Tuesday, October 22, 2013

RG2011... Fw: Undang2 Hina Jalur Gemilang Di Tarik Balik.

 



 

Undang2 Hina Jalur Gemilang Di Tarik Balik.

telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Memang satu keputusan yang tepat dan wajar. Bukan pasal aku setuju Jalur Gemilang di hina tapi dalam konteks undang2 yang pernah diluluskan dulu, ia karut.

Orang kibar bendera Sang Saka Malaya = di anggap hina Jalur Gemilang.

Orang pakai baju seksi ada logo Jalur Gemilang = di anggap hina Jalur Gemilang.

Logik ke?

Yang pakai baju seksi takde logo Jalur Gemilang slumber badak jek korang buat tatau? Nak sembang bab kencang bab hina konon. Hina tak hina kalau nak sembang kencang bab wajib buat dulu. Agak2 bab wajib pun kelam kabut jangan sembang kencang bab lain.

Buat malu aje la korang seme neh. Buat malu pasal takde pengkhususan dan perincian untuk focus bab mana yang penting, bab mana yang kurang penting. 

Yang penting kena diselesaikan terlebih dahulu. Asyik nak tunjuk jaguh bab2 remeh. Orang takde otak yang waras je terpengaruh. Sorry le. Padan muka kepada pelalak2 yang anti Sang Saka Malaya. Amek kau. Undang2 kesayangan korang dah ditarikbalik. Nak berdemo ke?

KAH KAH KAH

Tapi jangan salah faham pula. Tak bermaksud sesiapa pun boleh hina Jalur Gemilang pula lepas neh. Apa yang ingin disampaikan ialah jika kita ada perbezaan, nyatakan, guna ayat yang betul. Kalau hina2 neh sapa2 pun tak suka. Bukan saja tak menjelaskan apa yang kita ingin sampaikan bahkan lebih kepada mencari gaduh aje. Itu semua poyoo..

Hehe.
 
The Malaysian Insider 
 
 
Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.

Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.

"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membacakan untuk kali pertama pindaan untuk Kanun Keseksaan termasuk 10 akta lain beserta Akta Kesalahan Jenayah.

Beberapa aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim, Hishamuddin Rais dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung tindakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang Kemerdekaan lalu.

Ketiga-tiga mereka ditahan disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment