HHarian Metro
Berita Utama
Warga emas serang perompak cedera ditembak
TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun cedera ditembak di tangan kanan selepas cuba menyerang perompak yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Taman Impian, Jalan Changkat Jong, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Yang Ho Chai, 62, dikatakan sedang tidur pada jam 3.00 pagi sebelum bangun untuk membuang air kecil dan terdengar bunyi dari tingkat bawah rumahnya.
Setelah keluar dari bilik, mangsa mendapati dua lelaki yang menutup muka menggunakan kain putih sedang menggeledah rumahnya.
Mangsa terus mencapai sebilah parang di biliknya dan terus menjerit tetapi kedua-dua suspek terus meluru masuk ke dalam bilik.
Mangsa tidak membuang parang yang dipegang, lalu suspek melepaskan sedas tembakan yang terkena tapak tangan kanan mangsa.
Suspek kemudiannya melarikan diri.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Samun derma Palestin
347 31 Google +0 1 1
Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim
Subang Jaya: "Duit itu (RM35,000) adalah untuk dibawa ke Palestin bagi menyempurnakan ibadah korban sempena Aidiladha ini," kata penceramah terkenal, Ustaz Muhammad Abdullah, 37, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin.
Beliau yang popular menerusi program keagamaan di televisyen berkata demikian ketika mengulas insiden dua pekerjanya disamun dan seorang daripadanya 'diculik' sekumpulan tiga lelaki menyamar polis bersenjatakan kapak dalam kejadian di Bandar Sunway, di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Menurutnya, wang berkenaan sebenarnya akan digunakan bagi membiayai 105 sukarelawan misi bantuan ke Masjidil Al-Aqsa, Palestin, selain untuk membeli 10 ekor lembu yang akan dikorbankan di sana.
"Biarpun wang berkenaan sudah disamun, misi bantuan dan ibadah korban yang dijadual bermula 14 Oktober ke Palestin itu tetap akan diteruskan.
MOHD Syafiq menunjukkan laporan polis yang dibuat.
"Selain menggunakan wang sumbangan masyarakat Malaysia yang lain, saya juga akan menggunakan dana sendiri bagi menjayakan misi bantuan yang sudah dirancang sebelum ini," katanya memberitahu, wang yang disamun itu juga adalah hasil sumbangan orang awam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Nasib tak hempap pelajar madrasah
Jasin: Sebuah madrasah di Simpang Bekoh, di sini, yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat dipukul ribut, tengah malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 12 malam itu menyebabkan keseluruhan bangunan terbabit runtuh dan menghempap sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di situ.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Sheikh Ismail (PAKSI) Mohd Yusof Mohd Dan berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku berikutan ketika kejadian madrasah yang dibina di bawah kendalian pihaknya itu kosong.
"Sebelum kejadian, seramai 15 jemaah baru selesai mengikuti kuliah tauhid di madrasah itu.
"Walaupun madrasah itu dalam peringkat 90 peratus siap, namun kami sudah menggunakannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.
Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.
Menurutnya, orang awam yang mengesyaki ia ada kaitan dengan perbuatan jenayah lalu segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk memaklumkan kejadian itu.
ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap kereta Jimmy.
"Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.
"Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley," katanya, semalam.
Menurutnya, kereta itu sebelum ini dilaporkan hilang di Simpang Pulai, sebelum laporan dibuat pemiliknya, Jimmy di Balai Polis Simpang Pulai.
"Polis tidak menemui sebarang objek yang digunakan suspek untuk membakar kereta itu. Malah, tiada satu pun barang milik mangsa di dalam kenderaan itu yang terselamat.
"Kes itu kini diambil alih pihak polis Ipoh untuk siasatan lanjut dan Jimmy dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, saya anggap kes ini pelik kerana kereta itu dibakar selepas dicuri," katanya.
Beliau berkata, anggota Unit Polis Forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengesan sekiranya terdapat mangsa di kawasan berhampiran.
"Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui dan kereta itu baru saja dibakar beberapa jam sebelum ditemui. Polis menyiasat sebarang kemungkinan dan kaitan perbuatan jenayah itu dengan unsur khianat atau sebagainya," katanya.
Sementara itu, Jimmy yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu berikutan masih dalam pihak polis.
Jimmy sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kes penceraian dan tuntutan penjagaan anaknya berlarutan selama hampir dua tahun.
Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08 –
'Makan sekejap...'
1058 3 Google +3 2 0
Oleh Amir Abd Hamid
Kuala Lumpur: Gara-gara tidak mengendahkan peraturan lalu lintas, seorang wanita terpaksa membayar RM250 apabila kereta Toyota Vios miliknya ditarik lori penunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Ops Halangan, di Jalan Telawi, di sini, semalam.
Dalam operasi yang dijalankan pasukan Penguat Kuasa Trafik Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid bersama DBKL dengan dibantu Balai Polis Pantai bermula jam 2 petang hingga 4 petang itu, wanita berusia 20-an itu sempat merayu untuk tidak diambil tindakan kerana hanya parkir sekejap untuk makan, namun tindakan tegas tetap diambil terhadapnya.
Bagi kesalahan itu, kereta Toyota Vios milik wanita terbabit ditunda ke Depoh Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Jinjang, di sini, dan dia perlu membayar RM200 termasuk kompaun, upah tunda serta upah simpan RM5 sehari untuk mengambil semula kenderaan itu.
Azmi yang ditemui selepas Ops Halangan itu berakhir berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya mendapat aduan orang ramai berhubung tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan.
ANGGOTA penguat kuasa menunda kereta milik wanita terbabit.
"Segelintir masyarakat masih bersikap endah tak endah dengan peraturan lalu lintas. Jika tidak mengikut peraturan sebenarnya akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
"Ops Halangan ini dilakukan dalam dua fasa iaitu dari jam 11 hingga 1 tengah hari sebelum disambung dari jam 2 petang hingga jam 4.30 petang. Polis mengeluarkan sebanyak 83 saman manakala 59 saman lagi dikeluarkan DBKL. Lima kenderaan pula turut ditunda.
"Tindakan saman dan tunda ke atas kenderaan itu diambil atas kesalahan melakukan halangan serta meletak kenderaan sesuka hati. Operasi akan dijalankan berterusan pagi dan petang secara berkala," katanya.
Hadir sama, Ketua Polis Balai Pantai, Inspektor Mohd Suhaibi Sulong dan Inspektor DBKL kawasan Bangsar/Brickfields, M Selvaraj.
Azmi turut menasihatkan orang ramai terutama yang mengunjungi Jalan Telawi, Bangsar atau kawasan pusat perniagaan lain supaya meletakkan kenderaan di tempat disediakan serta tidak melakukan halangan lalu lintas.
Bapa dramatis Wan Nor Azlin menarik balik tuntutan
1 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Bapa dramatis Wan Nor Azlin menarik balik tuntutan untuk mendapatkan milikan kosong ke atas rumahnya di Taman Sri Keramat, iaitu harta sepencarian bersama arwah ibu pelakon itu yang menjadi pertikaian antara mereka.
Ketika ditemui media, peguam Nor Aini Atikah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin memberitahu, penarikan balik tuntutan itu berikutan pelakon berkenaan telah keluar dari rumah itu pada Ogos lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Wanita Indonesia ditemui mati terbakar
0 0 Google +1 0 0
ALOR GAJAH: Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati terbakar dalam sebuah perigi sedalam kira-kira 15 meter di sebuah ladang tembikai susu di Solok Menggong, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin berkata mangsa berusia 28 tahun ditemui pemilik ladang berkenaan yang kemudiannya menghubugi polis kira-kira jam 6.30 petang.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Wanita tolak hasrat rujuk diugut bakar
5 0 Google +0 4 0
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Ampang: Seorang lelaki yang 'gila talak' tergamak membelasah bekas isteri dengan kayu selain mengugut mahu membakar wanita itu hidup-hidup selepas hajatnya untuk rujuk semula ditolak.
Lelaki berusia 30-an itu difahamkan sebelum itu sanggup menunggu bekas isterinya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah premis perniagaan di Pandan Indah, di sini, hampir dua jam sebelum menyerang wanita terbabit.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 38 tahun mengalami lebam pada badan selain pecah bibir. Namun, sempat melepaskan diri daripada bekas suaminya itu sebelum mendapatkan bantuan rakan.
Sumber berkata, mangsa yang bimbang akan 'diserang' bekas suaminya lagi turut membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam Sabtu lalu, sumber berkata, mangsa berjalan untuk pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran tempat kerja.
"Secara tiba-tiba tangannya ditarik seorang lelaki dan sebaik berpaling, mangsa mendapati lelaki itu adalah bekas suaminya. Lelaki terbabit kemudian membawa mangsa ke kawasan tangga premis.
"Bekas suami mangsa dikatakan mengajak supaya tinggal bersamanya dan berhasrat untuk rujuk semula. Bagaimanapun, mangsa enggan menuruti hasrat itu menyebabkan bekas suaminya naik angin," katanya.
Katanya, kedegilan mangsa menyebabkan bekas suaminya mengugut mahu membakarnya hidup-hidup sekiranya masih berkeras dan tidak mahu kembali bersama.
Difahamkan, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu sebaliknya cuba melepaskan diri, namun bekas suaminya itu tetap tidak berpuas hati.
Sumber berkata, lelaki itu turut bertindak menampar mangsa beberapa kali sebelum mengambil kayu yang terdapat berhampiran kawasan itu lalu membelasah mangsa bertubi-tubi.
"Mangsa nekad melawan sebelum berjaya melarikan diri dan menghubungi rakan serumahnya bagi meminta bantuan," katanya.
Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis kerana bimbang bekas suaminya itu akan menyerangnya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
4 lelaki berparang serang restoran
4 2 Google +0 0 0
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Seorang pemilik sebuah restoran berusia 34 tahun di Taman Sri Gombak, di sini kerugian hampir RM10,000 selepas empat lelaki bersenjatakan parang menyamun pekerjanya selain melarikan 290 kotak rokok pelbagai jenama dan wang perniagaan, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, sebuah kereta Proton Wira berhenti di hadapan restoran itu sebelum sekumpulan lelaki terus menyerang pekerja mangsa yang berada di dalam premis sambil mengacukan parang.
Menurut sumber, mereka juga diarahkan supaya tidak melawan jika tidak mahu dicederakan menyebabkan pekerja terbabit akur dan hanya berdiam diri.
"Kejadian terbabit berlaku terlalu pantas dan lelaki terbabit terus mengambil wang tunai yang berada di kaunter selain merampas rokok pelbagai jenama.
"Malah, telefon bimbit pekerja terbabit turut dilarikan penjenayah," katanya.
Sumber berkata, pekerja berkenaan kemudian terus menghubungi mangsa yang terus bergegas ke restorannya.
"Akibat kejadian itu, mangsa kerugian dianggarkan RM10,000. Mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Gombak," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
'Botingkek bukan ciplak lagu Racks'
12 1 Google +0 0 0
Kuala Lumpur: Penulis dan penerbit lagu hip hop, DJ Fuzz menyangkal dakwaan lagu Botingkek yang dipopularkan Waris meniru lagu Racks nyanyian asal penyanyi rap Amerika Syarikat, YC.
Sebaliknya, Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir, 35, berkata, Botingkek yang dihasilkan bersama Waris adalah olahan lagu Racks sebagai penghormatan kepada pemilik karya asalnya.
"Lagu Botingkek bukan meniru atau menciplak Racks. Botingkek dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada lagu itu saja dengan olahan baru.
"Sebenarnya olahan adalah perkara biasa dan menjadi budaya dalam genre rap dan hip hop di mana-mana pun," katanya, semalam.
Fuzz berkata, sejak lagu itu dikeluarkan pertengahan tahun ini pihaknya tidak pernah mengumumkan kepada khalayak lagu Botingkek karya ciptaannya.
"Masyarakat perlu faham kebanyakan karya hip hop hari ini banyak mengolah lagu sedia ada. Hanya kerana kami ambil contoh muzik asal tak bermakna kami tiru atau curi lagu.
"Saya hasilkan pelbagai lagu dan tak dinafikan banyak, di antaranya mengambil inspirasi daripada muzik asal pengkarya lain," katanya.
Fuzz berkata, dia berasa kecewa dengan tuduhan melulu ke atas pihaknya tanpa usul periksa hanya kerana segelintir pihak mengesan persamaan antara dua lagu itu.
"Segelintir pihak memang suka menggembar-gemburkan sesuatu perkara hanya mereka nampak persamaan.
"Pada saya perkara begini adalah bergantung kepada penilaian individu itu sendiri. Bagi saya, ini (olahan lagu) benda biasa dan tak patut jadi isu atau masalah pun," katanya.
Racks adalah lagu nyanyian YC atau nama sebenarnya Christopher Daniels Miller, 28, hasil ciptaan bersama komposer Nayvadius Wilburn dan Sonny Uwaezuoke. Ia dipetik daripada album YC berjudul Got Racks yang dikeluarkan pada April 2011.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Geng Ismail Myanmar
7 0 Google +0 0 0
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Melaka: Empat lelaki warga Myanmar berputih mata apabila bukan saja tidak sempat menikmati hasil samun membabitkan seorang peniaga barang kemas dan batu permata bernilai RM100,000, malah mereka turut dicekup 27 jam selepas melakukan jenayah itu dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, keempat-empat mereka melakukan samun bersenjata ke atas seorang lelaki Myanmar berusia 37 tahun yang ketika itu sedang tidur di rumah bersama tiga anak saudara lelakinya berusia 15 hingga 18 tahun di Taman Seri Telok Mas, Telok Mas, di sini, jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.
Menurutnya, ketika kejadian semua mangsa diikat sebelum keempat-empat penjenayah itu menyelongkar kediaman berkenaan dan melarikan barang kemas, wang tunai serta barang berharga milik mangsa.
"Hasil laporan dibuat mangsa, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Sungai Putus, Klang, Selangor, jam 10.45 malam pada hari sama dan menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga ketua kumpulan dikenali sebagai Geng Ismail.
RAJA Shahrom (kanan) menunjukkan rantai emas hasil rampasan pada sidang media, semalam.
"Ketika disoal siasat, suspek mengaku merancang dan melakukan samun ke atas mangsa.
"Susulan penahanan itu, satu lagi serbuan dilakukan di sebuah apartment di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur, jam 5 pagi keesokan harinya dan menahan tiga lelaki Myanmar berusia 19 hingga 22 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, timbalannya Superintendan PR Gunarajan, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah Deputi Superintendan Gan Chip Pho dan Pegawai Risikan/Operasi IPD Melaka Tengah Asisten Superintendan Koh Teck Chew.
Raja Shahrom berkata, siasatan awal mendapati ketua kumpulan berkenaan mempunyai kad pengenalan bertaraf penduduk tetap, manakala tiga yang lain tidak mempunyai pengenalan diri dipercayai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian.
"Hasil serbuan di apartmen berkenaan, kami merampas 20 telefon bimbit pelbagai jenama, cincin (57), rantai emas (23), keris (4), gelang tangan (9), plet berbentuk bulat (9), pedang samurai (1) dan topeng muka (1).
"Kami percaya semua barang kemas berkenaan hasil samun dilakukan ke atas mangsa, malah kumpulan ini juga dipercayai giat melakukan kegiatan samun di sekitar Cheras dan Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Tarik ATM guna Myvi
3 2 Google +0 0 0
Oleh Khairul Hamizy Ramlee
Kuala Terengganu: Tiga lelaki bertopeng hanya sempat menarik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejauh satu meter menggunakan Perodua Myvi di sebuah bank di Kampung Kubang Kurus, Kemaman sebelum terpaksa melarikan diri apabila alat penggera keselamatan berbunyi disusuli kehadiran pengawal keselamatan bertugas di pasar raya berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang lelaki berada dalam bank manakala dua lagi suspek menunggu di luar sebelum cuba menarik mesin ATM itu menggunakan tali.
Menurutnya, alat penggera keselamatan bank berkenaan berbunyi sebaik mesin itu ditarik satu meter oleh kereta dinaiki tiga lelaki terbabit.
Katanya, bunyi bising alat penggera keselamatan itu mengejutkan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun yang menjaga sebuah pasar raya berhampiran bank berkenaan.
KEADAAN mesin ATM yang gagal dilarikan perompak di bank di Kampung Kubang Kurus, semalam.
"Pengawal keselamatan yang curiga dengan bunyi itu bergegas ke kawasan bank berkenaan sebelum mendapati tiga lelaki menarik satu daripada tiga mesin dengan kereta yang mereka naiki.
"Menyedari tindakan mereka diperhatikan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek membatalkan niat mereka dan terus melarikan diri dengan kereta berkenaan menuju arah Kuala Terengganu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Guna kereta mewah
0 0 Google +0 0 0
Oleh Yusri Abdul Malek, Amir Abd Hamid, Salman Hamat, Fardy Bungga, Adnan Mohamad dan Zuliaty Zulkiffli
Kota Bharu: Bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelak dikesan, sindiket penyeludupan rokok putih di negeri ini sanggup menggunakan kenderaan mewah seperti Toyota Alphard dan Toyota Vellfire ketika membawa rokok itu dari satu tempat ke tempat lain.
Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan Rusli Karim berkata, dalam kes sebelum ini penggunaan kenderaan mewah seumpamanya juga didapati bercermin gelap sebagai helah sindiket yang mungkin yakin pihak berkuasa tidak memeriksa kenderaan berstatus tinggi.
Beliau berkata, sindiket penyeludupan rokok itu dipercayai didalangi individu berpengaruh tertentu yang bertanggungjawab mengedarkan rokok berkenaan sehingga ke kawasan pedalaman berikutan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk berpendapatan rendah.
"Dalam kes sebelum ini, ada penyeludup menggunakan kenderaan mewah seperti Toyota Alphard dan Toyota Vellfire yang bercermin gelap bagi mengelak dikesan.
"Ada kes penyeludup menggunakan kenderaan niaga yang bertutup rapat seolah-olah membawa barangan sejuk beku. Sekali imbas sekiranya tidak diperiksa dengan lebih teliti, mereka mungkin terlepas daripada pihak berkuasa.
"Selain keretek, rokok putih tidak sah dan tiruan yang dijual kurang RM4 sekotak amat laris dan penyeludup menggunakan pelbagai helah untuk menyeludup bagi memastikan produk sampai ke destinasi. Namun taktik sindiket nyata berjaya kita kesan," katanya.
Rusli berkata, sejak Januari lalu hingga Ogos tahun ini, UPP Kelantan mencatatkan enam kes rampasan rokok membabitkan 552 kotak bernilai RM809,789 dan semua rokok itu dipercayai dibawa masuk dari luar sama ada dari Pantai Barat atau melalui jalan laut dari negara jiran.
Menurutnya, pada 2012, sebanyak tujuh kes dicatatkan membabitkan rampasan rokok, tetapi nilainya hanyalah RM67,447.
Selain itu, pihaknya mendapati penyeludup lebih suka menyimpan bekalan rokok tidak sah, seludup dan tiruan di dalam rumah kosong atau rumah tanpa penghuni yang disewa khas.
"Penyeludup akan datang mengambil bekalan pada waktu malam untuk diedarkan kepada pekedai runcit.
"Setakat ini, harga bagi sekotak rokok dijual antara RM3 hingga RM4. Bagaimanapun, harga antara sesebuah kedai dengan yang lain berbeza bergantung kepada dari mana bekalan itu diperoleh," katanya.
Rusli berkata kes rampasan rokok disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan barang-barang larangan.
"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda antara 10 hingga 20 kali ganda duti kastam atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Kanak-kanak trauma terkurung dalam lif
8 1 Google +0 0 0
Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Kuala Lumpur: "Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya," kata Muhammad Danish Najmi Radzi, 8, yang terkurung hampir sejam dalam lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.
Berikutan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, murid tahun dua itu cedera kaki kiri selain trauma apabila lif yang dinaiki bergerak secara tiba-tiba sebaik melangkah masuk dari tingkat enam sebelum lif itu berhenti di tingkat lapan.
Bapa mangsa, Mohd Radzi Mohd Said, 35, berkata ketika kejadian, dia bersama Danish, dua anak dan isterinya sedang menunggu lif untuk ke tingkat tujuh dari tingkat enam.
"Sebaik pintu lif terbuka, anak saya melangkah masuk dulu dan belum sempat saya dan isteri masuk tiba-tiba pintu lif tertutup. Saya kemudian menahan pintu lif itu namun lif terus juga naik. Isteri sempat memegang kaki anak saya itu tetapi melepaskannya apabila lif itu terus bergerak naik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Putrajaya.
KAKI Danish cedera selepas tersepit pada pintu lif.
Pasangan berkenaan juga membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada hari sama.
Beliau berkata, di dalam lif berkenaan juga terdapat sepasang suami isteri dan seorang anaknya yang menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah.
Mohd Radzi berkata, dia bersama keluarga ke pusat beli-belah itu selepas diajak anaknya itu dan sebaik tiba di tingkat enam, dia mendapati tangga bergerak tidak berfungsi menyebabkan mereka mengambil keputusan menggunakan lif untuk ke tingkat tujuh.
"Ketika itu, isteri mendukung bayi perempuan kami yang berusia lapan bulan manakala saya memimpin Danish dan anak lelaki kedua berusia enam tahun serta menolak kereta sorong.
"Kami ambil keputusan menaiki lif. Apabila pintu lif terbuka, Danish masuk terlebih dulu namun tiba-tiba pintu lif hampir tertutup.
"Isteri saya terpaksa menahan pintu lif berkenaan daripada tertutup kerana bimbang Danish tersepit. Bagaimanapun, lif itu terus bergerak naik walaupun pintu lif sudah terbuka semula," katanya.
Lebih menakutkan, Danish hampir tersepit apabila lif itu bergerak naik ke tingkat tujuh, namun dalam keadaan panik itu, sepasang suami isteri yang berada dalam lif berkenaan sempat menarik tangan dan menyelamatkannya.
Radzi berkata, lebih membimbangkannya apabila lif itu berhenti di tingkat lapan menyebabkan dia terpaksa mencari pihak pengurusan bagi meminta bantuan.
Katanya, walaupun kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan, namun mereka terpaksa menunggu bantuan tiba hampir sejam.
"Bimbang keselamatan anak, saya mengambil keputusan menghubungi bomba dan beberapa minit kemudian barulah pihak penyelenggara tiba membuka lif itu. Sebaik Danish berjaya dikeluarkan, dia segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Kaki kiri Danish lebam selain seluarnya terkoyak.
Menurutnya, mereka sekeluarga akan mendapatkan laporan lengkap perubatan selain nasihat peguam bagi menuntut keadilan berikutan kejadian itu yang dianggap kecuaian pihak pengurusan pusat beli- belah berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Pegang punggung 'reda sakit'
11 1 Google +0 0 1
Oleh Ahmad Ismail
Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.
Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.
"Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.
MURNI bersama laporan polis dibuatnya selepas dicabul pesakit.
"Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.
"Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya," katanya, semalam.
Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.
Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.
"Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini," katanya.
Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.
"Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Balasan jaga anak
2 0 Google +0 0 0
Oleh Junaidi Ladjana
Sandakan: Berang selepas isteri dikasihi enggan menyerahkan anaknya, seorang lelaki menikam dada dan beberapa bahagian lain tubuh bapa saudara isterinya sebanyak enam kali selepas mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu dalam kejadian di sebuah rumah di Pulau Berhala, dekat sini, kelmarin.
Mangsa, Guanding Masirin, 53, yang bekerja sebagai nelayan disahkan meninggal dunia sejurus dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent, di sini, oleh anggota tentera dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu.
Sumber berkata, ketika kejadian suspek berusia 31 tahun yang dipercayai dalam keadaan khayal dikatakan datang ke rumah mangsa untuk mengambil anak perempuannya berusia sembilan tahun yang dijaga mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa dan isteri suspek dikatakan tidak membenarkannya selain meminta suspek membenarkan mangsa menjaga kanak-kanak itu sehingga besar sebelum diambilnya.
"Suspek yang berang dengan larangan itu dipercayai menumbuk mangsa dan cuba melarikan diri, tetapi terjatuh sebelum mengeluarkan pisau yang diselit di pinggangnya dan menikam mangsa beberapa kali," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang parah dihantar ke Kem Tentera Pulau Berhala, dekat sini, bagi mendapatkan bantuan selepas kejadian itu.
"Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang.
"Ahli keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan," katanya.
Difahamkan, isteri suspek yang dikatakan mengalami masalah mental sejak kecil dipelihara mangsa yang juga bapa saudaranya dan tidak tinggal bersama suaminya selepas mengetahui suspek adalah seorang penagih dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, seorang lagi menantu mangsa membawanya ke Kem Tentera Pulau Berhala bagi mendapatkan bantuan selepas ditikam suspek.
"Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik dihantar anggota tentera ke Hospital Duchess of Kent kira-kira jam 4 petang.
"Suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian kemudian menyerah diri di pondok pengawal Kem Tentera Pulau Berhala kerana takut selepas menyedari orang kampung mencarinya sebelum diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditikam enam kali di dada dan anggota badan.
"Polis masih menjalankan siasatan dan suspek ditahan reman di IPD Sandakan bagi membantu siasatan.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Pelatih PLKN dituduh bunuh
22 2 Google +0 0 0
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
Pekan: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh rakan pelatih pada September lalu.
Dalam prosiding dijalankan secara tertutup, pelatih berusia 17 tahun dari Muar, Johor itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 17, pada 22 September lalu antara jam 1.30 tengah hari dan 10.30 malam di Dorm L1C dan L2C kem berkenaan.
Remaja lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili Mohd Farid Aziz selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah.
Mohamed Ruhizat kemudian menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan di Mahkamah Majistret Rompin.
Sementara itu, lima lagi pelatih PLKN didakwa di mahkamah sama, semalam terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi pada 22 September lalu. Tertuduh, seorang polis bantuan bertugas di Pelabuhan Kuantan, Mohd Nazeri Mustafa, 22, dari Indera Mahkota, Kuantan didakwa bersama Muhammad Syafiq Izzat Roslan, 18, dari Jalan Beserah, Kuantan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi kira-kira jam 10.30 malam di Dorm L2C Kem PLKN Pinggiran Pelangi Muadzam Shah, Rompin.
Tiga lagi tertuduh, Mohd Firhan Hafizi Ismail, 23, dari Jerantut didakwa bersama dua lagi juvana berusia 17 tahun masing-masing dari Muar dan Rompin dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi pada tarikh sama kira-kira jam 1.30 tengah hari di Dorm L1C kem berkenaan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.
Kelima-lima tertuduh yang didakwa menyebabkan kecederaan diwakili Osman Abdullah dan Noor Adilah Zarian dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Berdasarkan seksyen berkenaan, jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin dan Mohamed Ruhizat menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Mohon bicara ubah duit haram RM1.1 juta
0 0 Google +0 0 0
Oleh Sarah Zulkifli
Shah Alam: Selepas bapa dan dua beradiknya didakwa di mahkamah minggu lalu atas pertuduhan pengubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan jongkong emas Genneva (M) Sdn Bhd (GMSB), seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan sama membabitkan RM1.1 juta.
Tertuduh, Ng Wan Yean, 29, pengarah syarikat Ng Advantage Sdn Bhd itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila 19 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noraridah Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Wan Yean didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berkenaan yang juga hasil daripada aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bank CIMB Bhd, Jalan PJU 1/3F Sunwaymas Commercial Centre, Petaling Jaya, dekat sini, antara 18 Julai 2011 sehingga 28 Ogos 2012.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber untuk memindahkan semua kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan 25 Oktober depan bagi sebutan semula kes. Mardziatun Nisa juga tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan kes berkenaan adalah serius dan membabitkan jumlah yang banyak, namun jika mahkamah membenarkan ikat jamin, pihaknya mencadangkan wanita itu diikat jamin RM1 juta serta pasport diserahkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili AS Dhaliwal memohon jaminan diberikan dan dalam jumlah yang rendah memandangkan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan.
Noraridah kemudian membenarkan wang jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin dan turut memerintahkan semua dokumen perjalanan diri diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
SMS 'sayang' singkap curang
327 1 Google +4 0 0
Oleh Junaidi Ladjana
Putatan: Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan 'kekasih gelap' yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.
"Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan 'sayang' dihantar seorang lelaki.
WANITA dan lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Putatan untuk siasatan lanjut.
"Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan," katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.
Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.
"Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan," katanya.
Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.
Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.
"Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
"Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram," katanya.
Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Apa dosa anak saya?
33 0 Google +1 0 0
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: "Apa salah dan dosa anak kembar saya yang kurang upaya ini sehingga mereka diliwat," kata seorang ibu yang tidak dapat menahan sebak apabila mendakwa anak sulungnya yang juga pasangan kembar berusia tujuh tahun dan mengalami kecacatan otak diliwat penghuni pusat jagaan di Temiang, di sini, pada 29 September lalu.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Intan, 40-an, dari Sandakan, Sabah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi suaminya, Rabu lalu.
