PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK YANG PEGANG MYKAD PALSU BEKERJA DI MERATA-RATA, SALAH SIAPA?
telokbakong.blogspot.
yongsukakuning.blogspot.
Sudah jelas sekarang. Pengawal Keselamatan yang memiliki MyKad palsu ini sudah bekerja di merata tempat dan organisasi.
![]() |
| PEMBUNUH INI MEMAKAI UNIFORM SYARIKAT KAWALAN PRIMA (SUMBER) |
Gambar di bawah ini pula telah tersebar luas di alam siber. Pembunuh memakai baju uniform yang ada logo PPKKM, iaitu PERSATUAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MALAYSIA (http://ppkkm.com). Maknanya syarikat yang mengambil dia kerja bukan syarikat palsu, tetapi ahli PPKKM. Dia juga memakai badge DHL. Di baju sebelah kirinya juga ada logo. Tak tahu syarikat apa.
![]() |
| BAJU ADA LOGO PPKKM |
Maknanya pembunuh itu sudah bekerja di merata tempat. Gaya hidup yang dipaparkan dalam facebooknya macam ingin menonjolkan kehidupan untuk bermewah-mewah. Banyak blog ada buat link ke facebooknya. Tapi Yong taknak buat promosi untuk dia. Kalau minat cari sendiri.
Yong kini hanya menunggu:
- Berita dia kena tangkap.
- Berita syarikat yang mengambil dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dihukum.
- Berita dalang menjual MyKad palsu ditahan dan dihukum.
Kerajaan nak melindungi siapa? Nak melindungi rakyat jelata atau syarikat keselamatan kroni?
Jangan kejadian ini menjadi satu lagi ENDLESS POSSIBILITIES di Malaysia
Sebelum ini Yong sudah tanya tentang kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh 3 bulan di sini.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___









pelik c ardi ni , keje guard pon bole p gym , pakai baju jenama bgai . knp m'sia penuh dgn warga asing , knp ? rakyat tmpatan da xley wat keje ke ? sbb gaji org asing murah .. *tny ,, jwp sndri* sdg kan sy d sabah ni , 50 org asing 50 temptan , raamai dri mreka yg suka bt masalah , mencuri , cari gaduh , jual dadah etc ... kdg2 ade function , mcm sure heboh/konsert org tmpatan xberani nk prgi sbb pasti kejadian curi dn gaduh ade .. bila kah m'sia akn aman ?? KENAPA BRUNIE DAN SINGAPORE KLUAR DARI M'SIA ? DAN LIHAT SNDRI BTAPA MAJU NYA S'PORE N BRUNIE SKG . DUIT MREKA MAHAL . GAJI DI SNA , BILA PLG KE SNI BRLIPAT GANDA . SETIAP NEGERI ADE HASIL BUMI . HANYA MEREKA YG PNDAI "GUNAKAN" AKN MERAI KEUNTUNGAN . SISTEM NEGARA S'PORE N BRUNIE PON SGT KETAT TP MASYARAKAT NYA MASI BOLE LAKSANAKAN SEMUA . CTH , S'PORE , TDK D BNRKN SMA SKLI MBUANG SMPAH MRATA2 MSKI PN HNY SECEBIS GULA GETAH . TGK SNDRI BTPA BRSIH NYA NGARA MREKA . BRUNIE , TDK MBENARKAN KEMASUKAN BRG DRI NGERI/NGARA LAIN DGN MUDAH . SNDRI KESANA DAN RASAI HIDUP AMAN SBNR DI SANA , SEMOGA NEGARA MALAYSIA JGK BOLE JADI SPERTI ITU , TANPA RASUAH , TANPA ORG ASING !! ( skg ni nk kluar g mne pon rse takut / tak slamat da :( )
Ramai PATI Miliki IC Palsu Dan Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan
Perkara itu dikesan menerusi beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara setiap tahun dan mendapati sebahagian besar warga asing ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu.
Lebih membimbangkan ialah mereka ini pekerja di syarikat-syarikat keselamatan yang diberi permit yang sah kemudiannya ditugaskan dalam pelbagai industri termasuk menjaga keselamatan bank-bank seluruh negara.
Pembunuhan kejam seorang pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, di Subang Jaya pada Rabu lalu, membuka mata banyak pihak terhadap mudahnya warga asing ini memperoleh kad pengenalan palsu.
Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu.
Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang mendedahkan, pihaknya telah lama mengesan perkara tersebut melalui beberapa serbuan yang dijalankan di seluruh negara.
Katanya, meskipun tangkapan terhadap mereka yang memiliki kad pengenalan palsu tidak banyak, namun pasti ada yang ditahan berkhidmat di bahagian keselamatan seperti di sektor berisiko tinggi.
Lebih mengejutkan katanya, JPN pernah menahan seorang warga Filipina yang mempunyai kad pengenalan palsu tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjaga stor senjata api syarikat berkenaan.
"Menerusi pengalaman saya sendiri dalam satu serbuan yang dijalankan di Lembah Klang baru-baru ini, lebih 10 warga asing ditahan atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Saya sendiri tidak terkejut apabila sekarang timbul isu pengawal keselamatan warga asing diambil bekerja di bank kerana ini sememangnya berlaku.
"Malah saya sendiri yakin masih ramai lagi pengawal keselamatan yang memiliki kad pengenalan palsu dibekalkan syarikat keselamatan untuk berkhidmat di sektor-sektor sensitif," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia semalam, mendedahkan suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita iaitu seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan harga RM200 sahaja.
Kad pengenalan itu menjadi tiket kepadanya untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bekerja di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.
Ditanya dari mana warga asing ini mudah mendapatkan kad pengenalan palsu, Wan Zakaria memberitahu, lokasinya tidak dapat dikenal pasti kerana warga asing yang melakukan kesalahan itu ditahan di banyak negeri.
"Serbuan terbesar kita adalah di Perak baru-baru ini dan banyak lagi kita kesan termasuk di Lembah Klang.
"JPN percaya mereka ini membayar kira-kira RM500 untuk mendapat sekeping kad pengenalan palsu dan mencari rezeki di negara ini," ujarnya.
Wan Zakaria turut mencadangkan agar setiap syarikat keselamatan membawa kesemua pengawal keselamatan yang mendakwa mereka memiliki kad pengenalan ke JPN untuk pemeriksaan cap jari.
Langkah mengimbas cap jari adalah yang paling berkesan kerana itu akan mengesan seseorang itu warganegara Malaysia atau sebaliknya, kata beliau.
"Malah setiap syarikat perbankan boleh melaporkan terus kepada JPN sekiranya mengesyaki pengawal keselamatan yang dibekalkan adalah warga asing menggunakan dokumen palsu.
"JPN akan melakukan serbuan untuk pemeriksaan kerana perkara sama sering dibuat terhadap kilang-kilang yang khidmat pengawal keselamatan mereka dicurigai pihak pengurusan," katanya.
- utusex
Summary only...