Sekat laman web pesong akidah |
SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu menyekat sebarang laman web yang mengandungi unsur memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
Pendakwah, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, orang ramai juga perlu segera melaporkannya kepada polis atau kementerian sekiranya menemui sebarang laman web mengenai Islam yang mencurigakan.
Menurutnya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai autoriti untuk menyekat laman web seumpamanya.
"Kemungkinan laman web itu, dibangunkan oleh orang biasa atau pihak tertentu bagi memesongkan akidah orang Islam.
"Kerajaan tidak boleh pandang ringan kerana ia boleh jadi parah dalam diam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kewujudan beberapa laman web menggunakan nama Islam, al-Quran dan ALLAH di mana kandungannya mencurigakan.
Zaharuddin berkata, dalam pada itu, kewujudan laman web itu sepatutnya tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana ia hanya mempopularkannya.
"Manusia ni pelik, benda yang ditegah itulah lagi suka dilakukan.
"Memang ada baiknya disebarkan tetapi akan menyebabkan orang ramai tahu akan perkara itu seterusnya membanyakkan akses kepada laman web berkenaan," katanya.
Menurut beliau, sekiranya tidak ada kontroversi, maka orang lain tidak akan tahu mengenai laman web itu kerana memang susah untuk seseorang yang ada laman web mahu orang lain membaca tulisannya.
"Sebab itu, apabila ada sebaran barulah sesebuah laman web itu menjadi hangat," katanya.
NOOR AINULYAKIN MOHAMAD ISHAK
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


No comments:
Post a Comment