Intan yang membuat laporan di Balai Polis Campbell, di sini, pada jam 12 malam, Khamis lalu berkata, dia tidak menyangka episod hitam itu berulang kepada anak keduanya.
"Suami saya mengetahui kejadian ini apabila diberitahu anak bongsu kami yang berusia enam tahun dia nampak abangnya diikat dan ditampar pada waktu malam sebelum diliwat seorang penghuni pusat jagaan itu.
"Sekiranya dakwaan itu benar, saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan," katanya ketika ditemui menemani anaknya yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Dia yang kini bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor berkata, kejadian itu menyedihkannya kerana pada 16 April lalu, adik kembar mangsa diliwat seorang penghuni di pusat jagaan sama.
Harian Metro pada 17 April lalu melaporkan, dalam kejadian itu, mangsa yang lumpuh kedua-dua kaki bukan saja diliwat seorang remaja, malah duburnya turut dijolok dawai besi.
Menurut laporan itu, Intan menghantar tiga anak ke pusat jagaan terbabit pada awal tahun ini selepas dia sekeluarga dihalau mentua.
Katanya, pada awalnya anak kembarnya di tempatkan di pusat jagaan di Temiang manakala anak bongsu di sebuah pusat di Kuala Kangsar, Perak.
"Selepas kejadian anak kedua diliwat, Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapatkan perintah mahkamah bagi hak jagaan sementara terhadap ketiga-tiga anak saya dan mereka ditempatkan di pusat jagaan di Temiang hingga kini.
"Saya tidak mampu menjaga anak kerana pendapatan tidak seberapa manakala suami pula baru bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas keluar dari pusat pemulihan, Julai lalu," katanya.
Intan berkata, pegawai pusat jagaan mengarahkan suaminya mengambil semula ketiga-tiga anak mereka.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata, siasatan masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Kurung 12 jam
1 0 Google +0 0 0
Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: "Dia bukan saja trauma kerana dilarikan empat lelaki bersenjatakan parang, malah dikurung kira-kira 12 jam di sebuah hotel bajet di Bandar Seri Alam, Masai di sini, semalam (kelmarin)," kata seorang wanita dikenali sebagai Wan, 41, berkaitan saudaranya yang dilarikan sekumpulan empat penjenayah lelaki, semalam.
Dalam kejadian pada jam 4 pagi kelmarin di depan bangunan Water Front City berhampiran Teluk Danga di sini, mangsa yang berusia 20 tahun dan dikenali sebagai Amy menaiki sebuah Perodua Viva dipandu rakan lelakinya.
Tiba di lokasi kejadian, kumpulan penjenayah yang menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna kuning menghalang perjalanan Perodua Viva itu sebelum penjenayah turun dan memecahkan cermin pintu pemandu serta penumpang depan.
Penjenayah kemudiannya mengacukan parang ke leher rakan lelaki Amy yang juga berusia 20 tahun sebelum menggeledah kereta mangsa.
Selepas gagal menemui barangan berharga, penjenayah merampas kunci Perodua Viva itu dan melontarnya ke laut yang terletak bersebelahan.
Menurut Wan, berdasarkan maklumat Amy, kejadian turut disaksikan beberapa pengguna jalan raya lain termasuk seorang pemandu teksi yang cuba membantu, namun gagal kerana penjenayah bersenjatakan parang.
"Amy kemudiannya dilarikan penjenayah dengan Perodua Myvi terbabit ke sebuah hotel bajet yang terletak kira-kira 40 kilometer dari tempat kejadian.
"Kami yang bimbang selepas dimaklumkan berkaitan kejadian oleh rakan lelaki Amy terus menghebahkan perkara terbabit melalui laman sosial Facebook (FB)," katanya.
Menurut Wan, mereka turut menyiarkan gambar serta nombor telefon untuk dihubungi di FB berkenaan sebelum seorang pemanggil lelaki memaklumkan ada terlihat Amy di sebuah hotel di sekitar Masai.
Wan berkata, pihaknya terus memaklumkan perkara itu kepada polis sebelum hotel itu diserbu.
"Saya dimaklumkan keempat-empat penjenayah yang berusia 20-an itu ditahan di hotel berkenaan petang semalam (kelmarin).
"Amy kini trauma dan kami yang masih terkejut dengan kejadian berharap dia segera pulih. Kami harap penjenayah terbabit dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Amy kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan.
Terdahulu, menurut Wan, Amy serta rakan lelakinya itu menghadiri sesi temu duga bagi menjalani latihan industri di sebuah hotel di bandar raya ini.
Selepas itu, mereka menaiki Perodua Viva milik abang sulung Amy mengambil angin di sekitar bandar raya sementara menunggu abang mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Plaza Tasek, Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) menamatkan syif pada jam 6.30 pagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
'Berkelah' lepas solat erat hubungan jemaah
0 0 Google +0 0 0
Oleh Badrila Jamlus
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ketika mula-mula sampai di sini pada 15 September lalu, beberapa kedai makan yang terletak kira-kira 500 meter dari maktab penginapan kami ini ada menyediakan antara enam hingga tujuh set meja makan yang memiliki empat kerusi.
Blok kedai yang mempunyai empat hingga lima kedai makan terletak di tengah jalan raya itu sering menjadi tempat tumpuan dan persinggahan jemaah yang baru pulang dari masjid khususnya selepas Asar, Maghrib dan Isyak.
Antara menu yang ditawarkan termasuk nasi beriani ayam, kambing atau daging selain burger dan roti canai. Tidak kurang pula minuman sejuk dan panas. Namun, sejak beberapa hari lalu, kerusi meja digantikan karpet atau jika tidak bernasib baik mungkin beralaskan kertas kadbod sahaja.
Agaknya jumlah jemaah yang semakin ramai menyebabkan pemilik kedai makan terpaksa mengalihkan kerusi dan meja supaya mereka tidak berebut sesama sendiri sekali gus lebih ramai yang boleh berada di situ. Keadaan itu menyebabkan segelintir jemaah terpaksa duduk bercanggung ketika makan dan segelintir pula membawa alas sendiri untuk menjamu selera di atas laluan kaki lima itu malah ada yang hanya membungkus untuk dibawa pulang.
Jika ramai yang membawa alas sendiri, suasana di tepi kedai makan itu seolah-olah menyaksikan orang ramai daripada pelbagai negara 'berpiknik' tanpa mengendahkan jemaah lain yang lalu lalang di situ.
Begitu hebatnya, perhimpunan jemaah dari pelbagai ceruk dunia dapat dilihat ketika ini dan tanpa kita sedari bahawa ini perhimpunan masyarakat Islam terbesar di dunia tidak kira usia, warna kulit mahupun pangkat. Semuanya kelihatan sama apatah lagi ketika jemaah ini memakai ihram.
Hanya 'Assalamualaikum' menjadi tanda pengenalan sesama jemaah di sini dan permulaan bicara bagi mereka yang mahu bertegur sapa dengan jemaah lain apabila selesai bersolat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
92 peratus jemaah kita di Tanah Suci
0 0 Google +0 0 0
Oleh Badrila Jamlus dari Makkah
Hampir 92 peratus atau 20,847 jemaah haji Malaysia kini sudah berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadat haji dan jumlah itu semakin meningkat menjelang hari wukuf di Arafah pada 14 Oktober ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, penerbangan terakhir musim haji dijangka tiba pada 9 Oktober ini dan semua jemaah di Madinah sudah memasuki Makkah.
Katanya, mulai sekarang, jemaah haji dari Malaysia memakai ihram kerana terus memasuki Makkah dan perlu mengerjakan umrah. "Hari ini, satu penerbangan membawa jemaah haji muassasah, manakala sembilan lagi penerbangan membawa jemaah yang mengikuti pakej haji tiba secara berperingkat-peringkat," katanya di sini, semalam.
Syed Saleh berkata, setakat ini, lapan maktab Tabung Haji (TH) di Makkah beroperasi sepenuhnya dan TH juga mengatur program untuk jemaah termasuk taklimat menjelang hari wukuf di setiap maktab.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Pembiayaan RM100,000 bisnes Internet
25 1 Google +0 1 0
Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: TEKUN Nasional terus membantu usahawan Bumiputera apabila memberi kemudahan pinjaman sehingga RM100,000 kepada wanita yang berniaga dalam talian menerusi Internet.
Pengerusinya Datuk Hamidah Osman berkata, kemudahan ini bermatlamat membantu peniaga mendapatkan pinjaman menerusi cara lebih mudah dan mengelak daripada meminjam along.
"Peruntukan RM5 juta diberikan pada peringkat awal dan kami melihat sejauh mana dana ini digunakan. Jika tiada masalah, pertambahan jumlah dana ini akan dilakukan," katanya pada Program Kerjasama Strategik TEKUN Nasional bersama Sohonista di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan dan Pengerusi Sohonista Malaysia Datuk Rosni Zahari.
Menurutnya, kebanyakan pemohon dana ini menyatakan masalah sukar mendapat pinjaman menerusi bank kerana tiada pejabat untuk didaftarkan. Buat masa ini Sohonista mempunyai 2,500 peniaga berdaftar yang menjadi kumpulan awal berpeluang mendapat bantuan pinjaman ini.
"Kami berusaha permudahkan hasrat peniaga mendapatkan pinjaman ini. Buat masa ini, jenis perniagaan dalam talian yang mendapat perhatian seperti tudung, kasut, baju dan biskut," katanya.
Abdul Rahim pula berkata, TEKUN meneruskan agenda membantu Bumiputera berniaga menerusi dana RM300 juta yang diterima pada tahun ini dan sebanyak RM480 juta pinjaman sudah diberikan sehingga September lalu.
"Kami sedang memproses 10,000 permohonan, tetapi tidak boleh meluluskan semua kerana mempunyai kriteria tertentu. Kami menyasarkan RM600 juta dana pada tahun ini berbanding RM508 juta pada tahun lalu," katanya.
Katanya, pemohon pinjaman ini terdiri peniaga kecil dan penjaja, manakala purata pinjaman sebanyak RM10,000.
"Sebelum ini, sesiapa yang ingin meminjam di bawah RM5,000 tidak perlu daftar perniagaan seperti berniaga di rumah.
"Kini, kami mahu pertingkatkan pinjaman ini kepada RM10,000 bermakna jika individu itu mahu berniaga secara separuh masa, kami memberi pinjaman atas kapasiti pinjaman peribadi, manakala dia urus wang itu dan membayar balik," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Saya tak sengaja'
106 6 Google +0 0 1
Oleh Azlan Hafeedz
Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuka mulut apabila menafikan sengaja menyiku muka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.
Sambil menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.
"Saya tidak melakukan apa-apa (kekasaran) terhadap Mat Yo. Ketika itu, berlaku perebutan bola 50-50 antara saya dengannya. Lagipun, perkara itu berlaku betul-betul di depan pengadil dan juga penjaga garisan. Seandainya saya melakukan kekasaran itu secara sengaja atau mempunyai niat jahat terhadap Mat Yo, tentu saya akan dikenakan tindakan tegas oleh pengadil, termasuk dilayangkan kad merah.
"Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan 'terkam' saya jika sengaja melakukan kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku," katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
INDRA PUTRA (tengah) didakwa sengaja menyiku Norshahrul.
Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Indra Putra tidak akan didakwa: FAM
2 0 Google +1 0 0
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pemain Kelantan Indra Putra Mahayuddin tidak akan didakwa selepas tiada laporan yang diterima pihaknya daripada pegawai perlawanan susulan insiden menyiku penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.
Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.
Bagaimanapun, penyerang Kelantan itu menafikan dia sengaja menyiku muka Norshahrul sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan, dalam laporan Harian Metro hari ini. [Link]
Indra Putra berkata, dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu.
Sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah, katanya
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Global
Cuti umum korban 53 nyawa
6 0 Google +2 0 0
Kaherah: Mesir semakin bergolak selepas cuti umum sempena sambutan hari tentera bertukar ganas hingga meragut 53 nyawa di seluruh negara itu, semalam.
Pertempuran Ahad lalu antara tentera dan penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera berlaku apabila kedua-dua pihak membanjiri jalan raya dan bertempur sesama mereka.
Kawasan kediaman sekitar bandar raya Kaherah bertukar seperti zon perang selepas beberapa jam pertempuran berlaku.
Penyokong Morsi melepaskan tembakan dan melempar bom api ke arah polis yang membalas dengan tembakan senjata api dan gas pemedih mata.
SEORANG lelaki cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan tentera pada hari cuti di Dokki, Kaherah.
Seorang jurugambar AP melihat sembilan mayat bergelimpangan atas lantai di sebuah klinik di Kaherah di daerah Dokki, tempat berlaku pertempuran paling sengit.
Kebanyakan mayat mempunyai kesan tembakan di kepala dan dada.
Kejadian itu adalah yang paling buruk selepas peristiwa 14 Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyerbu dua kem penempatan di Kaherah dan membunuh ratusan penyokong Mursi.
Insiden itu bagaimapun tidak menghalang tentera mengadakan sambutan meriah meraikan ulang tahun ke-40 serangan Mesir ke atas Israel.
Sebuah konsert disiarkan secara langsung di televisyen dari Stadium Kaherah yang dikendalikan tentera, memaparkan persembahan beberapa bintang Mesir dan Lubnan.
Pertunjukan berkenaan turut dihadiri Ketua Keselamatan, yang bertanggungjawab menggulingkan Mursi, Jeneral Abdel-Faath el-Sissi dan Presiden sementara Adli Mansour. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Wanita bersubahat bunuh suami
0 0 Google +1 1 0
Alkhobar: Anggota polis di Al-Kharj menahan seorang perempuan Arab dan lelaki didakwa bersubahat membunuh suaminya di Alkhobar semalam.
Wanita bersama teman lelakinya itu ditahan di bandar Al-Afjah di wilayah Al-Kharj.
Jurucakap Polis Riyadh, Kolonel Fawaz Al-Maiman mengesahkan kejadian itu kepada akhbar tempatan.
Seorang saksi menghubungi polis Alkhobar selepas ternampak beg kulit kemungkinan berisi mayat dibuang ke dalam tong sampah.
Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat berkenaan.
Siasatan polis mendapati mangsa berkahwin dengan wanita berusia 30 tahun itu tahun lalu. Wanita itu dipercayai membunuh suaminya dengan bantuan seorang lelaki Arab berusia 23 tahun.
Mangsa berusia 31 tahun warga Arab berkahwin tahun lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan mangsa mati akibat cedera selepas diserang. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Lelaki cemburu cerai isteri cium kuda
13 0 Google +0 1 0
Riyadh: Seorang lelaki Arab menceraikan isterinya kerana cemburu wanita itu mencium kuda menerusi gambar dalam laman sosial.
Lelaki itu menceraikan isterinya selepas melihat gambar wanita itu mencium haiwan itu di ladang kuda di Riyadh.
Wanita itu yang enggan dikenali memberitahu tidak menyesal dengan insiden terbabit.
Menurutnya, lelaki itu terus menceraikannya selepas melihat gambar yang dihantarnya ke laman sosial.
"Saya tidak sedih dengan perceraian ini kerana lelaki itu tidak dapat membezakan antara haiwan dan manusia," katanya kepada akhbar Sada.
Wanita terbabit bangga berkongsi gambar itu menerusi laman sosial kerana menyayangi haiwan negara itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Maut ditanduk lembu
0 0 Google +0 0 0
Madrid: Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, seorang wanita terbunuh selepas ditanduk seekor lembu jantan di satu festival di sebuah bandar kecil di tengah Sepanyol.
Pegawai itu berkata semalam, mangsa berusia 58 tahun mati di hospital di ibu negeri wilayah Albacete selepas dia ditanduk di perut ketika festival larian lembu kelmarin di bandar Ferez. Menurut pegawai berkenaan, tiga orang turut cedera, termasuk anak perempuan mangsa.
Pegawai berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana peraturan kementerian menghalang nama mangsa didedahkan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
Remaja lelaki simbah asid dalam bas awam ditahan
0 0 Google +0 0 0
Jakarta: Polis kelmarin menahan seorang remaja lelaki berhubung serangan asid terhadap sebuah bas.
Penahanan itu dibuat ketika pergaduhan antara pelajar sekolah menengah di Indonesia kian berleluasa.
Ridwan Nur, pelajar sekolah vokasional berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki menyimbah asid ke arah penumpang dalam bas awam di Jakarta, Jumaat lalu, mencederakan 13 orang termasuk empat pelajar.
Menurut polis, Ridwan yang ditahan di Bekasi didakwa ingin membalas dendam berikutan serangan asid terhadapnya sebelum ini.
"Kira-kira enam bulan lalu, dia disimbah asid oleh orang tidak dikenali menyebabkan sebahagian kepalanya botak," kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto dalam satu kenyataan.
Tidak dapat dipastikan siapa yang menjadi sasaran Ridwan, tetapi empat daripada 13 mangsa ialah pelajar sebuah sekolah vokasional di Jakarta Tengah.
Ketika kejadian, beberapa pelajar cuba melarikan diri daripada pergaduhan dengan menaiki bas awam yang berhenti di lampu isyarat hingga menakutkan penumpang lain.
Penumpang bas yang cedera segera dikejarkan ke hospital berhampiran dengan sesetengahnya cedera parah di muka dan leher.
Pelajar sekolah vokasional di kawasan itu sudah lama saling bergaduh sesama mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.














No comments:
Post a Comment