Rendah lah, kalo ikut gaji ko..!
Ada ko kira pendapatan isi rumah luar bandar?
Ada ko amek kesah bape ramai rakyat yg gaji takat cukup makan je? Increament pun naik ciput je, itupun kalo ada laa..
Rakyat didahulukan kunun, chaittt…
# rakyat bayar cukai, dorang joli sakan! huh
MELAKA: Kadar peratusan cukai yang dikenakan menerusi sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin lebih rendah daripada 16 peratus iaitu jumlah cukai dikenakan dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak melihat kemungkinan kadar GST itu menjangkau belasan peratus, dan yakin sistem cukai baharu menggantikan cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus itu, tidak akan sama sekali membebankan rakyat.
"Kalau kita lihat negara lain yang telah laksanakan GST di seluruh dunia tentulah kurang (daripada 16 peratus)," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.
Beliau sebelum itu merasmikan Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi tinggi di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru yang disertai lebih 100 anggota kastam dari seluruh negara.
Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zainul Abidin Taib.Kerajaan katanya sudah mula mengkaji GST sejak 2005 dan merancang untuk melaksanakannya pada 2007, namun tertangguh atas beberapa sebab antaranya bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang.
Ahmad berkata kadar dan tarikh pelaksanaan GST mungkin diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2014 Jumaat ini.
Dua hari lepas, Ahmad membayangkan GST mungkin tidak dilaksanakan dalam Belanjawan 2014. (tapi skg nk ckp jadik je kaaann..?? korg mmg suka wat magic cenggini.. myk x naik la hape lah.. last2 HAMPEH!)
Beliau berkata jika GST dilaksanakan, SST akan dimansuhkan.
Sementara itu, Ahmad berkata Jabatan Kastam berjaya mengutip hasil sebanyak RM25.8 bilion sehingga Khamis lepas dan beliau yakin sasaran kutipan hasil sebanyak RM34.4 bilion dapat dicapai akhir tahun ini. - BERNAMA
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment