Sunday, October 27, 2013

RG2011... Re: Fwd: SELAWAT PROGRAM

 


Please answer my stupid (MORE STUPIDER)* question and provide your justification   what is your basis for 10 million until 11 th  January 2014?

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ." [Ali Imran:31]

Amalan-amalan ibadah yang ditokok tambah dan dicipta oleh manusia pasti akan ditolak dan pengamalnya hanya melakukan kerja dosa yang sia-sia.

Sabda Nabi saw maksudnya:

''Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ianya tertolak'' (Hadis Riwayat Muslim). 

Berkata al-Imam Ibn Kathir rh ketika mentafsirkan ayat di atas ini bahawa:

"Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyari'atkan oleh ALLAH maka sama sekali ianya tidak diterima. (Tafsir Ibn Kathir)

Nabi saw bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan(bid'ah)dan setiap yang diada-adakan adalah sesat.(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Sunan al-Nasaai pula, terdapat penambahan lafaz pada riwayat ini iaitu:

"Setiap yang sesat itu (tempatnya) di neraka".(Hadis Riwayat al-Nasaai)

Sabda Nabi saw maksudnya:

"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat." (Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi. Berkata al-Tirmizi hadis ini hasan sahih)

Sabda Nabi saw maksudnya:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab ALLAH (al-Quran) dan Sunnahku." (Hadis Riwayat Malik Ibn Anas) 

Mudahan ALLAH swt menunjukkan kita ke jalan yang benar dan mudahan kita menjadi orang-orang yang selamat di dunia lebih lagi di akhirat. 

-Wallahu'alam-. 


*The superlative form of stupid is most stupid, as in I made the most stupid mistake, not stupidest or MORE STUPIDER.  Stupidest or MORE STUPIDER  can be heard and seen everywhere, but it's wrong. 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment