Tuesday, June 11, 2013

RG2011... RAFIZI RAMLI KASI KANTOI TERBURAI DAN TERBARAI SAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

 

RAFIZI RAMLI KASI KANTOI TERBURAI DAN TERBARAI SAMA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) KERANA ENGGAN BERI KEBENARAN GUNA PADANG MERBOK UNTUK HIMPUNAN AMAN BLACK 505 PADA 22HB JUN 2013!!!!!

Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur:

1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald's Olympic Run

2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)

3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminyawww.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi "Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja"

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato' Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
11 JUN 2013



Inline image 1

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment