Tuesday, August 13, 2013

RG2011... Sinar Harian am di TH 140813 bersamaan 7 Syawal 1434H

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tidur malam terganggu

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

KUALA TERENGGANU – Ibu tunggal enam anak bimbang tanah di kawasan rumahnya menjadi semakin lembab berikutan aktiviti melepaskan air tangki milik Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Losong Bukit Tangki Air, di sini.

Norani Mohd Nor, 55, berkata, air daripada tangki tersebut melimpah ke belakang rumahnya yang lebih rendah berbanding kedudukan tangki, memungkinkan berlaku kejadian yang tidak diingini dalam jangka masa panjang.

"Jika air kerap turun ke belakang rumah, tanah akan menjadi lembut dan mungkin berlaku pemendapan tanah yang boleh menyebabkan rumah saya mengalami keretakan struktur.

"Sebelum ini pada 2009, setelah perkara sama diadukan kepada Jabatan Pengaduan Awam, masalah ini tidak lagi berlaku tetapi sejak tahun ini air mula dilepaskan," katanya.

Menurutnya, dinding rumah yang sedia retak bertambah teruk dengan membentuk rekahan lebih panjang dan luas.

"Keadaan ini boleh membahayakan kami sekeluarga dan disebabkan masalah ini berulang, saya buat  laporan polis pada 3 Ogos lalu di Balai Polis Chabang Tiga sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.

"Saya buat demikian untuk menyedarkan pihak berkenaan mengenai masalah ini kerana mereka tidak rasa kebimbangan yang saya alami, sehinggakan mahu tidur malam pun risau berlaku sesuatu di luar jangkaan," katanya.

Norani berkata, pagar simen di bahagian belakang rumah, di mana air daripada tangki itu mengalir dan bertakung pernah runtuh tetapi dia telah mengambil langkah keselamatan dengan memasang kerek pada bahagian bawah pagar sebagai penahan.

"Saya cadangkan pihak Satu membuat saliran air yang betul supaya tidak memberi masalah kepada orang ramai terutama penduduk sekitar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Husain Embong berkata, dia akan mengarahkan pegawainya menyiasat perkara berkenaan.

"Saya akan mengarahkan pegawai untuk melakukan siasatan awal mengenai punca masalah sebenar yang berlaku di kawasan pengadu (Norani).

"Selepas itu baru kita akan membuat tindakan susulan sekiranya pihak Satu benar-benar terlibat," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Misteri itik hilang terjawab

Oleh: RAIHAM MOHD SANUSI

Tarikh: August 14, 2013

KEMAMAN – Seorang penternak itik terkejut apabila menemui seekor ular sawa sepanjang kira-kira empat meter di dalam reban binatang ternakannya yang terletak dalam ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 5, di sini.

Penemuan reptilia itu juga membongkar misteri jumlah itik belaannya kian menyusut setiap hari sedangkan rebannya itu tidak mempunyai lubang yang membolehkan itik dibelanya boleh bolos.

Mohd Azmi Rahim, 30, menemui ular sawa seberat 20 kilogram itu kira-kira jam 8.10 pagi ketika mahu memberi itiknya makan.

Menurutnya, ketika memasuki reban itiknya, dia tergamam melihat ular sawa berkenaan cuba menelan  ternakannya.

"Ular tersebut tak boleh lari sebab sudah terkepung, jadi saya segera hubungi adik saya yang juga Setiausaha Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya, Mohd Azlim Rahim sebelum PBS Bandar Ketengah Jaya tiba di kawasan reban saya dan menangkap ular berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, mereka mengambil masa lima minit untuk menangkap ular sawa berkenaan yang bertukar agresif ketika dikepung.

Katanya, ular menyelinap masuk ke dalam reban berkenaan dipercayai datang dari arah belukar berdekatan alur sungai yang terletak tidak jauh dari reban itik tersebut.

"Bau binatang ternakan menarik perhatian ular sawa untuk menceroboh dan masuk ke dalam reban, jadi saya nasihatkan semua penternak di kawasan Felda supaya memastikan kawasan reban masing-masing bersih agar ia tidak mengundang kehadiran reptilia terutama ular.

"Kawasan rumah masing-masing juga perlu dibersihkan supaya tidak ditumbuhi semak samun sehingga mengundang haiwan berbisa," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

'Makcik terkilan, kenapa buat makcik begini'

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

KUALA TERENGGANU – "Makcik terkilan sungguh sebab dah hampir dua tahun rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dijanjikan belum dibina lagi sampai sekarang," kata warga emas yang kesal dengan kontraktor yang dipertanggungjawab membina rumah berkenaan.

Atikah Mat Amin, 70, yang kini masih menumpang di rumah saudaranya di Kampung Kepong, melahirkan kekesalan kerana telah dijanjikan rumah PPRT tetapi realitinya tiada, sedangkan tiang, pasir dan kerja tambun tanah telah dilakukan.

"Yang makcik hairannya, pasir, tiang, tambun tanah semua sudah dilakukan, cuma nak tunggu masa buat rumah sahaja tetapi kenapa begitu lama sehinggakan sudah naik semak.

"Tapak rumah yang dijanjikan akan bina rumah PPRT sudah dua hingga tiga kali dibersihkan, sekarang 'naik hutan' (semak) lagi," katanya.

Menurutnya, dia sendiri pernah bertanya mengenai masalah itu kepada kontraktor terbabit tetapi dakwanya, pihak berkenaan memberi alasan mahu membina rumah PPRT lain di kampung sama terlebih dahulu sebelum rumahnya.

"Sekarang orang tersebut sudah duduk lama di rumah PPRT berkenaan tetapi kenapa tidak buat juga rumah makcik," katanya.

Ibu tunggal anak tiga ini mengakui amat kesal dengan keadaan itu dan berharap ia dapat disiapkan dengan segera kerana mahu tinggal di rumah sendiri sebelum dia 'pergi'.

Lebih menyedihkan, dia berhasrat untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anak bongsunya, Che Engku Zilawati Che Ku Man, 26, Jun baru-baru ini di rumah baru (PPRT) tetapi tidak kesampaian.

"Kadang-kadang rasa sedih juga, kenapa orang buat makcik begini. Jika makcik sihat macam orang lain, senang naik turun pejabat sendiri tetapi makcik ada kencing manis, berjalan pun di kawasan sekitar sahaja.

"Anak-anak semua dah kahwin, ikut suami masing-masing, payahlah hendak bergerak ke sana sini, nak makan pun kirim orang untuk beli," katanya yang mengidap kencing manis hampir 10 tahun lalu.

Dalam temu bual itu, linangan air mata Atikah jelas dapat dilihat, menggambarkan dia begitu kecewa dengan apa yang menimpa dirinya.

Bagaimanapun, penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu masih berharap, suatu hari nanti dia tetap berpeluang tinggal di rumah sendiri walaupun di rumah PPRT.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Padah ugut sembelih jiran

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bukan sahaja mengamuk merosakkan pintu pagar dan memecahkan cermin tingkap rumah jirannya, malah lebih melampau dia turut mengugut menyembelih mangsa yang juga seorang warga emas.

Bagaimanapun, perbuatan biadab Nasranuddin Muda, 37, yang langsung tidak menghormati jirannya itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Nasranuddin mengaku bersalah dengan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap jirannya, Wan Manan Wan Ahmad, 61, dengan cara merosakkan pagar dan memecahkan cermin tingkap rumahnya serta mengeluarkan kata-kata ugutan.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 Ogos lalu, kira-kira jam 1 petang di Kampung Losong Haji Su, di sini.

Berikutan itu, Nasranuddin didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Nasranuddin tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, ayah Nasranuddin, Muda Ngah, 71, yang berada di rumahnya telah dimaklumkan anaknya mengamuk di rumah jirannya.

Muda bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati anaknya merosakkan pintu pagar rumah dan memecahkan cermin rumah jiran mereka menggunakan sebatang kayu.

Anaknya juga mengugut mahu membakar rumah dan menyembelih mangsa.

Bimbang kejadian lebih buruk berlaku, Muda segera membuat laporan polis.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kadi: Bina surau perlu kebenaran

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

SENAI – Pihak pengurusan surau persendirian wajib menjaga kesucian rumah ibadat daripada dicemari perkara yang melanggar syariat Islam termasuk perbuatan menyekutukan ALLAH atau disalahgunakan.

Kadi Besar Johor, Mohd Nooh Kadri berkata, jawatankuasa masjid dan pihak pengurusan bertanggungjawab di atas penjagaan rumah ibadat itu termasuk di kawasan persendirian.

"Contohnya bagi surau persendirian seperti di kawasan rehat dan rawat lebuh raya, ia diurus oleh pihak PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan).

"Pihak pengurusan bertanggungjawab menjaga tempat ibadat itu dari segi kesucian termasuk imej, kebersihan dan tidak dicemari perkara yang melanggar syariat," katanya.

Menurutnya, kesemua masjid dan surau awam serta surau persendirian yang mahu dibina perlu mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Johor (Maij) melalui kadi daerah masing-masing.

"Setiap permohonan perlu mematuhi prosedur ditetapkan termasuk mewakafkan tanah bagi masjid atau surau awam manakala surau persendirian perlu mempunyai tanah khas untuk pembinaan tempat solat.

"Kemudian pihak Jabatan Mufti akan ke tapak pembinaan untuk proses pengukuran arah kiblat sebelum proses pembinaan bermula," katanya.

Mohd Nooh berkata, terdapat beberapa permohonan pembinaan surau dan masjid yang turut ditangguhkan kerana tidak mematuhi peraturan terutamanya membabitkan urusan wakaf tanah.

"Selain itu terdapat juga permohonan yang ditolak kerana terdapat masjid dalam kawasan berdekatan dan tidak mempunyai keperluan untuk membina surau atau masjid tambahan dalam kawasan sama.

"Biasanya jarak ditetapkan antara masjid dan surau adalah 1.5 kilometer manakala jarak antara masjid dan masjid lain adalah dua kilometer mengikut kesesuaian dan kepadatan penduduk," katanya.

Katanya, setiap masjid atau surau yang dibina turut mempunyai beberapa reka bentuk khusus yang perlu dipatuhi termasuk ruang mihrab bagi melambangkan ia sebagai tempat ibadat umat Islam.

"Reka bentuk masjid dan surau hendaklah menepati ciri-ciri Islam selain melantik imam yang bertauliah dan mempunyai pemisah antara ruangan solat lelaki dan perempuan.

"Kita juga tidak galakkan hiasan kalimah yang terlalu sarat supaya tidak mengganggu tumpuan jemaah ketika bersolat," katanya.

Dalam pada itu katanya, setakat ini terdapat lebih 2,000 surau dan 801 masjid dibina di seluruh negeri ini yang turut dipantau pihak Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dari semasa ke semasa.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tubuh terbakar spontan

Oleh:

Tarikh: August 14, 2013

CHENNAI - Seorang bayi lelaki berumur tiga bulan di India melecur teruk selepas ibu bapa mangsa mendakwa sebahagian tubuhnya terbakar secara spontan sebanyak empat kali sejak lahir.

Menurut ibunya kepada DailyMail, Rahul pertama kali mengalami keadaan itu ketika dia berumur sembilan hari.

Susulan daripada kejadian misteri tersebut, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi di Chennai dan disahkan melecur tahap 10, minggu lalu.

Ketua pediatrik, R Narayana Babu berkata, bayi tersebut kini  stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian.

"Keadaan ini mungkin berlaku akibat tindak balas gas ke atas kulitnya. Bagaimanapun,  puncanya sukar dikenal pasti kerana Rahul tidak mempunyai sebarang rekod perubatan," jelasnya lagi.

Sementara itu, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk memaklumkan mereka akan menjalankan kajian untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada penyakit keturunan.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Wanita trauma diragut ketika bersolat

Oleh: RUBIAH OMAR

Tarikh: August 14, 2013

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

"Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

"Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

"Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

"Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal," katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

"Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

"Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

"Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

"Selepas kejadian, saya masih tidak berani  ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi," katanya.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Untungnya bila rajin bertanya

Oleh: NORDEN MOHAMED

Tarikh: August 14, 2013

Dari semasa ke semasa saya akan menemuduga calon-calon wartawan Sinar Harian. Tidak ramai mereka yang terpilih untuk menghadiri temuduga. Sepuluh orang calon pun sudah dikira ramai kerana sekurang-kurang separuh hari diambil untuk menemuduga.

Bukan semua calon yang terpilih itu akan terus menerima tawaran. Ada yang  meminta tangguh melapor diri, ada yang menolak kerana mendapat tawaran lain dan ada juga yang tak jadi terima kerana tidak mahu bertugas di daerah yang kami tawarkan. Tidak kurang juga yang mendiamkan diri atau mematikan telefon bila dihubungi di atas sebab yang mereka sendiri tahu. Pelik.

Lazimnya setelah calon-calon menyudahkan ujian IQ dan penulisan, temuduga lisan akan dijalankan. Selain daripada soalan-soalan mengenai isu-isu semasa, soalan saya turut berkisar mengenai kerja semasa mereka, apa yang mereka ingin lakukan bila diterima sebagai wartawan dan apa pelan kerjaya peribadi mereka.  Soal gaji akan dibincangkan andainya saya mengesan potensi calon itu. Kemudian, saya pula akan membuka peluang buat calon untuk bertanya soalan pula.

Di sinilah ujian buat mereka. Sebenarnya, saya lebih gemar ditanya daripada bertanya. Ini ialah kerana, tugas sebagai wartawan adalah di antara kerja untuk orang yang pandai bertanya. Sebahagian besar daripada kehandalan seseorang calon itu dikesan dengan bentuk pertanyaan atau sepandai mana dia bertanya.

Andainya dia bertanya soalan-soalan mudah yang hanya memerlukan jawapan 'ya' atau 'tidak,' saya akan segera ucapkan terima kasih kepada calon itu. Sebaliknya jika dia bertanya soalan hingga saya terpaksa memandang siling untuk mencari jawapannya, maka saya tidak teragak-agak untuk mengambilnya menyertai team Sinar Harian.

Namun, berdasarkan pengalaman saya, tidak ramai calon yang pandai bertanya. Malah, ramai yang hanya menggeleng tidak mahu bertanya apabila diminta untuk menyoal. Di luar sana, di dalam majlis-majlis forum, wacana dan persidangan, tidak ramai di antara para peserta yang pandai bertanya mahupun mengemukakan persoalan ~ petanda ramai yang tidak cukup membaca atau membuat homework mengenai topik yang dibincangkan. Dalam pada itu, ramai pula yang mengambil peluang mengemukakan soalan dengan menjadi ahli panel pula dengan bersyarah panjang mengeluarkan pandangan.

Menyoal adalah satu bentuk serangan. Menjawab pula adalah satu cara bertahan. Oleh itu, jika kita sentiasa rajin bertanya, maka besar kemungkinan kita boleh menjadi orang yang dihormati. Dalam dunia kejurujualan, salah satu teknik untuk menjual sesuatu barangan itu ialah dengan memulakan promosi dengan bertanya. Melalui pertanyaan, bakal pelanggan akan dipimpin untuk menjawab soalan-soalan yang akhirnya menunjukkan yang dia benar-benar mahukan produk yang dipromosikan itu. Secara halus, bakal pelanggan dimanipulasi melalui jawapannya sendiri.

Bertanya atau menyoal, sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza. Bertanya lebih menjurus kepada komunikasi lisan secara tidak formal. Menyoal pula mempunyai konotasi komunikasi yang serius dan formal. Bertanya, dalam perhubungan tidak formal seperti dengan anggota keluarga dan rakan-rakan adalah petanda  keprihatinan.

Andainya pertanyaan itu diutarakan kepada pihak yang lebih berautoriti, ia menggambarkan si penyoal itu berminat dengan apa yang disarankan oleh pihak atasan. Kerana itu, staf yang rajin bertanya itu mudah mendapat perhatian ketua.

Dalam pada itu, ada juga pertanyaan seseorang kepada seseorang yang lain itu bertujuan untuk menguji orang yang ditanya. Jika tidak pun, orang yang bertanya itu sebenarnya ingin memberi gambaran yang dia lebih tahu dari orang yang ditanya itu. Ada juga pertanyaan seseorang dalam sesebuah majlis itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan para hadirin. Dia sebenarnya sudah tahu jawapannya. Tetapi dia berharap, bila soalannya dijawab, para hadirin akan mendapat ilmu.

Bertanya juga adalah lambang kecerdikan. Menandakan orang yang bertanya itu adalah insan yang sentiasa menyerap ilmu yang disampaikan melalui jawapan kepada pertanyaannya. Kanak-kanak yang bijak itu dapat dikesan melalui kerajinannya bertanya.  Kerana itu, rajin-rajinlah bertanya.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu.

Keempat orang yang cinta kepada mereka." (Riwayat Ali bin Abi Tholib r.a)

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Polis kesal orang ramai kurang kerjasama

Oleh: Nik Amirulmu'Min Nik Min

Tarikh: August 14, 2013

KUANTAN- Sambutan dingin dan kurangnya kerjasama orang ramai terhadap usaha polis membanteras kejadian curi dan pecah rumah di daerah ini dikesalkan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, beliau secara peribadi kesal dengan sambutan diberikan sedangkan pihaknya bersungguh-sungguh cuba melindungi harta dan rumah penduduk daripada menjadi mangsa penjenayah.

Menurutnya, lebih dikesalkan apabila kejadian curi atau pecah rumah berlaku, pihak polis yang dipersalahkan kononnya 'tidak bekerja' dan lambat bertindak.

"Bagi saya perkara ini berlaku bukan disebabkan kurang maklumat sebaliknya lebih kepada sikap segelintir masyarakat yang ambil lewa terhadap keselamatan harta benda masing-masing," katanya di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, pengenalan borang balik kampung yang diperkenal sejak beberapa tahun lalu terbukti berkesan apabila rumah yang ditinggalkan di bawah pengetahuan pihak polis selamat.

"Kita memberi perkhidmatan secara percuma untuk masyarakat namun peluang yang diberikan itu langsung tidak dimanfaatkan," katanya.

Beliau berkata, daripada lebih 3,000 borang diedarkan, hanya 168 atau kira-kira enam peratus yang mengembalikan dengan maklumat lengkap.

"Kita mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) institusi kewangan, pusat perniagaan dan sebagainya namun maklum balas berhubung perkara ini tetap mengecewakan.

"Kita tidak menganggap sambutan dingin masyarakat sebagai kegagalan usaha yang dijalankan ini sebaliknya akan pengagihan borang itu akan diteruskan setiap kali menjelang perayaan utama," katanya.

Menurut Mohd Jasmani, pihaknya akan melipat gandakan usaha dalam menyedarkan masyarakat terhadap usaha itu termasuk mengadakan kempen berterusan di sekolah, agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tamatkan episod tidur masa khutbah

Oleh: FARUSH KHAN

Tarikh: August 14, 2013

Setahun ada 52 minggu. Bayangkan berapa ribu kali kita sudah mendengar khutbah jika jika kita menunaikan solat Jumaat selama 20 tahun.

Sejauh mana mesej menyerap ke dalam jiwa dan menjadi amalan hidupnya setelah mendengar ayat ittaqullah?

Hari ini, taraf pemahaman ajaran Islam dalam kalangan umat Islam sendiri menjadi persoalan.
Itu belum bukan Islam.

Pembaca budiman boleh tinjau di mana-mana masjid.

Apa yang dapat disaksikan semasa khutbah Jumaat boleh menitiskan air mata. Masih ada yang lelap, bersembang dan berSMS.

Kalau tak salah, ada masjid yang solatnya diadakan di tingkat atas pernah mengeluarkan kenyataan melarang jemaah menunaikan solat di tingkat bawah, tetapi sehingga ini beribu-ribu masih terus solat di tingkat bawah. Apakah solat begitu sah?

Pernah berlaku imam membaca qunut pada solat Jumaat, tetapi jemaah di tingkat bawah sujud dan beri salam kerana tidak nampak perbuatan imam di tingkat atas.

Yang selamba makan, minum, bahkan menghisap rokok dan bergayut di telefon bimbit, di tepi masjid, ketika khutbah disampaikan bukan perkara baru; sedangkan setiap kali sebelum khatib naik mimbar, bilal membaca hadis: "Jika kamu berkata kepada kawanmu diam ketika khatib menyampaikan khutbah, maka tiada pahala Jumaat bagimu,"?

Siapa salah? Khatib? pihak masjid? Atau jemaah?

Jika dalam perkara asas seperti ini pun payah dipatuhi, maka apalah hendak dihairankan kalau masih ada yang keliru mengenai banyak perkara lain.

Kes-kes kontroversi baru-baru ini yang menimbulkan polemik dan kemarahan adalah bukti ketidakfahaman itu.
Yang terbaharu adalah kes pihak pengurusan resort di Kota Tinggi, Johor, membenarkan surau digunakan untuk upacara sembahyang agama lain.

Kes ini timbul selepas kes-kes seperti orang Islam berhari raya bersama anjing dan  orang bukan Islam mengaitkan hari raya dengan makanan haram.

Berapa ramai yang sedar Islam agama yang sangat adil kerana ia bukan sekadar tidak menerima Islam dihina, bahkan tidak membenarkan umatnya menghina agama lain. Islam memegang kepada 'Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Al-Kaafiruun 109:6).

Dalam kekalutan seperti ini, antara platform yang paling berkesan untuk memberi kefahaman ialah khutbah Jumaat.
Kerana penting dan istimewanya khutbah Jumaat itulah jemaah dituntut memberi tumpuan penuh kepada isi khutbah yang disampaikan.

Mereka yang jarang atau langsung tidak ke masjid dan surau untuk solat harian pun menunaikan solat Jumaat.

Sebab itulah pihak berkaitan perlu mengguna peluang terbaik ini untuk menyampaikan mesej kepada jemaah.

Alangkah berkesannya impak mesej yang dibawa dalam khutbah jika ia disampaikan dengan baik, lancar dan jelas.

Khutbah tidak menjadi baik jika ia sarat dengan perkataan bombastik, panjang dan dengan suara tinggi atau disampaikan dengan lancar tetapi mendatar.

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan dengan intonasi, yang diselitkan dengan cerita ringkas yang meninggalkan kesan di hati pendengar.

Khutbah yang baik ialah yang disampaikan oleh khatib yang mempunyai suara yang mantap, kemahiran berpidato dan persembahan yang baik.

Teringat saya bagaimana seorang khatib menarik minat jemaah dengan cerita bagaimana seorang pemuda Islam, kerana kepintarannya bersoal jawab dengan seorang ketua agama, menjadi asbab menarik semua penganut dalam rumah ibadah itu memeluk Islam. Doakanlah moga-moga khutbah yang menarik dapat menamatkan episod tidur dan lain-lain tabiat buruk semasa khutbah.

Kita percaya pada zaman IT canggih ini, pihak berkaitan tidak memilih khatib secara tangkap muat, tetapi yang terbaik daripada yang baik.

Kita juga yakin ramai khatib secara ikhlas sudah memberi jalan kepada muka-muka baru yang mampu menyampaikan khutbah dengan berkesan.

Moga mereka mendapat ganjaran daripada ALLAH atas keikhlasan itu. Amin.

Selamat Aidilfitri. Maaf zahir dan batin .

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Rezeki si penjual kek

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

KUALA LIPIS - Mengintai peluang berniaga di pasar malam tanpa mengenal jemu dan bersungguh-sungguh sehingga mengukir kejayaan, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, menjadi usahawan kek yang berjaya seperti sekarang.

Biarpun hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah, Mohd Fauzi yang tinggal di Felda Sungai Koyan tidak pernah putus asa walaupun mengalami kesukaran pada peringkat awal perniagaan.

Mohd Fauzi berkata, usaha membuat pelbagai jenis kek untuk dijual di pasar malam dan pekan sehari tidak sesukar mana bagi menjana pendapatan keluarga dengan menggunakan modal yang kecil.

Malah katanya, pengalaman membantu keluarga menjalankan perniagaan semasa usia remaja banyak membantunya dalam usaha memacu perniagaan.

"Saya memulakan perniagaan menjual kek segera menggunakan modal sekecil RM100 dengan bantuan ibu dan isteri yang membuat pelbagai jenis kek termasuk kek cawan untuk jualan di merata-rata tempat.

"Saya hanya menggunakan motosikal, payung dan meja kecil untuk menjual makanan ini termasuk di pasar malam pekan Sungai Koyan," katanya.

Mohd Fauzi berkata, kemahiran adunan dan resipi yang betul menyebabkan produk kek diusahakannya berjaya menambat hati pelanggan.

Menurutnya, ketika berniaga di bazar Ramadan Sungai Koyan baru-baru ini, dia memperoleh pendapatan antara RM200 hingga RM300 dalam tempoh empat jam sahaja bermula jam 3 petang.

"Kek ini dipotong dan dijual mengikut saiz tertentu antara RM3 hingga RM8 yang berpatutan dan mampu dibeli pengunjung bazar serta pasar malam.

"Saya akan teruskan perniagaan ini selepas Hari Raya Aidilfitri dengan menumpukan lokasi pekan sehari dan pasar malam di Lipis serta  Raub," katanya.

Mohd Fauzi juga berhasrat untuk mengikuti kursus teknik pembungkusan dan menjenamakan produk keknya untuk memudahkan pasaran serta tahan lama.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Rezeki kutip barang terbuang

Oleh: DIANA SURYA ABD WAHAB

Tarikh: August 14, 2013

KUANTAN – Aidilfitri kali ini satu cabaran besar bagi seorang ibu tunggal dalam menempuhi hidup membesarkan sembilan anaknya sendirian setelah suami meninggal dunia April lalu.

Wan Zaharah Wan Abdul Rahman, 51, sebelum ini suaminya, Mohamad Zakaria, 53, menyediakan segala keperluan anak untuk menyambut hari raya.

"Walaupun suami hanya bekerja pengutip besi buruk tetapi apabila menjelang hari raya dia akan berbelanja lebih untuk menggembirakan anak-anak.

"Saya tidak pernah ke bandar, jadi sukar untuk saya mendapatkan barang keperluan sejak kehilangan arwah," katanya.

Bagaikan memahami bebanan yang ditanggung ibu mereka, kata Wan Zaharah, anak-anaknya sepakat untuk beraya dengan sederhana tanpa mahu meminta itu dan ini.

Kata Wan Zaharah, suaminya meninggal akibat diserang demam campak selain menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Lebih malang, sehingga kini dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menjual hasil tanaman yang ditanam di tepi rumah dan memungut barangan terbuang untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk menyara mereka 10 beranak.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana anak ketiganya, Fasihah Mohammad, 25, yang bekerja di sebuah kedai serbaneka sanggup membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung.

 "Saya juga bersyukur kerana adik kepada tuan rumah yang berbangsa Tiong Hua, Ah Her masih membenarkan mereka sekeluarga menumpang tinggal di atas tanah milik keluarga mereka.

"Kami sudah tinggal menumpang di sini 14 tahun lalu dan kalau ditakdirkan perlu mencari tempat tinggal lain, saya masih belum berkemampuan untuk berbuat demikian memandangkan juga kos rumah sewa sekarang ini juga agak mahal," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tiram.

Penderitaan Wan Zaharah sekeluarga bagaimanapun mendapat perhatian Ahli Parlimen Indera Mahkota, Fauzi Abd Rahman dan Adun Semambu, Lee Chean Chung yang berkunjung ke rumah mereka untuk menyampaikan sumbangan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Terpaksa hutang siapkan masjid

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

TANAH MERAH - Jawatankuasa pembinaan Masjid Taman Desa Al-Kaff, dekat sini, terpaksa berhutang supaya projek itu dapat disiapkan dengan segera untuk kemudahan penduduk beribadah.

Pengerusinya, Wan Nawang Wan Hamat berkata, biar pun tidak banyak, pihaknya perlukan bantuan bagi menyelesaikan hutang itu kerana dana projek bergantung sepenuhnya derma orang ramai.

Sejak mula dibina Januari tahun lalu katanya, hampir RM200,000 dibelanjakan untuk projek itu dan semuanya hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, pemimpin politik dan swasta.

"Masjid ini hampir siap dan sudah digunakan penduduk, tetapi kami masih perlu bantuan untuk bayar hutang dan baik pulih apa yang perlu dibaiki," katanya.

Wan Nawang berkata, selain Taman Desa Al-Kaff, masjid itu bagi kegunaan penduduk beberapa taman perumahan sekitar seperti Taman Firdaus, Maju Setapak dan Lorong Sri Delima.

"Selain melaksanakan aktiviti keagamaan, kami dapat rapatkan silaturahim dalam kalangan penduduk beberapa taman perumahan lain dengan adanya masjid ini.

"Kami juga bercadang mewujudkan aktiviti khidmat sosial di masjid dalam usaha mengelakkan gejala tidak sihat dalam kalangan remaja di kawasan perumahan ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Masjid Taman Desa Al-Kaff di nombor akaun 03054010031506.

Dalam pada itu, masalah dihadapi jawatankuasa masjid termasuk bagi membayar hutang mendapat perhatian Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Beliau menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk projek masjid itu tanda menunaikan janji sempena PRU 13 lalu.

Sumbangan disampaikan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharudin Yusof yang sebelum itu menunaikan solat Asar berjemaah bersama penduduk di masjid berkenaan.

Baharudin berkata, biar pun agak lewat kerana kekangan masa, sumbangan diharap digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan projek itu termasuk bagi kerja baik pulih dan mencantikkan masjid.

"Saya rasa lega dan bersyukur kerana janji pilihan raya sudah ditunaikan dan kita (Umno bahagian) akan tengok dari semasa ke semasa bantuan lain boleh disalurkan untuk masjid ini," katanya.

Menurutnya, bantuan untuk masjid itu bukan semata-mata disebabkan pilihan raya kerana sebelum ini, sudah lebih RM100,000 disalurkan Umno bahagian kepada beberapa masjid seperti Masjid Kelewek.

"Ada juga peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan wang sendiri Ketua Umno Bahagian (Ikmal Hisham) sebelum beliau jadi ahli parlimen," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Ayat al-Quran pengubat rindu

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

RAHMAT – Ayat suci al-Quran menjadi peneman dan pengubat rindu bagi seorang ibu di Kampung Rahmat Hilir setelah kehilangan tiga anak serentak, bulan lalu.

Kematian tiga anak kecil dalam kejadian lemas di Sungai Golok membuatkan Norashikin Abd Rahman, 41, cekal menghadapi Syawal tanpa hilai tawa mereka.


Sedekah ayat suci al-Quran

Sememangnya seorang ibu tidak akan melupakan setiap anak yang dilahirkan, meskipun mereka lebih dulu meninggalkan ibu bapa.

Menurutnya, setiap kali teringatkan Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman Aziz, 4, Norashikin akan membaca surah dan menyedekahkan kepada tiga puteranya itu.

Secara tidak langsung katanya, ia akan mengubat kerinduan malah memberi ketenangan hati.

"Suasana melayan mereka ketika membeli baju raya tahun lalu masih segar dalam ingatan.

"Anak-anak juga mahu berpuasa tahun ini, namun saya reda kerana tuhan lebih menyayanginya sebelum tiba Ramadan," katanya sambil menunjukkan baju raya terdahulu.

Norashikin berkata, dia berasa agak janggal kerana tidak perlu membelikan baju baru untuk tiga beradik itu, tahun ini.

Sebelum ini katanya, arwah anak-anaknya itu, gemar mengenakan pakaian sedondon pada hari raya pertama.

"Rumah pertama yang dituju pastinya rumah bapa saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumah.

"Mereka akan beraya bersama sepupu dengan menyusuri jalan raya di sini," katanya.


Jarang mimpi anak

Norashikin berkata, setelah mereka kembali ke rahmatullah dia jarang bermimpi mengenai anak.

"Ada kalanya, saya sendiri pun tidak ingat sama ada bermimpi bertemu mereka atau, ia sekadar mainan tidur.

"Namun, kebanyakan anak saudara saya, ada bermimpi bermain dengan arwah di sekitar rumah ini," katanya.

Menurutnya, meskipun jarang bermimpi mengenai mereka, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menjalani kehidupan harian bersama anak-anaknya yang lain.


Dua kali seminggu ke sungai

Selain itu Norashikin berkata, dia akan ke sungai di mana tempat anak-anaknya ditemui lemas.

"Selang dua atau tiga hari, saya pasti ke sungai ini. Ia mengimbau kenangan anak-anak kali terakhir berada di sini," katanya.

Ketika kejadian Norashikin berkata, dia sedang mengikuti bengkel di Tadika Kemas Cempaka Sari, Gual Sintok.

Setibanya di sungai katanya, dia dapati selipar Zukhilmi dan Shahmi tersusun rapi di tebing sungai namun, hanya sebelah selipar Irfan ditemui dekat situ.

Norashikin berpendapat, kemungkinan Irfan teruja untuk mandi sehinggakan tidak sempat membuka sebelah lagi selipar.

Paling memilukan hati, Norashikin menceritakan detik kejadian lemas membabitkan tiga anaknya.

"Ada orang kampung terdengar jeritan Zulhilmi dan Shahmi dan melihat mereka berlari ke arah hilir sungai, agar adik mereka hanyut ke arah mereka.

"Namun, mereka tidak menyedari kawasan yang mereka tuju lebih dalam sehingga menyebabkan mereka juga terkorban," katanya kepada Sinar Harian.

Pada 17 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu kehilangan tiga anaknya selepas mereka ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Golok dekat Kampung Rahmat Hilir, Rantau Panjang.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman Aziz, 4, dihanyutkan arus  sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibu saudara mereka.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tak sempat duduk rumah baru

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 14, 2013

BACHOK – Seorang nelayan dekat sini tidak sempat menduduki rumah barunya di kawasan perumahan nelayan Tok Bali, apabila ditemui meninggal dunia dalam botnya, kelmarin.

Mangsa, Che Ibrahim Che Mud, 37, dikatakan tidak pulang petang Ahad lalu selepas ke laut pada jam 4 pagi hari tersebut.

Arwah ditemui meninggal dunia di dalam botnya oleh sekumpulan nelayan yang keluar mencarinya pada jam 6.30 pagi kelmarin.


Sepatut pindah dalam masa terdekat

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Bachok, Mohd Saripudin Ishak berkata, mangsa yang mendapat penempatan tersebut dikatakan memindahkan sebahagian besar barangan dari rumah asalnya di Kampung Kubang Kawah untuk berpindah selewat-lewatnya November ini.

"Dia dah dapat rumah itu dan kunci diserahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Julai lalu.

"Nampaknya arwah tak sempat duduk di rumah barunya apabila meninggal dunia ketika keluar mencari rezeki Ahad lalu," katanya, semalam.


Guna enam bot

Saripudin berkata, pihaknya dimaklumkan perkara berkenaan pada petang Ahad lalu dan misi mencari dimulakan pada sebelah malam Ahad dari jam 10 malam.

"Enam bot nelayan termasuk saudara-mara arwah keluar mencari arwah pada jam 10 malam hingga awal pagi kelmarin. Gerakan dihentikan seketika sehingga disambung semula beberapa jam kemudian hingga arwah ditemui di dalam bot di Laut Karam Payung iaitu, kira- kira 4 jam jarak perjalanan dari Kuala Kemasin.

"Bot mangsa ditunda oleh nelayan yang menemuinya pada jam 6.30 pagi ke Kampung Kubang Kawah berdekatan kediamannya," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan  dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)  untuk bedah siasat.

Mangsa meninggalkan seorang isteri, Rohaya Said, 35, dan lima anak perempuan berusia antara setahun hingga 16 tahun.


Bapa tidak tunjuk sebarang perubahan

Anak sulung mangsa, Siti Nurainie Nadia, 16, berkata, sebelum bapanya keluar ke laut awal pagi Ahad lalu, dia tidak sempat bercakap atau bersalaman dengan bapanya.

"Saya tak perasan perubahan pada ayah. Petang Sabtu ayah ada  beli alat memancing mungkin nak digunakan untuk ke laut pagi Ahad.

"Biasanya saya tidur dalam bilik tetapi malam itu saya tidur di ruang tamu. Saya sempat tengok ayah keluar untuk ke laut tetapi tak sempat cakap apa-apa. Biasanya dia memang akan balik bila petang. Saya cuba telefon tapi tak dapat," katanya.


Arwah beritahu ada hidap sakit jantung

Bapa mangsa, Che Mud Awang, 75, berkata, Rabu lalu anak keenam daripada 11 beradik itu ada memberitahu dia ke klinik dan didapati ada sakit jantung.

"Dia memang badan kecil tetapi Rabu lalu lepas ke klinik dia beritahu saya dia ada sakit jantung tetapi saya tak sangka ia serius hingga menyebabkan kejadian ini. Dia dah lama jadi nelayan sejak remaja lagi.

"Kali terakhir saya jumpa arwah pagi Ahad itu sebab dia minta nak guna bot enjin lebih besar, sedangkan biasanya dia ke laut dengan bot kecil," katanya.

Sementara, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan kes tersebut dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Mayat sangkut pada pukat

Oleh: NOOR AZLIDA ALIMIN

Tarikh: August 14, 2013

RANTAU PANJANG – Seorang penduduk terkejut apabila terdapat satu mayat tersangkut pada pukat, di Sungai Golok dekat belakang Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang, kira-kira jam 12.10 tengah hari, semalam.

Tanpa melihat mayat tersebut, saksi yang dikenali sebagai Paudin Harun segera melaporkan perkara terbabit kepada anggota polis di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Rantau Panjang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, identiti mangsa yang ditemui itu, masih belum dikenal.

Namun katanya, mangsa dipercayai warga negara asing kerana tidak mempunyai kesan suntikan BCG.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, lelaki yang berusia 20-an ini ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Kedap, di sini.

"Mangsa ditemui agak jauh dari kawasan kediaman dalam keadaan telentang, lengkap berpakaian baju hitam lengan panjang dan seluar paras lutut.

"Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kita masih menunggu hasil bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Isu surau: Ketua sami Buddha mohon maaf

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
   
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.  
   
"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual. 
   
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.
   
Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". – Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kanak-kanak 9 tahun derita buah pinggang kronik

Oleh: ADILA SHARINNI WAHID

Tarikh: August 14, 2013

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpaksa menjamah nasi 'berulamkan' ubat apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik, sejak Mei lalu.

Penderitaan dialami Nur Izlin Nafisya Izwan atau mesra dengan panggilan 'baby' itu bertambah parah apabila dia terpaksa menelan hampir 40 biji ubat dalam tempoh sehari.

Satu daripada ubat berbentuk kapsul itu perlu dihancurkan sebelum digaul bersama nasi atau apa-apa jua makanan yang dimakan oleh Nur Izlin.

Ibu kanak-kanak itu, Roslena Rasseli, 34, memberitahu anak kedua dari tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika musim cuti sekolah penggal pertama lalu.

"Ketika itu, dia berada di rumah neneknya di Pasir Mas sebelum neneknya itu menyedari perubahan fizikal pada Nur Izlin yang berubah pucat pada mulut, tangan dan kaki.

"Saya segera membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan pihak hospital memberitahu buah pinggang kiri Nur Izlin mengecut serta mengecil menyebabkan dia terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi selama seminggu.

"Selain buah pinggang kiri yang gagal berfungsi itu, Nur Izlin juga sakit pada buah pinggang yang sebelah lagi apabila buah pinggang itu hanya berfungsi sebanyak 10 peratus. Akibat kegagalan fungsi buah pinggangnya itu, juga menyebabkan dia menghidap darah tinggi," katanya.

Menurut Roslena, Nur Izlin seperti kanak-kanak lain yang membesar dengan aktif dan lasak.
Dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit sebelum ini.

"Kini, rutin saya berubah 100 peratus. Sekarang kami sekeluarga perlu berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur demi merawat Nur Izlin. Setiap kali pergi dan balik, duit habis beratus ringgit belum lagi termasuk kos ubatan yang mencecah RM2,600 sebulan," katanya.

Roslena hanya bekerja sebagai kerani di sebuah pusat boling dengan pendapatan RM800 sebulan sementara suaminya pula, Izwan Ibrahim, 34, adalah seorang pemandu di kedai alatan ganti kereta yang berpendapatan sekitar RM1,000.

Selain kesempitan wang, keluarga itu juga memerlukan penderma dengan segera bagi meringankan seksaan yang ditanggung Nur Izlin.

"Setakat ini, hanya saya yang bersedia untuk mendermakan sebelah buah pinggang ini kepadanya. Tetapi belum pasti sama ada organ saya itu sesuai atau tidak untuk digunakan Nur Azlin.
Saya perlu menjalani ujian terlebih dahulu pada bulan depan," katanya.

Keluarga berkenaan tidak pernah menerima apa-apa bantuan bulanan dan terpaksa bergolok gadai apa-apa sahaja barang berharga yang ada untuk menampung kos perubatan Nur Izlin.

"Saya bukan orang berada. Macam suami juga, kami tinggal di rumah sewa di Berek 12 dengan bayaran RM2,80. Sebelum ini pun, saya dan suami dua bulan cuti tanpa gaji kerana merawat Nur Izlin di Kuala Lumpur. Nur Izlin juga sudah dua bulan tidak ke sekolah.

Sesiapa berhasrat  membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Roslena Rasseli : 153010381198 atau menghubungi di talian 013-9558125.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Lencongan sementara di Lebuhraya Shah Alam 19 Ogos

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

SHAH ALAM - Kesas Sdn Bhd, konsesi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan membuat lencongan sementara di sepanjang lebuh raya itu bermula 19 Ogos hingga 18 Dis ini.
   
Kesas dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih jalan di lebuh raya itu.
   
"Kerja baik pulih itu ialah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya," kata kenyataan itu. 
   
Sehubungan itu, semua pemandu dinasihat berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan terlibat.
   
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Mayat warga asing ditemui di Sungai Golok

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KOTA BAHRU - Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui di Sungai Golok, sungai yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand, di Kampung Kedap, Rantau Panjang hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mayat lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu ditemui orang awam tersangkut pada pukat yang dipasang di sungai berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari.
   
Lelaki itu memakai baju hitam lengan panjang dan seluar pendek paras lutut, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Mazlan berkata tiada pengenalan diri ditemui daripada mayat itu.
   
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

NGO: Pindaan perlembagaan di 5 negeri dibantah

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

SUNGAI PETANI - Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kedah hari ini membantah cadangan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) agar dipinda perlembagaan berhubung peranan ibu bapa dalam penukaran agama anak di lima negeri.
   
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata presiden majlis antara agama itu, Jagir Singh, sebelum ini mahu memastikan lima negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, melakukan pindaan untuk menjadikan undang-undang itu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
   
"Kami ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak akan dibenarkan dipinda mengikut tuntutan penganut agama lain, malah soal hukum agama Islam tidak akan tertakluk kepada desakan agama lain.
   
"Pandangan majlis itu tidak boleh dilayan kerana ia mencampuri urusan dalam hukum agama Islam, mencabar kuasa negeri yang berkuasa terhadap agama Islam sekaligus mencabar kuasa sultan yang menjaga urusan agama Islam di negeri-negeri," katanya pada sidang media di pejabat Mapim di sini.
   
Turut hadir wakil beberapa NGO termasuk Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Kedah, dan Pertubuhan Darul Mustafa Kedah. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kelantan pelawa IPT buka kampus

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KOTA BHARU - Hari ini genap 100 hari Datuk Ahmad Yakob menjawat jawatan menteri besar Kelantan dengan tekad untuk memperkasakan pembangunan pendidikan, menarik lebih banyak pelaburan dan menyediakan kemudahan asas untuk rakyat.
   
Ahmad berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berminat membuka kampus di negeri ini bagi menyediakan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat.
   
Beliau berkata kerajaan negeri telah mewujudkan sebuah zon pendidikan di Machang untuk memudahkan IPT berkenaan mendapatkan tapak untuk pembinaan kampus mereka.
   
"Kami mengutamakan pendidikan tinggi yang berorientasikan Islam," katanya kepada Bernama sempena genap 100 hari beliau menjawat jawatan menteri besar Kelantan hari ini, di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
   
Ahmad, 63, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 6 Mei lepas setelah Pas mengekalkan pentadbiran negeri pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga berkata proses untuk menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) sebagai kolej universiti kini di peringkat akhir termasuk menunggu kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.
   
Mengenai usaha menarik pelaburan ke negeri ini, Ahmad berkata pihaknya merancang untuk mewujudkan dasar pelaburan negeri khusus untuk mendapatkan kerjasama pelaburan dari negara-negara Asia seperti China, Jepun dan negara Arab.
   
"Fokus tarikan pelaburan itu lebih kepada sektor hab halal, kami harap mereka (pelabur) datang membuat pelaburan di Kelantan," katanya.
   
Beliau berkata pembangunan Taman Halal Hab di Pasir Mas bernilai RM63.16 juta yang kini sudah 90 peratus siap, akan menjadi tarikan baharu pelaburan ke negeri ini.
   
Pembinaan taman di kawasan seluas 43.4 hektar di Mukim Apam, Pasir Mas itu dibangunkan bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memperkasakan pembangunan sektor pelancongan yang mampu menjana pendapatan baharu kepada negeri dan rakyat termasuk memperkenalkan pakej pelancongan berkaitan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pelancongan berasaskan alam semula jadi selain aset warisan sejarah.
   
Ditanya dasar hubungan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan di bawah pentadbirannya, Ahmad berkata pihaknya akan memanfaatkan hubungan itu untuk membawa kebaikan sebanyak mungkin kepada rakyat negeri ini.
   
Ahmad yang sebelum ini menjawat jawatan timbalan menteri besar Kelantan sejak 1995, berkata kerajaan negeri juga sedang memberi tumpuan untuk pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang masih ramai memerlukan rumah sendiri.
   
Tumpuan juga diberikan untuk menyelesaikan beberapa masalah infrastruktur lain seperti bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama.
   
Beliau berkata pihaknya juga sedang memikirkan pendekatan baru dalam menyediakan modal pinjaman tanpa riba atau faedah kepada usahawan kecil dan sederhana menjalankan perniagaan.
   
Ahmad berkata di samping memperkenalkan perkara baru untuk dilaksanakan, pihaknya akan meneruskan projek yang diluluskan di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz seperti pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai bernilai kira-kira RM2 bilion.
   
"Saya telah membentuk saff anggota exco yang lebih mantap, saya harap ia dapat memperkasakan kerja pentadbiran kerajaan dan program yang kami rancang untuk menyokong dasar membangun bersama Islam," katanya dan memberitahu semua anggota exco diarah mengisytiharkan harta mereka. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Duta: Majikan perlu pastikan amah terlatih

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Majikan di negara ini yang berhasrat mendapatkan khidmat pembantu rumah warga Indonesia dinasihat agar terlebih dahulu memastikan bakal pembantu itu sudah terlatih secukupnya.
   
Ini bagi mengelakkan berlaku kes dera terhadap mereka yang sebelum ini ada juga kaitan dengan ketidakupayaan pembantu rumah tersebut melaksanakan kerja-kerja rumah, kata Kaunselor Perhubungan Kedutaan Besar Indonesia di sini, Dino Nurwahyudin.
   
"Jika diperhati, majikan di Malaysia sebenarnya suka langsung mendapatkan khidmat pembantu rumah ini daripada agensi tanpa memeriksa kompetensi mereka untuk bekerja.
   
"Bila sampai ke rumah baru mereka sedar bahawa pembantu rumah ini tidak bisa melakukan apa-apa lantas mengakibatkan mereka emosional lalu mendera," kata beliau ketika dihubungi Bernama.
   
Dino diminta mengulas kes dera Maria Roberta Sain, 30, seorang pembantu rumah Indonesia di Subang Bestari, Shah Alam, Khamis lalu.
   
Berikutan itu, Maria, bertindak melarikan diri dari rumah majikannya selepas mendakwa menjadi mangsa dera sejak lapan bulan lalu dan membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya dengan bantuan orang awam. 

Wanita itu mendakwa dia dipukul menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai.
   
Mengenai Maria, Dino berkata keadaannya sudah semakin baik dan setelah dibawa ke rumah perlindungan kedutaan itu semalam.
   
"Kami sudah menyoal Maria dan dimaklumkan bahawa dalam tempoh perkhidmatan dia belum pernah dibayar gaji meskipun dijanjikan RM700 sebulan ketika mula-mula bekerja pada 26 November 2012," katanya.
   
Maria juga mendakwa dia hanya diberi makan minum sekali sehari jika bersama di rumah majikan perempuannya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Lagi kes letupan bom di Narathiwat

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

NARATHIWAT - THAILAND. Seorang pegawai skuad pemusnah bom terkorban dan berbelas yang lain cedera dalam dua kejadian letupan bom di selatan Thailand hari ini dan malam tadi.
   
Pegawai unit pemusnah bom itu maut dalam kejadian 9 pagi ini apabila apabila sebutir bom diletupkan puak pemisah semasa beliau dan anggota keselamatan lain menyiasat kawasan Ketua Pejabat Daerah Sungai Padi Sayang Chanachaiwong ditembak pada 9 malam tadi.  
   
Letupan bom itu turut menyebabkan lapan pegawai yang sedang bertugas serta seorang awam yang berada di tempat kejadian cedera.
   
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Pol Vichai Kasemwong berkata bom buatan sendiri seberat tujuh kilogram diletak di sebatang pokok di Kampung Air Batu, Sungai Padi, Narathiwat dan diletupkan menggunakan telefon bimbit.
   
Sementara itu dalam kejadian di Pattani, seorang anggota Rela dan lima orang awam termasuk seorang remaja 13 tahun cedera apabila sebutir bom meletup di Kampung Muangtia, daerah Maelan, pada 9.21 malam tadi.
   
Letupan yang diaktifkan dengan telefon bimbit itu berlaku ketika kesemua  mereka sedang memadam api tayar yang dibakar di jalan raya, kata Ketua Polis Daerah Maelan Kol Pol Phitak Uthaitham. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Isu CEC: DAP akan jumpa ROS

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - DAP akan mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman untuk menuntut dua penjelasan mengapa parti itu perlu mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
   
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan sebulat suara mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) DAP semalam, sebagai usaha terakhir bagi menuntut penjelasan itu.
   
"Tanpa dua penjelasan itu, pimpinan DAP tidak akan mampu menjelaskan kepada perwakilan DAP di kongres parti kenapa pemimpin parti mengalah dan menyerah begitu mudah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
   
Lim dalam pada itu turut mengulangi pendirian bahawa pemilihan CEC parti itu pada Disember tahun lepas, dijalankan secara teratur dan bersih, namun parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula, jika ROS memberi penjelasan secara munasabah dan menepati undang-undang.   
   
Beliau berkata sehingga kini, pihak ROS belum menjawab permintaan DAP untuk dua penjelasan itu, mahupun permintaannya untuk bertemu dan berbincang.
   
Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Gerakan: Hormati sensitiviti agama lain

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan menyeru semua kaum menghormati sensitiviti satu sama lain untuk mengekalkan toleransi dan kesederhanaan dalam memupuk hubungan antara agama dan kaum di negara ini.
   
Setiausaha agungnya Dr Dominic Lau Hoe Chai juga mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh mengenai sesuatu kejadian berkaitan kaum bagi mengelak orang ramai membuat andaian sendiri mengenainya.
   
"Kita tinggal di negara pelbagai kaum. Oleh itu, kita perlu mengekalkan kestabilan dengan menghormati satu sama lain, terutama berkaitan sensitiviti agama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau merujuk kepada beberapa kejadian baru-baru ini, termasuk perbuatan sekumpulan penganut agama Buddha bertafakur di dalam surau di sebuah pusat peranginan di Kota Tinggi, Johor, dan media sosial yang memuatkan gambar kepala babi berserta lemang dan ketupat sempena sambutan Aidilfitri.
   
Dr Dominic berkata berikutan sensitiviti keagamaan yang terdapat dalam dua kes itu, pihak berkuasa perlu mengkaji dengan teliti keadaan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan itu untuk mengelaknya daripadanya menjadi tidak terkawal seterusnya menjejaskan hubungan antara agama sedia ada. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Dera amah: Tempoh reman majikan dilanjut

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Tempoh reman seorang wanita yang didakwa mendera pembantu rumahnya warga Indonesia di Subang Bestari, Shah Alam, Khamis lepas dilanjutkan sehingga Jumaat ini.
   
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata tempoh reman yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu.
   
"Mangsa sekarang di bawah jagaan rumah perlindungan kes penganiayaan di Kedutaan Indonesia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Bagaimanapun beliau enggan mengulas keadaan mangsa kerana pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh.
   
Suspek yang juga majikan mangsa berusia 40 tahun, sebelum ini direman empat hari selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 9 Ogos.
   
Khamis lepas, Maria Roberta Sain, 30, bertindak melarikan diri dari rumah majikannya selepas mendakwa menjadi mangsa dera sejak lapan bulan lalu dan membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya dengan bantuan orang awam.
   
Wanita itu mendakwa dia dipukul menggunakan tangan, kaki dan objek seperti berus lantai. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kerajaan tak boleh dedahkan laporan kos faedah TPP

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

TANGKAK - Kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan analisis kos-faedah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada umum, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata ini kerana Malaysia terikat dengan persetujuan negara-negara lain yang tidak mahu laporan itu dihebahkan sebelum apa-apa keputusan muktamad dicapai.

Katanya, hasil laporan itu mungkin diterima atau sebaliknya pada akhir rundingan yang membabitkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zeland, Peru, Jepun,  Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam itu.

"Syor yang terkandung dalam laporan analisis ini mungkin diterima atau tidak. Sebab itu kita tidak boleh dedahkan kepada umum kerana ia bukan yang telah dipersetujui," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Dewan Jubli Intan di Ledang malam tadi.

Beliau diminta mengulas saranan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu laporan itu didedah kepada umum.

Hamim berkata kerajaan juga mengkaji hasil laporan yang diperoleh daripada program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan hasil analisis itu telah diteliti dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk kesannya terhadap pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Kementerian dan agensi-agensi kerajaan akan berunding dengan 11 negara yang mengambil bahagian dalam rundingan TPP ini bagi membincangkan kemungkinan permasalahan yang timbul apabila TPP dilaksanakan.

"Pada masa yang sama, kerajaan mengambil kira pandangan ataupun syor-syor yang dibuat dalam laporan (analisis kos-faedah) kerana laporan yang mengandungi syor itu sebenarnya sangat baik," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Surat terbuka untuk KJ

Oleh: Ahmad Nazri Khamis

Tarikh: August 13, 2013

Buat Yang Berhormat (YB) Menteri Belia dan Sukan, Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal.

Kita sesama Islam dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itulah harapan kami.

YB telahpun dinaikkan oleh ALLAH SWT ke jawatan Menteri Belia dan Sukan yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, "up to you".

Pada 21 Ogos 2013 , dikatakan Kumpulan Rock iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket akan dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadan.

Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB "…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura.." kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?

Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka, apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?

Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?

Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah.

Hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.

YB,

Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.

Bantahan kami, ABC Band bukan Kumpulan Metallica sahaja malah semua artis yang mana pendekatan mereka jauh daripada adab dan akhlak. Mencegah lebih baik daripada mengubati.


Terima kasih YB

Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi  (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor 13 Ogos 2013

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Polis tahan lelaki bantu siasatan letupan mercun

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian letupan mercun buatan sendiri yang menyebabkan dua wanita cedera akibat terkena serpihan bahan letupan itu di kawasan parkir di Lorong Love di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Alor Star, Kedah pada pukul 2 pagi ini.

"Pasukan khas yang ditubuh untuk menyiasat kes berkenaan berjaya mengenal pasti identiti individu yang terlibat dalam kejadian itu dan anggota kami berjaya menahan lelaki terbabit di rumahnya awal pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang semalam, dua wanita termasuk seorang pelancong dari China cedera di kaki apabila terkena serpihan letupan dipercayai mercun buatan sendiri yang diletakkan di bawah sebuah kereta di kawasan parkir di Lorong Love di sini. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Pemilik restoran mati ditembak

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

DUNGUN - Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.

Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.

Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.   

"Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445," katanya.

Manoharan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Nor Zuedawati Umar, 25, berkata lazimnya suaminya akan keluar sekitar pukul 4.30 pagi untuk ke surau seterusnya ke bank.

"Saya terkejut apabila adik saya memberitahu suami telah meninggal dunia. Saya bergegas turun dari rumah dan melihat suami terbaring berlumuran darah...duit hasil jualan dan Toyota Hilux milik suami lesap.

"Saya percaya suami tidak sempat ke bank untuk memasukkan duit hasil jualan dari lima cawangan restoran," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Samun: Wanita nyaris terkena tembakan

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUANTAN - Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu.

Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya.

"Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi tidak mendengar bunyi seperti letupan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Jasmani berkata mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad yang jaraknya 200 meter dari tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu tidak mengejarnya.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV tersebut dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya.

Beliau berkata mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia dibantu orang awam yang berada di restoran itu.

Mohd Jasmani berkata orang awam kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dibawa polis untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kelantan minta MKN jelas isu keselamatan

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi taklimat mengenai tahap keselamatan di negeri ini supaya pendekatan berkesan dapat diambil bagi membendung kejadian jenayah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beberapa kejadian jenayah melibatkan senjata api yang kian membimbangkan boleh menjejaskan keselamatan orang awam serta menakutkan mereka.

"Ia turut memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di negeri ini yang boleh menjejaskan pendapatan ekonomi negeri," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas kejadian seorang kerani sekolah rendah kebangsaan, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuan kenderaan MPV di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat, Ahad lepas.

Ahmad berkata kerajaan negeri menyokong cadangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi mewujudkan zon keselamatan eksklusif di beberapa kawasan di negeri ini.         

"Pada dasarnya kita bersetuju tetapi kita perlu dapatkan maklumat daripada pihak lain mengenai cadangan tersebut," katanya.

Beliau berkata penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan sempadan Kelantan-Thailand perlu menjadi "mata dan telinga" dengan memberi maklumat berkaitan jenayah dan penyeludupan kepada pihak keselamatan.

"Keadaan sempadan negeri Kelantan yang panjang dan Sungai Golok yang sempit membolehkan aktiviti penyeludupan berlaku dengan mudah," katanya.

Mengenai saranan supaya setiap negeri mewartakan fatwa anti-syiah, Ahmad berkata "kita mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah maka dengan sendirinya fahaman lain tidak boleh terima".

Beliau berkata secara automatik Kelantan menolak fahaman Syiah ini bagaimanapun pihak mufti negeri ini boleh mewartakan fatwa tersebut. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Polis Johor selesai 10 kes samun

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

JOHOR BHARU - Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah, seorang daripadanya bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), ditahan kira-kira 20 minit selepas mereka menyamun sebuah rumah mewah di Senggarang, dekat Batu Pahat, Selasa lepas.
   
Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic itu ditahan pada pukul 6.15 petang dan dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun di Batu Pahat dan bandar raya ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
   
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, polis menemui sebilah parang, dua telefon bimbit, dua beg dipenuhi spanar, serangkai kunci, allen key dan wang tunai dalam mata wang Malaysia dan asing.
   
"Semakan pula mendapati kereta itu merupakan kereta yang dilapor hilang di kawasan Majidee, di sini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
   
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah manakala bekas tahanan Ordinan Darurat itu dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, dekat Kluang, tahun lepas.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis menahan seorang lelaki rakyat Singapura kerana menawarkan rasuah dan menghalang tugas anggota polis trafik di laluan masuk Bangunan Sultan Iskandar, di sini, tiga hari lepas.
   
"Lelaki itu yang memandu kereta Mercedes-Benz didapati menghalang kenderaan orang lain pada kira-kira pukul 11.20 malam. Dia kemudian ditangkap kerana cuba memberikan wang RM550 kepada anggota polis berkenaan.
   
"Semasa menunggu untuk dibawa ke Balai Polis Sentral, dia kemudian meloloskan diri dan memecut laju kenderaannya menuju ke Skudai, di sini, sebelum berjaya ditahan oleh anggota polis peronda tidak lama kemudian," katanya.
   
Mohd Mokhtar berkata polis merampas wang berjumlah RM550 dan lelaki itu kini direman sehingga esok untuk siasatan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Harga, masa penting bantu kerajaan jual GLC

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Harga dan masa merupakan faktor penting dalam membantu kerajaan membuat keputusan bagi penjualan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines (MAS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, hari ini.
   
Beliau juga berkata bahawa MAS tidak boleh dijual dengan mengalami kerugian, dan kalau ada apa-apa pun, syarikat penerbangan itu sepatutnya dijual dua tahun lepas, apabila sahamnya diniagakan pada RM6.20.
   
"Kami tidak mahu menjual MAS dengan mengalami kerugian. Ia sepatutnya dijual berasaskan pada harga yang wajar dan masa yang sesuai, kerana ia melibatkan wang awam," katanya. 
   
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada audien mengenai sama ada kerajaan akan menimbang berundur daripada industri penerbangan, di forum Global Malaysia Series di sini.
   
Menurut Idris, kerajaan harus terlibat hanya dalam perniagaan bagi alasan strategik, seperti sektor pertahanan, prasarana dan teknologi, dengan tempoh matang yang panjang.
   
Beliau menegaskan bahawa peranan kerajaan seharusnya untuk memudahkan dan bukan "campur tangan" dalam perniagaan.    

"Kerajaan boleh membantu sebagai contohnya, di bahagian perjanjian perdagangan bebas," katanya.
   
Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Idris berkata meskipun ada bantahan, permeteriannya akan membuka pintu ke pasaran antarabangsa.
   
"Bagi negara ini, untuk beralih daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi, perlu bagi syarikat-syarikat untuk melangkaui pasaran domestik dan menambah baik produk dan perkhidmatan agar dapat diterima di peringkat global," kata Idris. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kes Yusof Holmes dipindah ke Mahkamah Sesyen KL

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

GEORGETOWN - Mahkamah Sesyen di sini membenarkan kes penimbang tara bertauliah Yusof Holmes Abdullah yang menghadapi pertuduhan meminta rasuah RM6 juta, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Khairul Anuar Abdul Halim memberi kebenaran itu hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid memfailkan permohonan sebelum ini.

Khairul Anuar berkata permohonan itu dibenarkan kerana Yusof, 69, juga menghadapi dua pertuduhan lain di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu menipu pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) berhubung perisytiharan palsu pada 2010.

"Memandangkan semua Mahkamah Sesyen di negara ini mempunyai bidang kuasa yang sama, saya membenarkan kes ini didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur," kata Khairul Anuar.

Pada 26 Jun lepas, Yusof, rakyat Britain yang memiliki status penduduk tetap Malaysia, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini meminta suapan itu sebagai dorongan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan syarikat JMR Construction Sdn Bhd dengan syarikat asing, Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau tahun lepas.    

Yusof yang merupakan penimbang tara KLRCA didakwa menghantar e-mel kepada Goh Nai Kooi @ Gah Mai Kwai iaitu Pengarah JMR Construction untuk mendapatkan RM6 juta bagi membuat keputusan yang memihak syarikat itu.

Turut didakwa ahli perniagaan Datuk Siaw Teck Hwa, 59, yang bertindak sebagai ejen Yusof dan tertuduh hadir di mahkamah hari ini.

Kes Siaw turut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membabitkan transaksi sama.

Yusof diwakili peguam Raj Shanker manakala Zainal Fikri mewakili Siaw. Peranan penimbang tara adalah sama seperti hakim dalam tindakan undang-undang sivil. Pertikaian biasanya melibatkan jutaan ringgit dan berkisar pemberian kontrak bagi kejuruteraan, pembinaan dan kerja mekanikal dan kejuruteraan. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Polis maut dirempuh selepas pulang bertugas

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KOTA BAHRU - Seorang anggota polis maut dalam nahas jalan raya di Simpang Empat, Kampung Paya Rambai di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kota Jembal di sini semalam.
   
Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, L/Kpl Farulazli Rosdi, 27, yang bertugas di Balai Polis Tumpat, sedang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC sebelum dikatakan bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama lalu terbabas.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata mangsa maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lagi kereta jenis Nissan Sentra yang datang dari arah bertentangan.
   
"Difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Sri Lambak, Kluang, Johor itu selesai bertugas pada 5 petang dan ketika kejadian, mangsa masih memakai uniform polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
   
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
   
Farulazli yang berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis meninggalkan seorang isteri, Nur Farahudanadirah Ya, 26. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Isu surau: Polis terima 6 laporan polis

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

JOHOR BHARU - Polis menerima enam laporan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan pengurusan sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan surau di resort itu digunakan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan.
   
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim akan menjalankan siasatan segera selepas polis mendapat kebenaran mahkamah hari ini untuk menahan reman pemilik resort itu.
   
"Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya dan penulis blog juga digesa supaya tidak mencetuskan keadaan lebih buruk yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat menerusi penulisan mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
   
Mohd Mokhtar berkata pihaknya juga sudah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi supaya mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mententeramkan keadaan.
   
Akhbar sebelum ini melaporkan penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar apabila bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang oleh penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat Asar petang Sabtu.
   
Sehubungan itu, polis semalam menahan pemilik resort berkenaan, seorang lelaki berumur 45 tahun untuk membantu siasatan.
   
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijangka diperoleh esok untuk melakukan siasatan lanjut terhadap seorang lelaki menggunakan nama Alan Tang yang didakwa menghina agama Islam melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.
   
Beliau berkata polis setakat ini sudah menerima empat laporan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan dan siasatan segera akan dilakukan bagi membolehkan kertas siasatan lengkap dikemukakan kepada pihak pendakwa raya.
   
Tang baru-baru ini dilaporkan memuat naik kad ucapan Aidilfitri di laman sosial Facebook dengan memaparkan gambar kepala babi bersama ketupat dan lemang dengan ucapan 'for malay muslim...Selamat hari buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat'.
   
Tang sebaliknya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta namanya di laman Facebook, sekali gus memfitnahnya menulis status yang menghina Islam. – Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

28 Ogos kes saman Tanjong Tokong disebut

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

GEORGETOWN - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 28 Ogos untuk sebutan kes saman UDA Holdings Bhd terhadap penduduk Kampung Tanjong Tokong.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Ng Geok Nee di dalam kamar selepas tiga peguam bela untuk kes itu mengemukakan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.

UDA pada awal bulan Julai, mengeluarkan saman kepada 11 keluarga di kampung itu, supaya mereka mengosongkan kediaman masing-masing atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, peguam Yusmadi Yusoff bersama dua rakannya, Jason Ong Khan Lee dan S. Raveentharan, berkata pihaknya hari ini
mengemukakan lima pernyataan pembelaan dan tuntutan balas.    

Katanya enam lagi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas akan dikemukakan pada 28 Ogos.

"Dalam tuntutan balas tersebut, antaranya, dinyatakan bahawa pihak Uda telah ingkar syarat-syarat seperti yang ditetapkan terutama sekali (Perdana Menteri (kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak) memberi syarat khusus bahawa Uda hanya boleh bangunkan tempat itu atas tujuan kampung warisan," katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Wanita disimbah asid stabil

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil.
    
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.
   
Beliau memberitahu Bernama hari ini mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam.
    
Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Hujan halang orang ramai lihat hujan meteor

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus tidak dapat dilihat dengan jelas berikutan hujan di kawasan utara dan tengah Semenanjung awal hari ini.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata pihaknya hampa apabila hanya berjaya merakam empat kelibat meteor Perseid selama setengah jam bermula 1 pagi ini.

"Balai Cerap Langkawi, Kedah mula melakukan cerapan jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi ini dan hasilnya agak kurang memberangsangkan berikutan awan hujan yang menyelubungi kawasan utara tanah air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Karzaman berkata jangkaan awal untuk melihat dengan jelas pancuran meteor itu tersasar disebabkan hujan yang hanya berhenti jam 4 pagi.

Beliau berkata fenomena pancuran meteor Perseid ini diramalkan dapat dilihat dengan jelas pada awal tengah malam di utara tanah air ini tetapi jangkaan itu meleset disebabkan hujan.

"Mengikut maklumat awal diterima setakat malam tadi, negeri di sebelah selatan semenanjung iaitu Johor dan Negeri Sembilan dikhabarkan dapat melihat sehingga 20 lintasan meteor Perseid berikutan awan hujan tidak melanda kawasan tersebut," katanya.

Sementara itu, orang ramai di Melaka dan Kuala Selangor hampa apabila fenomena pancuran meteor Perseid tidak kelihatan berikutan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

Jurugambar sambilan, Mohd Hasif Naqib Abd Aziz, 23, berkata beliau dan keluarganya hampa apabila tidak dapat melihat hujan meteor Perseid itu di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka malam tadi.

"Saya bersama keluarga menunggu hampir sejam dan pulang hampa kerana sudah memasang peralatan kamera untuk merakam gambar fenomena meteor Perseid yang dikatakan jarang berlaku," katanya.

Guru, Mohd Aizat Yahya, 26, berkata beliau bersama tiga rakannya pulang hampa setelah menunggu hampir tiga jam sejak 11 malam bagi melihat fenomena meteor Perseid itu di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Sebelum ini Agensi Angkasa Negara melaporkan fenomena pancuran meteor Perseid terjadi apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi yang dikatakan dapat dilihat dengan mata kasar. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tadah 200 liter air gunung

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

REMBAU – "Sejak menyedari keistimewaan air gunung ini pada 2004, saya sekurang-kurangnya akan mengambil kira-kira 200 liter air di sini setiap bulan," kata Md Nor Ahmad, 48, ketika ditemui di Kampung Miku, dekat sini, kelmarin.

Md Nor yang menetap di Lubuk China berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui lokasi berkenaan turut mempunyai air gunung untuk ditadah dan sanggup mengambil air gunung di Selangor.

Menurutnya, terdapat perbezaan yang begitu ketara apabila menggunakan air gunung dengan air paip sehinggakan dia, isteri, Nazdrifah Mohd Nor, 44, dan tiga anak berusia dua hingga 14 tahun begitu selesa makan serta minum menggunakan air gunung.

"Malah, sepanjang saya menadah air gunung di sini (Kampung Miku), pelbagai pengalaman yang dikongsi bersama penggemar setia air gunung antaranya seorang lelaki berusia dari Johol sembuh daripada penyakit gout selepas menggunakan air gunung selama dua tahun," katanya.

Seorang lagi penggemar air gunung, Kamarudin Lebai Daud, 64, dari Kampung Sungai Layang, dia akan menadah kira-kira 10 botol air gunung untuk kegunaannya sekeluarga setiap dua kali sehari.

"Bagi sesiapa sahaja yang sudah menggunakan air gunung ini, mereka pasti tidak akan menggemari untuk menggunakan air paip.

"Malah, lokasi ini sebenarnya sudah lama tersedia air gunung dan sekiranya waktu panas, airnya lebih baik lagi kerana tidak bercampur dengan air hujan. Jika dulu tiada saluran paip seperti ini dan terdapat kolam untuk tadahan air, tetapi kini terdapat lebih enam saluran paip untuk ditadah.

Katanya, ada masanya penggemar air gunung terpaksa menunggu giliran untuk menadah air gunung.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Nasib Nur Haswani meruntun jiwa

Oleh: NUR SHARIEZA ISMAIL

Tarikh: August 13, 2013

SENAWANG – "Saya tidak tahu macam mana nasib dan masa depan anak saya apabila saya tidak ada untuk menjaganya lagi. Dialah satu-satunya anak perempuan saya..." Itulah luahan ibu tunggal, Norfizah Othman, 42, yang perlu menjaga anak perempuannya, Nur Haswani Hassan 19, selepas doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggang Nur Haswani mengecut dan tidak berfungsi dengan baik sejak Mei tahun lalu.

Selama lebih setahun ini, Nur Haswani perlu bergantung hidup dengan menjalani rawatan cucian kedua-dua buah pinggangnya.

Setiap penjagaan dan keperluan Nur Haswani dalam menjalani rawatan selain perbelanjaan mencecah RM400 setiap bulan, telah diselia sempurna ibunya yang cekal menempuh dugaan dengan dibantu ahli keluarga yang lain biarpun hanya berpendapatan sederhana.

Norfizah yang bekerja swasta berkata,  memikirkan nasib dan masa depan anak keduanya itu, memang meruntun jiwanya.

"Saya sebak sangat, tidak tahulah macam mana nasib dia kalau saya dah tiada. Tetapi perkara ini saya tidak pernah timbulkan pada Nur Haswani,  walaupun pada hakikatnya satu hari nanti ia pasti akan berlaku," katanya kepada Sinar Harian dekat sini.

Beliau berkata, ketika  dimaklumkan mengenai keadaan Nur Haswani selepas doktor mengesahkan Hp darahnya rendah, dan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dengan baik,  dia amat terkejut.

"Saya sangat terkejut, Memang dalam ahli keluarga tidak ada yang mengalami masalah seperti ini  tetapi akhirnya saya terpaksa redha dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Kini keadaan kedua-dua buah pinggang Nur Haswani berada pada tahap kritikal dan anak saya terpaksa bergantung hidup dengan membuat rawatan cucian  daripada hos air cucian yang dibekalkan hospital sebanyak empat kali dalam sehari," katanya.

Kata ibu kepada empat orang anak itu, sebelum Nur Haswani disahkan mengalami penyakit buah pinggang ini, dia merupakan anak yang aktif dan banyak membantunya dalam membuat kerja-kerja rumah, tetapi sekarang anak gadisnya itu tidak mampu aktif seperti dahulu kerana dia akan mudah diserang strok. Dunianya hanya di rumah tidak seperti remaja lain.

"Kali terakhir Nur Haswani diserang strok pada Jun lalu, menyebabkan dia ditahan wad selama tiga minggu. Sekarang ini tangan kanannya lemah akibat diserang strok dan perlu menjalani fisioterapi seminggu sekali di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) bagi memulihkan kembali pergerakan tangannya," katanya.

Norfizah memberitahu, ketika ini dia dan anaknya menunggu masa yang sesuai untuk melakukan pembedahan untuk pemindahan buah pinggang.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Hidup berubah sekelip mata

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

KUALA PILAH – Tarikh keramat 10 Februari 1997, pasti tidak akan dilupakan oleh seorang pemuda apabila terlibat dalam nahas jalan raya yang mengubah hidupnya selain turut mengorbankan sepupunya.

Nazrul Nazri, 33, berkata, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang bersama sepupunya dilanggar kenderaan lain di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kampung Gentam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia putus tangan kanan sehingga ke paras bahu, putus jari manis dan kaki kanannya patah.

"Selepas kejadian itu, kehidupan saya berubah apabila disahkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit dan perlu dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

"Selepas keluar hospital, saya boleh berjalan, namun pada Jun 1998, saya mengalami kebas di kaki kanan dan keadaan kaki saya menjadi semakin lemah. Pada Oktober tahun sama, saya terpaksa berjalan menggunakan tongkat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelangai Hilir, baru-baru ini.

Tidak terhenti di situ, pada Mei 1999, Nazrul dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan X-Ray dan mendapati tulang tengkuknya retak manakala tulang belakang sebelah kiri dimasuki kuman serta air tulang belakang berketul.

"Atas nasihat doktor, pada Jun 1999, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk termasuk tulang belakang. Mulai saat itu, kehidupan saya berubah kerana tidak mampu berjalan dan doktor mengesahkan saya mengidap penyakit 'brown squad syndrom' (kurang daya tahan urat sarat).

"Walaupun sedih, saya tetap cekal untuk menjalani fisioterapi di HUKM selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana berhampiran dengan rumah," katanya.

Nazrul berkata, mulai 2002 dia tidak lagi menjalani pemeriksaan di hospital kerana menghadapi masalah pengangkutan dan kewangan. 

"Hampir 10 tahun, saya tidak menjalani pemeriksaan. Kemudian, pada 2012, saya melakukan pemeriksaan di HTJ dan doktor memberitahu tulang tengkuk saya bengkok, manakala tulang tengkorak dan tulang belakang tidak selari.

"Kes saya ini sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak doktor mengatakan dua batang tulang di bahagian leher terpaksa diganti dengan tatinium dengan kos keseluruhan melebihi RM8,000," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa menangguhkan pembedahan itu kerana tidak mampu dan hanya berubat secara tradisional.

Sementara itu, Nazrul berkata, kini dia hanya bergantung wang pencen arwah ayahnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis sebanyak RM400 sebulan.

"Ibu saya, Rajah Jaali, 55, seorang ibu tunggal dan dengan wang pencen itu, kami sekeluarga gunakan untuk menampung kos harian termasuk perbelanjaan sekolah adik perempuan saya.

"Selain itu, ibu juga menanggung seorang makcik yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Ibu pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk makcik tetapi tidak dilayan," katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima bantuan JKM dan Baitulmal, namun itu juga tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.

"Kos ubat saya setiap bulan melebihi RM500 sedangkan saya hanya menerima RM300 dari JKM dan Baitulmal sebanyak RM100 sebulan.

"Pihak HTAN juga menasihatkan saya agar membuat bilik air dan tandas baru sesuai dengan keadaan saya dan itu semua memerlukan kos tinggi," katanya.

Dalam pada itu, katanya, doktor pernah menyarankannya menggunakan katil elektrik yang bersaiz besar bagi memudahkannya meluruskan badan dan bergerak ke kiri dan kanan yang menelan kos sebanyak RM20,000.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan Nazrul boleh menghubunginya di talian 013-2988958.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Ibu tabah besar lapan anak

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

KUALA KURAU - Berbekalkan wang kiriman suami sebanyak RM200 sebulan, seorang isteri tabah membesarkan lapan anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Ibu malang itu, Norhayati Ismail, 45, berkata, sepanjang 12 tahun membesarkan lapan anaknya, dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada duit dikirim suaminya, Rosli Ahmad, 45, yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur.

Menurutnya, bagi memastikan persekolahan tujuh daripada lapan anaknya terjamin, dia terpaksa berulang-ulang menghantar mereka ke sekolah dengan menaiki basikal buruk milik suaminya berikutan tidak mampu membiayai kos pengangkutan bas sekolah.

"Walaupun dihimpit kemiskinan, namun ianya tidak menghalang saya untuk membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak.

"Hanya sebuah basikal buruk sahajalah menjadi kenderaan untuk menghantar mereka ke sekolah. Bagaimanapun, saya bersyukur anak-anak tidak pernah merungut dengan kekurangan yang kami hadapi," katanya.

Norhayati berkata, enam anaknya iaitu  Mohd Naim, 18, Norhawani, 17, Norhanani, 12, Siti Aishah, 11, Norfadhilah, 8, dan Norhidayah,6, masih bersekolah manakala anak sulungnya Mohd Firdaus kini bekerja di sebuah kilang di sini.

"Niat di hati hendak bekerja namun saya tidak mampu berikutan terpaksa menjaga anak-anak yang masih ramai bersekolah, anak bongsu iaitu Mohd Latif, 2.

"Sejujurnya duit RM200 sebulan yang diterima amat tidak mencukupi, namun kami bersyukur masih ada masyarakat setempat yang prihatin dan sentiasa memberikan pelbagai sumbangan berbentuk wang dan makanan untuk meringankan penderitaan kami setiap bulan," katanya.

Lebih memilukan, ibu tabah ini juga terpaksa menjaga bapa mentuanya, Ahmad Non, 74, yang kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Masjid Batu, di sini.

Norhayati berkata, perayaan Aidilfitri pastinya membuatkan hatinya tersentuh kerana sering kali mendengar permintaan anak-anak untuk mendapatkan baju raya baru.

"Perasaan sedih memuncak apabila anak-anak hanya sekadar mendiamkan diri apabila dimaklumkan tiada baju raya baru.

"Saya berharap mana-mana pihak bertanggungjawab dapat membantu meringankan penderitaan dihadapi kami sekeluarga," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Masalah parkir punca sesak

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

KUALA KANGSAR - Kekurangan kawasan meletak kereta di Kuala Kangsar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas kerana ada pengguna meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang tidak dibenarkan.

Penduduk, Abdul Momin Mohamad, 36, masalah itu sudah bermula sejak beberapa tahun dahulu dan kesesakan semakin teruk pada hujung minggu dan cuti umum.

"Setiap kali mahu lakukan urusan seperti membayar bil atau ke bank, memang susah untuk memarkir kenderaan dan ada kalanya kami terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari tempat yang ingin dikunjungi.

"Parkir memang ada tetapi tidak mencukupi, menyebabkan ada yang menghalang kenderaan orang lain dan turut menghalang laluan," katanya.

Hal itu turut dipersetujui oleh, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Hasni, dia turut  mencadangkan pihak berkaitan membina sebuah tempat letak kereta utama untuk kemudahan mereka.

Jelasnya, sistem letak kereta yang sistematik perlu dilaksanakan di Kuala Kangsar bagi memudahkan masyarakat.

"Saya pernah pergi ke pekan Gerik dan saya lihat sistem parkir di sana agak baik. Di sana penduduk meletakkan kereta di satu tempat pergi keliling pekan dengan berjalan kaki.

"Kalau sistem itu dipraktikkan di Kuala Kangsar, mungkin masalah ini dapat diatasi," katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat tempat letak kereta berhampiran pekan Kuala Kangsar namun kedudukannya agak jauh menyebabkan pengguna tidak gemar meletakkan kenderaan mereka di sana.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Wang tunai RM50,000 lesap

Oleh: NOOR'AINON MOHAMED YUSOF

Tarikh: August 13, 2013

IPOH – Intip sebelum samun. Itu taktik empat penyamun bertopeng dan bersenjatakan sepucuk pistol sebelum melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha stesen minyak.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam, penyamun terbabit difahamkan telah lama memerhatikan tindak-tanduk mangsa sebelum menahannya ketika hendak keluar daripada kenderaan jenis Toyota Hilux untuk memasukkan wang di sebuah bank di Bercham.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspekmengacukan senjata api dan mengarahkan mangsa berusia 38 tahun itu menyerahkan  beg berisi wang.

Beliau berkata, peniaga terbabit yang bimbang keselamatannya bertindak mencampakkan beg terbabit keluar dari kenderaannya.

"Ketika mengutip beg yang mengandungi duit itu, salah seorang perompak telah mengambil senjata seperti parang dan bertindak memecahkan cermin di bahagian pemandu sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak yang menunggu di situ.

"Siasatan awal mendapati wang tersebut merupakan hasil perniagaan sepanjang musim cuti perayaan minggu lalu," katanya.

Menurutnya, mangsa yang panik dengan kejadian itu gagal mengecam nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek.

"Siasatan lanjut akan diteruskan dengan merakam percakapan mangsa dan memeriksa kamera litar tertutup di premis berhampiran," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Tukang masak dicekup polis

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

SERI KEMBANGAN – Tindakan segera seorang jiran yang menghubungi pihak polis apabila menyedari rumah berhampirannya dipecah masuk berjaya memberkas penjenayah itu,di Taman Kembang Sari petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, jiran mangsa yang curiga apabila melihat tingkap belakang rumah jirannya terbuka segera  memaklumkan perkara itu kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) polis.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, bertindak atas maklumat anggota segera bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, seorang lelaki dikatakan sedang keluar dari tingkap belakang rumah dalam keadaan mencurigakan.

Suspek berusia 31 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu bertindak agresif dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan,

Kata Thaiveegan, susulan penahanan suspek, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu polis berjaya menahan empat lagi rakannya yang turut aktif melakukan jenayah sama sekitar kawasan Seri Kembangan.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun juga bertindak agresif ketika diberkas.

"Keempat-empat suspek itu ditahan ketika menaiki dua motosikal berasingan berdekatan lokasi suspek pertama ditahan. Dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau termasuk ada yang dikehendaki bersabit kes dadah.

Hasil tangkapan, polis menemui beberapa barangan dipercayai hasil jenayah pecah rumah dilakukan termasuk sebuah skrin monitor komputer.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman sehingga hari ini.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Dihalang jumpa anak sendiri

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

KULIM - Gara-gara terlalu rindukan anak, seorang wanita sarat mengandung hampir cedera apabila diserang oleh beberapa lelaki di rumah bekas suaminya kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian itu, mangsa dikatakan datang ke rumah bekas suaminya untuk berjumpa anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Menurutnya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak sebelum sekumpulan lelaki datang ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta dan bertindak agresif.

"Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, polis menahan enam suspek termasuk mangsa.

"Ia berpunca dari perselisihan faham apabila mangsa ingin berjumpa dengan anaknya bagaimanapun dihalang oleh keluarga bekas suaminya. Apabila ini berlaku, timbul rasa tidak puas hati antara kedua-dua pihak dan berlaku pertengkaran dan pergaduhan yang melibatkan senjata," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, hasil pemeriksaan polis, semua enam suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, mangsa juga melakukan kesalahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

"Kedua-dua pihak tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya membuat laporan di balai polis sebelum diketengahkan ke mahkamah.

"Arahan akan dikeluarkan dan mangsa akan ditemani oleh anggota polis untuk mengambil anaknya sekiranya bimbang keselamatannya terancam sekiranya mereka mengambil tindakan yang tepat dan sewajarnya," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Kutip derma di tempat awam cemar nama baik

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

PUTRAJAYA - Kegiatan mengutip derma di tempat awam yang didakwa dilakukan pelajar sekolah tahfiz mencemar nama baik institusi itu sebagai tempat mempelajari dan menghafaz al-Quran.
    
Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia (Tahfiz) Datuk Mustapa Othman berkata kegiatan itu dipercayai tidak dilakukan oleh sekolah tahfiz, sebaliknya didalangi pihak lain yang menggunakan nama sekolah itu.
    
"Tetapi mereka menggunakan nama sekolah tahfiz untuk mengutip derma, sekali gus merosakkan nama sekolah tahfiz.
Mereka inilah yang meminta bantuan di stesen minyak dan pasar malam," katanya kepada Bernama.
    
Beliau berharap pihak berkuasa bertindak tegas untuk membanteras kegiatan itu yang dilihat semakin berleluasa.
    
Bagaimanapun, beliau berkata pertubuhan itu bersimpati sekiranya ada pelajar sekolah tahfiz yang diarah mengutip derma untuk menampung pembiayaan sekolah.
   
"Ada yang menyalahgunakan anak-anak ini untuk sara sekolah. Pelajar-pelajar ini dihantar oleh ibu bapa untuk belajar al-Quran, bukan kutip derma untuk menyara sekolah," kata Mustapa.
    
Dalam konteks ini, beliau berkata semua sekolah tahfiz perlu berdaftar dengan pertubuhan itu atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
    
"Ia bagi memudahkan pemantauan dibuat terhadap aktiviti serta pembelajaran di sekolah berkenaan supaya ia selaras antara satu dengan lain, selain mengelak berlakunya aktiviti tidak sihat ini," tegasnya.
    
Apabila mendaftar dengan pertubuhan itu, sekolah tahfiz juga akan dibantu dari segi kewangan.
    
Mereka diminta menghubungi pertubuhan itu secepat mungkin untuk pendaftaran.    

Tiga puluh sekolah tahfiz telah pun berdaftar dengan pertubuhan itu setakat ini, katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Bantah kumpulan al-Arqam

Oleh: KAMARUL HALIM M KAMAL

Tarikh: August 13, 2013

BATU PAHAT – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkenalkan diri mereka sebagai Gabungan Belia Anak Semerah (Anak Semerah) membuat laporan polis berkaitan tindakan dilakukan kumpulan al-Arqam.

Anak Semerah mendakwa, kumpulan berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan antaranya menganiaya wanita dan kanak-kanak.

Malah, NGO tersebut juga menganggap kumpulan berkenaan mengamalkan ajaran sesat yang perlu dikenakan tindakan segera.

Wakilnya, Mohd Zaihan M Zainal berkata, tujuan utama laporan polis berkenaan dibuat adalah supaya pihak kerajaan mengambil tindakan tegas kepada kumpulan al-Arqam sebagaimana yang dilakukan kepada ajaran Syiah.

Menurutnya, ia juga sebagai satu jalan terbaik dengan menggalakkan belia terutamanya agar tidak terpengaruh dengan ajaran kumpulan berkenaan yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah.

"Saya harapkan laporan polis ini akan membuka minda mereka yang terlibat dengan al-Arqam bahawa kumpulan berkenaan sesat dan langsung tidak pernah diiktiraf kerajaan.

"Sebelum ini, pelbagai isu telah timbul dalam kumpulan berkenaan dan yang terbaru adalah mereka menganiaya wanita dan kanak-kanak seperti yang tersiar dalam sebuah media, baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian di Balai Polis Semerah, semalam.

Mohd Zaihan berkata, Anak Semerah adalah antara NGO belia yang tampil untuk mendesak agar tindakan dikenakan kepada al-Arqam kerana melanggar hak asasi manusia.

Sementara itu, Anak Semerah ini adalah satu NGO yang baru ditubuhkan bertujuan mengumpulkan anak tempatan dan kelahiran Semerah, Batu Pahat, yang telah berjaya agar mereka dapat berbakti serta berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Penghidap HIV reda dalam derita

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

JOHOR BAHRU - Tiada insan yang mahu digelar pembawa HIV namun jika sudah tersurat dalam takdir perjalanan hidup wanita ini, apa yang termampu hanyalah reda dan berserah.

Apa yang pasti, wanita ini tidak akan sesekali patah semangat dengan ujian itu sebaliknya bangkit meneruskan hidup seperti individu normal lain demi memastikan tiga zuriatnya yang berusia enam hingga 10 tahun membesar seperti kanak-kanak lain.

Bagi Salmah (bukan nama sebenar), 30, mimpi ngerinya bermula apabila diminta 'merujuk' dengan bekas suaminya enam tahun lalu meskipun mengetahui lelaki itu disahkan doktor pembawa HIV.

Sebagai ibu yang kasihkan anak, Salmah menurut sahaja pujukan arwah suaminya yang menggunakan alasan bimbang dua anak mereka membesar tanpa ayah di sisi dan turut mengugut mahu bertindak membunuh diri.

Salmah sendiri tidak mengetahui kuasa apa yang menyebabkannya umpama disorongkan bantal menerima lamaran tersebut biarpun sedar berdepan dengan pelbagai risiko akan ditanggung.

Namun siapa sangka, keputusan yang dibuat itu telah mengubah laluan hidupnya 360 darjah apabila arwah suami enggan mengikuti pelbagai saranan doktor yang diberikan hingga akhirnya dia sendiri dijangkiti penyakit ditakuti semua orang dan berita itu diketahui saat diri mengandung anak ketiganya.

"Saya sedar dengan risiko besar yang diterima. Tetapi mungkin usia masih muda, saya menerima lamaran itu tanpa berfikir panjang dan hanya fikirkan anak yang setiap hari asyik bertanyakan ayah mereka.

"Selepas melahirkan anak ketiga, saya koma beberapa hari. Kemudian, suami saya meninggal dunia. Saya tidak tahu arah harus dituju. Dengan duit simpanan yang ada, saya dan tiga anak saya pulang ke Johor dan tinggal bersama kakak.

"Saya kini sudah tidak larat untuk bekerja. Ada kala sakit saya datang dan saya bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300. Dengan duit itulah saya berjimat-jimat untuk belanja makan dan sekolah anak-anak.

"Sekarang saya lebih memperbanyakkan amal untuk mendekatiNya kerana saya rasa dengan cara itu, saya lebih tenang. Anak-anak sudah semakin membesar dan sering bertanya saya sakit apa.

"Saya terpaksa memberitahu saya sakit buah pinggang kerana takut mereka tertekan sekiranya mengetahui hal sebenar dan hingga sekarang hanya kakak seorang sahaja yang tahu keadaan saya. Saya tidak mahu beritahu kepada ibu dan ayah bimbang mereka terkejut dan risau," katanya.

Selepas kematian suaminya, Salmah mengakui hatinya cukup terluka dan belum terbuka untuk berkahwin lain walaupun seorang lelaki yang mengambil berat halnya dan anak-anak.

Lelaki itu sering menghantarnya berulang-alik ke hospital malah tahu keadaan sebenar diri.

"Saya rasa takut mahu berumah tangga semula. Biarlah masa menentukan. Jika ada jodoh saya bergelar isteri semula saya reda. Tetapi, saya harap bakal suami saya tidak akan mensia-siakan saya dan anak-anak," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Mana kami mahu pergi?

Oleh: HIDAYAH HAIROM

Tarikh: August 13, 2013

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 keluarga di setinggan Jalan 1/48 A, Bandar Baru Sentul di sini, kini dalam dilema berikutan kediaman mereka bakal dirobohkan pada bila-bila masa setelah tindakan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Ogos lalu, ditangguhkan.

Kerja-kerja perobohan yang telah dibuat sebelum ini melibatkan tujuh kediaman yang tidak berpenghuni membuatkan kediaman mereka 'selamat' setelah menandatangani surat aku janji ketika itu.

Mereka yang sepatutnya kini telah mengosongkan rumah, buntu kerana tiada hala tuju membuatkan mereka masih lagi menetap di situ dalam kebimbangan.

Wakil penduduk, Norzamri Johari berkata, pihaknya telah menghantar surat permohonan penangguhan dan kebenaran menduduki sementara sebaik sahaja menerima notis berkenaan pada 30 Julai lalu.

Menurutnya, surat sokongan turut dihantar kepada pejabat wakil rakyat dan Umno bahagian agar permohonan mereka itu diberi pertimbangan sewajarnya, namun sehingga kini masih belum ada sebarang maklum balas diterima daripada semua pihak.

"Ketika operasi perobohan dibuat 1 Ogos lalu, kami telah diminta menandatangani satu surat, dan pihak pegawai penguat kuasa bertugas memaklumkan akan datang kembali pada hari ini (semalam).

"Bagaimanapun kami semua tiada hala tuju jadi ramai yang masih menetap di sini, dan sebahagian masih belum pulang bercuti hari raya di kampung," katanya kepada Sinar Harian.

Rayu sediakan penempatan baru

Tambahnya, bagaimanapun status mereka kini tidak jelas setelah tiada sebarang tindakan perobohan dibuat semalam, dalam masa sama, tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian.

Justeru, mereka berharap tindakan perobohan dapat ditangguhkan sehingga ada projek yang mahu dibangunkan di situ.

"Asalnya dahulu kawasan ini dipenuhi belukar dan menjadi sarang aktiviti tidak bermoral dan jenayah. Kami teroka, bersihkan dan tinggal sejak 2006, buat binaan kediaman di sini, secara tidak langsung meringankan sara hidup di ibu kota," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ashari Awang, 75, berkata, mereka bersedia mengosongkan tanah berkenaan kerana sedar ia bukan milik mereka, namun dalam masa sama merayu supaya penempatan baru disediakan terlebih dahulu.

Dia yang sebahagian rumahnya telah dirobohkan pihak berkuasa sebelum ini, turut menyatakan rasa sedih dan terkilan ekoran tindakan yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu.

"Saya tinggal di sini sejak 1992 selepas berpencen di Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan elaun bersara hanya RM820, saya tiada lagi rumah lain untuk  tinggal dan rumah anak-anak juga tidak sebesar mana untuk tumpang," katanya.

Seorang lagi penduduk, Khairi Husni, 22, berkata, dia tinggal di situ bersama adiknya sejak 2006 dan bimbang sekiranya tindakan perobohan yang bakal dilakukan nanti membuatkan mereka tidak dapat membuat sebarang tuntutan.

"Surat yang ditandatangani itu menyatakan kami dengan rela hati bersetuju dengan tindakan perobohan dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi. Ketika tandatangan surat itu semua sedang panik bimbang rumah dirobohkan, jadi kami perlu tanda tangan surat tersebut," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Sanggup kerja cuci kereta sara anak

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

KUANTAN – Setelah bercerai dengan suami beberapa bulan lalu, seorang ibu tunggal nekad membesarkan dua anak yang masih kecil dengan bekerja sebagai tukang cuci kereta.

Nilawati Yusof, 38 berkata, suaminya seorang warga Indonesia yang diarahkan pulang ke negara asal kerana tidak mempunyai permit dan sejak itu mereka terputus hubungan.

"Dia meninggalkan kami ketika anak bongsu baru berusia tujuh bulan dan terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita," katanya.

Kata Nilawati, dia reda dengan dugaan hidup dan sanggup berusaha mencari rezeki halal untuk menampung keperluan mereka tiga beranak.

"Saya tidak malu dengan kerja sebagai tukang cuci kereta kerana saya amat memerlukan wang.

"Setelah diarahkan keluar dari Ladang Jeram tempat bekas suami bekerja, saya menyewa di Bukit Goh dengan sewa RM200 sebulan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada semua majlis penyampaian sumbangan di Damansara, di sini.

Walaupun pendapatannya tidak menentu, namun hasil jimat cermat Nilawati masih mampu membayar sewa dan menyara dua anaknya walaupun sering kesempitan wang.

"Saya belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak namun berharap dapat menerima bantuan  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban yang saya tanggung," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Padah bernikah di sempadan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: August 13, 2013

SUNGAI PETANI – Sambutan Aidilfitri kali ini hambar bagi seorang ibu muda walaupun baru melahirkan bayi perempuan empat bulan lalu. Harapan mahu mengecap kebahagiaan setelah berjaya membina mahligai bersama lelaki dicintai hanya tinggal harapan semata-mata.

Menceritakan masalah dihadapinya, Azlina (bukan nama sebenar), 18, sanggup mengorbankan masa remaja untuk mendirikan rumah tangga walaupun pertemuan dengan bakal suami pada mulanya diatur oleh keluarga kedua-dua pihak.

Menurut Azlina, sebelum disatukan, mertuanya sering ke kampungnya di Tawar, Kedah kerana menguruskan proses pajak pokok getah berdekatan rumahnya.

Kemesraan yang terjalin antara bapa mertua yang dikenali sebagai Ahmad dengan kedua ibu bapa akhirnya menyebabkan Ahmad tertarik untuk menjadikan Azlina sebagai menantu.

Konflik tercetus

Azlina berkata, kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran berkenaan dan akhirnya proses perbincangan diteruskan ke peringkat merisik dan bertunang. Dengan hanya berkenalan selama tempoh empat bulan, kedua-dua keluarga mengambil keputusan untuk menikahkan mereka.

Difahamkan, bagaimanapun, konflik tercetus apabila wang hantaran diletakkan kedua ibu bapa Azlina mendapat tentangan daripada pihak lelaki.

Disebabkan isu terbabit, keluarga pihak lelaki naik marah menyebabkan Ahmad membawa pulang Azlina ke kampungnya di Jeniang, Kedah dengan kerelaan Azlina.

Azlina yang sudi untuk berkahwin dengan bakal suami, Kamal, 26, (bukan nama sebenar) juga tidak bersetuju dengan keputusan keluarga yang meletakkan wang hantaran sebanyak RM7,824 kerana membebankan pihak lelaki.

Disebabkan mabuk cinta, Azlina kemudian bersetuju cadangan Ahmad supaya mereka dibawa ke sempadan Siam iaitu di Betong, Thailand untuk dinikahkan tanpa wali bapa yang berada di Ladang Ketemba, Tawar.

Menurutnya, bakal suami nampak sempurna, mendengar kata orang tua dan bertanggungjawab, tetapi setelah diijabkabulkan, hidup mereka seperti menempah neraka.
 
Tinggal asing dengan mertua

Kamal dan Azlina dibenarkan tinggal di sebuah rumah kecil belakang rumah Ahmad bagi memberi peluang kedua pengantin baru itu menjalani hidup berdikari sebagai pasangan suami isteri.

Selepas itu, bermulalah episod duka dalam hidup Azlina yang kemudiannya dikurniakan seorang bayi pada Mac 2013.

"Hari demi hari, saya mulai kenal sikap Kamal sebenar. Sejak mula, dia sudah meminta wang dengan saya.

"Sekiranya tidak diberi, dia mula mengamuk dan memukul hingga saya tidak tahan. Apa lebih memalukan, dia mula ketagih air ketum menyebabkan keluarga terabai," katanya.

Azlina berkata, Kamal ada menyatakan hasrat berhenti dari perbuatannya itu setelah mengetahui Azlina mengandung, tetapi, ia sekadar angan-angan kosong sahaja.

"Dia tetap ketagih minuman itu sehinggalah saya melahirkan anak. Bagaimanapun, dia masih dengan dunianya sendiri tanpa mempedulikan makan minum saya dan anak kami," katanya.

Azlina berkata, sejak berpindah ke rumah belakang, kedua ibu bapa Kamal sudah tidak lagi mencampuri urusan mereka dan kesemuanya ditanggung sendiri.

"Cuma ada sesekali saya mengadu kepada mereka sekiranya tidak tahan dengan perangai panas baran dan suka memukul suami, namun dengan sikap Kamal yang sebegitu, mereka juga tidak mahu ambil kisah langsung kisah keluarga kami," katanya.

Menurutnya, akibat tidak tahan sering dipukul dan diherdik, dia mengambil keputusan pulang ke kampung halaman mendapatkan bantuan kedua ibu bapa yang telah lama ditinggalkan.

Katanya, mujur kedua ibu bapa kandung memaafkan dan masih mengambil berat tentang dirinya selain bertekad mahu berpisah dengan suaminya. Bagi menjalankan proses perceraian, Azlina mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Perlu pengesahan dokumen kahwin sebelum cerai

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, pasangan tersebut perlu ke Mahkamah Syariah untuk proses tersebut.

"Mereka perlu mendapatkan surat akuan nikah terlebih dahulu untuk mendaftarkan nikah sebelum melakukan proses perceraian di Malaysia.

"Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan surat pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Thailand mengatakan pernah berlaku pernikahan di Betong serta beberapa dokumen sokongan berkaitan diperlukan," katanya.

Menurut Zaiferi, segala dokumen berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Agama Daerah dan Mahkamah Syariah.

"Perbuatan bernikah di sempadan amat mengganggu institusi kekeluargaan Islam kerana seandainya berlaku konflik rumah tangga, pasangan sukar untuk mendapatkan kaunseling atau pun perkara berkaitan tuntutan faraid atau harta sepencarian.

"Dia juga sudah melahirkan anak, ia semakin sukar dan bagaimana untuk bercerai di Malaysia sedangkan pernikahan pun tiada dalam rekod (tidak didaftarkan)," katanya.

Beliau bagaimanapun menasihati remaja atau ibu bapa supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan tindakan keterlaluan yang boleh membawa padah.

Katanya, kebanyakan kes seumpama ini telah mengganggu institusi kekeluargaan dan lebih sukar sekiranya pasangan telah lama berkahwin dan mempunyai anak hasil perkahwinan di sempadan.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Australia negara paling mahal bagi pelajar asing

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

MELBOURNE - AUSTRALIA. Walaupun Australia merupakan negara paling mahal bagi pelajar asing, tetapi kejatuhan nilai dolarnya dijangka menarik lebih ramai pelajar dari seluruh dunia untuk menjadikannya pusat menimba ilmu.
   
Menurut kajian HSBC Bank yang melibatkan 13 negara dan wilayah, Australia mengatasi Amerika, Britain, Jerman, Kanada dan Hong Kong sebagai destinasi paling mahal bagi pelajar asing iaitu purata US$38,000 setahun bagi yuran pengajian dan kos sara hidup.
   
Namun demikian, Australia terus merupakan destinasi paling popular bagi pelajar antarabangsa.
   
Ketua perkhidmatan kewangan peribadi HSBC Australia Graham Heunis memberitahu Australian Associated Press bahawa kejatuhan nilai dolar Australia pasti meningkatkan populariti negara ini setelah nilai dolarnya yang tinggi dari 2009 hingga 2012 menyebabkan jumlah pelajar asing yang menuntut di negara ini merosot 12 peratus.
   
Katanya perubahan yang diperkenalkan pada tahun lepas untuk memperkemaskan urusan pemprosesan visa pelajar juga dijangka membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelajar asing ke negara ini. - Bernama

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

Victoria jemput anak dari sekolah naik helikopter

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

ISTERI kepada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham, Victoria Beckham telah menyewa helikopter semata-mata tidak mahu terlewat menjemput anak lelakinya, Brooklyn pulang dari sekolah.

Perkara itu berlaku di saat dirinya sibuk dengan penggambaran untuk sebuah majalah.

Selain menjemput Brooklyn dari sekolah, Victoria juga perlu menghadiri mesyuarat ibu bapa dan guru di sekolah anaknya.

"Victoria hampir membatalkan sesi fotografi.

"Namun, para pembantunya berjaya mencari jalan penyelesaian supaya dia tidak terlambat ke sekolah dengan menaiki helikopter,"kata Ketua Editor Vogue-Australia, Edwina Mccann.

Selain sibuk dengan urusan peribadi, Victoria juga dikenali sebagai seorang wanita yang mementingkan keluarga dan anak-anak.

Perkara itu diakui Victoria sendiri di mana selepas anak-anaknya tidur barulah dia memulakan kerjanya yang di luar tanggungjawab sebagai ibu.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara Arkib Juadah Novel Stailo Laman Web

David Oliver ungguli acara 110 meter berpagar

Oleh:

Tarikh: August 13, 2013

DAVID Oliver telah penyumbang pingat emas kepada Amerika Syarikat (AS) apabila mendahului satu daripada dua acara 110 meter berpagar pada Kejohanan Olahraga Dunia di Moscow.

Bagaimanapun AS masih ketinggalan untuk menyapu bersih pingat selepas juara bertahannya, Jason Richardson, berjaya mencecah halangan akhir acara tersebut.

Oliver sering mendapat perhatian sepanjang pertandingan itu, mendahului acara itu dalam masa 13 saat dan mencatat masa yang terpantas pada tahun ini.

Sementara itu, Ryan Wilson hanya berjaya membawa pingat perak dalam 13.13 manakala Sergey Shubenkov dari Rusia hanya berpuas hati dengan pingat gangsa.

Shubenkov menamatkan larian dalam masa 13.24 manakala Richardson pula dalam 13.27.

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment