Sunday, October 20, 2013

RG2011... Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas

 

Dr Mashitah dan Zed Zaidi masuk senarai yang tewas

 

 

http://www.ekeleh.com,

15 Okt 2013

Beberapa nama sama ada dari kalangan keluarga politik atau individu yang ada nama besar kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan sayap Umno di peringkat bahagian dan nasional Sabtu lalu.

 

Senator Datuk Mashitah Ibrahim dan Datuk Paduka Seripah Noli Syed Hussin untuk jawatan exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia antara nama yang tewas.

 

Bekas Naib Puteri Umno Malaysia, Shahanim Yusoff juga tewas. Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman juga termasuk senarai tewas.

 

Pemilihan Pergerakan Pemuda yang tewas mengejut ialah Pengerusi Tetap Pemuda Umno Malaysia yang juga Pengerusi Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

 

Pelakon Zed Zaidi juga tewas dalam percubaan pertamanya untuk bergerak aktif dengan merebut salah satu kerusi Exco Pemuda Umno Malaysia.

 

Antara nama lain yang tewas ialah Ketua Penerangan Wanita Umno Pusat yang juga Pengerusi Tekun Malaysia, Datuk Hamidah Osman tewas jawatan Ketua Wanita Bahagian Gopeng.

 

Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Baharu, Datin Nik Azizah Nik Yahya yang telah menyandang jawatan itu selama lapan penggal tewas.

 

Begitu juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh selama 33 tahun, Karimah Mohd Nor juga tewas.

 

p/s: Kpd Masitah, lain kali kalo nak menang..Buat projek Lembu banyak2..mcm kak Ijat tuh..Tapi tukar ler Style sikit..buat lembu susu pulak...kah kah kah..nih asik buat fatwa syok sindri jer watpe..adeke pelacuran kire halal kat Mesia nih..tek leh blah langsung..

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment