Untuk makluman dn pengetahuan, cy
Allah knows best.SELAWAT TANDA CINTA NABI
Mencintai Nabi Muhammad SAW, termasuk satu daripada kesempurnaan iman. Bahkan dengan mencintai Nabi seseorang hamba itu dikurniakan kemanisan iman.
Anas bin Malik meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda, maksudnya "Tiga hal, yang apabila seorang memilikinya, maka akan mendapatkan manisnya; orang yang menjadikan ALLAH dan RasulNya lebih ia cintai daripada selainnya, orang yang mencintai seorang hamba hanya karena ALLAH, dan orang yang benci pada kekafiran setelah ALLAH selamatkan darinya sebagaimana benci dilemparkan ke neraka." (riwayat al Bukhari)
Bahkan setiap orang beriman wajib mencintai Nabi melebihi dari semua makhluk yang lain termasuk dirinya sendiri. Salah satu dari tuntutan cinta kepada Nabi ialah membaca selawat kepadanya. Bahkan dalam al-Quran ALLAH menyebut secara khusus tentang kelebihan selawat, ertinya: "Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya." (surah Al-Ahzab, 33: 56)
Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ertinya: "Siapa yang berselawat untukku satu kali maka ALLAH akan berselawat untuknya 10 kali." (riwayat Imam Muslim)
Kelebihan berselawat itu memang ada dalam ajaran Islam. Yang menjadi permasalahan ialah ada orang mengambil kelebihan-kelebihan selawat ini, kemudian membuat selawat mengikut cara sendiri yang berbeza dengan apa telah diajarkan. Keluar macam-macam jenis selawat yang tidak pernah diajar oleh Nabi SAW.
Asas kepada pemahaman dan amalan dalam Islam adalah al-Quran dan as Sunnah serta petunjuk sahabat Nabi. Bagaimana caranya sahabat Nabi mendidik kita cara berselawat? Apabila turun firman ALLAH menyuruh selawat, sahabat Nabi mencari Nabi dan meminta Nabi mengajarkan bagaimana cara untuk berselawat.
Bahkan para sahabat Nabi memilih waktu tertentu yang ditetapkan untuk berselawat oleh ALLAH dan Rasul. Sebab itu kita katakan, secara umumnya, doa atau selawat ada yang dijadualkan dan ada yang tidak dijadualkan. Ada selawat dan doa yang ditetapkan masanya dan ada juga yang umum, boleh dibaca pada bila-bila masa tanpa penetapan waktu tertentu.
Contohnya, apabila Nabi mengatakan perbanyakkan selawat ke atasnya pada hari Jumaat, tiba-tiba kita menetapkan selawat perlu diperbanyakkan pada hari Isnin. Itu tidak boleh. Apabila Nabi tidak menetapkan jumlah bilangan, tiba-tiba kita menetapkan selawat perlu dibaca 1,000 kali, ini juga tidak boleh. Nabi mengatakan perbanyakkan selawat bergantung kepada kemampuan individu.
Maka kaedah berselawat telah diajarkan oleh Nabi dari segi sebutan lafaznya, masa-masa khusus yang ditetapkan oleh Nabi, contohnya dalam solat ada selawat, hari Jumaat perbanyakkan selawat, ketika mendengar nama Nabi disebut seperti dalam hadis, ertinya: "Terhinalah seorang yang aku (namaku) disebut di sisinya namun dia tidak berselawat untukku." (riwayat Tirmidzi)
Kita ini memang penyeru kepada selawat Nabi, kita tidak pernah anti-selawat. Namun kita inginkan selawat yang sesuai dengan lafaz Nabi SAW, selawat sesuai dengan masa dan waktu yang ditentukan dan ditetapkan oleh ALLAH dan Rasul serta sesuai dengan kefahaman sahabat Nabi RA. Itulah selawat yang kita inginkan, barulah selawat itu mudah-mudahan diterima oleh ALLAH SWT
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (12) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment