Wednesday, June 19, 2013

RG2011... Fw: Siswazah Melayu sukar dpt pekerjaan dgn kerajaan

 



 

Siswazah Melayu sukar dapat pekerjaan dengan kerajaan
 
telokbakong.blogspot.
tranungkite.net

SAYA terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia Rabu 5 Jun, 2013 yang mendedahkan bahawa siswazah Melayu didiskriminasi. Pihak kerajaan, khasnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) wajar mengambil iktibar terhadap nasib yang dialami oleh siswazah Melayu mutakhir ini.

Sememangnya siswazah Melayu berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Malah siswazah pendidikan keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri pun mengalami nasib yang sama.

Realitinya, siswazah Melayu pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk sekolah kebangsaan (SK) juga telah 'didiskriminasikan' kerana sehingga kini belum lagi mendapat tawaran penempatan di mana-mana sekolah.

 

Rakan-rakan mereka yang seangkatan dalam kalangan siswazah Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) telah bertugas di sekolah-sekolah berkenaan seawal Januari lalu.

 

Mengapakah perkara sebegini berlaku?

 

Lebih malang lagi, para siswazah cemerlang yang telah ditemu duga pun masih menganggur. Apakah maknanya Guru Interim yang diwar-warkan dahulu?

 

Lebih malang lagi, kumpulan siswazah tersebut seperti telah digantung tidak bertali. Pihak SPA telah mengeluarkan surat pelantikan jawatan kepada mereka sebaik selesai ditemu duga pada April 2013 tetapi anehnya dalam surat tersebut tidak dinyatakan sekolah tempat bertugas dan tarikh melapor diri.

 

Ini bermakna siswazah tersebut masih menjadi penganggur terhormat dan dalam keadaan serba salah mengenai nasib masa depan masing-masing.

 

Sehubungan itu, saya merayu kerajaan memberi perhatian dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu siswazah tersebut.

 

Warga Pendidik

Tanjung Malim, Perak.

 

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130619/fo_03/Bakal-guru-masih-menanti-tawaran-penempatan-tugas

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment