Wednesday, August 14, 2013

RG2011... Alkisah seekor binatang...

 

Seorang polis sedang menuju balik ke rumah setelah melalui satu hari yang amat meletihkan. Hari tersebut dia terpaksa berdepan dengan orang yang susah karenahnya dan pelbagai kertas kerja. Hatinya cuma ingin balik berehat secepat mungkin.

 

Ketika motosikalnya menghampiri rumah, dia dikejutkan dengan satu kereta yang datang daripada selekoh tajam yang beberapa inci lagi akan terlanggar dia. Semasa kereta mendekati motosikalnya, pemandu itu memandangnya dan menjerit “Natang!”.

 

Dengan mood yang sudah buruk, polis tersebut terus naik angin. Dia yang keletihan tiba-tiba bersemangat ingin mengejar kereta tadi lalu menghidupkan bunyi siren dan lampu biru motornya.

 

Dia mengejar kereta tersebut… tapi setibanya di sekeloh yang sama, polis tidak sempat menghentikan motornya lalu terlanggar seekor binatang besar di tengah jalan. Dia jatuh terpelanting… tapi hanya cedera ringan.

 

“Rupa-rupanya kereta tadi bukan marah aku ‘Natang’ tapi nak bagitahu aku sekeloh depan itu ada binatang di tengah jalan,” bisik dia di hatinya yang kesal.

 

Wahai anakku,

Pengajaran di atas jika engkau dapat pelajari di awal kehidupan kamu, kamu seorang manusia yang amat bertuah: Jangan mudah buat andaian. Walaupun betapa yakinnya kamu dalam pemahaman dan penglihatan kamu di dalam sesuatu isu, kamu jangan sesekali membuat andaian.

 

Jangan mudah buat sebarang andaian meskipun hujah dan motif sesuatu kelihatan kukuh. Jangan mudah membuat kesimpulan walaupun isi sesuatu kelihatan sangat nyata pada kamu.

 

Ini kerana emosi kamu mungkin memainkan peranan sehingga membuat andaian yang salah seperti si polis di cerita di atas.

 

Senyum J

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment