Wednesday, August 14, 2013

RG2011... Lebih baik cari jalan banteras jenayah

 

KENYATAAN MEDIA 14.8.13

 

Lebih baik cari jalan banteras jenayah

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara untuk membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali Ordinan Kecemasan (EO).

 

Jumlah pengikut penjenayah EO yang telah dibebaskan pada 2011 telah meningkat kepada 260,000 orang mengikut perkiraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan?

 

Apakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini?

 

Menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki oleh para penjenayah di Malaysia. Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara.

 

PAS berpendapat KDN perlu menfokuskan kerja kepada mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara. Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen.

 

KDN juga harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utamanya adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalan-jalan.

 

Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah.

 

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

14 Ogos 2013

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment