Ngeri!! Pekerja Binaan Maut Dihempap Dinding, Siling Posted: 27 Jul 2013 08:25 AM PDT KANGAR - Seorang pekerja binaan terbunuh apabila dinding dan siling sebuah bangunan yang sedang diubahsuai di Jejawi dekat sini runtuh dan menghempapnya. Zaki Ibrahim, 26, yang cedera parah di bahagian kepala dipercayai sedang menjalan kerja-kerja pengubahsuaian struktur dalaman bangunan itu ketika kejadian berlaku. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohd Subri Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pukul 1.29 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian. Mangsa yang beralamat di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah dipercayai menjalankan tugas dalam bangunan awam itu seorang diri semasa kejadian. Mohd Subri berkata, pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada polis sebaik tiba di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat. - Bernama |
Kumpulan MAUT Menanti Kelantan [SAKSIKAN...] Posted: 27 Jul 2013 08:05 AM PDT JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara. Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan. Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah. Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA. Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC. Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos. FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama |
Akhirnya Umno Jadi Parti Yang Tidak Berkepimpinan? [Baca lah...] Posted: 27 Jul 2013 07:40 AM PDT |
Anak Ketua Pengarang Berita TV3 Maut Kemalangan Posted: 27 Jul 2013 05:08 AM PDT TEMERLOH - Anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di km143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi. Mangsa, Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, mati di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya, kedua-duanya lelaki, seorang pemandu kereta Proton Wira berumur 21 tahun, dan penumpang bahagian belakang, 31, cedera parah. Dalam kejadian 9.30 malam itu, kenderaan yang terbabit dalam nahas itu ialah kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa, sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. "Di tempat kejadian, dipercayai kereta dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar Toyota Corolla terbabit menyebabkan kenderaannya berpusing dan melintang di atas jalan sebelum dirempuh Perodua Kancil yang datang dari arah Kuantan," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, turut parah ialah pemandu Perodua Kancil seorang lelaki berumur 64 tahun, sementara pemandu Toyota Corolla berkenaan hanya cedera ringan. Mohd Khaidir ketika ditemui Bernama berkata anak kedua daripada enam beradik itu pergi ke Kuala Lumpur bersama dua rakannya itu untuk membeli persiapan bagi menyambut hari raya nanti. "Saya sekeluarga juga turut ke Kuala Lumpur secara berasingan untuk membeli persiapan raya dan dimaklumkan kejadian itu malam tadi," katanya. "Arwah anak yang baik dan mendengar kata, saya sempat berbuka puasa dengannya sebelum ini selepas selesai membuat liputan pilihan raya kecil Kuala Besut, baru-baru ini," katanya. Jenazah Muhammad Luqman selamat dikebumikan 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebak Muslim, dekat sini. - Bernama |
Mesti Cuba: Ikan Patin Masak Asam Tempoyak Posted: 27 Jul 2013 12:31 AM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan... Hari ni IniKalilah nak berkongsi resepi pada yang suka makan ikan sungai iaitu ikan patin.. Boleh la cuba resepi dibawah untuk juadah berbuka hari ni.. Bahan-bahan: 1 ekor ikan patin sederhana besar *5 ulas bwg merah *3 ulas bwg putih *3 batang serai *1" kunyit hidup *1 cm halia *15 bj cili api 4 cawan air. sedikit minyak untuk menumis. 1 1/2 senduk tempoyak. daun kesum, bunga kantan dan garam secukup rasa Cara menyediakan sila [klik disini] |
Tunjuk Bukti Ahli Mahu Parti Baru [Baca lah...] Posted: 26 Jul 2013 11:39 PM PDT DAP mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menunjukkan bukti bahawa ahli-ahlinya ada menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru sepertimana beliau dilaporkan berkata demikian oleh akhbar harian milik MCA, The Star semalam. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata parti itu telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji apa yang didakwanya "pembohongan terbaru" Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman. Peguamnya juga telah diarahkan untuk mengkaji kemungkinan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Rahman dan The Star kerana didakwa berbohong yang DAP menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baru. Lim menyifatkannya sebagai keterlaluan kerana pemimpin DAP tidak pernah menimbang atau membangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau di luar mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya (CEC). Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas laporan The Star semalam yang memetik Abdul Rahman sebagai berkata ROS tidak mungkin akan melayan permintaan ahli-ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru. ROS sedang menyiasat dakwaan penipuan sewaktu pemilihan CEC DAP yang mana DAP telah menjelaskannya sebagai satu masalah teknikal yang berlaku semasa pengiraan keputusan pada Disember tahun lepas. DAP kemudian mengumumkan keputusan baru, yang menyaksikan setiausaha politik Lim dan yang kini MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari terpilih menganggotai CEC selepas gagal dalam keputusan awal. Ini menyebabkan beberapa ahli yang tidak puas hati membuat laporan kepada ROS dan mendesak parti itu mendapatkan mandat baru. - malaysiakini |
Isu Terkini Mesir: Penyokong Mursi Dibedil Menjelang Sahur Posted: 26 Jul 2013 09:13 PM PDT KAHERAH - MESIR. Bumi Mesir terus berdarah apabila 10 orang termasuk wanita menjadi korban bedilan peluru hidup polis dan tentera menjelang waktu sahur. Insiden itu juga menyebabkan 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah. Laporan Ikhwanonline menyebut, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu. Penyokong yang menjadi mangsa adalah mereka yang berada di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun. Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung usai solat Jumaat. Lautan manusia itu kemudiannya sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka, awal pagi tadi. - SinarHarian |
AWAS!!! Makanan Ada DNA Babi Dikesan Posted: 26 Jul 2013 08:52 PM PDT Haram dimakan-sila share kepada semua. Apa itu Chikuwa? Chikuwa (seasoned Fish Roll) Filament Fish Sticks Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) AWAS!!! Kalau orang dah biasa dengan negeri Perlis mesti dia akan mencari sejenis makanan yang famous di Perlis.. Selain ikan bakar, laksa dan makanan siam.. Tak kurang famous juga SteamBoat dan Lok Cheng.. Kedua-dua ini makanan berasakan seperti Filament Fish dan Chikuwa.. Jadi kalau nak makan tu hati-hati lah.. Kalau boleh elak kan.. sebab rata-rata makanan nie terus datang dari siam.. Lok Cheng SteamBoat Siapa pernah makan LokCheng atau SteamBoat Perlis? pakat-pakatkalih |
PANAS!!! Dibogel Dan Dicabul Ah Long Posted: 26 Jul 2013 07:50 PM PDT Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah mendapat berita disebabkan abang ipar dan kakaknya meminjam duit dengan ah long, mangsa terpaksa terima padah... KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik. "Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja," katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam. Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini. Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal. "Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya. Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin. Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu. Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya. "Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu," katanya. Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya. SH. |
GEMPAR!!! Zulkifli Noordin Bikin Panas Lagi, NGO India Naik Berang Posted: 26 Jul 2013 04:26 PM PDT Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini. Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor. "Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana. "Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut. Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama. Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya. Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu. Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya. - 26 Julai, 2013.- TMI |
Isu Terkini Mesir: Abdel Fatah Al Sisi Sokong Perhimpunan Posted: 26 Jul 2013 04:06 PM PDT KAHERAH - MESIR . Puluhan ribu penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Mursi, berhimpun semula selepas Ketua Tentera Mesir mengarahkan tindakan keras terhadap penentang. Lapor media tempatan, beberapa helikopter ketenteraan berkeliaran di ruang udara Kaherah awal pagi selepas Jeneral Abdul Fatah al-Sisi mengeluarkan arahan amaran kepada pasukan keselamatan. Ribuan penyokong Mursi memenuhi Bandar Nasr bagi menuntut penarikan semula penggulingan pemimpin mereka yang berlaku pada 3 Julai oleh kuasa tentera. Sementara itu, sewaktu berucap di majlis konvokesyen ketenteraan, beliau menafikan tuduhan mengkhianati Mursi sebagai Presiden Mesir. Abdel Fatah turut meminta semua penyokong Mursi untuk berhimpun pada hari ini sebagai sokongan kepada pemimpin itu. "Saya meminta agar rakyat Mesir keluar berhimpun menyokong kerajaan," katanya dipetik dari laporan Al-Jazeera. Penasihat media presiden sementara, Adly Mansour berkata, pihaknya menjemput rakyat Mesir berhimpun bagi melindungi kesahihan revolusi dan menyokong usaha mereka memerangi keganasan. Bagaimanapun, wakil pembangkang parti Islam berkata, Abdel Fatah sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyokong perhimpunan yang mampu mencetuskan perang saudara. SH. |
You are subscribed to email updates from IniKalilah™ | Bongkar Isu Hangat, Semasa dan Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (22) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment