Tuesday, June 11, 2013

RG2011... Sinar di TH 120613

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ibu buang bayi sendiri dalam salur sampah flat

Oleh:

Tarikh: June 12, 2013

BIRMINGHAM- Seorang wanita cuba membunuh bayi perempuannya yang baru berusia enam hari dengan membuang menerusi salur sampah setinggi  lebih 40 kaki.

Wanita dikenali sebagai Jaymin Abdulrahman, 25 didakwa di mahkamah semalam kerana  membuang bayinya dengan meletakkannya dalam pelongsor sampah dari flatnya di tingkat lima.

Bayi itu kemudian ditemui bapanya sendiri keesokan hari selepas dibuang dalam keadaan tidak bermaya.

Bayi itu kemudian disahkan mengalami kerosakan otak dan juga keretakan pada tengkorak.

Jaymin pada mulanya memberitahu bayinya diculik dan menafikan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan ke atasnya.

Kes dibacakan di  Birmingham Crown Court, semalam.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Guna aplikasi telefon pintar cari tisu tandas

Oleh:

Tarikh: June 12, 2013

CARACAS - Beribu-ribu rakyat Venezuela sanggup memuat turun aplikasi di telefon pintar masing-masing bagi mencari tisu tandas.

Beberapa bulan kebelakangan ini, bekalas tisu tandas semakin berkurangan dengan kekangan ekonomi yang menyalahkan kerajaan kerana mengenakan kawalan harga yang agak melampau ke atas barang keperluan harian itu.

Aplikasi di telefon pintar  itu membolehkan mereka mengetahui pasar raya yang mempunyai stok tisu tandas yang banyak.

Aplikasi yang dikenali sebagai ‘Supply Me’ boleh dimuat turun secara percuma menerusi aplikasi Android dan ia sudah dimuat turut lebih 12,000 kali.

Pencipta aplikasi, Jose Augustus Montiel berkata, kebanyakan aplikasi dimuat turun oleh penduduk dari Caracas.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nasib pelajar cemerlang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

SITIAWAN - Seorang pelajar yang mendapat keputusan 11 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang tawaran mana-mana institusi pengajian tinggi  (IPT) awam dan biasiswa.

Tan Shu Chi, 18, berkata, dia adalah pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Sitiawan dalam SPM 2012.

Menurutnya,  dia mendapat keputusan 8A +, 2A dan 1A- dan melayakkan dirinya untuk menjadi pelajar terbaik di sekolah.

“Namun apa yang menyedihkan, sehingga sekarang saya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada mana-mana institusi untuk menyambung pelajaran ataupun biasiswa,” katanya.

Shu Chi berkata, dia  membuat permohonan untuk memasuki Matrikulasi dan juga biasiswa daripada pelbagai institusi.

“Saya telah memohon dengan JPA, Maybank, Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebagainya untuk mendapatkan kemudahan biasiswa namun kesemuanya mendukacitakan.

“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan rakan-rakan saya yang mendapat keputusan lebih rendah daripada saya mendapat pelbagai tawaran malahan mereka boleh membuat pilihan,” katanya.

Shu Chi yang meminati bidang perakaunan berkata, dia telah penat menunggu selama setengah tahun dan kini  terpaksa memilih untuk memasuki institusi swasta.

“Keluarga saya juga bukan datang dari golongan berada, tetapi saya terpaksa memilih untuk memasuki institusi swasta bagi melanjutkan pelajaran.

“Saya amat berharap jika ada pihak yang boleh mempertimbangkan perkara brkenaan dengan memberikan tawaran biasiswa kepada saya bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pada tahun ini pihaknya telah mendapat dua aduan berkaitan perkara tersebut.

“Mereka mendapat keputusan cemerlang namun tidak mendapat tempat di di universiti. Apabila keadaan ini berlaku menunjukkan sistem meritokrasi yang dikatakan tidak digunakan sebaik mungkin.

“Setiap tahun pasti ada pelajar yang mengadu mengenai perkara itu kerana pasti ada keciciran yang berlaku,” katanya.

Kata beliau, menjadi satu kerugian kepada negara apabila pelajar-pelajar cemerlang itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Kepakaran yang sepatutnya digunakan di dalam negara telah hilang begitu sahaja kerana mereka akan memilih untuk berkhidmat di luar negara,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan harus melihat semula masalah berkenaan dan memberi peluang kepada pelajar cemerlang berkenaan untuk mendapatkan biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Mati dalam kebun pisang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

SELAMA – Seorang pekebun terkejut apabila menemui mayat warga emas di kawasan kebun pisang berdekatan pemancar Digi, di Redang panjang satu kilometer dari rumah mangsa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Hasan Awang, 71, ditemui  pekebun berkenaan yang kebetulan berada di kawasan itu dan terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Seperintendan  Wan Jamil Wan Chik berkata, ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan masih lengkap berpakaian, selain mempunyai parang panjang di sisi sebelah kanannya ketika mayat ditemui.

Menurutnya, difahamkan mangsa mati mengejut akibat serangan jantung ketika menebas di kebun miliknya.

“Kami mendapati masih ada kesan semak yang ditebas mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal di Perumahan Awam Redang Panjang dan dimaklumkan kali terakhir dilihat jiran  pada Ahad lalu ketika menghadiri satu majlis kenduri pada waktu tengah hari.

Jelasnya, mangsa dipercayai keluar ke kebun berkenaan pada waktu petang selepas menghadiri kenduri.

"Mangsa ke kebun dengan menunggang motosikal dan diletakkan berhampiran sebuah pondok.

“Malah difahamkan mangsa sebelum ini pernah mengalami strok dan sakit jantung,, Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Wan Jamil berkata, mangsa tinggal berseorangan selepas kematian isteri manakala anak-anak tinggal berasingan selepas mendirikan rumah tangga.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Sengsara sejak 20 tahun

Oleh: AZLINA OTHMAN

Tarikh: June 12, 2013

KULAIJAYA – Lebih 200 penduduk yang tinggal di Taman Seri Muhibbah dan Taman Sentul, dekat sini, mendakwa kesal kerana  kediaman masing-masing sering digenangi air setiap kali hujan, sejak 20 tahun lalu.

Masalah itu didakwa berpunca daripada sistem longkang yang dikatakan rekabentuknya kurang bersesuaian dengan kawasan perumahan penduduk selain tidak diselenggara dengan baik pihak bertanggungjawab hingga mengakibatkan aliran air melimpah keluar.

Pesara, Lai Chong Wei, 65, yang menetap di kawasan berkenaan lebih 20 tahun lalu berkata, rumahnya pasti banjir meskipun hujan  lebat melanda tidak sampai satu jam.

Menurutnya, masalah berkenaan masih berterusan walaupun sudah diajukan kepada pihak berwajib.

“Setiap kali hujan tidak sampai satu jam, kami penduduk pasti menjadi mangsa. Sudah penat mahu buat aduan, tetapi tiada  tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

“Saya tinggal berdua dengan isteri dan kami sudah tua dan penat mahu kemas dan bersihkan rumah. Lagipun rumah yang kami  tinggal memang rumah sendiri.

“Mana ada wang mahu beli rumah lain. Jadi saya harap pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin.

Jangan pandang sepi masalah kami,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Manakala, Teng Hong Boon, 57, yang bekerja sebagai pemandu mengakui memang ada pihak yang datang untuk membersihkan longkang berkenaan, tetapi seolah-olah tindakan diambil seperti tidak sistematik kerana masalah masih berlaku.

“Air banjir yang masuk ke rumah busuk dan kotor. Kami hanya mahu hidup dengan selesa lebih-lebih lagi pada usia  seperti ini. Mahu hias dan kemas rumah pun sudah malas kerana rumah selalu banjir.

“Banyak kerugian yang dialami kerana ada perkakas rumah tidak sempat diselamatkan bila banjir kilat berlaku. Kami terpaksa letak perkakas di tempat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Adun Bukit Batu, Jimmy Phua berkata, masalah berkenaan berlaku mungkin berpunca terdapat halangan di dalam longkang yang menyebabkan pengaliran tidak lancar.

“Hasil daripada perbincangan ringkas bersama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), saya diberitahu mungkin ada sekatan dalam longkang.

“Malah sistem perparitan juga tidak dibersihkan oleh pihak berkaitan yang menyebabkan pengaliran tidak lancar. Saya  akan hubungi pihak berkaitan untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini  secepat mungkin,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nelayan hilang belum ditemui

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

MUAR - Nelayan yang hilang selepas terbabit insiden dilanggar sebuah kapal di perairan Selat Melaka dekat muara Parit Jawa, di sini, pagi kelmarin, masih belum ditemui.

Jurucakap Bilik Gerakan Agensi APMM Pangkalan Batu Pahat memberitahu, usaha mencari dan menyelamat diteruskan hari ini (semalam) bermula jam 8 pagi di kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Operasi turut disertai empat pegawai APMM dan beberapa bot nelayan tempatan. Bagaimanapun, sehingga jam 4 petang semalam, mangsa kedua masih gagal ditemui.

“Kita akan meneruskan operasi untuk mengesan kedudukan mangsa sebelum hari gelap,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kelmarin, seorang nelayan, Munir Sirun, 52, diselamatkan nelayan, Ng Gek Sen, 30, selepas terapung lebih tujuh jam di perairan Selat Melaka, kira-kira 12 batu nautika dari Jeti Parit Jawa.

Bagaimanapun, sepupunya yang dikenali Bujang 30-an hilang dalam kejadian itu dan dikhuatiri lemas.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Asrama pekerja asing musnah

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

MUAR - Sebuah blok asrama yang menempatkan lebih 100 pekerja kilang perabot warga asing musnah dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di Sungai Terap, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, hampir semua penghuni di blok tiada di asrama kerana keluar bekerja di kilang berkenaan.

Seorang penghuni, Bidyalal Mandeel, 23, berkata, dia tinggal sehelai sepinggang kerana semua barangannya tidak  sempat diselamatkan berikutan api terlalu cepat marak membakar asrama.

“Asal terlalu tebal. Barang kami antaranya televisyen, komputer, periuk nasi elektrik, peralatan memasak dan wang tunai musnah terbakar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pengawal keselamatan asrama berkenaan, Mohd Kamal Sidek berkata, terdapat hampir 700 pekerja kilang itu yang terdiri daripada warga Nepal, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh menginap di asrama berkenaan.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana ada pekerja terlihat kepulan asap pada wayar.

“Terdapat empat blok utama di asrama ini yang dilengkapkan dengan dapur untuk memasak di bahagian luar,” katanya.

Seorang lagi penghuni asrama, Azadthakur, 29, berkata, dia terkedu melihat asrama musnah terbakar sebaik sahaja pulang dari kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Ujarnya, walaupun sedih kerana menanggung kerugian, tetapi dia bersyukur kerana semua rakannya selamat.

“Kebakaran itu disedari seorang rakan yang tidak bekerja selepas bertugas  syif malam. Dia terlihat kepulan asap sebelum meminta pertolongan rakan lain tetapi gagal memadamkan api,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmud berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, seramai 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya mengalami kesukaran memadamkan kebakaran kerana tekanan air yang rendah dari pili bomba dan terpaksa mendapatkan bekalan air dari sebuah kilang di hadapan asrama.

“Kita juga bawa dua tangki air khas dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pukul 11 pagi. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Teruja mahu cantik

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

IPOH – Hanya kerana mahu kelihatan cantik, seorang penuntut kerugian RM7,000 apabila berjaya diperdaya seorang rakan baru dikenalinya yang menawarkan produk kesihatan untuk melangsingkan tubuh badan dalam waktu singkat.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ros, 24, yang bertubuh sedikit gempal mengakui, mahu bentuk badan yang cantik sehingga sanggup menawarkan diri untuk mencuba produk pelansingan tubuh yang diperkenalkan lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki berusia lewat 20-an yang ditemui di sebuah hotel, awal minggu lalu itu memintanya membuat tempahan awal dan membayar wang deposit.

“Dia kata produk kesihatan itu laris dan cepat habis stok, jadi tanpa banyak fikir, saya berikan wang pendahuluan sebanyak RM250, tapi perbincangan kami tak habis di situ sahaja sebab selepas itu dia menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk menguruskan simpanan dimiliki untuk dilaburkan,” katanya.

Ros berkata, dia yang pada mulanya ragu-ragu mula mempercayai kata lelaki itu yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pegawai bank dan secara sambilan menjual produk kesihatan.

“Dia bijak menyakinkan saya dengan pelbagai fakta tentang ekonomi kemudian dia minta nombor peribadi kad ATM (kad pengeluaran wang automatik) saya dengan alasan mahu mendaftar untuk memperolehi baucar percuma bernilai RM300 dari bank.

“Saya yang teruja dengan tawaran itu segera memberikan nombor rahsia kad ATM itu,” katanya.

Ros berkata, akibat kealpaan dirinya itu, dia kehilangan duit simpanan RM7,000 apabila baki wang dalam akaunya hilang tanpa dapat dikesan.

Katanya, perkara itu hanya disedari ketika membuat semakan status akaun baru-baru ini.

“Akaun saya hanya berbaki RM12.65, saya ada juga cuba hubungi telefon bimbit lelaki terbabit, namun panggilan saya tidak dijawab,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Simee, di sini.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Menyamun pakai vest polis

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

BATU PAHAT – Tindakan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertujuan menyamun seorang pemandu pacuan empat roda tidak berjaya apabila perbuatan mereka disedari polis trafik yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.35 malam itu, suspek kelihatan memakai vest polis, berseluar pendek dan berambut panjang sekaligus mengundang rasa curiga anggota polis yang kemudiannya bertindak memeriksa ketiga-tiganya sebelum mereka melarikan diri.

Menurutnya, polis kemudian terus mengejar suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan di Jalan Tanjung Labuh, di sini, berhampiran Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

“Dua daripada tiga suspek berjaya diberkas dengan bantuan MPV, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dan menyembunyikan diri untuk beberapa ketika.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, suspek ketiga berjaya ditangkap di Kelab Golf Banang,” katanya.

Din berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 41 itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki turut menemui satu vest polis, dua bilah parang dipercayai digunakan untuk menyamun dan sepucuk pistol mainan.

“Kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah samun kenderaan di Semerah dan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek masih dalam jaminan mahkamah berhubung kes curi kenderaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nahas selepas pulang iringi Puteri Sultan Johor

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

BATU PAHAT – Seorang anggota trafik cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 24, Jalan Kluang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Lans Koperal, Mohd Firdaus Anuar, 24, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam tugasan mengiringi puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Sultan Ibrahim telah merempuh sebuah pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selepas tercampak beberapa meter dari motosikal ditunggangnya.

Menurutnya, mangsa memasang siren kerana masih dalam tugasan walaupun sudah selesai mengiringi Tunku Aminah yang menghadiri satu majlis di daerah ini.

“Anggota saya itu gagal mengelak sebuah pacuan empat roda yang tiba-tiba sahaja keluar dari lorong Kampung Parit Londang Laut sedangkan mangsa dari arah Ayer Hitam menuju ke Batu Pahat.

“Selepas merempuh pacuan empat roda jenis Nissan itu, mangsa tercampak kira-kira tiga meter.

“Mangsa kemudian menerima bantuan daripada anggota lain yang turut sama berada di tempat kejadian selepas pulang mengiringi kerabat diraja,” katanya.

Din berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu pacuan empat roda terbabit telah diambil keterangan untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Awasi individu toreh beg

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

BERCHAM – Orang ramai terutama golongan wanita dinasihatkan untuk lebih berhati-hati meskipun sekadar berkunjung ke pasar awam berikutan kejadian cubaan mencuri yang berlaku di sini, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian itu, seorang warga emas nyaris menjadi mangsa apabila tanpa menyedari beg kitar semula yang disandangnya ditoreh oleh seseorang dengan menggunakan senjata tajam.

Bagaimanapun, Chaw Lai Kuen, 62, tidak mengalami kerugian apabila semua barang berharga miliknya termasuk telefon bimbit jenama Iphone barunya tersimpan di beg kecil yang dibawanya.

Menurutnya, dia menyedari begnya telah ditoreh ketika ingin membayar sayur yang dibelinya dari salah seorang peniaga di pasar berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

“Menjadi kebiasaan saya untuk berjoging sambil menuju ke pasar kerana rumah terletak kira-kira 500 meter dari pasar terbabit. Hari minggu, pasar berkenaan menjadi tumpuan penduduk.

“Saya terkejut apabila mendapati beg saya bocor ketika mengambil wang di bahagian kecil beg terbabit. Saya agak bernasib baik apabila semua barangan berharga diletakkan dalam beg kecil dalam beg terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat Rukun Tetangga Kawasan Bercham di sini, semalam.

Bagaimanapun, Lai Kuen tidak membuat laporan polis berikutan tidak mengalami apa-apa kerugian dalam kejadian itu.

“Saya percaya beg saya ditoreh ketika sedang berasak-asak dalam pasar awam itu untuk membeli sayur-sayuran,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Bercham, Tan Swee Kong berkata, dia percaya ramai pengunjung yang menerima nasib sama seperti Lai Kuen tapi mendiamkan diri.

“Ini satu sindiket yang sentiasa bergerak untuk mencari mangsa yang membawa beg tangan yang senang ditoreh dan ‘berduit’ ketika bersesak-sesak-sesak di pasar raya atau kawasan tumpuan awam.

“Kaum wanita diminta berhati-hati dengan taktik penjenayah itu. Kita pernah berusaha mengesan mereka namun gagal,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Jalan sesak 30 minit

Oleh: RAZIF ROSLI

Tarikh: June 12, 2013

BATU GAJAH – Seorang lelaki tiba-tiba pengsan di dalam kereta mengakibatkan jalan raya sesak lebih setengah jam di Jalan Pejabat Pos, di sini, semalam.

Mangsa berusia 26 tahun itu kemudiannya berjaya dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) untuk rawatan lanjut.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Batu Gajah, Halid Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.38 petang dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

“Kita dengan jentera beserta enam anggota tiba di lokasi dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri malah kita telah cuba mengejutkan mangsa namun gagal dan anggota saya terpaksa memecahkan cermin kecil bahagian sisi belakang.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar seminit selepas itu dengan bantuan daripada pihak hospital dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang saksi kejadian enggan dikenali berkata, dia yang ketika itu sedang membeli barang di kedai berdekatan bergegas ke tempat kejadian sejurus melihat keadaan kecoh.

“Saya lihat mangsa sudah tidak sedarkan diri dan orang ramai turut cuba mengejutkan mangsa dengan mengetuk cermin selain ada beberapa kereta yang membunyikan hon namun usaha terbabit nyata gagal.

“Pada mulanya saya jangka mangsa sudah meninggal dunia, namun mujurlah apabila perhatikan betul-betul nampak mangsa masih bernafas.

“Nasib baik mangsa pengsan ketika keadaan trafik sesak, jika kenderaan tengah dipandu laju ketika itu mungkin lebih membahayakan,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ombak besar landa pantai Pulau Pinang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

GEORGETOWN - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan semalam.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,” katanya.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu," katanya. - Bernama

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ombak besar landa pantai Pulau Pinang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

GEORGETOWN - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan semalam.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.

“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,” katanya.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pelaut di sekitar negeri sebelah utara termasuk Kedah dan Perlis agar tidak keluar ke laut sehingga keadaan itu berakhir.

Seorang nelayan di Pantai Tanjong Bungah Salleh Ahmad, 42, berkata dia dan rakan-rakan tidak berani pergi ke tengah laut dan hanya berani menangkap ikan di persisiran pantai sejak beberapa hari lepas.

“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu," katanya. – Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Suami, isteri berdepan hukuman mati

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

AYER KEROH - Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati apabila menghadapi tiga pertuduhan memiliki heroin, kanabis dan methamphetamin.

Kedua-dua tertuduh, Mohd Tahir Basir @ Nasir, 33, dan isterinya, Nurul Hasmira Ghazali, 21,  dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bersama dua lagi rakan mereka, Zulhaiedy Mohd Isa, 38, dan Nor Delaila Daud, 29.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sejurus selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa secara bersama mengedar 171.0 gram dadah berbahaya jenis heroin di sebuah bilik hotel kondominium di Tanjung Kling kira-kira jam 8 malam pada 28 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa secara bersama memiliki 6.0 gram dadah berbahaya jenis methamphetamin pada waktu, tarikh dan tempat sama seperti pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa secara bersama memiliki 0.54 gram dadah berbahaya jenis kanabis pada waktu, tarikh dan tempat sama seperti pertuduhan awal.

Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) akta sama, selain Seksyen 6 ADB 1952 (Akta 234 Semakan 1980) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lelaki maut lori terbabas

Oleh: HAMIZAH BASIR

Tarikh: June 12, 2013

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas di Kilometer 284.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, dekat Nilai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Padli Mohd Isa, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu lori membawa muatan aksesori kereta itu dipercayai dalam perjalanan menghantar barang daripada Kuala Lumpur menghala ke Segamat, Johor.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lori yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Akibatnya, kenderaan mangsa telah merempuh besi penghadang jalan sebelum melanggar tiang papan tanda,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat dari Nilai dan Bangi bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa yang berasal daripada Gemas itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

“Manakala kelindan seorang lelaki berusia 19 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Jurucakap, mayat mangsa dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pulau Konet dicemari aktiviti maksiat

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

ALOR GAJAH - Pulau Konet yang terletak di Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, yang dulunya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti pelancongan kini dicemari aktiviti maksiat. 

Perubahan itu bukan sahaja meresahkan penduduk yang tinggal berhampiran pulau berkenaan khususnya penduduk Kampung Telok Gong, malah ia menjejaskan nama baik kampung berkenaan.

Penduduk, Hasni yang Ghazali, 50-an, berkata, keluasan pulau yang kecil memudahkan pasangan muda ini menyelit di celah-celah pokok ketapang yang merimbun selain mereka mudah berselindung di sebalik tebing bukit di pinggir pantai sebelum mereka beraksi bersama pasangan mereka.

“Mereka tidak hiraukan kehadiran orang ramai yang datang ke pulau ini dengan tujuan untuk beriadah dan memancing ikan tapi golongan ini selamba melakukan aktiviti kurang sopan di situ.

“Sebelum ini pernah berlaku sepasang kekasih terkandas beberapa jam di atas pulau ini  sebelum mereka diselamatkan sepasukan anggota penyelamat selepas air laut pasang dengan mendadak semasa mereka sedang leka memadu asmara.

“Kejadian itu sepatutnya menjadi peringatan kepada pasangan lain namun semakin ramai pasangan muda masuk ke pulau ini yang dianggap 'port' terbaik untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hasni berkata, sampah sarap yang ditinggalkan orang ramai serta kaki pancing dan beberapa bekas botol arak dibuang di merata tempat turut mencacatkan pemandangan.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Tanjung Bidara, Datuk Abu Khir Jamaluddin, berkata, Pulau Konet adalah destinasi pelancongan dan tumpuan kaki pancing, tidak seharusnya ia dicemari dengan aktiviti maksiat.

“Saya sedih setelah diberitahu ada segelintir pasangan remaja menjadikan kawasan pulau sebagai tempat untuk mereka bermesra sebelum melepaskan ‘hajat’ mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain yang berakal, " katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lima kereta penduduk dipecah

Oleh: HIDAYAH HAIROM

Tarikh: June 12, 2013

KUALA LUMPUR - “Saya tidak sangka kali ini kereta saya pula menjadi mangsa dipecahkan, dan lebih mengejutkan apabila ada empat deretan kereta lagi turut menerima nasib sama,” demikian kata penduduk Apartment Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini, Junaidah Mohd Lani, 39.

Junaidah adalah seorang daripada lima pemilik kereta, termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz yang dirompak, dipercayai berlaku awal pagi semalam.

Menurutnya, dia  menyedari kejadian itu kira-kira jam 7.10 pagi ketika mahu pergi ke tempat kerja, sebelum empat lagi pemilik kereta terbabit turun ke bawah.

Menurut Junaidah, kejadian seumpama itu bukan baru di kawasan perumahan mereka namun, kejadian yang menimpanya itu disifatkan sebagai yang paling buruk, kerana membabitkan lima kereta sekali gus.

“Kereta saya masih dalam keadaan berkunci ketika itu. Mungkin kerana itu penggera automatik tidak berbunyi. Tambahan pula, di kawasan ini, hampir setiap malam memang akan ada bunyi penggera.

“Saya rugi hampir RM3,000 apabila barang peribadi dalam dashboard dicuri, termasuk kos cermin yang perlu diganti,” katanya  semalam.

Sementara itu, suaminya, Mohd Adlan Mohd Taib, 39, berkata, dia percaya kejadian itu dilakukan oleh orang luar berikutan kawasan perumahan itu sentiasa menjadi tumpuan kerana kekurangan sistem keselamatan termasuk ketidaksempurnaan pagar dan tembok yang menjadi laluan buat mereka.

“Sebelum ini memang tidak pernah parkir kereta di kawasan itu kerana tahu ianya berisiko kerana gelap dan tersorok serta hampir dengan pagar yang lopong.

“Tetapi malam semalam (kelmarin), kami balik sudah lewat kira-kira jam 11 malam dan tiada parkir lain yang kosong. Ketika itu kami sedar terdapat sekumpulan remaja berkumpul di kawasan padang permainan berdepan tapak pakir,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk, Apartment Desa Tasik Fasa 1A, BS Tan, mengakui, banyak isu yang menjadi punca kepada kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di perumahan itu.

“Laluan berhampiran kawasan parkir itu juga sudah lebih setahun terdedah kerana pagar dan tembok yang tidak sempurna dan beberapa lampu juga tidak berfungsi. Perkara ini juga telah dibangkitkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Menurut, Setiausaha Persatuan Penduduk, Rusli Ismail,  pula, terdapat tiga pintu masuk yang terpaksa dibuka untuk penduduk, membuatkan kawalan keluar masuk sukar dibuat.

“Ia berikutan keberadaan gerai-gerai haram di bahu jalan yang menjadi halangan dan gangguan untuk satu pintu utama dibuka, bagi memudahkan penduduk,” katanya yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemindahan Gerai-Gerai Haram di Sepanjang Laluan Pejalan Kaki di Bandar Tasik Selatan dan Desa Tasik.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Angin kencang landa Kuantan

Oleh: Nik Amirulmu’Min Nik Min

Tarikh: June 12, 2013

KUANTAN - Sebuah kereta rosak dihempap dahan sebatang pokok yang patah akibat angin kencang dan hujan lebat dalam kejadian di Jalan Haji Abdul Aziz di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kereta jenis Chery Eastar yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran pokok terbabit bagaimana pun hanya mengalami kerosakan kecil, pecah cermin depan.

Seorang saksi dikenali sebagai Lee, 40 berkata, ketika itu angin kencang dan hujan agak lebat melanda kawasan tersebut.

Menurutnya, selepas beberapa minit, tiba-tiba dia kedengaran seperti bunyi kayu patah sebelum ternampak dahan pokok terbabit jatuh dan menghempap kereta tersebut.

“Ketika itu ada sebuah kereta lalu namun pemandunya bernasib baik apabila berjaya melepas kawasan pokok itu beberapa saat sebelum dahan jatuh.

“Mujur tiada kecederaan berlaku manakala kerosakan kereta itu juga tidak serius,” katanya.

Dia berkata, dua hari lalu, pekerja Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ada melakukan kerja-kerja pembersihan dahan pokok terbabit bagaimana pun dahan yang ditinggal itu patah ditiup angin, semalam.

Sementara itu, beberapa khemah yang dipasang di tepi kawasan tempat letak kereta, padang MPK 2 yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat dahan patah turut roboh ditiup angin kencang.

Dalam kejadian di hadapan Masjid Negeri itu, sebuah kereta turut rosak bagaimana pun difahamkan tiada kecederaan dilaporkan.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Maut tercampak dari lori

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

KUANTAN - Seorang kelindan maut selepas tercampak keluar dari lori yang dinaiki apabila kenderaan itu terbalik ke bawah tebing di Kilometer 143 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Rompin petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Mohamad Yamin Mohamed Amin, 32 dari Manir, Terengganu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata, mangsa bersama pemandu dalam perjalanan menghantar barang dari arah Gemas menuju ke Felda Keratong 2.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, lori terbabit hilang kawalan selepas tayar belakangnya pancit.

“Pemandu cuba mengawal kenderaan itu sebelum terbabas ke kanan jalan sebelum terjatuh lalu terbalik di bawah tebing.

“Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori terbabit turut mengalami kecederaan.


katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan yang meragut nyawa kelindan itu akibat kenderaan hilang kawalan dan tidak melibatkan kenderaan lain.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tukang urut tak sempat lari

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: June 12, 2013

RAWANG - Seorang tukang urut warga China sebuah pusat refleksologi haram di sini terkedu dan tidak sempat melarikan diri sewaktu serbuan oleh anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.

Dipercayai wanita berkenaan sedang mengurut seorang pelanggan sewaktu premis diserbu.

Pemilik premis menjadikan wanita bukan warga tempatan yang berpakaian nipis dan seksi sebagai tarikan pengunjung.

Harga yang ditawarkan dianggarkan serendah RM35 hingga RM50 untuk urutan kaki dan badan.

Sementara usaha pemilik sebuah premis yang menutup operasi sejurus mengetahui MPS sedang menjalankan serbuan gagal.

Premis itu dikenakan tindakan sitaan dan kompaun kerana menghalang kerja penguatkuasaan.

Barangan urutan, tilam, sofa dan berkaitan disita di bawah Undang-undang kecil pusat kecantikan (MPS) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Menurut Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, C Paramasivam, tiga pusat refleksologi yang diserbu masih dalam proses permohonan lesen dengan MPS namun ditolak atas beberapa masalah.

Katanya, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali namun masih beroperasi seperti biasa selepas beberapa bulan tindakan diambil.

“Pemilik premis juga gagal mematuhi syarat permohonan apabila menggunakan cermin gelap, penggunaan langsir sebagai dinding pemisah dan tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan,” katanya semalam.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment