Wednesday, October 23, 2013

RG2011... Sinar Harian Global di TH 241013

 

Hukum rejam di Brunei

Oleh:

Tarikh: October 23, 2013

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan secara berperingkat hukuman Islam lebih keras termasuk rejam hingga mati bagi pesalah zina.

Baginda bertitah demikian ketika mengumumkan Akta Kanun Keseksaan Syariah yang akan berkuat kuasa selepas enam bulan secara berperingkat, semalam.

"Pelaksanaan undang-undang ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab kepada ALLAH SWT," titahnya yang dipetik laporan AFP

Berdasarkan butiran kes tertentu, hukuman juga termasuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri dan sebatan untuk kesalahan pengguguran bayi dan minum arak.

Perang tamat jika Assad berundur

Oleh:

Tarikh: October 23, 2013

DAMSYIK - Perang saudara di Syria boleh berakhir jika Presiden Bashar al-Assad berundur, menurut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry.

Beliau mewakili negara antarabangsa berkata, Bashar boleh mencalonkan diri dalam pemilihan semula jika masih mahu menerajui Syria.

Kenyataan disuarakan selepas beliau bertemu Menteri Luar Qatar Khalid al -Attiyah dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud al-Faisal dalam usaha mencari penyelesaian konflik yang kini berlanjutan lebih 30 bulan.

"Kita tidak tahu siapa menyokong tentera pembebasan dan siapa menyokong rejim. Jika Bashar melepaskan jawatan, konflik boleh tamat segera," katanya dipetik Al Jazeera

Bulan ini, Washington Post melaporkan,  CIA gigih melatih militan dalam usaha menumbangkan kerajaan rejim.

Pemerhati antarabangsa berpendapat, AS dilihat mempunyai 'kepentingan' jika perang tercetus di negara terbabit.

1 maut, 435 bangunan rosak gempa bumi di Aceh

Oleh:

Tarikh: October 23, 2013

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 435 bangunan termasuk rumah dan bangunan kemudahan awam rosak akibat gempa bumi berkekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan Aceh, semalam.

Pihak berkuasa berkata seorang penduduk dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung semasa gempa yang berlaku pada tengah hari itu.

Gegaran kuat gempa bumi selama lapan hingga 10 saat itu yang dirasakan dibeberapa daerah dan bandar di Aceh, menyebabkan penduduk cemas dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 16km ke Barat Daya daerah Aceh Besar atau 32km ke Tenggara Kota Banda Aceh.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, tiga daerah kecil iaitu Tangse, Mane dan Geumpang, dalam daerah Pidie terjejas teruk akibat kejadian gempa itu.

Data menunjukkan di Tangse, seorang penduduk bernama Pidie meninggal dunia akibat serangan jantung, tiga cedera, manakala bangunan rosak melibatkan 368 rumah, sembilan masjid, 13 sekolah, dua jambatan serta tiga pejabat kerajaan.

Pihak berkuasa menghantar pasukan bantuan ke kawasan terjejas untuk menangani bencana itu. - Bernama

Lapan askar Filipina maut

Oleh:

Tarikh: October 23, 2013

MANILA - FILIPINA. Lapan askar Filipina maut dan lima yang lain cedera dalam pertempuran dengan pemberontak di wilayah selatan negara itu, kelmarin.

Pertempuran tercetus selepas pemberontak menyerang askar berhampiran Tulunan di wilayah utara Cotabato, kira-kira 960 kilometer dari ibu negara.

Jurucakap tentera, Ramon Zagala berkata, pihaknya diserang ketika sedang menyampaikan bekalan senjata dan makanan di dua kampung berdekatan.

"Kami percaya, serangan dilakukan kumpulan Tentera Baru Rakyat (NPA) dan operasi menjejak mereka digandakan," katanya dalam laporan Press TV.

Menurut laporan kerajaan, sekurang-kurangnya 30,000 nyawa terkorban sejak 1960-an sekali gus menjadikannya pemberontakan berhaluan kiri paling lama di Asia.

Solat hajat mohon hujan

Oleh:

Tarikh: October 23, 2013

SYDNEY - AUSTRALIA. Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat memohon hujan susulan kebakaran mega yang makin merebak di tenggara negara itu. 

Ibrahim Abu Mohamed meminta 350,000 penduduk Muslim berbuat demikian selepas kebakaran gagal dikawal.

"Solat hajat adalah tradisi dalam Islam. Kami memohon hujan bagi membantu mengurangkan suhu panas melampau," katanya dalam laporan dpa.

Sejak minggu lalu, pasukan bomba gagal mengawal kebakaran hutan yang kini sudah merebak kira-kira 110,000 hektar dan memusnahkan lebih 200 rumah di New South Wales.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman Shane Fitzsimmons berkata, kebakaran merebak ke Blue Mountains, 70 kilometer barat Sydney susulan angin kencang, semalam.

"Seramai 70,000 anggota bomba termasuk 1,100 bomba sukarela berusaha mengawal kebakaran dengan 318 jentera bomba digunakan termasuk 84 pesawat 'pengebom air'," katanya.

Menurutnya, terdapat 62 kebakaran aktif dan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.

"Kami khuatir kebakaran merebak ke bandar Sydney yang mempunyai kepadatan 4.4 juta penduduk," katanya.

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment