Tuesday, October 22, 2013

RG2011... Fw: PAJERO TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI

 



PAJERO TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI DI JITRA, JURUTEKNIK MADA DIKHUATIRI LEMAS

JITRA, 21 Okt (Bernama) -- Seorang juruteknik awam Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda (Mada) dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dinaikinya

terhumban ke dalam sungai ketika mengelak seorang kanak-kanak yang melintas

jalan di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini hari ini.

Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke

Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan

menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44.

Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba

melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam

sungai.

Rakan mangsa, Mohd Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata beliau dimaklumkan

bahawa rakannya dan pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada kereta dan

cuba berpaut pada Pajero itu tetapi air sungai deras menyebabkan mereka dibawa

arus.

Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba menyelamatkan Wan Mohd Azri tetapi

air deras yang disebabkan hujan menggagalkan usaha itu.

"Dia tak tahu berenang jadi orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba

membantu dengan menghulurkan buluh, tetapi dia gagal untuk berpaut," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya menerima

panggilan pada pukul 9.59 pagi dan sebuah bot dengan tujuh anggota dihantar

untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Unit skuba juga telah dipanggil untuk membantu mencari mangsa kerana kami

bimbang mangsa ditindih oleh kenderaan yang dinaikinya. Kami juga telah minta

kerjasama pihak Mada untuk menutup saliran air dari pintu B dan C sepanjang

tiga kilometer bagi mengesan mangsa.

"Kira-kira pukul empat petang tadi, kenderaan Pajero yang terhumban ke dalam

sungai telah dijumpai kira-kira 100 meter daripada tempat kejadian tetapi mangsa

belum dijumpai. Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan

disambung semula esok," katanya.

Pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dihantar ke

Hospital Jitra untuk rawatan.

-- BERNAMA

IAN KAY SN

Comments

  • Siapalah mak ayah budak tu ya? Skrg ada org lain dah mati kerana budak tu. Siapa lak nak jaga anak org mati tadi tu? Siapa salah? Pemandu Pajero, pasal memandu sambil berborak & laju? Atau budak yg melintas?
  • ash  •  
    - Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan
    disambung semula esok -

    kenapa x terus kn mencari???? dlm tempoh seminit mcm2 boleh berlaku inikan pula satu mlm, ini melibatkan nyawa, mmg betul bkn mudah tp selain sbg tanggungjawab tidak kah ada ihsan & belas di hati???
  • Nenek Sungkung  •  
    Pertama, kenapa nak biarkan budak berkeliaran di jalanraya.
    Kedua, harus awas dan perlahankan kenderaan di kawasan kampong berdekatan.
  • Teoh  •  
    Jangan salahkan budak melintas...salahkan diri sendiri kerana memandu dengan LAJU....!!
  • richard  •  
    harap harap pemandu tak mengguna telepon bimbit semasa memandu.
  • Jak  • 
    sepatutnya budak itu yg mati......utk diberi iktibar pada ibubapanya.....kerna membebaskan anak spt anak ayam......

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment