Bukan siasat dalangnya sahaja, jika ada sesiapa yang tahu mykad yang dimiliki oleh warga asing ini cuba-cubalah periksa kalau-kalau mereka nie adalah pengundi berdaftar. hehehee..
--------------------------------------------
On Sat, 2/11/13, NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com> wrote:
Subject: RG2011... Bagaimana MyKad dengan mudah diklonkan? - AMK
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, 2 November, 2013, 10:32 AM
Bagaimana MyKad dengan mudah diklonkan?
– AMKFri Nov 1, 2013 21:00 from KeadilanDaily.com by Keadilan
Daily(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 1 NOV: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa
siasatan terhadap dalang yang mengeluarkan kad pengenalan
palsu yang diperolehi dua pengawal keselamatan yang terlibat
dalam kes rompakan dan bunuh baru-baru ini.Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri
mempersoalkan bagaimana My Kad yang dikatakan mempunyai
ciri-ciri keselamatan dengan mudah ditiru dan digunakan oleh
penjenayah."Bagaimana IC palsu ini
boleh dikeluarkan. JPN kata My Kad tidak boleh diklonkan. Ia
boleh diperiksa serta merta dan ada ciri keselamatan yang
tidak boleh ditiru. Tapi kita lihat IC palsu ini sama
seperti kad pengenalan yang sah."Adakah ini menunjukkan
MyKad tidak bagus dari segi kualiti. Sekarang jadi
masalah, bagaimana nak kenalpasti sama ada IC itu palsu,
sebab ia (kelihatan) sama," ujarnya ketika
dihubungi.Menurutnya, pihak berkuasa perlu
menyiasat dalang tersebut dan sama ada terdapat pegawai
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang turut
terlibat."Siapa dalang dalam JPN yang
mengambil kesempatan hingga negara terancam? Adakah sindiket
yang mengeluarkan IC palsu ini menggunakan peralatan JPN.
Hanya JPN yang tahu," ujarnya yang juga Ketua AMK
Selangor.Pada 24 Oktober lalu, negara
dikejutkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak
mati pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, selepas mangsa
membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.Pengawal yang dipercayai berasal
dari negara jiran itu dilapor melarikan kira-kira RM450,000
wang tunai dari bank berkenaan. Polis kemudian melancarkan
gerakan memburu namun hingga kini, suspek masih belum
diberkas.Bagaimanapun, seminggu selepas
kejadian tersebut, satu lagi kes rompakan berlaku di sebuah
kedai emas, di Setapak Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi
semalam.Rompakan tersebut dilakukan
pengawal peribadi pemilik kedai emas tersebut, yang
dipercayai turut menggunakan IC palsu.Menurut Azmizam, Pakatan Rakyat
sebelum ini menimbulkan isu Projek IC di Sabah yang
mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, namun dinafikan
pemimpin Umno dan Barisan Nasional."Sekarang terbukti dengan
dua kes ini pengawal keselamatan ini dengan mudah mendapat
IC palsu, malah mendapat lesen senjata. Bayangkan bagaimana
dengan keselamatan negara," soalnya.Beliau dalam pada itu mencabar
pihak berkuasa memeriksa semua kad pengenalan rakyat
Malaysia bagi mengetahui berapa banyak IC palsu di negara
ini."Demi keselamatan negara,
AMK menggesa kerajaan check semua IC rakyat Malaysia dan
keluarkan satu slip yang sah. Saya cabar kalau kerajaan
berani, buat sekarang untuk tahu berapa banyak IC palsu di
negara ini," tegasnya.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment