Sunday, October 27, 2013

RG2011... BELUM TIBAKAH MASANYA UNTUK KAU MENANGIS?

 

Detik waktu...

kelahiran seorang bayi dihiasi tangis

Nyaring berkumandang menyapa telinga ibu

Lalu melonjak hati ibu, penawar sakit dan lesu

Lalu bermulalah sebuah kehidupan..

Yang bakal mewarnai bumi, berdakwatkan air mata

Hidup dimulakan oleh sebuah tangisan

Dicelahi oleh tangisan, diakhiri dengan tangisan

Air mata manusia sentiasa dalam dua,

Yang menguntungkan atau merugikan

 

Sabda Rasulullah SAW: "Dua titisan air yang Allah cinta.. Darah para syuhadak dan air mata kerana takutkan Allah."

Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi dan makrifah telah berkata: "Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali."

 

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan di syurga mana kelak ia akan ditempatkan..

Ahli-ahli sufi sering mengingatkan : "Kejahatan yang  diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

 

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka

Ada kalanya buih kekecewaan.. yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan..

Penghuni Syuga adalah mereka yang paling banyak dukacitanya di dunia

 

Nabi bersabda: "Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia, akan gembira di akhirat."

Nabi bersabda lagi: "Jika kamu tahu apa yang akan aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

 

Seorang hukama pernah bersyair:

"Aku  hairan dan aku pelik, melihat orang ketawa…

kerana perara-perkara yang akan menyusahkan,

lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

 

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal takut-takut tidak diterima sedangkan kita masih ketawa walaupun amalan tiada..

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Siapa yang buat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

 

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang

Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang

 

"Alangkah sempitnya kuburku," ratap seorang abid.

"Alangkah sedikitnya hartaku," keluh seorang hartawan.

 

Kita gembira yang kita idam-idamkan tercapai

Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terbarai

Nikmat disambut ria

Ujian menjemput duka

 

Namun Allah SWT telah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah: 216

 

Menangislah wahai diri,

Agar senyummu banyak di kemudian hari

Kerana nasibmu belum pasti

Di sana nanti.. Lembaran sejarahmu dibuka satu persatu

 

Menangislah seperti Sayidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata: "Kalau semua manusia masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu,"

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya: Kenapakah engkau menangis?" – Jawabnya: "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar ke medan perang."

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan, Lalu diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidupnya

 

Ibnu Masud r.a. berkata: "Seorang yang mengerti Al-Quran.. dikenal waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira, dan tangisnya di waktu orang lain tertawa, diamnya di waktu orang lain bicara, khusyuk di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah."

 

Tanyailah orang-orang soleh mengapa mereka yang banyak menangis? Mereka akan menjawab:

"Bagaimana hendak gembira.. Sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan, Qiamat itu janjian kami, Neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah."

 

Mereka menangis di sini,

Sebelum menangis di sana..

Dan kita bagaimana?!

 

....menangislah kerana kita tidak menangis seperti mereka menangis!

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment