Parlimen

 




 

malaysiaberih.blogspot

PAS Perak fail 3 petisyen pagi ini


IPOH: Tiga wakil calon PAS mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Lubok Merbau dan Manjoi telah memfailkan petisyen pilihan raya pagi ini.

Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.

Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Amunuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.

"Setakat pagi ini tiga Dun telah difailkan dan Insya Allah akan ada lagi beberapa Dun akan turut berbuat demikian pada petang ini atau esok," katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai memfailkan petisyen.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.

Petisyen dibuat katanya adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

"Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat kembali hak rakyat Perak," katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.

Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.
 
 
Selangor Sedia Bantu Biayai Kos Guaman Petisyen Pilihan Raya
 
selatanonline.net

Portal Selangorku

BANGI, 10 JUN: Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan peruntukkan sumbangan bagi membiayai dana kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

"Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita Kerajaan Negeri melalui (Program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka," kata Abdul Khalid ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan Mahkamah Syariah Kali Ke-2 di sini.

Menurut Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan berkongsikan data yang diperolehi menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

"Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama," ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui Geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.

PR Kemuka 25 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2)


Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.

Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:

Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS

1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis

comments:

Anonymous said...

Dari jumlah angka pun kita dapat nilai siapa yang buat ground work dan siapa tak buat. Antara PKR dan PAS, PAS yang banyak sekali kerusi di pertandingkan, cuba bayangkan hanya 4 kerusi sahaja yg di bawa petisyen. Aku sendiri orang PAS tapi aku sendiri rasa malu dengan tindak-tanduk pemimpin2 yang lemah. Contoh mcm kenyataann Ustz Harun yg minta jgn ada ahli PAS turut serta dlm perhimpunan Blackout 505 pd 15Jun.
Malah serupa juga seperti Nik Abduh...aduhh...Pandai2 mereka cipta andaian kekalahan PR kerana janji manis. Inilah yang di katakan "sense" deria memahami. Langsung tidak ada pada Top2 Leader PAS. Hanya Mat Sabu, Husam, Salahudin Ayub, Mahfuz, Khalid Samad dan Mujahid Yusuf Rawa yang kita nampak pandai menggunakan peluang serta membatasi antara Islam dan bukan Islam. Zaman sudah berubah, jadi paradigma pendekatan juga perlu berubah.

Man Laksa.

SUDUT PAK DIN said...

tak malu kah menang cara menipu, bagi keluarga makan duit tak halal.walaupun lagak macam alim tapi menipu untuk menang adalah sahabat setan.Dunia punya pasal sanggup kerana pangkat dan harta yang Allah tak pandang di akhirat nanti.Bertaubat lah saudara Islam ku, kamu telah tertipu oleh nafsu setan.

Malas nak taruk nama said...

sikitnya petisyen yg dibuat PR...25 kerusi parlimen aje...89 tambah 25=114 kerusi, majoriti tipis giler macam tu...PR ni sebenarnya nak menang ke nak kalah ni sebetulnya???

Carlos Santiago said...

kalau menang 25 kerusi tu pun, PR masih belum boleh memerintah lagi. heemmm... ke tempat yg PKR kalah sbb ada PAS tu, salah sorang nk lompat parti? tapi belum cukup juga

Anonymous said...

carlos,

macamana awak kira?
Jika semua 25 petisyen PR menang ini bererti
BN (133 -25) = 98
PR (89 + 25) = 104

Jadi PR memerintah jika 25 petisyen itu berjaya.

Anonymous said...

Ko reti kira ke tak?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment