Monday, October 21, 2013

RG2011... Adakah kita menguasai otak fikiran kita?

 

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

 

Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya?

 

Belajarlah mengawal otak kita. Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita.

 

Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog. Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.

 

Jika kita membiarkan fikiran kita melayang, ia akan memberikan kembali imej-imej masa silam yang susah, imej-imej masa depan yang menakutkan. Dan fikiran ini akan mengacau dan mengoncang kita menyebabkan emosi kita tidak terkawal.

 

Maka, kawallah fikiran, hadkan fikiran ke benda penting yang membuahkan kerja berfaedah.

 

Bilamana anda mengingat maksiat, jangan dibiar syaitan membisik keseronokan, sebaliknya ikutilah ingatan itu dengan istigfar dan mohon keampunan kerana syaitan sedang menggodam untuk berbuat semula kejahatan itu.

 

Awasi perangkap syaitan. Istigfar, taubat dan dekatkan diri dengan Allah.

 

(Quran 25: 58)

“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya.”

 

Mesej ini khusus untuk membantu sesiapa yang sedang mengalami konflik minda sehingga mewujudkan perbalahan dan ribut di dalam cawan rumahtangga, pejabat mahupun jamaah.

 

Berkongsilah kepada sesiapa yang memerlukannya. Jazakallah.

 

Senyum

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment