Tuesday, August 20, 2013

RG2011... R4BIA..Krisis Mesir di Sinar Harian

 

Krisis Mesir: Rumah pemimpin Ikhwan diserbu polis

Oleh:

Tarikh: August 21, 2013

KAHERAH - Satu demi satu strategi tentera untuk membersihkan pengaruh Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi dilakukan.

Selepas menggempur dua kem penyokong itu di Dataran Al-Adawiyah dan Dataran Nadha 14 Ogos lalu, mereka menggempur pula benteng terakhir rakyat di Masjid Al-Fath, Ramsis termasuk menembak mati 35  rakyatnya di Helwan, Giza, kelmarin.

Semalam, pasukan  keselamatan Mesir menguatkan lagi cengkaman dengan menahan pemimpin  Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am, Mohammed Badie.

Al Jazeera melaporkan, Mohammed Badie ditahan jam 2 pagi waktu tempatan di sebuah kediaman di Bandar Nasr, timur Kaherah.

"Ketika ditahan beliau tidak mempunyai senjata atau dikawal mana-mana anggota keselamatan," katanya.

Kementerian Dalam Negeri yang mengesahkan tangkapan itu mendakwa, Mohammed Badie dan timbalannya, Khairat el-Shater bakal dihadapkan ke mahkamah bulan ini kerana mendalangi pembunuhan lapan penunjuk perasaan di luar ibu pejabat Ikwanul Muslimin di Kaherah, Jun lalu.

"Beliau bersama penyokong Mursi dituduh mengadakan tunjuk perasaan mega selama enam minggu," menurut laporan itu.

Peguam Ikhwanul Muslimin, Ali Kamal menyifatkan penangkapan Mohammed Badie bertujuan menghapuskan gerakan Ikhwanul Muslimin.

"Semua tuduhan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) serta pemimpin anti-rampasan kuasa dan Pakatan Kebangsaan Pro-Demokrasi adalah palsu. Apa yang mereka hadapi adalah rekaan yang dicat dengan warna jenayah.

Beliau kini menunggu Mohammed Badie untuk hadir di hadapan pendakwa raya untuk bersama-sama hadiri siasatan. Jawatan Mohammed Badie digantikan sementara oleh Mahmoud Ezzad.

Sementara itu, kediaman pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Abdul Ghani, Setiausaha Parti Hurriyah Wal 'Adalah Dr Ahmad Abudrrahman dan Ketua Majlis Syura Dr Ahmad Fahmi di As-Syarqiah, wilayah Fayoum antara diserbu anggota keselamatan semalam.

Polis daerah As-Syarqiah melaporkan, serbuan dan penahanan mereka dilakukan bagi  menyekat demonstrasi mega seperti yang dirancang.

Sebanyak 10 kereta polis dan dua kereta perisai tentera berada dalam serbuan itu.

Pegawai keselamatan mengesahkan kediaman khusus Mursi di Hayyu Filat di Bandar Zaqaziq telah dikosongkan dan ditutup.

Krisis Mesir: Hosni bebas, Mursi ditahan

Oleh: LIZA HASAN

Tarikh: August 21, 2013

KAHERAH - Tindakan kerajaan sementara untuk membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah dipenjarakan sejak setahun lalu ketika ribuan rakyat dibunuh tentera dan polis seolah-olah dirancang.

Kemungkinan besar pembebasan itu dapat memberi ruang kepada pihak tentera untuk kembali berkuasa seperti yang mereka telah nikmati sepanjang pemerintahan pemimpin diktator itu 30 tahun lalu.

Di saat limpahan deras darah rakyat Mesir mengalir deras di Masjid Al-Fath, Ramsis dan Masjid Rabaa Al-Adawiyah serta ugutan penembak tepat di Masjid Al Qaed Ibrahim, Iskandariah, kerajaan sementara pimpinan Adly Mansor dan Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi pula mengambil keputusan membebaskan pemimpin itu dengan Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan rasuah.

Hosni, 85, yang dibenci rakyat itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 dan akan dibebaskan dari penjara Tora hari ini seperti laporan Al- Jazeera - 'Hosni dibebaskan dalam tempoh 48 jam'.

Peguamnya, Fareed el-Deeb berkata, pembebasan beliau dilakukan selepas pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atas anak guamnya itu.

"Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah.

Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam.

Beliau akan dibebaskan menjelang hujung  minggu ini," katanya.

Media Al Arabiyah pula melaporkan, tanpa mengesahkan bekas pemimpin Mesir itu akan dibebaskan dari penjara, satu sumber kehakiman sebagai memetik, Hosni akan beradadi penjara selama dua minggu lagi sebelum pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.

"Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara," katanya.

Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan penunjuk perasaan dalam pemberontakan menjatuhkannya.

Sepanjang perbicaraan, beliau dikenakan tuduhan rasuah termasuk pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.

Selepas beliau tumbang dalam kebangkitan Arab Spring pada 11 Februari 2011, gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.

Bagaimana nasib rakyat?

Banyak berita di Mesir menyatakan, pembebasan Hosni bakal mengundang revolusi rakyat yang lebih teruk.

Kebangkitan rakyat pada 2011 itu berlaku selama 18 hari sehingga meragut 800 nyawa.

Kini, rakyat mahukan demokrasi, terpaksa menggadai nyawa sekali lagi selepas 31 bulan.

Keharmonian rakyat hanya dikecapi serta dirasai hanya setahun di bawah pimpinan Presiden Mohammed Mursi.

Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dikecapi seperti membangunkan Terusan Suez untuk menjadi pasaran bebas dunia.

Beliau juga menaikkan gaji pesara 20 peratus dan manakala harga barang dipertahankan tidak naik.

Beliau membina kilang Samsung terbesar di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah, membuat kilang kereta sendiri bagi mengelakkan mengimport.

Beliau membuat kilang senjata sendiri dan tidak perlu lagi mengimport senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan membuat kilang Innar sehingga seluruh rakyat boleh merasai penggunaan barang elektronik dengan harga berpatutan.

Jasa besar beliau yang ditakuti Barat adalah muncul sebagai penyokong perjuangan Palestin dan Syria.

Tetapi mengapa Mursi yang juga seorang Hafiz begitu dibenci sekumpulan rakyat (penyokong Tamarod) dan tentera kerajaan.

Hosni jadi Presiden?

Mungkinkah pembebasan Hosni melayakkan beliau menjadi Presiden semula?

Tekaan itu mungkin amat ditakuti rakyat yang sebelum ini hidup menderita selama 28 tahun kerana berada di bawah cengkaman Undang-Undang Darurat.

Desas-desus mengatakan Hosni persiapkan anaknya Alaa sebagai pengganti presiden.

Namun, beliau menafikannya. Alaa bersama adiknya Gamal masih ditahan kerana rasuah.

Akhbar Mesir menyifatkan jika situasi itu benar ia digambarkan seperti - 'Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah.

Episod politik kotor di Mesir ini menjadi tumpuan dunia.

Ramai mahu mengetahui siapakah dalang di sebalik krisis ini dan apakah perancangan seterusnya sekutu kuat kerajaan sementara Mesir seperti Arab Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar dan mengapa AS, Israel, Perancis,Jerman dan Britain yang hanya berpeluk tubuh.

Jutawan Arab Saudi pecat Pengarah saluran TV

Oleh:

Tarikh: August 20, 2013

RIYARD - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi Putera Alwaleed Talal memecat pengarah saluran televisyen Islam selepas mengaku menjadi ahli Ikhwan Muslimin di Kuwait.

Menurut Press TV, Putera Alwaleed memecat Pengarah Televisyen Al-Resalah, Tarek Al-Suwaidan, selepas pengakuan itu dijelaskan.

Stesen Al-Resalah kepunyaan Kumpulan Rotana Alwaleed itu merupakan syarikat konglomerat media terbesar Saudi berpangkalan di Riyadh.

Difahamkan Al-Suwaidan, seorang warganegara Kuwait, kini dikecam sejak penyingkiran Presiden Mesir Mohamed Mursi.

Al-Sisi tagih darah rakyat

Oleh: LIZA HASAN

Tarikh: August 20, 2013

KAHERAH - MESIR. Demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah.

Ikhwanul dalam kenyataan kelmarin berkata, kehadiran penembak tepat di kawasan itu memungkinkan lebih ramai nyawa terkorban.

Perhimpunan di seluruh negara itu masih menempatkan matlamat sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

"Rancangan perarakan ke Mahkamah Perlembagaan dan perhimpunan anti-tentera di Dataran Roxi dibatalkan atas faktor keselamatan," memetik kenyataan itu.

Demi menuntut kematian, jutaan rakyat semalam, meneruskan rancangan berarak ke Mahkamah Perlembagaan dengan berhimpun dapat dilihat di Helwan, Giza.

Media Al-Jazeera melaporkan, pada masa sama, puluhan penembak tepat mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.

"Semangat luar biasa rakyat mengagumkan apabila sanggup menggadai nyawa, bersedia untuk kembali ke jalanan," menurut laporan itu lagi.

Dalam kejadian di Masjid Al Fath, Ramsis, sekurang-kurangnya 35 orang tahanan terbunuh semasa dalam perjalanan ke penjara.

Laporan mengatakan, kesemua tahanan itu ditahan selepas polis melepaskan gas pemedih mata dan melakukan tembakan rambang peluru hidup untuk meleraikan mereka.

Tindakan kejam itu dilakukan selepas pihak keselamatan mendakwa, ribuan rakyat terbabit melanggar perintah berkurung dikeluarkan kerajaan sementara pada 14 Ogos lalu.  

Susulan kejadian itu, Ikhwanul mengeluarkan kenyataan kematian tersebut adalah satu 'pembunuhan' yang kini mencecah 800 nyawa.

Di Iskandariah, puluhan ribu menyertai enam perarakan mega di beberapa kawasan di daerah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila pasukan tentera dan polis membuat kepungan di Masjid Al Qaed Ibrahim dan menghalang laungan azan Asar.

Tentera dan kumpulan Tamarod bertindak menawan masjid tersebut dan melakukan tangkapan terhadap puluhan rakyat termasuk pelajar.

Al-Sisi ucap tahniah

Dalam satu kenyataan, Abdel Fattah memuji 'peranan mulia' dilakukan pasukan tentera dan polis untuk melindungi keselamatan negara.

"Saya berjanji menggunakan kuasa penuh terhadap mereka yang mahu memusnahkan Mesir. Tentera tidak berniat merampas kuasa. Tetapi penyokong Ikhwanul ingkar. Kami tidak akan berdiri diri melihat kemusnahan negara dan rakyat.

Kami telah memberikan banyak peluang untuk menamatkan krisis ini secara aman," katanya ketika sidang media pertama sejak operasi gempur penyokong Mursi, semalam.

Abdel Fattah berkata, beliau tidak menghalang pasukannya daripada menyerang musuh yang kini meragut 600 nyawa seperti angka dikeluarkan oleh kerajaan sementara.

Beliau juga berikrar untuk berdiri teguh dalam menghadapi keganasan Ikhwanul Muslimin dan Jamarod.

Menurutnya, beliau juga tidak akan bersekongkol dengan mereka yang bersubahat dalam krisis ini.

"Tentera dan polis kini adalah penjaga negara. Rakyat akan memilih pemimpin akan datang. Sebelum ini, rakyat Mesir berhasrat mahu mengubah dunia dan saya memberitahu mereka, jika anda mahu untuk membina Mesir dan menukar masa depan pilihlah kerajaan tentera kerana hanya kami dapat merealisasikan impian itu," katanya.

Sementara itu, Kabinet Sementara Mesir difahamkan, mengadakan mesyuarat tertutup dipengerusikan  Presiden sementara Adly Mansour, untuk membubarkan Ikhwanul.

Kementerian Dalam Negeri pula dalam kenyataan mendakwa, lebih 1,004 ahli Ikhwanul ditahan dan melabelkan gerakan terbabit sebagai 'elemen rusuhan, selepas Ketua Al-Qaedah Ayman al-Zawahiri ditahan di Masjid Al-Fath, Ramsis, kelmarin.

Lagi pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan

Pagi semalam, Pasukan Keselamatan Iskandariah menahan pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Hamdi Hassan, Dr Ahmad An Nili dan Jurutera Majdi Bahi.

Sehingga kini, penangkapan tujuan pembersihan itu masih berterusan di Wardian.

Pakatan anti rampasan kuasa dalam kenyataan melaporkan, sekurang-kurangnya 38 penyokong Ikhwanul terbunuh ketika cuba melarikan diri dari konvoi penjara.

"Pembunuhan 38 tahanan itu berlaku ketika operasi pemindahan ke penjara Abu Zaabal. Mereka ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan dari tingkap," memetik laporan itu.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, peguam bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang digulingkan dalam kebangkitan pada 2011, Fareed El-Deeb berkata, Hosni akan dibebaskan dari penjara dalam tempoh 48 jam selepas pendakwaan terhadap kes rasuah digugurkan semalam.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment