Tuesday, November 5, 2013

Re: RG2011... Malaysia: Negara berpendapatan tinggi, rakyat berpendapatan rendah

 

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI ATAU BERBELANJA TINGGI?

--------------------------------------------
On Sat, 2/11/13, NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com> wrote:

Subject: RG2011... Malaysia: Negara berpendapatan tinggi, rakyat berpendapatan rendah
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, 2 November, 2013, 11:18 AM
















 









Malaysia: Negara berpendapatan tinggi,
rakyat berpendapatan rendahThu Oct 31, 2013 14:48 from KeadilanDaily.com by Keadilan
Daily(Oleh Anas Alam
Faizli)Struktur semasa sosio ekonomi
Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan,
"Negara Kaya, Rakyat Miskin." Malaysia dirahmati
dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum
sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah
subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar,
Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan
untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil
dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai
jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza
kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah
yang telah berlaku?DEB: Niat Yang Mulia,
AwalnyaDEB ialah dasar gah yang
digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk
mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan
reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah
British.Buku teks mencatatkan yang DEB
mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan
kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat. Tetapi
budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak
dengan mengaitkan DEB dengan agenda Bumiputera yang sangat
mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan
pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam ekonomi
Malaysia.Tetapi
"perkongsian ekonomi" di sini rupa-rupanya
mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia
merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah
kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar
pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka
ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk
Bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang
sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang
lebih tinggi dalam ekonomi. Dan kita memulakan perjalanan
yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan
afirmatif.Seiring dengan masa dan pelbagai
rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah
dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku.
Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada
masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibubapa
mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap
kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh
daripada 49.1% kepada 1.7% seperti yang dilaporkan dalam
Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru
ini.Bencana
"Trickle-Down"Malangnya, pada tahun 1990 sasaran
ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk
dan Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan
"trickledown" yang tidak di rancang dengan
sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengayakan
dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan
menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset dan percaya kesan
penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan
kepada keseluruhan komuniti Bumiputera. Ketika itu
dipercayai, falsafah untuk kesan "trickledown"
tidak akan dapat dielakkan.Kesan "trickledown"
tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa
sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri, Dato'
Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dalam
temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC.
Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin
dalam strata rakyat Malaysia. Ia telah menjadi sesuatu yang
kita berpaut kepadanya sekuat mungkin dan masih
mempercayainya sebagai kebenaran.Belum lagi berjaya dengan matlamat
lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah
"Impian Malaysia" yang baru. Sudah tentu, secara
semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang
dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada.
Soalnya, adakah ini benar berlaku?Satu Lagi Sasaran Tidak
Tercapai?Impian
baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai
status Negara Berpendapatan Tinggi. Ini akan menjadi
kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita USD$15,000
menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam
bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang
Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur
daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan
pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila
dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah
bernilai USD$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada
tahap USD$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini
boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.Abaikan sahaja yang kebanyakan isi
rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan
diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan
sahaja yang isirumah Bumiputera masih berada dalam kelompok
40 peratus terbawah dalam strata isirumah di Malaysia.
Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakkan pendapatan negara
ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada
100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran
USD$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar
dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu
nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat
susah!Indikator yang digunakan untuk
mengukur konsep Negara Berpendapatan Tinggi sangat
bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan
gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada
kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan
Dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat
Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila Ringgit lebih
kukuh daripada Dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai
seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang
diukur dalam terma Dollar Amerika benar-benar melambangkan
pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini
sebenarnya dapat dicapai.Sungguhpun begitu, walaupun kita
meletakkan soal pertukaran matawang ini ditepi, di sini
izinkan saya buktikan mengapa sasaran USD$15,000 per kapita
tidak boleh menjadi "impian" bersama yang dapat
dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.Di bawah ialah di antara
sebab-musababnya:Negara Kaya Raya, Rakyat Papa
KedanaPertamanya, majoriti isirumah
rakyat Malaysia, yakni hampir 90 peratus pendapatan mereka
hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang
bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki
sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi
mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya
tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang
dimiliki.Perlu diingatkan bahawa KDNK
Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan
dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28 peratus upah dan
gaji, 67 peratus keuntungan perniagaan (termasuklah
pendapatan bersama) dan 5 peratus cukai dan subsidi. Apakah
yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada
keseluruhan KDNK, hanya 28 peratus terhasil daripada
sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini
adalah sangat rendah!Sepanjang 15 tahun yang lepas,
sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia
berolak-alik di antara 26 hingga 32 peratus dan satu-satunya
sebab ia mencapai 32 peratus ialah kerana kegawatan ekonomi
2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura,
angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah
setinggi 42 peratus pada tahun 1997.Di negara-negara maju seperti
Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji
masing-masing ialah sebanyak 46 peratus, 51 peratus, 55
peratus dan 52 peratus. Rakyat Malaysia tidak memperolehi
pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke
dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen
ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan
ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan
jatuh sehingga 21 peratus pada tahun 2020! Apa yang kita
cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang
sebenarnya?Malah,
sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia
telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar
pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar
pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu
perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang. Sehingga
tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45
peratus melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar
yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya
dalam kadar 45 peratus. Semua ini menunjukkan yang GNI per
kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat
Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah
tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat
umum.Keduanya, lebih daripada 90%
tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang
banyak. Hanya 11.0 peratus daripada pendapatan negara
diterima daripada cukai pendapatan individu dan hanya 1.0
juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar
cukai. KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya
memperolehi RM 3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi
menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat
Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah Negara
Berpendapatan Tinggi yang kita ingin capai dalam masa
beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah Negara
Berpendapatan Tinggi dengan majoriti rakyatnya berpendapatan
rendah?Ketiganya, satu lagi isu besar
ialah kuasa membeli rakyat. Pendapatan tinggi semata-mata
tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan
ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya
pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli
yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana
seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih
tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini. Dengan
anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki
sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya
dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun,
berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.Hari ini, dengan bayaran pokok
sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5 peratus tinggi daripada
graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga
RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan
sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di
Nilai yang berharga RM 350,000 atau 140 bulan gaji
bulanannya. Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat
tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara
puratanya telah berkurangan dengan sangat
nyata.Keempat ialah isu jurang kaya dan
miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk
menentang sasaran Negara Berpendapatan Tinggi USD $15,000.
Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil
dan rakyat melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia
antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau
ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri
Ahmad Husni mengakui perkara ini.Pertumbuhan pendapatan diukur
daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20 peratus
kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang
mewakili sebanyak 40 peratus dan 40 peratus selebihnya
tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara
jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar.
Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan
tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara
0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di
Malaysia.Memperolehi RM10,000 sebulan dalam
sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4
peratus teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya
tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan
Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73 peratus isi rumah
memperolehi kurang daripada RM 5,000, dengan purata dua
orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja
sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud. Keadaan
ini, walaupun membolehkan sasaran USD $15,000 Negara
Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka
kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat
lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi
keadilannya.Bagaimana ketidaksamarataan yang
tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah
kegagalan "kesan trickledown". Pengayaan
berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan
meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan
berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita
juga menyumbang kepada 77 peratus tenaga kerja Malaysia
hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan
kadar gaji yang rendah.Hanya kerana keuntungan, sektor
perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti
dan latihan orang tempatan. Kita memuaskan komunti peniaga
dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing,
terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang
relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih
pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang
kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan
bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah
sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan
gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia,
walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik
matahari, kerana ganjarannya besar.Jadi Apakah Sebenarnya Impian
Rakyat Malaysia?Kita tidak ada satupun! Tetapi
jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama,
kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang,
kelompok yang membentuk lebih 80 peratus daripada populasi
Malaysia. Kita memerlukan impian yang merangkumi dan
menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada
semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok
terpilih.Ketidaksamarataan pendapatan ialah
ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah
negara maju. Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat
Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi,
secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran
USD$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri
sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan
seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan
sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih
ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan
tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan
menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status
pendapatan tinggi.Selagi mana kita tidak bersatu,
bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan
secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60
peratus terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi
yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan
sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak
ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina
berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST
yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan
jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba
meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan
menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai
progresif dan cukai laba modal.        






















__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment