Mesir kembali berdarah
Oleh:
Tarikh: October 8, 2013
KAHERAH - MESIR - Sekurang-kurangnya 50 maut dan lebih 270 cedera dalam pertempuran antara penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi dan anggota keselamatan di seluruh Mesir, kelmarin.
Pertempuran tercetus apabila ribuan rakyat negara yang menolak rampasan kuasa
Pegawai kanan Kementerian Kesihatan Ahmed al-Ansari melaporkan, 45 orang meninggal dunia di Kaherah dan beberapa yang lain maut di selatan ibu
"Angka awal mendapati, hampir 270 orang dilaporkan cedera dalam pertempuran di seluruh Mesir. Mangsa maut kebanyakan akibat terkena tembakan polis dan tembakan rambang dari pasukan elit," katanya dipetik Al Jazeera
Dalam kejadian itu, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebagai tindakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan Kementerian Dalam Negeri pula mengesahkan, seramai 423 penunjuk perasaan telah ditahan.
Sementara itu, Kumpulan Perikatan Anti- Rampasan Kuasa, termasuk Ikhwan Muslimin menggesa pelajar di seluruh universiti dan sekolah menolak rampasan kuasa.
"Polis dan tentera bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kematian rakyat negara ini setiap hari. Turunlah wahai tentera! kami tidak mahu anda berkuasa," kata wakil kumpulan itu.
Sidang Kemuncak Asean Ke-23 bermula
Oleh:
Tarikh: October 8, 2013
Pegawai-pegawai kanan telah memulakan tugas menetapkan agenda untuk sidang kemuncak dua hari itu, dan delegasi
Bagaimanapun, Sidang Kemuncak pertama Asean-Amerika yang dinantikan-nantikan dan dijadual diadakan pada Rabu, hilang tarikannya apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan lawatan beliau ke rantau ini berikutan krisis pentadbiran AS yang masuk minggu kedua.
Obama, yang juga terpaksa membatalkan kehadiran pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) berlangsung di Bali, serta lawatan ke Malaysia dan Filipina, pada awalnya dijangka membincangkan pelbagai kerjasama Amerika di rantau ini, termasuk dalam bidang tenaga, keselamatan maritim dan pelaburan.
Setiausaha Negara John Kerry mengetuai delegasi Amerika.
Kebanyakan pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka tiba di sini lewat hari ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Apec di Indonesia.
Selain mengambil kira apa yang telah dicapai setakat ini dalam kumpulan 10 negara anggota untuk bergerak ke arah integrasi menyeluruh ekonomi Asean yang menyamai Kesatuan Eropah dalam tempoh 14 bulan akan datang, isu yang lebih mendesak - jerebu - turut diberi perhatian.
Para pemimpin dari
"Singapura telah meminta satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan isu jerebu, tetapi sama ada pemimpin atau menteri mereka akan mengadakan mesyuarat itu hanya akan diketahui lewat hari ini," kata seorang pegawai.
Bulan lepas, menteri-menteri Asean yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada pakar dalam penilaian kebakaran dan jerebu serta penyelarasan untuk mengkaji tahap berjaga-jaga sedia ada.
Wisma Putra berkata pemimpin-pemimpin Asean dijangka menerima pakai beberapa dokumen penting semasa sidang kemuncak itu, termasuk Pernyataan Bandar Seri Begawan mengenai Visi Komuniti Asean Selepas 2015 yang dicadangkan Malaysia.
Dokumen itu akan melancarkan usaha Asean untuk menghurai dan mengembangkan visinya pasca-2015.
Selain Sidang Kemuncak Ke-23, Datuk Seri Najib juga akan menghadiri beberapa siri sidang kemuncak dengan rakan dialog Asean iaitu China, Jepun, Korea Selatan, India, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mesyuarat lain yang dijangka dihadiri perdana menteri ialah Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur.
Di luar sidang kemuncak itu, Najib dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, termasuk Perdana Menteri China Li Keqiang. - Bernama
Wartawan Hong Kong dilarang buat liputan Apec
Oleh:
Tarikh: October 8, 2013
NUSA DUA - Tuan rumah, Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bertindak menarik balik perakuan media wartawan Hong Kong kerana mengherdik Presiden Filipina.
Jurucakap Presiden Benigno Aquino berkata, kumpulan wartawan itu sudah 'melepasi sempadan' apabila dengan agresif menyoal mengenai kejadian tebusan di Manila di mana lapan rakyat Hong Kong mati pada 2010.
"Mereka tidak sepatutnya menjerit kepada Presiden. Kami ke sini untuk menghadiri persidangan bukan untuk melakukan provokasi," katanya dipetik AFP.
Pegawai Kementerian Komunikasi Indonesia, Gatot Dewa Broto yang mengendalikan Pusat Media Apec berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan perjalanan persidangan di Bali, Indonesia ini tidak diganggu.
"Kami merasakan media tidak wajar bertindak sedemikian. Mereka tidak bercakap secara normal sebaliknya amat agresif dan seperti ingin tunjuk perasaan," katanya.
'Rundingan hanya membuang masa'
Oleh:
Tarikh: October 8, 2013
TEBING BARAT - Ratusan rakyat Palestin mendesak pihak berkuasa menarik diri daripada rundingan damai dengan Israel.
Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan terdiri daripada pelbagai pergerakan politik termasuk Hamas dan Barisan Pembebasan Palestin itu bertindak berhimpun di jalan-jalan utama sekitar Ramallah, semalam.
Seorang penunjuk perasaan berkata, Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas perlu menarik diri daripada rundingan.
"Kami menuntut pihak berkuasa mengheret rejim Tel Aviv ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin," katanya.
Menurutnya lagi, rundingan itu hanya membuang masa dan menguntungkan Israel dan rakyat Palestin akhirnya terus menderita.
"Rundingan tidak membawa makna apabila Israel baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina kira-kira 3,000 unit lagi penempatan haram di atas tanah Palestin," katanya dipetik Press TV
Tindakan itu sekali gus menyaksikan usaha Barat untuk mencari perdamaian di Timur Tengah terutamanya antara Israel dan Palestin melalui laluan sukar.
Sementara itu, tentera Mesir mengesahkan 794 terowong di Rafah telah dimusnahkan hingga menyebabkan puluhan penduduk Gaza maut akibat terperangkap ketika operasi pemusnahan tersebut.
Terowong itu adalah talian hayat buat 1.7 juta penduduk untuk ke 'dunia luar' bagi mendapatkan kemudahan asas selepas Israel mengetatkan laluan sah di sempadan Rafah.
Kopi luwak, musang jadi mangsa
Oleh:
Tarikh: October 8, 2013
PENGEMAR kopi pastinya mengetahui asal usul kopi luwak. Kopi paling mahal itu dikatakan mampu mencecah harga sehingga 60 pound (RM307) secawan atau 300 pound (RM1,500) sekilo di Harrods, London.
Namun, ramai tidak mengetahui bagaimana kopi itu dihasilkan.
Kopi luwak dihasilkan melalui najis musang Asia yang banyak terdapat di Indonesia dan Filipina. Najis dan biji itu kemudiannya, diasingkan dan kopi tadi dipanggang bagi menghasilkan aroma menarik, tidak berasid dan rasanya lebih lembut.
Seorang pengusaha kopi luwak di Indonesia menjelaskan, musang biasanya disimpan dalam sangkar selama kira-kira tiga tahun bagi menggelakkan terdedah kepada asap rokok dan diberi nutrisi serta vitamin terbaik.
Siaran BBC baru-baru ini mendedahkan, musang-musang itu dikurung dalam kandang kotor dengan ruangan terhad.
"Musang-musang ini bakal mengalami tekanan mental akibat dikurung selama tiga tahun. Dalam usaha mengekalkan permintaan kopi di pasaran antarabangsa, sedarkah kita bahawa musang-musang ini menjadi mangsa," menurut laporan berkenaan.
Jurucakap pengedar kopi Sari Makmur berkata, mereka tidak boleh membebaskan musang-musang itu kerana tidak boleh melanggar polisi syarikat.
"Kami perlu memastikan musang terjaga demi mengekalkan hasil permintaan kopi di pasaran Britain dan Eropah," katanya dipetik Daily Mail
Aktivis haiwan Britain, Mimi Bekhechi menyelar tindakan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan serta kejam.
"Kami sarankan Harrods selaku mengimport utama perlu memboikot syarikat pengeluar yang tidak menyediakan tempat selesa untuk musang-musang ini.
Jangan hanya kerana ingin mengaut keuntungan, nasib haiwan-haiwan ini tergadai," katanya.
Taufan Fitow: 5 maut, 4 hilang di Timur China
Oleh:
Tarikh: October 7, 2013
BEIJING - Taufan Fitow yang melanda Wilayah Zhejiang di timur China sejak pukul 1 pagi Isnin, meragut lima nyawa dan menyebabkan empat orang hilang serta menjejaskan kehidupan lebih tiga juta penduduk.
Daripada jumlah mangsa yang terbunuh, tiga menemui ajal akibat terkena kejutan elektrik di Bandar Raya Ruian, seorang diterbangkan angin dari bukit pada Ahad malam dan dua lagi tertimbus dalam sebuah kilang yang ranap.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan bahawa empat mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada dua pekerja pelabuhan dan dua nelayan.
Katanya setakat pukul 6 pagi Isnin, lebih tiga juta orang di lapan bandar raya di Zhejiang terjejas dalam kejadian yang mengakibatkan kerugian ekonomi berjumlah 2.28 bilion yuan (kira-kira US$160 juta) itu.
Taufan itu juga menyebabkan bekalan tenaga elektrik di wilayah Fujian dan Zhejiang terputus. Di wilayah Fujian, perjalanan 56 kereta api laju dan 20 penerbangan terpaksa dibatalkan, manakala di wilayah Zhejiang, sekurang-kurangnya 59 perkhidmatan kereta api laju terpaksa digantung.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou membatalkan 22 penerbangan pada Isnin, manakala Lapangan Terbang Wenzhou, sebuah lagi lapangan terbang utama di Zhejiang, membatalkan 27 penerbangan pada Ahad dan sehingga pukul 10 pagi Isnin,
belum menyambung kembali operasinya.
Sebahagian daripada lebuh raya yang menghubungkan Ningbo, Taizhou dan Wenzhou, juga ditutup.
Sementara itu, Xinhua juga melaporkan perkhidmatan 356 koc ke Bandar Raya Wenzhou dan Fujian dibatalkan pada Isnin.
Biro pelancongan wilayah pula berkata, sehingga Isnin, kira-kira 100,000 pelawat di Zhejiang dipindahkan, manakala beberapa tempat tumpuan pelancong di wilayah itu ditutup.
Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata, Taufan Fitow mengakibatkan tanah runtuh di Fujian, yang terletak bersebelahan dengan Zhejiang pada awal Isnin, dengan angin bertiup hingga selaju 151km sejam.
Ini merupakan kali ke-23 China dilanda taufan pada tahun ini.
Di Fujian, kira-kira 176,900 orang dipindahkan sehingga pukul 10 pagi Isnin.
Kerugian langsung ekonomi akibat bencana alam ini dianggarkan berjumlah 19.06 bilion yuan.
Pejabat kawalan banjir Zhejiang berkata Taufan Fitow dan Taufan Danas yang bakal melanda akan terus menjejaskan wilayah berkenaan, manakala lebih banyak hujan ribut diramal berlaku. - Bernama
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.




No comments:
Post a Comment