Pengenalan
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun ketiga agama Islam. Ia diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti berakal, baligh (cukup umur), sihat, bermukim dan bagi wanita, suci dari haid dan nifas.
Islam juga menggariskan beberapa keadaan di mana kefarduan berpuasa ke atas umatnya baik lelaki mahupun wanita gugur. Penguguran ini tidak bermakna kewajiban tersebut diangkat secara mutlak kerana mereka masih dituntut menebusnya dengan beberapa amalan lain. Maknanya ianya bersifat pengecualian, kelonggaran atau keringanan (rukhsah) yang harus pula menepati beberapa kriteria yang ditetapkan syarak.
Selain daripada keringanan tambahan yang khusus kepada kaum Hawa atas faktor biologikal dan keistimewaan anugerah Allah kepada mereka, pengecualian-pengecualian yang dimaksudkan terpakai kepada kedua-dua jantina.
Himpunan kelonggaran ini boleh dikelaskan kepada dua kategori: (i) Tidak berpuasa dan wajib ganti (qada); dan (ii) Tidak berpuasa tetapi wajib bayar denda (fidyah).
(i) Tidak Berpuasa dan Wajib Ganti
Dibenarkan tidak berpuasa (berbuka) ke atas lelaki-lelaki yang sakit tetapi berpotensi (ada harapan) untuk sembuh serta mereka yang dalam perjalanan (musafir). Ini jelas dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah (2), 184:
Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, wajiblah dia menggantikannya pada hari-hari yang lain.
Firman Allah ini disokong oleh banyak hadis Rasulullah melalui riwayat ulama muktabar seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, Baihaqi dan lain-lain dengan sanad yang sah. Penyakit yang mengharuskan tidak berpuasa ini merujuk kepada penyakit berat yang akan menjadi lebih buruk atau melambatkan sembuh sekiranya pesakit berpuasa.
Keadaan ini boleh ditentukan berdasarkan pengalaman, nasihat doktor/pakar ataupun sangkaan kuat (ghalabah al-zann) yang biasanya boleh disimpulkan berdasarkan situasi semasa pesakit.
Turut termasuk dalam kumpulan ini ialah orang-orang sihat yang dikhuatiri ditimpa penyakit atau masalah kesihatan yang serius sekiranya berpuasa. Begitu juga mereka yang kebuluran atau kehausan melampau sehingga boleh membawa kemudaratan kepada diri atau nyawa mereka seandainya diteruskan berpuasa, walaupun dia seorang yang sihat dan tidak bermusafir.
Bagi orang-orang yang bermusafir, tahap kesukaran perjalanan mereka tidak diambilkira dalam penentuan kebenaran berbuka. Samada mereka bermusafir berjalan kaki, berkenderaan unta, kereta, keretapi, kapal laut atau kapalterbang – semuanya diberikan kelonggaran yang sama selagimana perjalanan mereka adalah atas tujuan yang diharuskan agama dan membolehkan mereka memendekkan (qasar) solat (perjalanan melebihi 2 marhalah = 93 km).
(ii) Tidak berpuasa dan Wajib Fidyah
Rukhsah diberikan untuk tidak berpuasa kepada orang-orang tua, orang sakit yang tiada harapan sembuh, orang-orang yang sulit melakukannya, mereka yang melakukan pekerjaan berat dan mereka yang menerima hukuman kerja berat dalam tahanan (sekiranya ada).
Tiga bentuk keuzuran pertama boleh terjadi kepada lelaki dan wanita manakala dua jenis kemaafan terakhir lebih menjurus kepada golongan lelaki sahaja. Semuanya diberikan pengecualian berpuasa sekiranya amalan itu terlalu memberatkan mereka.
Bagaimanapun, sebagai tebusan, semua mereka diwajibkan pula memberi makan seorang miskin secupak makanan ruji atau yang mengenyangkan bagi setiap hari Ramadhan yang ditinggalkan tanpa perlu mengqadakan puasa berkenaan.
Dalam konteks ini, dalil Qurani yang berkaitan juga terdapat dalam surah al-Baqarah (2), ayat 184:
Dan wajib bagi orang-orang yang sulit melakukannya (tidak terdaya berpuasa), membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin.
Ayat al-Quran ini turut mendapat sokongan dan penjelasan lanjut dari sejumlah hadis-hadis Nabi yang sahih riwayat dan sanadnya. Jelas bahawa semua mereka yang tergolong dalam kategori ini dirangkumkan oleh al-Quran sebagai "orang-orang yang sulit melakukannya."
Dengan kata lain, mereka adalah orang-orang yang tidak sanggup atau tidak terdaya menunaikan kewajipan berpuasa atas alasan-alasan yang munasabah dan diterima Islam, tidak terhad tetapi termasuk perkara-perkara yang dibincangkan di sini.
Berkaitan mereka yang bekerja berat, antara kerjaya sarahidup yang dimaksudkan adalah seperti di tempat-tempat yang melibatkan kepanasan api (contoh: industri pengeluaran batu-bara/arang, penempaan kaca/besi), buruh-buruh pembuat jalanraya di bawah panas terik matahari atau pekerja-pekerja binaan yang memerah keringat dari pagi hingga senja. Semua ini sememangnya tanggungjawab kaum Adam sebagai ketua keluarga.
Contoh pekerja berat terbaik ialah pelombong/pengangkut sulfur (belerang) di Gunung Berapi Ijeng, Jawa Timur, Indonesia. Mereka bekerja di Kawah Ijeng yang berudara panas dan bertoksik, memikul bebanan di bahu antara 80 – 100 kg, berjalan kaki menaiki dan menuruni jurang dari tempat pelombongan ke pusat pungutan hasil sejauh 2-5 km sehala, berulang-alik 10 kali sehari selama 12 jam!
Semuanya menggunakan tenaga dan kudrat tulang empat kerat tanpa sebarang bantuan mesin atau lain-lain peralatan moden. Justeru, alangkah besarnya rahmat Islam dan mudahnya urusan agama dengan kelonggaran yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam profesyen-profesyen yang dinyatakan.
Dan tidaklah Allah mennyebabkan timbulnya kesulitan bagimu (menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah) dalam urusan agama.
Kesimpulan
Sebagaimana kewajipan berpuasa ditetapkan oleh Pemilik Syariah, kelonggarannya juga ditentukan oleh Allah s.w.t. dengan tafsiran, dalam keadaan tertentu, dilakukan oleh ulama yang berwibawa.
Umumnya keringanan-keringanan yang diberikan meliputi lelaki dan wanita, dengan beberapa rukhsah tambahan tertentu yang hanya khusus untuk golongan kedua.
Pengecualian yang lazimnya difahami untuk lelaki akan turut terpakai untuk wanita sekiranya mereka juga terlibat atau berada dalam situasi yang serupa, contohnya pekerjaan berat untuk sara hidup diri dan keluarga.
Terangkatnya kewajipan keagamaan dalam kes-kes yang dibincangkan menegas dan membuktikan bahawa hidup beragama tidak sama sekali membebankan umat Islam.
comments
- ricky •
-
This is good information for non Muslim too. Now I can understand more about my fellow Muslim colleagues.
-
Thanks Ricky, I think you are the only one non-muslim who the person can understanding & sporting on Islam..may Allah bless you ricky & respect on you. thumbs up guys!
-
- Sivasubramaniam •
This article should be in English too. I agree with Ricky on its benefits for non-Muslims.
There is a question which I would like to ask, especially in the light of making smoking of shisha, haram.
`Mereka bekerja di Kawah Ijeng yang berudara panas dan bertoksik, ' I witnessed this job at Bromo too, and was reliably informed that many had died because of the toxic gases.
If this job is definitely dangerous to human because of the gases, would it then be classified as haram? Can anyone please enlighten me? -
-
semalam aku betul2 terkejut, dimana driver lori di tempat kerja aku, ketika aku keluar ofis nak ke tandas aku terserempak dia kt dlm lori (bahagian penumpang) sambil makan nasik bungkus, aku ingat dia sorang saja, sekali kt belakng lori ade lagi dua orang (lori ditutup) tp bhagian belakang (main entrance) terbukak, rilek jer tgk siap isap rokok n minum air..bila nampak aku, terus senyap, tunduk kepala, yg brader kt depan td tu tercengang tegak jer, tgn tak gerak mata pandang depan,..ape yg aku buat reaksi ke atas mereka, just geleng kepala saja...
-
ASMK Saudara Wan Azlan Wan Ahmad, kenyataan yang saudara musatkan dalam Yahoo boleh disalah tafsirkan terutamanya dalam ayat-ayat sebegini:
1. Lelaki Terkecuali Daripada Berpuasa, walaupun ia adalah tajuk untuk dihujah oleh saudara tetapi harus di ingat dalam penulisan Islam approachnya tidak berdalih tetapi straight to the point.
2. Apa kah maksud saudara dala tajuk Pengecualian Berpuasa ke Atas Lelaki dan seperti anda nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 184 saya boleh terjemahkan kepada saudara dalam Bahasa Inggeris jika Bahasa Melayu anda lemah: "For a certain number of days; butwhoever among you is sick or on a journey, then (he shall fast) a number of other days; and those who are not able (Tiada Kemampuan) to do it may effect a redemption (bayar fidya) by feeding the poor man; so whoever does good spontaneously it is better for him; and that you fast is better for you, if you know."
Ini membawa maksud bukan Pengecualian atau lesen untuk tidak berpuasa tetapi dibenarkan tidak berpuasa atas dasar memudharat atau terpaksa. Dalam ulasan saudara tidak disenutkan ini.
Saya begitu kurang selesa dengan kennyataan:
Islam mengariskan beberapa keadaan di mana kefardhuan berpuasa ke atas umatnya baik lelaki mahupun wanita gugur. Ayat ini boleh memesongkan pemahan kanak-kanak dan orang yang lemah dalam Bahasa Melayu. Ia juga boleh menunjukkan ada di kalangan lelaki Islam yang boleh gugur (kandungan). Jika anda guna perkataan digugurkan mungkin fahaman saudara tepat tetapi itu bukan maksud yang terkandung dalam Bab Puasa.
Sebenarnya Allah memberi kelonggaran itu sama seperti Sembahyang yang boleh dihimpunkan apabila kita dalam perjalanan sejauh 2 marhala. Adakah kelonggaran itu bermaksud pengecualian daripada melakukan solat.
Walau bagaimanapun saudara, ibadah puasa bergantung kepada ketaqwaan orang yang berpuasa. Saya juga pernah melihat orang seusia 92 tahun yang berpuasa seperti juga anak yang baru berusia 5 tahun berpuasa penuh.
Maaf jika terkasar bahasa, saya hanya berniat untuk membetul apa yang tersilap. Jika saya silap tolong tegur untuk menafaat bersama. -
-
JANGAN sesakali disalah tafsir @ diserumpunkan bahawa mereka yg
tak berpuasa tidak perlu diganti cuma wajib dibayar fidyah kpd yg layak
menerimanya (kenyataan sebegini akan merosak amalan diri). Tetapkan
tandaras diri bagi mengecami antara jenis-jenis masalah diri yg dihadapi utk
menyimpulkan antara "Tidak Berpuasa & Wajib Ganti"
dengan "Tidak Berpusa & Wajib Fidyah".. - Fadzili •
Penambahan - ada 3 bukan 2 jenis kelonggaran.
1- Ganti puasa pada hari di bulan lain dalam tahun yang sama.
Jika tak ganti begitu, kena bayar fidyah 1 cupak beras dan tetap kena ganti puasa di tahun berikut.
2-Bayar Fidyah sahaja.
Pada orang yg tua.
3-Ganti puasa dan bayar fidayah.
Bagi perempuan mengandung yg berbuka kerana takutkan kesihatan anak dalam kandungan.
Juga bagi perempuan yg sedang menyusukan anak kerana takutkan kesihatan anak mereka yg disusui.
TQ -
Boleh saya tahu..Apakah definisi orang miskin?
Adakah memberi sedekah / fidyah kepada anak yatim boleh dikira?
Sebab orang kata, anak yatim sekarang ni dah senang dan tidak boleh dikira sebagai orang miskin. -
- komai •
Boleh ke seorang lelaki tidak berpuasa atas alasan tidak bersahur? Saya mempunyai beberapa orang kawan, 3 perempuan dan seorang lelaki. Pada hari yang sama, mereka telah bercadang untuk tidak berpuasa setelah beberapa jam terlepas sahur.
(Oii sedap je nak buat camtu, aku tak sahur pun boleh je puase.. Dah la aku tengah gastrik.. Boleh je pun... Entah-entah niat puase pun tak pernah.. MasyaAllah jahat betul mulut aku ni.. Astagfirullahalazim.. O.o)
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment