Polis kena tumbuk ketika bertugas
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 21, 2013
HULU SELANGOR - Tindakan seorang kontraktor lelaki menumbuk serta menghamburkan kata-kata kasar serta lucah kepada polis, membawa padah apabila dia diberkas dalam kejadian di jalan utama Taman Rasa Utama, Rasa, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, empat anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan suspek di kawasan terbabit.
Sumber berkata, suspek yang menaiki kereta Nissan Sunny warna kelabu dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di situ.
Beliau berkata, seorang daripada anggota berkenaan menahan kenderaan suspek dan memintanya keluar untuk pemeriksaan.
Katanya, anggota itu memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta suspek menunjukkan MyKad serta lesen memandu.
"Suspek enggan dan terus menghamburkan kata-kata kesat serta lucah kepada polis.
"Dia turut mendakwa mempunyai rakan yang bertugas sebagai pegawai polis di Bukit Aman," katanya.
Menurut sumber, anggota terbabit tidak menghiraukan kata-kata suspek dan tetap menjalankan tugasnya.
"Ketika anggota itu membuat pemeriksaan badan, suspek yang berang menumbuk kepala anggota berkenaan.
"Tiga anggota lain terus menangkap suspek berusia 43 tahun terbabit," katanya.
Katanya, semakan menunjukkan kereta dipandu suspek didaftarkan atas nama seorang wanita berusia 58 tahun.
Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan suspek dikehendaki berhubung satu kes di Kalumpang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan kejadian yang berlaku.
MB Selangor harap isu konsesi air muktamad
Oleh:
Tarikh: August 21, 2013
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berharap isu konsesi air di negeri ini dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Abdul Khalid mengulangi bahawa kerajaan negeri bercadang menyusun semula industri perkhidmatan air secara holistik bagi memastikan empat syarikat konsesi air di Selangor disatukan menjadi sebuah entiti.
"Saya bertemu Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) hari ini dan beliau menyebut keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian konsesi air di negeri ini dan kami sedang menunggu untuk memuktamadkannya, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.
Kerajaan negeri Selangor telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat konsesi air di negeri ini terdiri daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH).
Mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini bahawa kerajaan menyasarkan untuk mencapai penyelesaian dengan kerajaan Selangor berhubung projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan, Abdul Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu. - Bernama
Alfred Jabu: 'Saya yakin mereka dihasut'
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KAPIT - Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu percaya tindakan terbaru masyarakat Penan mengadakan sekatan jalan di Long Meraan, Sungai Maoh di pedalaman Baram disebabkan mereka telah dihasut.
"Saya tahu masyarakat Penan. Saya mengenali mereka selama lebih 40 tahun. Mereka berfikiran mudah.
"Saya berada di Baram kira-kira 10 hari lalu. Saya telah menasihati mereka agar tidak mudah dihasut demi kepentingan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu," katanya yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pemodenan Pertanian Negeri kepada pemberita di sini hari ini.
Kira-kira 100 orang kaum Penan membuat protes berhubung pemasangan paip gas bagi menyalur gas dari Sabah ke Bintulu, Sarawak dengan mengadakan sekatan di
Ketua mereka, Belaweng Tunau dilapor sebagai berkata, mereka menentang projek itu kerana ia merosakkan alam sekitar dan hutan mereka yang merupakan sumber makanan dan pendapatan mereka.
Jabu berkata sesetengah NGO masih mempengaruhi kaum Penan di kawasan Sungai Selungo seperti Long Said, Ba lai, Long Kerong dan Long Spigen.
"Tetapi ada juga kaum Penan yang faham, menghargai dan mengalu-alukan usaha kerajaan membawa pembangunan dan kemajuan kepada mereka.
"Saya percaya dalam tempoh
"Mereka sebaliknya akan menyalahkan NGO kerana memutar belit mereka," katanya. - Bernama
5 juta pelancong dijangka lawat Kelantan
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, seramai 2.3 juta pelancong sudah melawat Kelantan.
"Kami yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan rekod tahun lepas yang menyaksikan
Bagi mencapai sasaran itu, katanya pelbagai perancangan dan program diatur termasuk taman kelip-kelip dan membaik pulih Kolam Air Panas Rengas di Machang.
Mengenai taman kelip-kelip itu, beliau berkata kawasan itu perlu dibangunkan sebagai produk pelancongan Kelantan memandangkan ia merupakan satu-satunya lokasi hinggapan kelip-kelip di negeri ini.
"Sebelum ini, kewujudannya (lokasi hinggapan kelip-kelip) hanya di Selangor, Pahang dan Johor," katanya.
Md Anizam berkata penanaman pokok itu dapat meningkatkan lagi bilangan kelip-kelip yang menjadikan tumbuhan tersebut sebagai habitat semulajadinya.
Pada majlis itu, sebanyak 100 batang anak Pokok Berembang ditanam bagi meningkatkan lagi populasi kelip-kelip di kawasan itu. - Bernama
Mukhriz kenalpasti rektor baru Kolej Insaniah
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal menerima rektor baru yang lebih berpengalaman, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang rektor.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata satu temuduga telah berlangsung baru-baru ini melibatkan tujuh orang calon yang dikendalikan tokoh-tokoh akademik ternama yang dilantik dalam satu jawatankuasa khas.
"Jawatankuasa khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik termasuk exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain) dan Datuk Azimi Daim (Setiausaha Politik) yang mewakili Pejabat Menteri Besar.
"Yang lain ialah tokoh-tokoh akademik yang dicadangkan Kementerian Pendidikan. Dalam masa terdekat akan dapat rektor baru yang sangat berkaliber sebab semua calon-calonnya adalah hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Perjumpaan diadakan sempena 100 Hari pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan petang ini untuk mendapatkan pandangan serta cadangan mengenai pelantikan rektor Kuin.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak membangkitkan pelbagai isu berkaitan Kuin memandangkan mereka (kerajaan Pas) sendiri yang telah mewariskan banyak masalah berkaitan kolej universiti itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tindakan itu akhirnya akan mengaibkan mereka sendiri apabila pelbagai masalah yang sebenarnya berpunca daripada mereka akan terbongkar, katanya. - Bernama
Dua minit penjenayah larikan RM4,500
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU - Hanya dalam tempoh dua minit, dua penyamun bersenjatakan pistol dan parang berjaya melarikan wang tunai RM4,500 dan kad prabayar berjumlah RM600, dalam satu kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Rantau Abang, Dungun, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 7.45 petang, hanya dua pekerja wanita bertugas di kaunter, manakala stesen minyak berkenaan agak lengang tanpa pelanggan lain.
"Kedua-dua suspek yang menutup muka dengan kain menghampiri dua pekerja berusia 20-an itu di kaunter, sebelum masing-masing mengeluarkan senjata, sebilah parang serta sepucuk pistol lalu diacukan kepada mangsa.
"Suspek meminta kedua-dua pekerja itu duduk sementara mereka menyelongkar laci kaunter dan mengambil wang tunai dan sejumlah kad prabayar sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Viva," katanya.
Manoharan berkata, siasatan awal mendapati kamera litar tertutup (cctv) yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik kerana stesen minyak berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.
"Jadi, pihak polis terpaksa menggunakan kemudahan cctv yang dipasang di mesin juruwang automatik (atm) milik sebuah bank di dalam premis itu untuk mengenal pasti suspek," katanya.
Beliau turut menjelaskan insiden samun ini tidak ada kena mengena dengan insiden samun sebelum ini yang meragut nyawa seorang tauke nasi kukus di Paka, Dungun.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Jangan terpedaya 'ayat power' peniaga jalanan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
MARANG - Hasrat seorang pekerja swasta di sini, untuk menikmati madu bersama telur separuh masak sebagai sarapan terbantut, apabila madu yang disangka asli rupa-rupanya adalah madu tiruan dicampur kicap pekat.
Pekerja swasta hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, selepas satu daripada dua botol madu dalam simpanannya makin berkurangan dia membuka botol baru, namun kesal apabila madu yang baru dibuka itu bukan madu asli.
"Dua botol madu tersebut adalah pemberian kakak ipar selepas rakannya bersimpati dengan rayuan peniaga madu jalanan di sebuah kedai runcit di Padang Midin, Kuala Terengganu membeli madu tersebut tidak lama dahulu.
"Apa yang dikesalkan adalah madu yang mulai berkurangan itu adalah madu asli dan botol madu kedua baru dibuka itu pula adalah madu tiruan. Kedua-duanya diperoleh daripada peniaga sama," katanya.
Menurutnya, walaupun sukar membezakan antara madu tulen dan tiruan, pengguna perlu merasa terlebih dahulu setiap botol madu yang dibeli kerana manis madu dan gula berbeza apatah lagi jika dicampur dengan kicap pekat.
"Saya harap perkara ini jadi pengajaran dan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan 'ayat power' peniaga di jalanan," katanya.
Treler rempuh rumah
Oleh: AZIZAH SHAFIEI
Tarikh: August 20, 2013
BERA - Dua keluarga mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila sebuah treler merempuh rumah mereka di Kilometer 18, Kampung Durian Tawar berdekatan pondok polis, kira-kira jam 2.15 petang semalam.
Mangsa, Sapura Ismail, 36, berkata, semasa kejadian, dia sedang duduk di sofa berdekatan pintu masuk sambil membaca SMS dihantar kakaknya.
Menurutnya, semasa menoleh ke arah luar, dia melihat treler itu meluru laju ke arah rumahnya menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri.
"Saya nampak treler itu meluru laju merempuh bahagian rumah jiran. Sedar-sedar saya sudah tersepit antara dinding dan rak TV. Saya tak boleh keluar kerana hampir separuh kayu menimpa daripada aras pinggang hingga kaki saya," katanya.
Sapura berkata, mujur pada ketika itu dia sedang memegang telefon bimbit dan
Sementara itu, pemilik kedai runcit dikenali sebagai
Katanya, kejadian itu turut membabitkan kereta dan tiga motosikal di situ.
"Lori roti yang diletak di hadapan kedai juga dirempuh, tetapi nasib baik pemandu lori itu berada dalam kedai. Kalau tidak, mungkin dia boleh cedera sebab lori itu tercampak dan terbalik," katanya.
Roboh angkara pencuri besi
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
SUNGAI MANGGIS - Keselamatan pengguna laluan pejalan kaki dari Taman Bakti ke pintu masuk Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Manggis kini terancam apabila pengadang besi di situ roboh kesan kes kecurian besi.
Penduduk, Mohd Faiz, 32, berkata, laluan itu sering menjadi tumpuan pengguna, tetapi tahap keselamatannya agak rendah kerana turut memungkinkan jenayah ragut berleluasa setelah pengadang besi tersebut rosak akibat dicuri individu tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, masalah itu pernah dilaporkan dalam akhbar, namun kes kecurian besi masih berlaku.
"Bayangkan, sebelum ini hanya separuh besi dicuri. Tetapi pada hari ini (semalam), keadaan semakin teruk walaupun masih tinggal kira-kira 30 meter besi yang tidak sempat dicuri.
"Penduduk risau masalah ini terus berlaku walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak bertanggungjawab," katanya.
Faiz turut mencadangkan pengadang itu digantikan dengan bahan lain seperti plastik atau papan bagi menghalang kes curi besi berulang.
Seorang lagi penduduk, A Arumugam berkata, kes curi kemudahan awam perlu ditangani dengan baik kerana aktiviti itu didapati semakin berleluasa hingga turut membabitkan pengadang laluan pejalan kaki berhampiran dengan rumah penduduk.
"Mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu sekitar jam 3 hingga 4 pagi, malah penduduk sendiri pernah menangkap individu terbabit," katanya.
Sementara itu, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng berkata, beliau kesal dengan kes kecurian besi pengadang yang kerap berlaku bukan sahaja di kampung, malah kawasan perumahan.
"Semua pihak termasuk MDKL perlu meningkatkan rondaan di kawasan berisiko untuk mengurangkan kes kecurian ini.
"Pemimpin masyarakat juga disaran menyalurkan maklumat jika mendapati ada individu meragukan bagi mengelakkan kecurian terus berleluasa," katanya.
Berguling tahan sakit
Oleh: HIDAYAH HAIROM
Tarikh: August 20, 2013
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga asing ditemui terbaring di tepi jalan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dengan keadaan perut terburai, sebelum disahkan mati, dipercayai menjadi mangsa samun.
Mangsa dikenali sebagai Muzammel Hokque, 39, ditemui bersama dua beg plastik berisi barang makanan dipercayai baru dibeli dari pasaraya berhampiran.
Kejadian kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh seorang pemuda, berusia 26 tahun yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis Bukit Aman.
Menurut sumber, ketika ditemui, warga
Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa dipercayai di samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di Jalan Silang.
Menurutnya, selain barang dibeli, turut ditemui dompet bersama pengenalan diri dan permit sah, namun tiada wang.
"Hasil pemeriksaan didapati terdapat satu bekas tusukan di rusuk kiri namun tiada kesan darah.
"Mangsa mungkin
Mayat kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kedai bergenang air busuk
Oleh: HIDAYAH HAIROM
Tarikh: August 20, 2013
Seorang peniaga, Jauhari Ramli, 53, berkata, kedainya menjadi 'mangsa' air bertakung disebabkan limpahan air sisa makanan dari saluran deretan kedai yang tidak dapat ditampung pembetung.
Menurutnya, masalah itu dihadapi sejak mula-mula dia beroperasi di situ, iaitu tiga tahun lalu, namun kejadian terbaru pada Ramadan lalu, malah bertambah buruk setelah habis cuti Aidilfitri, apabila semua peniaga mula beroperasi.
"Semua deretan kedai guna saluran air yang sama, menyebabkan ia tidak dapat menampung. Namun ada peniaga yang bertindak menyumbat lubang saluran jadi kedai mereka tidak naik air, lalu naik ke dalam kedai saya, sehingga kadang kala melimpah ke lantai bahagian tempat duduk pelanggan.
"Tidak ada pilihan lain, terpaksa cuci pinggan di bahagian depan kedai, disalurkan terus ke longkang," katanya.
Zulaidi Nazarudin, 53, berkata, perniagaannya terjejas berikutan masalah itu kerana menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan.
Katanya, dia juga terpaksa menutup salah satu lot kedai yang dikendalikan isterinya disebabkan keadaan yang kurang menyenangkan itu.
"Masalah ini telah lama berlaku, sejak lapan tahun lalu mula-mula saya beroperasi di sini dan berulang sehingga kini. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana pusat penjaja ini sudah cantik namun tahap kebersihannya tidak terjaga, menjejaskan kami peniaga makanan," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar dan Pusat Penjaja Jalan Wirawati, Taman Maluri, Cheras, Ramli Husin, 52, berkata, keadaan itu memerlukan tindakan efektif jangka panjang mengelakkan masalah sama berulang dalam tempoh yang kerap.
Katanya, pembetungan utama perlu diubah kerana sistem saliran sedia ada kini dikenal pasti menjadi punca air melimpah.
"Saluran dari kedai-kedai sama tinggi, malah lebih rendah dari paras pembetungan, ditambah dengan saluran yang tersumbat menyebabkan ia melimpah masuk semula ke dalam kedai kerana penuh.
"Jika mahu dirombak semula, ia agak mustahil kerana saluran terletak di bahagian bawah lantai kedai, jadi operasi peniaga pasti terjejas. Jadi penyelenggaraan yang kerap perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini," katanya.
Sementara itu, wakil Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa, yang turut sama meninjau permasalahan di situ berkata, pihaknya akan terus memantau kerja penyelenggaraan saliran di pusat penjaja berkenaan dalam masa sama perbincangan akan dibuat bersama pihak DBKL.
Rakyat diminta tolak Syiah, jangan tukar fahaman
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
LABIS - Rakyat di negeri ini digesa berpegang kepada fahaman ahli sunnah Wal Jamaah dan menolak ajaran lain yang bertentangan daripada fahaman tersebut.
Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, larangan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung sebarang bentuk penyebaran Syiah atau ajaran lain daripada ajaran Islam di negara ini wajar dipatuhi.
"Syiah dilihat lebih membawa kesan buruk. Contohnya konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni di Iraq,
"Kita kena faham kenapa Syiah tidak boleh disebar di
"Apa yang membimbangkannya apabila terdapat penyertaan golongan profesional dan pemimpin berpengaruh dalam penyebaran ajaran Syiah di
Menurutnya, masih ramai masyarakat di negara ini tidak tahu mengenai penularan dan bahaya Syiah disebabkan penerangan yang kurang jelas.
"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak menerima sebarang berita atau laporan kegiatan Syiah di kawasan Labis.
"Kalau ada, saya mohon pihak yang berwajib menjalankan siasatan sebelum fahaman ini menjadi satu wabak yang bakal memecahbelahkan umat Islam di sini," katanya.
Menurutnya, pendekatan negeri ini yang mensyaratkan setiap kanak-kanak menerima pendidikan agama di sekolah agama sekali gus diterapkan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bahaya Syiah menjadi benteng dalam usaha membendung penyebaran Syiah.
Sementara itu, Azahar mahu rakyat
Maut rempuh lori melintang
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
SENAI - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 36.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Kulaijaya, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa Chong Leong Chin, 47, dipercayai cuba mengelak dua kereta selain sebuah lori yang melintang di tengah jalan selepas terbabas melanggar besi pembahagi jalan.
Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Simpang Renggam kemudiannya terlanggar bahagian belakang lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, lori terbabit terbabas sebaik sahaja berlanggar dengan sebuah treler.
"Lori ini berlanggar dengan belakang treler dan kemudiannya terbabas melanggar besi pembahagi jalan serta melintang di tengah jalan.
"Selepas itu, dua kereta dari arah belakang melanggar lori terbabit. Mangsa yang menunggang motosikal
Zulkefly berkata, dua pemandu kereta yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, beliau meminta pemandu treler untuk membuat laporan polis berhubung kejadian.
Mangsa menjerit minta tolong
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 20, 2013
BATU PAHAT – "Sakit! tolong keluarkan saya cepat, kaki saya tersepit dan saya tak boleh bergerak," itulah rintihan pemandu Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan di Persimpangan Jalan Bindu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kereta yang dinaiki mangsa berusia 20an bergesel dengan sebuah lori ais sebelum bertembung dengan Perodua Viva dari arah bertentangan.
Menurut saksi kejadian, Razlan Salleh, 38, berkata, ketika kejadian dia yang sedang bekerja di bengkel tepi jalan tersebut terkejut mendengar bunyi brek yang kuat.
"Saya nampak sebuah kenderaan dari arah Tongkang Pechah menghala ke bandar (Batu Pahat) bertembung dengan sebuah lagi kenderaan.
"Saya bergegas ke
"Orang ramai yang berada di tempat kejadian
Razlan berkata, kawasan ini memang kerap kemalangan kerana persimpangannya yang mengelirukan.
"Selain itu jalan itu juga banyak rosak dan berlubang yang membahayakan pengguna jalan raya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika mengesahkan kejadian berkata, pemandu Perodua kancil tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk menerima rawatan.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di kaki dan kepala akibat tersepit selepas pertembungan berlaku. Manakala pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan kira-kira dua kilometer akibat keadaan kenderaan yang bertembung remuk teruk.
"Kita menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan tidak memandu laju," katanya.
Kereta RM1.25 juta dirampas Kastam Terengganu
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU - Sebuah kereta mewah bernilai RM1.25 juta adalah antara barangan yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya Abdullah Zawawi Abd Latiff berkata kereta itu disita kerana mengelak cukai yang dianggar bernilai RM1.7 juta.
Secara keseluruhan nilai rampasan barangan seludup JKDM dari Januari hingga Julai lepas ialah lebih RM1.7 juta dengan anggaran cukai lebih RM4 juta, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Barangan lain termasuk rokok keretek dan rokok putih, arak, mercun, bunga api dan beras.
Katanya mereka yang ditangkap
Beliau juga meminta orang ramai di Terengganu tidak silu menyalurkan maklumat kepada JKDM jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dengan menghubungi talian 09-6204257 atau talian bebas tol 1800-88-8855.
"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran saguhati akan dipertimbangkan kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya. – Bernama
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Selain itu,
Perkara itu antara yang dibangkitkan
"Pihak yang berkenaan juga harus menangani keperluan orang awam dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan.
"Kami percaya peluang ke arah penyelesaian politik yang dipimpin oleh rakyat
Katanya sekalipun proses pendamaian di wilayah Timur Tengah itu dialu-alukan, keadaan orang awam di wilayah terjejas amat menyedihkan dengan penduduk Palestin terus menderita di bawah cengkaman
Sementara itu, Raja Reza menegaskan orang awam yang terbabit dalam konflik bersenjata api perlu diberi perlindungan sewajarnya dan pihak bertelagah pula perlu sedaya upaya berusaha membezakan orang awam dan penempur.
Katanya walaupun kerajaan sesebuah negara memikul tanggungjawab penuh melindungi orang awam, pihak lain termasuk kumpulan bersenjata dari luar juga perlu memastikan keselamatan umum, selari dengan undang-undang hak asasi manusia.
Muhyiddin: 'Ibu sumber inspirasi terbesar saya'
Oleh:
Tarikh: August 21, 2013
Timbalan Perdana Menteri berkata, ibunya sering memberi beliau dorongan dan ilham untuk berjaya meskipun hanya belajar di 'sekolah dewasa', sebuah sekolah khas untuk golongan dewasa belajar dan menulis suatu ketika dahulu.
"Ibu saya tidak mendapat peluang untuk pergi ke sekolah yang sewajarnya. Namun sudah tentulah perkara yang paling mengagumkan kami adalah keazaman beliau untuk melihat anaknya bersekolah yang dapat menjadikan kami insan lebih baik.
"Saya rasa saya boleh katakan bahawa antara kepuasan paling besar beliau adalah melihat anaknya menjadi dewasa dan boleh menyumbang kepada masyarakat serta melaksanakan peranan dalam membangunkan negara.
"Jadi, saya ingin mengatakan ibu saya, yang meninggal dunia lama dahulu, menjadi satu daripada sumber inspirasi terbesar saya," katanya semasa sesi soal-jawab pada Sidang Kemuncak Wanita ke-11, ketika ditanya mengenai wanita yang paling banyak memberi ilham kepadanya.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.
Mengenai cadangan daripada hadirin bahawa kerajaan perlu memberi pengecualian cukai kepada keluarga yang membelanjakan wang bagi pendidikan anak mereka, Muhyiddin berkata, sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menyediakan Belanjawan 2014.
Mengenai gaji setara bagi lelaki dan wanita, Muhyiddin berkata perkara itu bukan lagi satu isu memandangkan lelaki dan wanita kini memperoleh gaji yang sama.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika kes seperti itu (gaji tidak setara) berlaku di sektor swasta, aduan perlu dibuat dan siasatan dijalankan bagi memastikan wanita tidak didiskriminasi.
Muhyiddin kemudian menyampaikan anugerah yang julung kali diperkenalkan 'Life At Work' kepada tiga majikan terunggul - CIMB Group, IBM dan Nestle.
Anugerah itu mengiktiraf tiga majikan terunggul dengan strategi di tempat kerja yang menzahirkan komitmen untuk membantu pekerja mereka mencapai kejayaan lebih baik di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi dengan menggalakkan kepelbagaian, keseimbangan kerja-kehidupan serta aturan kerja yang luwes. - Bernama
MAS mula pulih
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 21, 2013
SYARIKAT penerbangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) mencatatkan keuntungan operasi RM8 juta bagi suku kedua tahun ini berbanding kerugian RM102 juta tempoh sama tahun lalu.
Keuntungan itu dilihat menunjukkan pelan pemulihan MAS, yang sebelum ini mencatatkan kerugian RM2.52 bilion pada 2011, mula membuahkan hasil.
Bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2013, syarikat itu merekodkan prestasi lebih baik dengan peningkatan 14 peratus dalam hasil dan kenaikan 19 peratus dalam kapasiti manakala muatan tempat duduk pula mencecah 80 peratus, iaitu paling tinggi dalam tempoh 10 tahun.
"Dengan prestasi menggalakkan dalam penjanaan perolehan, kami kini boleh fokus untuk laksanakan lebih banyak penambahbaikan, termasuk bagi perkhidmatan sokongan dan pentadbiran.
"Kami akan terus memperbaiki kecekapan operasi yang akan menyumbang kepada pendapatan syarikat," menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan, semalam.
Bagi suku kedua tahun ini juga, MAS merekodkan sumbangan tunai positif daripada operasi, dengan aliran tunai meningkat tiga kali ganda kepada RM480 juta berbanding RM147 juta dalam suku pertama tahun ini.
MAS berjaya mengurangkan kerugian bersih sebanyak 50 peratus kepada RM176 juta berbanding tempoh sama tahun lalu, disumbangkan perolehan meningkat dan fokus kepada produktiviti syarikat.
Menurut Ahmad Jauhari, pembelian lebih banyak pesawat baru membolehkan MAS membawa 10,000 penumpang secara purata setiap hari.
"Kami membuat kemajuan dalam usaha mengurangkan kerugian dengan lebih banyak usaha untuk menaikkan perolehan, mengurus kos, dan memperbaiki produktiviti.
"Kami berada di landasan yang betul dengan pelan pemulihan tiga tahun yang ingin menghasilkan keuntungan mampan menjelang akhir 2014," katanya.
Isu PTPTN: Beban rakyat, perlu kaji semula
Oleh: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: August 21, 2013
SHAH ALAM - Setelah pembangkang menyuarakan hasrat menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan sekali lagi didakwa menambah bebanan rakyat melalui pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam ingkar.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut akan membebankan golongan muda sekaligus memberi impak yang tidak baik kepada generasi penyumbang kepada ekonomi negara itu.
Menurutnya, kerajaan perlu mengkaji semula perkara tersebut supaya tidak memberi tekanan kepada rakyat.
"Sedang kita berjuang untuk menghapuskan PTPTN, sekarang kerajaan pula hendak menambah beban kepada rakyat.
"Kita bangkang, perkara ini tidak wajar dan perlu dikaji semula," katanya kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini media melaporkan, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Katanya lagi, menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.
Mengulas perkara sama, Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, tindakan kerajaan itu akan "menggelapkan" masa depan golongan muda.
Katanya, kerajaan perlu bertindak sebagai penyelamat kepada golongan yang tersepit ini untuk menunjukkan jalan keluar daripada masalah itu.
"Generasi muda perlu dipandu, dibimbing serta diberi peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dan kaedah terbaik membayar PTPTN secara ansuran yang mengikut kadar kemampuan mereka," katanya.
Insiden singkat, berakhir di penjara
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Hakim Chan Jit Li menjatuhi hukuman itu terhadap Ricos Nicholas Christen, 55, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mahkamah membenarkan permohonan peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Christen bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM15,000 kepada RM30,000 berserta dua penjamin warganegara
Christen yang didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan, didakwa menumbuk belakang kepala Leong Chin Yap sehingga menyebabkan kematiannya di kaki lima Leisure Bay Cafe and Restaurant di Jalan Pandan Indah 4/6B, Pandan Indah dekat sini pada 2 pagi, 29 Mei 2011.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Abd Kadir memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius dan menyebabkan kehilangan nyawa.
Ram kemudian memohon hukuman ke atas anak guamnya diringankan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama Christen dan kejadian yang berlaku tidak disengajakan.
"Ini adalah insiden
Seramai 22 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.- Bernama
Dompet polis ada syabu sedang disiasat
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUANTAN - Penemuan sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu yang ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini masih dalam siasatan.
Ketua Polis Pahang Datuk Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, pihaknya menunggu laporan daripada doktor mengenai keadaan pegawai berkenaan untuk kembali stabil sebelum siasatan lanjut dibuat.
"Sekarang keadaannya masih tidak stabil dengan mengalami patah lutut kiri dan pendarahan pada bahagian perut," katanya kepada pemberita pada majlis derma darah anjuran Polis Diraja
Sebelum ini media melaporkan seorang pegawai kanan polis cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan-By Pass baru-baru ini.
Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.
Serbuk dan ketulan kristal itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA).
Mengulas mengenai situai jenayah di negeri ini, Sharifuddin berkata, keadaan jenayah di Pahang masih terkawal dengan mendapat kerjasama baik daripada orang awam.
Katanya, anggota risikan juga tidak perlu ditingkatkan memandangkan jumlah yang ada kini sudah mencukupi untuk memantau sebarang jenayah di negeri ini. - Bernama
Empat penyamun menyamar penjawat awam ditahan
Oleh: SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
Tarikh: August 20, 2013
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta bahawa dua pekerjanya, warga Myanmar disamun oleh empat lelaki yang mendakwa anggota polis.
Beliau berkata, dalam laporannya, wanita itu mendakwa dua pekerjanya disamun kumpulan lelaki berkenaan setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis selepas.
Katanya lagi, pintu premis tempat mereka bekerja diketuk empat lelaki berkenaan dan mendakwa mahu membuat pemeriksaan.
"Mereka kemudian menyerbu masuk selepas pintu dibuka dan bertindak menggari kedua-dua warga
"Mereka mengambil pelbagai barangan berharga daripada mangsa antaranya 11 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba dan wang tunai. Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kerugian RM3,000," katanya.
Menurutnya, sehari selepas laporan diterima, polis berjaya menahan keempat-empat suspek di dua buah rumah.
"Hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Dua,Gelugor dan berjaya menahan dua suspek.
"Pelbagai barangan dipercayai barang samun antaranya komputer riba, gari, dua buah walkie talkie, beberapa helai vest pihak berkuasa dan wang tunai RM740 ditemui," katanya kepada media.
Beliau berkata, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Sungai Nibong dan menahan dua lagi suspek.
"Kita percaya dengan tangkapan empat suspek yang aktif sejak dua bulan lalu itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes menyamar dan samun di daerah timur laut," katanya.
Kong Meng berkata, suspek berusia lingkungan 17 hingga 27 tahun itu kini direman untuk siasatan sehingga 25 Ogos.
"Tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau termasuk suspek berusia 17 tahun yang tidak lagi bersekolah manakala seorang lagi mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota pihak berkuasa yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan denda.
Pesakit mental maut terjatuh dari tingkat 7
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUANTAN - Seorang pesakit lelaki yang mengalami gangguan mental maut selepas dikatakan terjun daripada tingkat tujuh Wad Kenanga 11, Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, mangsa yang berumur 41 tahun dipercayai bertindak demikian akibat mengalami tekanan perasaan selain gangguan mental.
"Kita menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian berkenaan dan terus ke tempat kejadian 20 minit kemudian. Sampai di tempat kejadian, kita dapati mangsa sudah meninggal dunia dan kemungkinan terjun melalui tingkap bilik air," katanya ketika dihubungi di sini.
Zundin berkata, ketika itu mangsa ditemani isterinya.
"Mayat di hantar ke bahagian forensik untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.- Bernama
Polis: Amah mati ketika disoal kerana darah tinggi
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan bahawa pembantu rumah warga
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata hasil laporan bedah siasat pakar forensik perubatan mendapati saluran darah utama ke jantung mangsa pecah akibat tekanan darah tinggi.
"Kita mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut dan tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah berlaku pada mangsa," katanya kepada pemberita.
Pembantu rumah yang berusia 42 tahun itu maut ketika sedang disoal siasat berhubung kes kecurian duit milik ibu majikannya.
Kes itu disedari adik ipar majikan mangsa kira-kira pukul 11.30 malam Ahad lalu setelah pembantu rumah itu melarikan diri dari rumah ibu majikannya di Kampung Seberang Jerteh.
Manoharan berkata majikan pembantu rumah itu yang merupakan seorang guru sebelum itu meminta adik iparnya memeriksa barang-barang berharga di rumah ibunya dan mendapati duit sebanyak RM5,000 yang diletakkan di dalam sampul telah hilang.
"Majikannya bersama beberapa jiran mencari pembantu rmah itu di kawasan sekitar dan berjaya menemuinya di sebuah taman permainan kanak-kanak tidak jauh dari tempat kejadian bersama beg pakaiannya," katanya.
Beliau berkata majikannya lalu membawa suspek ke Balai Polis Kampung Raja dan kira-kira pukul 2.30 petang semasa pihak polis sedang mengambil keterangan daripadanya, pembantu rumah yang sedang duduk di kerusi tiba-tiba rebah dan jatuh dari kerusi.
Manoharan berkata siasatan awal mendapati suspek mengaku telah menyerahkan wang tersebut kepada suaminya namun pihak polis belum mengetahui bagaimana dia menyerahkan wang berkenaan.
Difahamkan dia mempunyai suami di Johor.
Katanya pembantu rumah itu yang menjaga ibu majikannya yang lumpuh sejak Mei lepas mempunyai mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi. - Bernama
Adik bersama dua rakan samun abang
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUALA TERENGGANU - Tidak sampai sejam menyamun wang tunai dan kad prabayar dengan nilai keseluruhan lebih RM90,000, tiga lelaki diberkas polis dalam kejadian di Kemaman, petang semalam.
Namun soal siasat polis terhadap suspek pula mendedahkan seorang daripada mereka adalah adik kepada mangsa, menyebabkan polis kini memburu seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Kedah dan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di Kemaman.
Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata polis menerima laporan daripada dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun, menyatakan mereka disamun di Kampung Batu Putih, Kemaman, pada 4.30 petang.
Mangsa mendakwa mereka dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menghantar bekalan kad prabayar di Kampung Felda Kerteh apabila kenderaan mereka dihalang sebuah kereta jenis Honda Accord, dinaiki tiga lelaki dengan seorang bersenjatakan pedang.
"Seorang suspek terus merampas beg sandang yang mengandungi wang tunai RM37,000 dan kad prabayar bernilai kira-kira RM 52,710 sementara itu seorang lagi menghunus pedang ke arah mangsa," katanya.
Menurutnya mangsa
Kira-kira setengah jam kemudian, polis mengesan kereta yang dinaiki suspek di persimpangan lampu isyarat Kampung Besut dan berjaya memberkas tiga lelaki terbabit yang berusia antara 20 dan 26 tahun.
Pemeriksaan polis ke atas kereta suspek menemukan pedang, parang, pisau serta tukul dan kereta itu pula didapati dilapor hilang di Muar Johor, kata Manoharan.
"Dua suspek yang berusia 20 dan 25 tahun ini berasal dari Kedah manakala seorang lagi yang berusia 26 tahun berasal dari Melaka dan mereka telah tiba di Kemaman sehari sebelum melakukan kegiatan tersebut.
"Mereka ini dipercayai mengekori kereta mangsa sebaik mangsa meninggalkan pekarangan sebuah bank di bandar Kemaman," katanya.
Menurutnya seorang daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah kerana menyimpan barang curi.
Memandangkan mangsa gagal memberitahu polis dia disamun adik kandung yang mengaku tidak menutup muka ketika melakukan samun itu, polis kini tidak menolak kemungkinan mangsa sendiri yang menyalurkan maklumat kepada suspek, katanya.
Katanya semua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan polis juga melancarkan gerakan mengesan mangsa' bagi membantu siasatan. - Bernama
Sorok dadah dalam sarung bantal, 3 diberkas
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
JERANTUT - Tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah diberkas di sebuah rumah di Kampung Sungai Retang dekat sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata serbuan yang dijalankan pada pukul 12.10 tengah hari itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 15.5 gram di dalam sebuah beg yang disorokkan di dalam sarung bantal bernilai kira-kira RM1,500 di dalam sebuah bilik di rumah itu.
"Turut ditemui dadah jenis syabu seberat 2 gram bernilai RM200 dan salinan kad pengenalan salah seorang suspek bersama wang tunai RM3,525," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azid berkata semua suspek kini ditahan reman di lokap Balai Polis Jerantut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu beliau berkata seorang pencuri terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan sebuah kereta jenis Proton Saga malah turut diberkas pemilik kenderaan tersebut dan anaknya.
Kejadian jam 12.45 pagi semalam itu berlaku di hadapan sebuah rumah kedai di Kuala Teh dekat Jalan Kuala Tembeling di sini.
Mangsa dan anaknya kemudiannya membawa suspek ke Balai Polis Jerantut untuk ditahan.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan kes samun mempunyai dua rakan jenayah yang bersal dari Temerloh dan Mentakab.
"Polis percaya mereka bertiga terlibat dengan beberapa kes curi kenderaan di sekitar kawasan ini termasuk di Temerloh dan Mentakab," katanya.
Azid berkata dua rakan jenayah suspek kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. - Bernama
Tembak 5 lelaki: Polis nafi tidak ikut SOP
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi sebaliknya berkata pihaknya mengikuti SOP yang ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi itu.
"Mengenai dakwaan bahawa polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa perkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.
"Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan sahaja dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013 di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan bahawa keluarga
Dalam kejadian itu polis menembak mati
Abdul Rahim turut menafikan khabar angin mengenai saki baki anggota geng kongsi gelap itu
"Setakat ini kita memang tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia hanya khabar angin, tetapi polis akan mengambil langkah berjaga-jaga.
"Jika mereka balas dendam, kita sebagai pegawai dan anggota keselamatan akan bertindak, polis tidak akan biarkan begitu sahaja," katanya.
Sementara itu katanya polis menerima empat laporan daripada keluarga
"Kita terima laporan mereka dan akan siasat mengenai laporan polis itu. Berhubung mahu mengadakan inkues, itu bukan keputusan polis, mereka (keluarga suspek) boleh mohon," katanya. - Bernama
Kebakaran: Salakan anjing selamatkan warga emas
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 85 tahun nyaris maut dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Seberang Nyonya, Jalan Seberang Putra di sini pagi tadi.
Semasa kejadian pukul 10.15 pagi itu, mangsa Wong Kan Ho berada seorang diri di dalam rumah kayu dua tingkat yang disewa anak perempuannya Chong Yit Foon, 63.
Wong yang ditemui berkata dia sedang berada di belakang rumah apabila terdengar salakan anjingnya sebelum dia melihat api marak di ruang dapur rumah itu.
Katanya dia kemudiannya
Dia kemudiannya diselamatkan oleh jiran-jiran dan anggota bomba sukarela.
Anaknya ketika itu tidak berada di rumah kerana berniaga kuih di pasar berdekatan.
Wong berkata dia juga tidak sempat menyelamat barangan berharga lain seperti dokumen yang berada di dalam rumah.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Md Noor Daud berkata sebuah lagi rumah hanya terbakar sebahagian sahaja.
Punca kejadian belum di kenal pasti. - Bernama
Ibu mengaku tidak bersalah dera anak
Oleh: NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
Tarikh: August 20, 2013
Tertuduh, Chooong Mee Chin, 30, yang berasal dari Menglembu membuat pengakuan itu setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.
Mee Chin didakwa telah menganiayai kanak-kanak itu dengan memukul kepala dan seluruh bahagian badan dengan menggunakan rotan.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Manakala dakwaan kedua dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan apabila tertuduh dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas kanak-kanak terbabit.
Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat supaya tertuduh dilarang mendekati mangsa.
Beliau turut memerintahkan tertuduh mendapat rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 September depan.
Rogol: Kes 3 atlet Sukma disebut 20 Sept
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.
Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah atas tuduhan
merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong. - Bernama
Mekanik ditahan, 2 kenderaan hilang ditemui
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek yang dikenali sebagai Chee Chun Heng, 31, di rumahnya di Jalan Penanti, Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi tadi.
"Dengan penahanan lelaki itu, kita berjaya menjumpai semula kereta jenis Toyota Camry yang dilapor hilang di Queensbay petang semalam dan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang hilang di Pulau Tikus dua bulan lepas," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Butterworth dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama
Gempa bumi lemah landa Kupang, Kedah
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa bumi itu berpusat di 11km selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - Bernama
Batu kapur punca gempa bumi di Kupang
Oleh:
Tarikh: August 21, 2013
ALOR SETAR - Kejadian gempa bumi kecil berukuran 3.8 skala Richter yang melanda Kupang, Baling hari ini berkemungkinan disebabkan struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh pada dasar bumi.
Pakar Sistem Maklumat Geografi (GIS), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian gempa bumi kebiasaannya berlaku apabila terjadi pergerakan mengejut di permukaan bumi.
Menurutnya, apabila berlaku pergerakan atau pergeseran batu dalam tenaga yang tersimpan di dalam bumi, permukaan bumi akan turut bergerak.
"Kawasan yang dilanda gempa bumi kebiasaannya mempunyai struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh.
"Kemungkinan juga mempunyai bongkah batu yang besar. Apabila berlaku hujan, aliran air akan membawa tanah dan air bawah tanah.
"Ini akan menyebabkan ruang berongga seterusnya kedudukan bongkah batu tidak stabil," katanya pada Sinar Harian, hari ini.
Hari ini, Bernama melaporkan, gempa bumi lemah berukuran 3.8 skala Ricther melanda Kupang, Baling pada 8.26 pagi tadi.
Menurut laporan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut gempa bumi berpusat di 11 kilometer Selatan Baling dan gegaran boleh dirasai di sekitarnya
Sementara itu, Shahrol Niza berkata, keadaan fizikal geografi di Kupang, Baling yang mempunyai 'limestone' (batu kapur) juga kemungkinan antara penyebab berlaku gempa berskala kecil.
"Ini antara faktor yang tidak boleh ditolak sebagai penyebab berlaku gemba bumi di situ," katanya lagi.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif, SRS Geosurv Solution Sdn Bhd berkata, kejadian sama juga boleh berulang pada masa tertentu.
"Tiada amaran gempa bumi dikeluarkan sebab tidak dapat mengesan gegaran yang terlalu kecil. Selalunya, lokasi yang terdedah dengan kejadian seperti ini membabitkan kawasan yang mempunyai batu kapur dan berbukit.
"Kita tidak berupaya untuk menangani perkara ini, namun Jabatan Meteorologi
PPDNK Perak rampas 8,400 liter diesel
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
IPOH - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak menahan dua lelaki berumur 50-an dan merampas 8,400 liter diesel dalam serbuan di sebuah stor di kawasan Chemor di sini hari ini.
Penolong Pengarahnya Mohd Zainal Yeop Dahari berkata serbuan 1 petang itu dilakukan oleh enam anggota PPDNKK Perak selepas memantau kawasan itu pada pukul 9 pagi.
Nilai rampasan dianggar bernilai RM15,120 selain turut disita sebuah lori tangki yang berisi diesel sebanyak 1,400 liter dan 'skid tank' yang berisi 7,000 liter serta sebuah lori yang digunakan untuk mengisi diesel subsidi, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya kedua-dua lelaki ini membeli diesel berkenaan dari stesen minyak pada harga subsidi dan menjualnya kepada pihak industri di kawasan Chemor dan Kantan, katanya.
"Modus operandi mereka adalah dengan mengisi diesel subsidi sehingga memenuhi tangki minyak lori di stesen minyak berhampiran, sebelum memindahkannya ke tangki lori lain dan skid tank. Mereka ulang alik dari stesen minyak ke stor tersebut sebanyak tujuh kali," katanya.
Mohd Zainal berkata dua individu yang bekerja sebagai pemborong diesel telah melakukan kegiatan haram itu sejak dua bulan lepas.
Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1969.
"Pemborong tidak dibenarkan menyimpan minyak subsidi sebaliknya boleh menyimpan minyak industri sahaja kerana minyak subsidi hanya diberi kepada stesen minyak dan persatuan nelayan," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu agar menghubungi PPDNK Perak di talian 05-2414611. - Bernama
SKMM siasat 2 laman FB jual senjata api
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
KUCHING - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan bahawa wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata pihaknya memandang serius laporan tersebut, memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.
"(SKMM) akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam, mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan refal AK-47, E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood).
Sementara itu, Kamaruddin berkata KKMM menerima maklum balas positif daripada para pemilik pawagam berikutan cadangan lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
"Beberapa pemilik pawagam, antaranya Golden Screen Cinemas (GSC) telah menyatakan kesediaan untuk memainkan lagu kebangsaan.
"Pemilik pawagan menyatakan mereka tidak mempunyai halangan untuk melaksanakan (memainkan) lagu kebangsaan itu, tambahan pula lagu Negaraku hanya mengambil masa tiga hingga empat minit sahaja," katanya.
Menurutnya selain lagu Negaraku, kementerian turut bercadang untuk menyediakan klip video pendek berdurasi kira-kira dua minit menceritakan pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan tanah air.
Pada 16 Ogos lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara, sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September. - Bernama
Jabatan Kesihatan adakan kempen hapus tikus
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata kempen berkenaan yang akan diadakan pada Sabtu ini akan melibatkan banyak pihak terutama masyarakat mengenai pentingnya kesedaran terhadap kebersihan.
"Kempen ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang soal kebersihan perlu dititik beratkan bagi mengurangkan kadar penyakit dan wabak penyakit berjangkit," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pelepasan konvoi program 'Merdeka Raya' di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.
Sebanyak 56 kenderaan terdiri dari motosikal, kereta dan van kakitangan HRPZ II turut serta dalam perarakan Merdeka Raya itu yang akan berkonvoi sejauh dua kilometer sempena sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.
Turut hadir Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan.
Beliau berkata sepanjang tahun ini sebanyak 10 kes kematian akibat penyakit itu telah direkodkan di seluruh Kelantan namun menyifatkan ia masih lagi dalam kawalan dan masyarakat tidak perlu bimbang.
"Kes terbabit masih lagi disifatkan terpencil dan kita harap masyarakat termasuk pengendali makanan, menjaga kebersihan di kawasan persekitaran jualan serta tempat tinggal," katanya.
Beliau berkata punca penyakit itu adalah disebabkan masalah pembuangan sampah yang tidak sitematik sehingga menyebabkan kawasan sekitar kotor serta mengalakkan kehadiran haiwan terbabit di kawasan persekitaran.
"Jadi kerjasama semua pihak termasuk masyarakat dan pihak berkuasa tempatan amat perlu bagi menangani wabak ini dari terus merebak," katanya.
Dr Ahmad Razin juga berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di samping sentiasa berwaspada bagi menangani penyakit merbahaya itu. - Bernama
Urusan bawa pulang pelajar di Mesir mula malam ini
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Urusan membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir akan bermula malam ini menggunakan pesawat komersil, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam ini dan penerbangan akan melalui
"Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
"Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu," katanya kepada pemberita sebaik tiba di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tidak akan menggunakan pesawat tentera kerana pesawat Charlie misalnya akan membabitkan masalah logistik dan perbelanjaan lebih tinggi di samping memerlukan kebenaran khas daripada negara tertentu kerana ia perlu membuat dua atau tiga persinggahan.
Najib berkata keselamatan pelajar menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius, lebih genting dan mungkin lebih berbahaya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata pada masa ini operasi membawa pulang rakyat
Katanya para pelajar telah dimaklumkan mengenai usaha kerajaan untuk membawa mereka pulang, namun perincian mengenai tempoh masa untuk mengeluarkan mereka dari Mesir sedang diuruskan.
"...tertakluk kepada banyak mana penerbangan atau tempat di dalam penerbangan yang boleh diperoleh dalam masa sehari dua ini," kata Najib.
Katanya beliau juga sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengenai kaedah peperiksaan yang perlu diduduki oleh para pelajar yang kembali ke tanah air.- Bernama
TH: Penerbangan haji pertama dari Alor Setar
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Yang di-Pertuan Agong Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat menyempurnakan majlis pelepasan jemaah kumpulan pertama jemaah haji yang akan berlepas dari Alor Setar.
"Sebelum ini, penerbangan dulu (dari Alor Setar) ke
"Untuk pertama kali dalam sejarah kita akan terbang pada 9 haribulan (dari Alor Setar) dan Agong berkenan melepaskan jemaah haji," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pameran haji dan fotografi Al Hajj: Pengalaman
Turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
Jamil Khir berkata sebanyak tiga penerbangan akan berlepas terus dari Alor Setar ke Madinah pada musim haji kali ini melibatkan lebih 1,000 jemaah haji menggunakan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) B777.
Kedah adalah negeri ketujuh yang menyediakan perkhidmatan penerbangan terus jemaah haji ke Jeddah atau Madinah selepas Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak dan
Sementara itu, Jamil Khir berkata selain penerbangan terus, Kompleks Haji Alor Setar juga akan beroperasi untuk urusan operasi dan penerbangan haji semasa musim haji secara terus ke Jeddah dan Madinah tanpa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
"Ini adalah kejayaan berganda di Alor Setar kerana selain penerbangan terus, bangunan hotel Tabung Haji yang terletak bersebelahan lapangan terbang akan beroperasi di mana jemaah haji akan berkumpul sebelum berlepas," katanya.
Kompleks bernilai RM86 juta itu terletak di lokasi sangat strategik iaitu lebih kurang satu kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dekat sini dan 10km dari Bandaraya Alor Setar.
Kompleks yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf empat bintang dengan kadar bayaran tiga bintang ini akan dapat menjana pendapatan untuk Tabung Haji melalui sektor pelancongan dan hospitaliti.
Pameran haji dan fotografi diadakan selama tiga bulan bermula hari ini memaparkan kejayaan Tabung Haji dari segi pengalaman yang diperoleh sepanjang 50 tahun penubuhannya. - Bernama
Keselamatan, keperluan pelajar di Mesir terjamin
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Beliau yang mengetuai pasukan MKN bagi memantau keadaan di negara bergolak itu berkata, kebanyakan pelajar
Walaupun keadaan keselamatan lebih mencabar berbanding kira-kira seminggu lalu, beliau berkata kedai runcit dan pasaraya di
"Pelajar tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Ditanya bila keputusan membawa balik pelajar
Pasukan MKN yang ditugaskan bagi menilai keperluan pemindahan dan situasi keselamatan rakyat
Sekolah satu aliran: Perlu berfikiran terbuka
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
MELAKA - Rakyat pelbagai kaum di negara ini digesa memikirkan secara terbuka dan objektif mengenai sistem sekolah satu aliran yang tidak mengetepikan bahasa ibunda kaum masing-masing.
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ini penting bagi memastikan jurang antara kaum dan perpaduan rakyat di negara terus subur.
"Saya melihat masyarakat kita semakin renggang kerana anak-anak tidak dapat bertemu di peringkat awal di sekolah rendah dan menengah, mereka bertemu hanya di universiti kerana kita masih mengamalkan sistem pendidikan berasaskan kaum.
"Sebab itu saya berpendapat tiba masanya bagi rakyat Malaysia memikirkan secara terbuka dan objektif ke mana kita nak bawa Malaysia akan datang...
"Kalau ke arah perpaduan negara bangsa, perlu ada satu institusi pendidikan satu aliran yang diikuti oleh semua dan ini tidak bermakna bahasa ibunda kaum masing-masing diketepikan," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan hari raya Aidilfitri dan jasamu dikenang sekolah-sekolah Parlimen Bukit Katil di sini, hari ini.
Beliau berkata pembelajaran bahasa ibunda kaum masing-masing akan terus diajar di sekolah satu aliran yang turut membolehkan pelajar kaum lain mempelajari bahasa berkenaan.
Malah katanya langkah itu akan mengeratkan hubungan antara kaum sekaligus mengelak daripada berlakunya pelbagai isu perkauman dan sensitiviti agama yang timbul pada masa ini.
"Bila kita dah dewasa, kita akan ingat kisah-kisah di sekolah...kita boleh imbas kembali kenangan kita daripada kecil, Melayu, Cina dan India dah duduk bawah satu bumbung, sekolah dari kecil dah bersama," katanya.
Katanya sistem sekolah satu aliran telah diamalkan di negara-negara jiran dan terbukti mampu mengeratkan perpaduan rakyat mereka. - Bernama
Gunung Sakurajima meletus 500 kali
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Menurut pakar gunung berapi, kepulan asap tebal direkodkan mencecah 5000 meter dan paling tinggi sejak letusan pada 1955 sekali gus menyebabkan keseluruhan bandar
Gunung Sakurajima yang berketinggian 1,117 meter, terletak di pulau
Walaupun tiada laporan mengenai masalah kesihatan akibat debu Gunung Sakurajima, pihak jabatan kesihatan tetap mengeluarkan arahan supaya penduduk memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di kawasan terbuka.
Sepasukan pakar dari institut pengurangan bencana di Universiti Kyoto, bertindak memantau setiap pergerakan gunung berapi tersebut bagi mengelak insiden letusan kuat 1914 yang mengorbankan 58 orang berulang.
Setakat ini, Gunung Sakurajima hanya meletus pada skala kecil beberapa ribu kali setahun dan tidak menjejaskan penduduk. - MailOnline
Lagi produk tenusu disekat
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Pengatur pertanian
Bagaimanapun, dua daripada penghantaran telah dilakukan tetapi disahkan masih tidak dijual kepada pengguna.
"Risiko keselamatan makanan lain untuk pengguna
Pengumuman dibuat beberapa minggu selepas syarikat pengeluar terbesar, Fonterra mengakui beberapa produk tenusunya telah dicemari bahan botulisme yang menyebabkan pembiakan bakteria.
Keadaan itu memaksa
PBB siasat senjata kimia
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
DAMSYIK - Sepasukan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, pasukan tersebut diketuai pakar senjata Sweden, Aake Sellstroem yang akan menjalankan siasatan di tiga kawasan termasuk di Khan al-Assal pada 19 Mac lalu.
Sewaktu kejadian, kira-kira 26 orang termasuk 16 askar
Namun, pasukan yang memulakan siasatan semalam, enggan mengulas sehingga menemui jawapan.
Setakat ini, lebih 100,000 nyawa melayang dan jutaan penduduk menjadi pelarian di negara luar akibat konflik menggulingkan kerajaan Presiden Bashar al-Assad. - Al-Jazeera
Hamas rayu bantuan roboh sekatan
Oleh:
Tarikh: August 20, 2013
Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menganjurkan konvoi laut terbesar ke
Sejak 2006, Semenanjung Gaza dikepung rejim Zionis tetapi keadaan semakin tegang apabila tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong Rafah sekali gus menyekat kemasukan barangan keperluan rakyat Palestin ke wilayah pantai pada 30 Jun lalu.
Dalam perkembangan lain, pergerakan Hamas mendakwa kepungan di wilayah Palestin merupakan kubur kemanusiaan terbesar di dunia.
"Rejim
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
























No comments:
Post a Comment